Semoga semuanya dalam rahmat ALLAH. Hari ini, ana ingin berkongsi pengalaman ana yang baru-baru ini melawat ke negara jiran kita iaitu Indonesia. Selama lawatan ilmiah, delegasi mahasiswa mengadakan ziarah teman-teman di dua buah universiti, yang pertama di Bandung, iaitu Universiti Padjadjaran juga Universiti Indonesia, Jakarta.
Sepanjang 5 hari 4 malam terlalu banyak kenangan malah fikiran ana sarat dengan pengalaman dan input yang ana rasakan perlu dikongsi bersama para pembaca sekalian. Yang pertama ana sangat kagum dengan kelembutan dan sopan santun masyarakat Bandung.
Pernah ana singgah di kedai busana, menjual pakaian muslimah seperti telekung, jubah dan pakaian lain, mereka tidak keberatan membuka setiap bungkusan kain, malah menawarkan minuman botol untuk ana. Perkataan yang keluar sentiasa ramah. Ana pula terpikat, dan hasilnya sepanjang perjalanan di Bandung dan Jakarta hampir 1 juta ana belanjakan. 1 juta rupiah ya..hehe (bersamaan RM 352)
Pertama kali ke sana, tertanya-tanya juga mengapa terlalu ramai penjual barangan seperti cenderamata, pakaian, dan makanan di tepi-tepi jalan, malah pantang sahaja jika bas( dalam bahasa Indonesianya dipanggil ”bis”) berhenti pasti ada penjual yang naik ke dalam bas dan beria-ia menawarkan barangan mereka, mengapa tidak dijadikan sahaja segala usaha sebagai salah satu bidang industri negara.
Persoalan ana terjawab apabila ana bertanyakan kepada salah seorang daripada wakil pelajar di Universiti Padjadjaran, yang merupakan pelajar perubatan menjelaskan tentang struktur sosial Indonesia yang mana peringkat atasannya banyak terlibat dengan korupsi. Oleh itu, ramai antara masyarakat yang memilih untuk hidup sendiri daripada menjadi mangsa korupsi ini.
Sepanjang laluan di Jakarta ke Bandung ya, ana melihat pembangunan yang tidak stabil, pembangunan pesat dengan pelbagai bangunan yang mengkagumkan, namun di kawasan bawah jambatan, landasan kereta api, sarat dengan setinggan yang kehidupan mereka sangat daif.
Kami dinasihatkan supaya tidak menghulurkan wang kepada peminta sedekah, kerana bimbang akan diserbu oleh peminta sedekah yang lain. Keadaan ini berlaku kerana, pentadbiran politik yang tidak stabil, saluran wang untuk pembangunan sosial tidak sampai kepada masyarakat dan masalah populasi yang semakin meningkat.
Namun, ana cukup kagum dengan semangat juang mahasiswa Indonesia. Kami banyak bertukar-tukar pendapat. Kebetulan hari lawatan juga mereka bercuti ( libur) sempena ”Hari Raya Waisak” dan sambutan 100 tahun kebangkitan nasional. Perbezaan ketara antara mahasiswa Malaysia daripada Indonesia, contohnya di Universitas Indonesia yang perwakilannya dinamakan Badan Eksekutif Mahasiswa ( jika di universiti Malaysia biasanya dikenali sebagai MPP).
Mereka memegang amanah sebagai bakal peneraju negara, merekalah yang bertanggungjawab membawa suara masyarakat, setiap malam mereka berkumpul untuk melakukan kajian tentang kemelaratan, politik juga perkembangan ekonomi negara. Mereka bersuara dan memastikan suara mereka didengari oleh pemerintah. Mereka merasa bertanggungjawab untuk terkedepan memperjuangkan nasib anak bangsa.
Pada hari delegasi kami ingin pulang, ana sempat menyaksikan ”perarakan aksi” (demonstrasi) yang diadakan oleh gabungan mahasiswa di sana. Cukup kagum dan bersemangat, malah di Bandung juga sehari sebelumnya sudah melakukan demonstrasi. Presiden Republik Indonesia juga mengambil berat tentang setiap isu yang dibawakan selagi mahasiswa bertindak selari dengan peraturannya.
Bila ana tanyakan kepada seorang wakil mahasiswa di UE juga dikenali sebagai ”menteri kecil” di sana, beliau berkata, suara mahasiswa perlu didengari, demonstrasi bertujuan untuk menekan pucuk pimpinan negara mendengar apa yang ingin rakyat sampaikan dan mahasiswa memegang amanah untuk anak bangsa.
Jauh bezanya dengan mahasiswa Malaysia. Sebelum tiba di Jakarta, pensyarah delegasi sudah memberi amaran kepada kami supaya jangan sesekali menyentuh isu-isu sensitif, tapi nampaknya mahasiswa di Indonesia lebih bersikap terbuka. Mereka tidak memerlukan bengkel Kemahiran Insaniah atau apa-apa program untuk kepimpinan kerana setiap dari mereka petah berkata-kata.
Mahasiswa kita, sangat manja dan tidak ambil pusing isu-isu sekeliling, terlalu sukakan hiburan dan tidak mahu terlibat dengan pilihanraya kampus mahupun umum. Mahasiswa kita perlukan anjakan, walaupun ada perbezaan dari aspek sejarah, iaitu cara mencapai kemerdekaan, yang mana Malaysia merdeka secara rundingan, dan Indonesia dengan cara kebangkitan dan pertumpahan darah, kita patut jadikan iktibar segala yang belaku di sekeliling kita.
Tidak hairan, hari ini pelbagai pihak cuba melaga-lagakan Malaysia dengan negara-negara serumpunnya, mereka tahu, jika negara-negara Asia Tenggara bersatu, kekuatannya tidak dapat ditandingi. Mahasiswa Malaysia perlukan anjakan dalam diri.
Anda rasa bagaimana ? Ana yakin pembaca yang lain setuju dengan pendapat ana.
Popularity: 26% [?]
- The Secret of Athan
- “Pemimpin Perobahan Generasi Baru”
- Mahasiswa: Kaji Semula AUKU
- Perutusan Parti Mahasiswa Negara
- Mabruk Buat Mahasiswa UiTM !
« Dah Semak Status Permohonan Anda Ke IPTA ? | Permohonan Biasiswa JPA 2008 Telah Dibuka ! »






















Erm, kamu ke yang menulis artikel ini? Bila kamu pergi? Tiba2 kata ganti diri pertama adalah lain.
Hmm..mahasiswa Malaysia ramai yang manja pula disebabkan banyak kemudahan dan peluang. Taking things for granted. Bile dah kehilangan semua baru nak melatah.
Namun, tak dinafikan ramai jugak seperti mahasiswa Indonesia yang disebut di atas, yang bertungkus lumus sara diri sambil belajar.
Pape pun, kita kena sentiasa beringat bahawa banyak benda dalam hidup kita hari ini anytime boleh diambil semula.
Peringatan untuk diri sendiri
Great sharing, very informative
@anwar…
seperti yang as boleh lihat di bahagian atas sebelah kanan, bahagian yang berwarna kuning, as leh tau siapa penulis untuk entri kali ini.
Manusia ni perlu sentiasa berada dalam ujian, kalau kita tak berada dalam ujian, kita kan lalai dan alpa.
na’am, tak pasan lak nak tengok ke situ kali ini.
Pls check ur email and present well kay, I’ll be checking on yOu, thus, be ready
Mahasiswa Malaysia “digalakkan” untuk tidak mengambil tahu hal negara terutamanya berkaitan politik.
Bila situasi politik tak boleh diambil tahu, maka termasuklah isu-isu semasa, isu agama, isu ekonomi, isu jenayah, isu sukan, rumahtanggan serta seribu satu macam isu lagi kerana di zaman sekarang, particularly Malaysia, isu mana yang tidak ada unsur politik di dalamnya? Hehe.
Jadilah mahasiswa kita hanya konsentret on study, tidak peduli akan hal keliling, apatah lagi menyuarakan pendapat dan buah fikiran kerana di dalam hati masih terdapat sentimen “terhutang budi terhadap kerajaan” dan “mudah bersyukur”.
Keadaan sosioekonomi negara serta mindset “berusaha untuk diri sendiri” menyebabkan mahasiswa negara lebih selesa tekun belajar, mencapai keputusan cemerlang seterusnya mengubah taraf hidup diri sendiri dan keluarga, berbanding mencetuskan perubahan ke atas orang lain.
(Tulisan di atas sekadar provokasi, isinya ada namun bisanya menyengat. =p)
Apapun setuju, part hiburan tu. Haha.
entri ni serba sedikit berbaur politik.
secara peribadinya banyak cara lain kita boleh protes dan petah bercakap selain dengan cara demonstrasi.
Mahatma Gandhi pun tak buat keganasan tapi protes dia berjaya.
tentang tak nak kerja dengan kerajaan sebab takut korupsi…itu pilihan sendiri. kenapa tak kerja dan kita ubah semua tersebut dari dalam dari kita menghindari diri. bukankah itu lebih menunjukkan keberanian dan prinsip hidup yan kuat?
Isu sensitif tak blh main2 sebab trajedi 16 mei dan trajedi madura kat kalimantan dan pelbagai lagi. Bukankah akan lebih memudaratkan ekonomi negara yang mmg dah mudarat.?
renung-renungkanlah…. jangan biarkan diri anda diselebungi misteri.
p/s: ini hanya pandangan peribadi. harap sesiapa tak berasa marah dengan komen saya.
Salam bro.
Ana tak nafikan.
http://janganbersedih.blogspot.com/2007/07/indonesia.html
Mahasiswa kat sana sangat bagus. Ikhwah sana pun bagus gak.
Ana sempat berkenalan dengan few student dari UI (di sebut you wei) dan ITB (disebut i tea bey).
Sepanjang kat sana stay kat mana??
Ada jumpa Akh Dasuki??
@taukey…
it’s ok. pandangan anda amat dihargai. Bersikap terbuka dan mengambil nasihat dari orang sekeliling juga merupakan satu proses ke arah penjernihan diri.
Isu ini sememangnya satu isu sensitif. Ianya lebih terarah kepada mahasiswa Malaysia yang kian leka. Tidak seperti mahasiswa ketika tahun 80 an.
Pd sy, demonstrasi tidaklah membawa kepada keganasan, jika dan hanya jika peraturan berdemonstrasi itu di pegang oleh kedua2 pihak, yang berdemonstrasi dan yang tidak berdemonstrasi.
Ini merupakan satu artikel yang ingin ‘mengejut’ mahasiswa malaysia yang tertidur. Mahasiswa kita dibebankan dengan isu AUKU dan momokan yang mengakibatkan capahan intellektual mahasiswa tidak berkembang sama sekali. Jika berkembangpun, perkembangan itu hanya dalam ruang linkup yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
Jika di Hong Kong Us dan negara2 lain. Mahasiswa mempunyai KESATUAN bukan seperti di Malaysia yang hanya mempunyai MAJLIS PERWAKILAN. Ini menunjukkan betapa mahasiswa Malaysia terkongkong dek kuasa yang tidak bertanggungjawab.
hahahahah….kesenyapan mahasiswa ada disebabkan faktor di belakang. jadi susah sikit. nak demonstrasi kat malaysia ni ada byk prosedur kena ikut. jangan kan demonstrasi, nak membuat satu perjumpaan yang ramai memerlukan kita melakukan satu prosedur yang panjang. kalau nasib baik lulus. tak nasib baik tak lulus.
kalau tak buat juga kena Akta tertentu.
selain itu, masih byk mahasiswa dan sekumpulan mereka sering membuat perbincangan dengan pihak menteri dan pelbagai lagi. perkara tersebut kadang-kadang tak diberitahu.
saya dulu budak jahat zaman uni. ahahaha. ingat bermain jer.
salam perjuangan…
aisey! ana ingat kan cik nuar ni yg g indonesia…
qudwah_humaira ni aku rse cm knl la nuar…hehe..
ya, ana memang setuju dgn pandangan mahasiswa indonesia lebih terkedepan berbanding mahasiswa kita dalam soal pd (baca: percaya diri).
teringat lagi sewaktu kuliah di unhas, dosen tanye je ramai2 diowg angkat tangan nak jawab.
mahasiswa kite brp kerat je angkat tangan…
1 juta rupiah ya..hehe (bersamaan RM 352)
oh dh jatuh ye nilai ringgir skg, dlu 1 juta = rm 400
mmg mahasiswa kurang didedahkan dgn politik, kerajaan skrng juga mengawal perjalanan politik di ipta2…takut apa pun tak tau..hehe..tp tak dinafikan ramai yang tak amik peduli, hanya ingat hiburan hiburan dan hiburan..tak hairanlah, di UIA juga mempunyai konsert!
mahasiswa berdemonstrasi di indonesia??
xpelik….
mahasiswa berdemonstrasi di malaysia???
xmungkin belaku…
walaupun dengan jelas ramai yg di atas sana korupsi..
mahasiswa di malaysia lebih terikat kepada auku…….
sebarang kesilapan membawa padah..
kerajaan yg sepatutnya takut akan kerajaan….
tetapi yg belaku sebaliknya…
ISA menjadi masalah…
takut mahasiswa jadi pembangkang kot? hehehehe
@peco…
wah. peco, uia pun dah ade konsert kah ? UIA pj ke Gombak ? atau UIA Kuantan ?
@taukey…
kalau isu2 semasa hari ini betul di atas landasannya, sy rase mahasiswa takkan jadi pembangkang.
hahahaha….pembangkang ttp akan wujud la nuar. hehehehe. disebabkan lain org mempunyai lain pendapat dan prinsip sebab itulah ada pihak yang menjadi pembangkang dan ada pihak menjadi kerajaan. hehehe
anuar, yang kes UIA ade konsert tu mase kat GOmbak. kalo tak salah dua tahun lepas. artis2 yang sememangnya islam tapi tak menunjukkan ciri2 islam sebenar dijemput untuk mengadakan persembahan. sudahnya, ramai wanita2 yang mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan macam2 lagi yang terseleweng berlaku.
dalam UIA sendiri, ade pihak yang menamakan diri mereka sebagai toooottt yang bergerak secara underground untuk “mengubah” corak pentadbiran orang atasan yang juga sebenarnye terikat dengan peraturan yang bercorak korupsi. mereka ditekan, dan justeru mereka tertekan. yang pelajar2 pula, bangkit untuk menyuarakan suara mereka, tapi tidak sebebas mana. sangat tersekat dan terikat.
sampai bila kita akan dibataskan oleh korupsi yang jelas bertentangan dengan Islam?
@taukey…
haah, hehe. thanks. betullah tu, kenyataan aku salah. manusia ni memang takkan sekepala semuanya. ada pandangan yang sentiase berlainan.
mahasiswa kita kurang memahami sejarah..ana sendiri akui kelemahan ini..
Dalam AUKU sendiri, bukan semua perkara yang termaktub kita perlu tolak..
Cuma beberapa perkara yang perlu dikaji dan dipinda kerana mengekang mahasiswa daripada lebih terkedepan..P ada antara kita yang x faham sehingga minta AUKU dibubarkan..Ingat, peraturan itu perlu untuk disiplinkan kita..
Persoalan ana, di negara kita, sejauh mana suara mahasiswa didengari ?
Ana akui, mahasiswa jiran kita ada pro dan kontranya. Yang baik kita jadikan teladan.
Jangan lupa, ada antara kita yang berjuang atas nama Islam, namun ada juga yang lari dari sunnah perjuangan bila tiba ke peringkat tertentu.
Berjuang itu pahit..Kerana syurga itu manis…(^_^)
uia gombak
my bro studi sn
siap jmpt band indon
mmg xda kt mana2
private
hmm…
@peco…
emm. itu satu kisah yang kurang diketahui ramai. Did your brothers told the SRC about the incident ? Konsert yang semacam ini hanya akan meningkatkan kecelaruan dalam pemikiran siswa kini.
Ada yang berkata ianya satu cara untuk mendapatkan hiburan bagi mahasiswa yang kepenatan dalam study, tapi ianya seakan isu haprak. Manakan intellektual dapat dihiburkan dengan band2 yang tidak tentu arah keintelektualan mereka ?
mati2 ak ingt ko g indon xckp ak.haha
@amin…
hehehe…ala, ko gi indon bukannye bitau aku pun.hehe.
Yup, betul tu anwar. Saya akui mahasiswa zaman sekarang dah terlalu asyik dengan dunia hiburan yg tak berkesudahan… Kadang2 sampai nak buat projek2 kolej yg berkaitan dengan dunia keintelektualan pun payah…Paling senang nak diterima ialah yg berbau hiburan…hiburan …dan hiburan… Di mana letaknya dunia keintelektualan mahasiswa? Pelik sungguh…
ak ingt ko dah tau psl ak bwk balik vest bandung ke blk… ko xperasan kot.xpun ko xde kt blk time tu.
isk.. aku g indon dulu tak kecoh pun. hua hua :p
@kakeru…
kalau dibiarkan, ia akan merosakkan pemikiran siswa masa kini. Telah ramai yang menjadi mangsa. Jika kita fikirkan, sememangnya hiburan mempunyai tarikan yang lebih daripada perkara yang melibatkan intelek.
Sebagai analogi, konsert JOMheboh pada hari ini dilihat mampu menandingi kuliah agama. Padahal, kuliah agama itu lebih didalam input yang disampaikan serta menjurus kepada kehidupan harian dan selepas kita mati. Tapi, masih ramai ke konsert tu.
Persoalannya, macammana kita nak hilangkan tabiat terlalu berhibur di kalangan masyarakat Malaysia hari ini ?
@amin…
mane la aku tau, sebab dier tak tulis pon perkataan BANDUNG kat vest tuh. hehe. apepun, meh la makan mee bandung kat muar neh.hehehe.
@szakif…
pegi indon main angklung. hehe. alah pas ni kalau aku gi antartika jumpe penguin malas la bitau korang.hehehehe.
seingat ana uia biah nye solehah kan..
masih ada konsert ke nta?
susah nak caye
@humaira’…
semamangnya di sana boleh dikatakan biah solehah. Tapi bukan semua yang mahukan sebegitu.
Ada pelbagai ragam manusia yg datang dari kepompong yg berlainan. Inilah yg perlu dibanteras.
Jika Humaira’ ingat lagi. Seketika dahulu, UIAM pernah ditawan oleh golongan yang menjurus kepada hedonisme, mereka di dokong oleh golongan atasan UIA. Akibatnya banyak benda2 yang tak sepatutnya ada di taman ilmu dan budi ini, dibawa dan ingin di’barah’kan kepada warga UIA.
oh…
dalam setandan pisang yang elok pasti ada yang buruk kan..
pendapat ana..kita yang sedar dan tahu nilah kena main peranan
contoh nta gunakan blog nta untuk dakwah..caranya dekat dengan hati nta..betul x ?
@humaira’…
betul tu…sememangnya kita perlukan kekuatan dan anjakan agar sesuatu yang bertentangan dengan nilai2 intelek dapat di atasi.
Blog ini merupakan satu jalan dari banyak jalan yang ada
salam..
sebelum itu, mari kta bersama mengubah panggilan kita tehadap rakyat negara jiran kita ini.
jikalau saudara semua begitu peka, tentu saudar tahu yang rakyat mereka tidak suka dipanggil ‘indon’.. elok dipanggil indo atau indonesia..
mungkin sesetengah pihak berpendapat yang perkara ini merupakan remeh, tapi sedarkah saudara semua yang hubungan antara kedua negara begitu rapuh, dikalangan generasi muda..
kerana orang muda disini di’didik’ untuk memandang rendah terhadap rakyat disana, manakala rakyat disana ditanam rasa benci terhadap kita disini.
satu fakta tentang demonstrasi mahasiswa di indonesia, kebanyakan mereka di’bayar’ oleh pihak tertentu untuk mengkucar-kacirkan suasana disini.
apabila mereka berdemonstrasi, rakyat lain terpaksa menanggung beban.
kereta polis dibakar,dinding-dinding diconteng,sampah sarap bertaburan, jalan raya sesak teruk sehingga mengganggu perjalanan warga yang lain.
apalah guna berdemonstrasi jika hanya untuk menyusahkan warga yang lain..
tapi,memang benar mahasiswa mereka terkedepan dari pelbagai aspek.
mereka aktif didalam kelas, aktif menyuarakan pendapat (tidak semestinya melalui demonstrasi jalanan), cuma mereka kurang diberi kemudahan seperti mana mahasiswa di malaysia..
huhu
maaf kerana comment terlalu panjang..
@k.a…
terima kasih di atas komen tadi. tidak terlalu panjang pun jika dibandingkan dengan isi2 yang bernas belaka.
tentang panggilan untuk saudara kita dari indonesia tu. Sememangnya sy tidak mengetahui mereka tidak suka dipanggil sedemikian. Selepas ini, penuturan sy akan diubah menjadi seperti yang disarankan oleh saudara. terima kasih di atas info yang bermanfaat ini ya…
mereka memang pantang..
senangnya jika di Malaysia
kita panggil orang India = k_ _ _ _ g
haaa…dapat teka x ?
hehe
@humaira’…
emm…dapat.
terima kasih ya humaira’.
positive thinking…
hee….
salam,
saya belajar di indonesia, alhamdulillah sudah 2 tahun belajar di sana.
cukuplah saya katakan, saya kurang bersetuju dengan pendapat anda.
dalami dahulu budaya dan mentaliti mereka. Baru anda boleh faham kenapa negara mereka susah nak maju.
@si tenang…
it’s ok. saya meraikan pandangan anda. maknanya anda tidak bersetuju dengan title entry ini ?
Kalau saya kira dari segi durasi anda berada di negara tersebut, saya yakin bahawa anda berkata sesuatu yang benar.
Ini cuma pandangan daripada seorang yang pernah beberapa hari menjejakkan kaki ke negara terbesar populasi Islam itu.
Walau apa pun, terima kasih saya hulurkan krn anda sudi berkongsi pendapat di blog yang tak seberapa ini. Jika ada masa, bolehlah dikongsikan bersama pengalaman anda di sana.