
Beberapa hari lepas, saya berkunjung ke bilik sahabat saya bagi membincangkan sedikit urusan pelajaran dan projek bagi subjek Molecular Biology kami. Setelah tiba di biliknya, saya melihat sahabat saya itu sedang membuat semakan terakhir ke atas borang pinjaman PTPTNnya.
Kami berbincang tentang isu-isu yang perlu dimasukkan ke dalam projek kami itu dan sedang perbincangan kami berlangsung, saya ternampak sekeping pamplet biru berdekatan dengannya. Ditanya mengenai pamplet biru tersebut, rakan saya memberitahu bahawa ia adalah pamplet tentang Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
Saya lihat banyak input-input menarik yang boleh dikongsi bersama dengan para pembaca terutamanya mereka yang berkeinginan untuk membuat pinjaman PTPTN/SSPN ataupun ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil. Walaupun anak-anak anda masih kecil, ia tetap mempunyai faedah kepada anda dan si comel tersayang kelak.
Saya telah menulis sedikit butiran mengenai SSPN ini. Mari kita baca butiran selanjutnya. Jom ![]()
Apa itu Skim Simpanan Pendidikan Nasional ?
Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
Siapakah yang layak menyertai skim SSPN ini ?
Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Apakah keistimewaan skim SSPN ?
SSPN menawarkan keistimewaan berikut:-
Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN dengan syarat-syarat berikut:-
1. Ibu bapa berpendapatan keluarga melebihi Rm 2000 sebulan perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM 3000.
2. Ibu bapa berpendapatan keluarga tidak melebihi RM 2000 perlu mempunyai penabungan tidak kurang dari RM 500.
3. Pelepasan cukai ke atas simpanan sehingga RM 3000 setahun;
4. Manfaat perlindungan insurans sehingga Rm 50000 serta pampasan/khairat kematian diberi secara percuma untuk simpanan RM 1000 dan ke atas*;
5. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM 10000 untuk satu keluarga yang layak **;
6. Simpanan serendah RM 20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh kerajaan;
7. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
8. Kemudahan menyimpan di lebih 1400 ejen kutipan SSPN; dan
9. Kemudahan simpanan melalui:-
-Potongan gaji baki kakitangan kerajaan dan swasta;
-Potongan gaji melui Biro Perkhidmatan Angkasa;
-Debit terus (auto debit)-bank pertanian Malaysia dan Maybank;
-Arahan tetap - Bank Simpanan Nasional; atau
-Simpanan secara “online” e-SSPN - khusus bagi pelanggan Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Public Bank dan Maybank.
*Perlindungan insurans dan pampasan/khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hingga 28 tahun hanya layak diberi pampasan/khairat kematian sahaja.
** Keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM 2000 sebulan layak mendapat Geran Sepadan apabila anak diterima masuk ke IPT.
Dimanakah saya boleh membuka akaun SSPN ?
Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat di kaunter PTPTN dan semua cawangan ejen kutipan deposit di seluruh negara. Dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun ialah:-
1. Salinan kad pengenalan/Kad tentera/Kad Polis Pendeposit;
2. Salinan Sijil kelahiran/My Kid/Kad Pengenalan Anak; dan
3. Surat perakuan/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa) yang ingin membuka akaun bagi anak angkat dibawah jagaan sah mereka)
*Salinan slip gaji/penyata pendapatan terkini serta salinan Kad Pengnalan/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan keluarga tidak melebihi RM 2000 sebulan bagi pemberian Geran Sepadan.
Bilakah saya boleh mengeluarkan wang saya ?
Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas 1 tahun menyimpan. Terdapat 2 jenis pengeluaran iaitu:-
1. Pengeluaran sekali setahun pada kadar 10% daripada baki akaun atau RM500 mengikut mana yang terendah.
2. Pengeluaran 100% atau penutupan akaun SSPN sekiranya penerima manfaat memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:-
-Diterima masuk ke IPT;
-Terkeluar daripada sistem pendidikan secara sukarela atau diberhentikan atas sebab-sebab tertentu;
-Sakit berterusan yang tiada peluang untuk sembuh dengan pengesahan doktor perubatan Kerajaan;
-Keilatan kekal dengan pengesahan doktor perubatan kerajaan;
-kematian penerima manfaat;
-kematian pendeposit.
Bank manakah yang dilantik menjadi ejen-ejen kutipan deposit ?
Semua urusan simpanan boleh dibuat menerusi ejen-ejen kutipan deposit yang telah dilantik oleh PTPTN iaitu:-
-Bank Simpanan Nasional
-CIMB Bank
-Bank Pertanian Malaysia
-Bank Islam Malaysia Berhad
-Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
-Maybank
Apakah itu Geran Sepadan ?
Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang diberikan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga) yang mempunyai pendapatan keluarga tidak melebihi RM 2000 sebulan. Jumlah pemberian Geran Sepadan (maksima RM 10000) akan ditentukan setelah mengambil kira tempoh simpanan SSPN dan jumlah simpanan Kadar Geran Sepadan akan lebih banyak sekiranya mempunyai simpanan yang lebih tinggi dan tempoh simpanan yang lebih lama.
Kelayakan Pemberian Geran Sepadan:-
1. Pendeposit mempunyai pendapatan keluarga (ibu dan bapa) tidak melebihiRM 2000 sebulan; dan
2. Penerima manfaat diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana IPT yang diiktiraf kerajaan.
Dimanakah saya boleh membuat semakan penyata akaun SSPN ?
Penyata akaun SSPN boleh disemak atau dicetak melaui laman web: http://www.ptptn.gov.my . Manakala semakan baki akaun boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: PTPTN SSPN<JARAK>NO AKAUN SSPN dan hanter ke 33199.
Contoh: PTPTN SSPN 017401160354610
Anda juga boleh memuat turun borang skim SSPN di link ini : Borang SSPN
p/s: Diharapkan sedikit informasi ini dapat memberi sedikit gambaran tentang pinjaman yang bakal dilakukan. Kepada ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak jagaan yang masih kecil, SSPN ini adalah seperti skim KWSP@EPF anda. Jikalau tidak 100% sama sekalipun, pasti ada ciri-cirinya yang sama. Anda tahu akan kepentingan KWSP bukan ?
Kepada rakan-rakan pembaca serta pelajar. Semoga sentiasa cemerlang dalam setiap bidang yang anda ceburi. Sehingga bertemu kembali dlm post yang akan datang. Wassalam.
Popularity: 18% [?]
- Selamat Hari Bapa
- RM 1 Untuk Szakif…RM 29 Untuk Siapa ?
- Universiti Apex Pertama : USM
- Hilangnya Di Sini
- Senarai Tawaran Negara Kebajikan
« The ‘Natang’ issue | Mana Satu Yang Lebih Bermakna, Kejayaan atau Kegagalan ? »






















Terima Kasih atas maklumat SSPN….
@anneliza…
sama2 anneliza. semoga ianya bermanfaat