Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Selamat berhujung minggu Saladin ucapkan kepada pembaca dan pelawat creamstudents. Semalam blog ini tidak diupdate kerana saya berdepan dengan peperiksaan akhir. Subjek yang diambil adalah Molecular Biology.

Hari ini tiada exam, jadi saya ambil kesempatan ini untuk menulis sedikit. Dapat dua tiga perenggan pun jadilah :wink: .

 

Keputusan SPM dan STPM dan pun diumumkan, tahniah kepada adik2 yang telah berjaya dengan cemerlang. Jikalau yang kurang berjaya tu, usah gentar dan gelisah. Usaha perlu dilipat gandakan. Jalan menuju ke depan masih terbuka luas untuk anda harungi.”Toleh ke belakang bukan untuk mengulangi semula kesilapan tetapi untuk ambil pengajaran”.

Mungkin ada yang berkata, “Saya telah pulun semua usaha, tapi masih tak dapat juga keputusan yang baik.” Nasihat saya adalah, kita lihat balik usaha-usaha yang kita katakan telah banyak itu. Mungkin pada pandangan kita sudah mencukupi, ataupun terlebih cukup, tetapi sebenarnya belum lagi sampai pada aras yang betul-betul dikatakan cukup. Minta tolong sesiapa yang anda percaya untuk menilai diri anda. Jika belum mampu lagi untuk menilai dari dalam :mrgreen: .

Kepada yang berjaya, usah terlalu gembira dengan keputusan anda. Kejayaan itu merupakan satu ujian dan dugaan untuk anda. Jangan anda sangka kejayaan akan bergolek kepada anda selama-lamanya. Jika diajukan persoalan tentang mana satukah dugaan yang besar, kejayaan atau kegagalan, saya akan katakan kejayaan. Ini kerana, dengan kejayaan, manusia akan mudah lupa dan lalai.

Berbanding dengan kegagalan, walaupun ianya pahit, tetapi ia selalunya akan membangunkan jiwa manusia. Kegagalan akan membangkitkan sifat ingin terus mencuba dan berusaha. Sifat ingin bangun dari tempat jatuh ke puncak kejayaan.

Walaupun ramai yang membenci kegagalan, ia jarang-jarang sekali menyebabkan manusia leka dan lalai. Ia selalunya akan menjadi pendorong untuk berhadapan dengan masalah pada masa depan. Pepatah ada mengatakan “Guru yang paling baik adalah kegagalan dan pengalaman.

Lumrah bagi manusia yang berjaya, kejayaan akan diraikan dan dikenang saban waktu sehingga kadang-kadang mereka terleka untuk mengulangi serta memperbaharui kejayaan tersebut. Saya berpendapat kejayaan itu lebih besar dugaannya berbanding kegagalan kerana saya telah berhadapan dengan situsi tersebut.

Situasi ini benar-benar tejadi dalam hidup saya. Tetapi ianya rahsia :wink: Mungkin di lain kali saya akan ceritakan.hehe.

Saya rasa sampai disini dahulu saya menulis untuk hari ahad yang ceria ni. Sudah terlebihpun perenggannya. Sebenarnya, semasa menulis, rakan mengajak saya untuk bersarapan di luar. Dapat la pekena roti sardin dan kopi radix. :mrgreen: Sedap juga.

Sambil bersarapan sambil berbual tentang exam yang akan datang. Ada dua lagi exam yang menanti; biochemistry 2 serta physiology. Fuh… :???: Hanya yang telah belajar tahu kesusahannya.

Selamat berhujung minggu :mrgreen: kalau ada masa dan kesempatan, boleh la beri pandangan tentang post ini. Mungkin pendapat saya dan pembaca berlainan.Nanti bolehlah kita bincangkan bersama. Salam sejahtera dari Kuantan. Wassalam.

Popularity: 6% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 8 comments. Add your own.
Safuan A.k.a SipenglipurlaraNo Gravatar - 30 Mar 08 at 20:03:50

Berbelit lidah nak sebut subjek yang diambil..

AnwarNo Gravatar - 30 Mar 08 at 21:13:23

tu baru nak sebut safuan, belum lagi tengok course outline nya. juling biji mate kite dibuatnya. :roll:

cerojNo Gravatar - 30 Mar 08 at 22:35:11

hehe, betul2… tapi takpela… tak rugi tuntut ilmu ni. mmg la payah. tu la jihad kita sbg student. kalau kesusahan yg ni xleh nk endure, camne nk angkat senjata lwn musuh Islam… btol tak? :mrgreen:

Anwar a.k.a SaladinNo Gravatar - 30 Mar 08 at 22:48:22

Salam Dr.Ceroj . wah dari mesir memberi komen. huhu. satu lagi student bioperubatan n perubatan ni takleh la stick pada buku je. kena la jugak study ilmu lain.mcm ilmu blogging ke. hehehe

AsNo Gravatar - 31 Mar 08 at 14:05:43

na’am, rasenya berjaya ke gagal ke tak kesah sgat, yang penting berjaya pada pandanganNya. Itu berjaya yang sebenar2nya. Alhamdulillah dak2 radio da lepas 8 papers, tinggal 3 lagi. Kengkawan sume, chayyok2!

Anwar a.k.a SaladinNo Gravatar - 31 Mar 08 at 17:53:20

yup, betul. Kalau kejayaan tu pun ada guna taktik kotor. dan kalau gagal itu tak memberi kesan untuk pembangunan jiwa pun tak bole jugak. Pada pandanganNya jua kejayaan hakiki.

szakifNo Gravatar - 02 Apr 08 at 16:27:17

Hari ini tiada exam, jadi saya ambil kesempatan ini untuk menulis sedikit. Dapat dua tiga perenggan pun jadilah

memang ‘dua tiga’ perenggan dia tulis.. muahhaha~

lain kali kalo nak gi sarapan ajak aku weh! meej je.. untung2 aku joi skali. naik keta aku. :grin:

owh.. berkata pasal kegagalan, it’s fine if you wanna say belajar daripada kegagalan, tapi jangan lah kita jadikan statement itu sebagai tiket untuk melakukan kegagalan. you what i mean. bila da kuar statement cam tu nanti orang salah tafsir so diorang kate “owh, belajar drpd kegagalan so boleh la gagal dulu pastu berjaya kemudian..” right?

dalam apa sahaja yg kita lakukan, biasanya kita akan letak satu target “nak berkaya” tapi kadang2 kita sengaja diuji oleh Allah untuk berhadapan dgn kegagalan walaupun kita dah berusaha sehabis2nya. ini merupakan contoh “kegagalan” yang perlu dipelajari dan diteladani. Allah itu Maha Agung, Dia lebih tahu mana satu yang lebih baik untuk hamba-Nya.

selamat berjaya wahai adikku! :smile:

Anwar a.k.a SaladinNo Gravatar - 02 Apr 08 at 17:09:03

dua tiga pernggan tu maksudnye lebih2 skit pun takpe… :mrgreen:

kalau org nak berucap pun dia akan ckp ” sepatah dua kate”, tapi panjang berjela2. tu namenye collective.huhuhu.

mana satu rase2nye yang lebih mendatangkan nostalgia dan memori, kegagalan atau kejayaan ?

pendapat szakif dan pembaca yang lain ? :mrgreen: