Salam sejahtera kepada pelawat creamstudents.com. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda, serta sahabat-sahabat baginda.
Pilihan Raya Kampus merupakan salah satu daripada acara wajib yang dilaksanakan sejak turun temurun. Ia bertujuan menjadi wadah bagi mencungkil dan menggilap sifat kepimpinan yang ada dalam diri mahasiswa Malaysia. Bukan hanya di Malaysia sahaja, bahkan boleh dikatakan hampir setiap universiti di dunia mempunyai proses sebegini. Lebih-lebih lagi di negara yang kerajaannya mengamalkan sistem demokrasi.
Objektif sebenar PRK tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencari bakal-bakal pelapis kepimpinan negara yang merdeka. Merdeka di sini bermaksud mampu untuk menjana idea sendiri serta tidak mudah tunduk kepada mana-mana kuasa yang hanya mementingkan kronism serta nepotism.
Merdeka disini juga bermaksud mereka berhak untuk membela nasib rakan serta sahabat yang tertindas akibat daripada penyalahgunaan kuasa pihak tertentu. Umum mengetahui penindasan yang berlaku terhadap golongan mahasiswa akhir-akhir ini berleluasa. Akan tetapi, lebih umum lagi bila mana kuasa yang dikenali menindas mahasiswa itu dibiarkan bermaharajalela.
Apa gunanya intelektual bila ianya tidak diaplikasikan. Apa pula gunanya kepimpinan jika tindak tanduk dikawal dan dikekang. Dibiarkan intelektual itu berakhir di konsert-konsert serta gig jalanan. Dibiarkan siswa mengadap buku 24 jam sehari tanpa mempedulikan dunia realiti sekitarnya. Kemana identiti mahasiswa Malaysia kini ? Konsert ala barat dipupuk, PRK pula di’ghaib’kan. Menghairankan !
Fenomena berat sebelah ini nampak ketara bilamana isu berkenaan tarikh PRK dirahsiakan. Ada yang mengatakan bulan januari ini. Ada pula yang mengatakan PRK akan berganti majlis forum yang melantik pelajar serta lain-lain. Apakah retorik yang diputarkan di dalam pawagam PRK kali ini ? Tidak banyak yang diketahui.
Saya berkesempatan untuk bertanyakan kepada beberapa orang rakan dari universiti yang berlainan:
Aarif, UTM:
“Penat je jadi agen pro-aspirasi dulu…dulu tak paham..ikut orang je..sekali hampas pun tarak, baik aku tido kat bilik”Zaki, UIAM:
“PRK sepatutnya diadakan lebih awal sejurus selepas perletakan wakil-wakil pelajar yang lepas bagi memastikan ada badan khas yang mewakili suara pelajar secara berterusan.Apa yang telah diperhatikan sudah ada yang membentuk badan tidak rasmi yang ketelusan mereka dalam menjadi medium kepada pelajar”
Tajul, UITM:
“Nak cakap ape eh ? Aku bukan dulik sangat mende ni… X boleh nak bagi pendapat awal-awal la. Sebab kempen pun tak start lagi. Tapi aku bangga kalau kawan-kawan aku jadi calon. Tengoklah nanti macamana PRK ni. Akan diberitahu nanti.”
Itu cerita mereka. Jadi, saya tinggalkan kepada anda untuk kesimpulan yang sewajarnya*Noktah*
Popularity: 8% [?]
- AUKU Dan Pindaan Terhadapnya
- Mahasiswa: Kaji Semula AUKU
- Mabruk Buat Mahasiswa UiTM !
- “Pemimpin Perobahan Generasi Baru”
- Mahasiswa Indonesia Jauh Lebih Terkedepan
« Gurau Dan Canda Rasullullah SAW | Maafkan Saya Andai Tidak Sempurna »






















Daku menantikan siri ini!
@szakif…
maaf kalau tak seberapa… sebab petang ni ada exam! hehe.