![]()
Assalamualaikum WBT. Akhirnya dapat juga saya menulis setelah sekian lama mengalami kesuntukan masa dari menulis di blog ini. Apa khabar semua ? Saya harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat disisi keluarga tercinta.
Post saya pada kali ini adalah satu kesinambungan terhadap post sebelumnya yang bertajuk “Gagal Bukan Selamanya”. Jika post “gagal bukan selamanya” berkata tentang motivasi untuk berhadapan dengan kegagalan, post kali ini lebih kepada penggunaan motto dalam berhadapan dengan situasi sukar atau dalam erti kata yang lain, kegagalan.
Adakah anda pernah menonton filem animasi yang bertajuk “Meet the Robinsons”? Filem animasi ini merupakan sebuah filem yang dihasilkan oleh Walt Disney serta dikategorikan sebagai sebuah animasi sains fiksyen.Ia menceritakan tentang pengembaraan seorang saintis muda (mcm saya), masa depannya serta liku-liku hidup yang dilalui olehnya.
Disini, bukannya plot filem ini yang mahu saya ceritakan, atau sinopsis cerita ini yang mahu saya ekstrakkan, tetapi ianya adalah berkenaan dengan tema dari filem ini.
Salah satu tema yang paling dominan di dalam animasi ini adalah “Keep Moving Forward” atau di dalam bahasa ibunda kita “Terus Mara Kehadapan”. Mara disini, bukanlah bererti Majlis Amanah Rakyat (MARA), tetapi ianya bermaksud maju, bergerak atau terus melangkah.
Terus mara kehadapan, merupakan satu motto yang diperlukan bilamana kita berhadapan dengan ujian dan tribulasi. Tidak dinafikan cabaran serta kegagalan boleh membantutkan usaha serta keazaman.
Justeru, penggunaan motto sebagai satu trademark diri boleh menjadi pemangkin ke arah kejayaan. Setidak-tidaknya sebagai satu muhasabah kepada diri ketika berdepan dgn kesusahan.
p/s: penggunaan motto adalah salah satu contoh teknik meningkatkan semangat diri, banyak cara lain yang tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan teknik ini. Antara yang paling mujarab adalah dengan membaca Al-Qur’an serta beristighfar.
Popularity: 5% [?]
- Gagal Bukan Selamanya
- Mana Satu Yang Lebih Bermakna, Kejayaan atau Kegagalan ?
- Antara Peristiwa Dalam Bulan Syaaban
- Bersegera ke arah mungkar tanda munafik…
- 13 Tips Menjadi Isteri Idaman
« selamatkan telefon tangan anda | 13 Tips Menjadi Isteri Idaman »






















[…] a freedom for students… wrote an interesting post today on Terus Mara Ke HadapanHere’s a quick excerpt Assalamualaikum WBT. Akhirnya dapat juga saya menulis setelah sekian lama mengalami kesuntukan masa dari menulis di blog ini. Apa khabar semua ? Saya harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat disisi keluarga tercinta. Post saya pada kali ini adalah satu kesinambungan terhadap post sebelumnya yang bertajuk “Gagal Bukan Selamanya”. Jika post “gagal bukan selamanya” berkata tentang motivasi untuk berhadapan dengan kegagalan, post kali ini lebih kepada penggunaan motto dalam berhadapan denga […]
nice posting
i would like to take ur idea in my coming post
mind me
Antara motto Toyota, Petronas dan DiGi, mana lagi best?
Teringat entri lama ana kat sini: http://awan-guling.blogspot.com/search?q=toyota
macamamane motto totota tu ek ? nanti try tengok. huhu.
to MM… I don’t mind about that. It is a pleasure my friend.