Adakah anda seorang pelajar universiti yang mahu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda seterusnya skor MUET dengan cemerlang ?

[Ya/Tidak]

Adakah anda seorang pegawai kerajaan yang tidak dinaikkan pangkat gara-gara anda tidak dapat menguasai bahasa Robin Hood ini ?

[Ya/Tidak]

Adakah anda seorang guru sains atau matematik yang hanya mempunyai masa lapang diwaktu malam untuk mengulangkaji tahap bahasa alien ini ?

[Ya/Tidak]

Adakah anda seorang graduan lepasan ijazah yang mahu menguasai bahasa inggeris sebelum anda menghadiri temuduga dalam bahasa inggeris tak lama lagi ?

[Ya/Tidak]

Apa-apa pun jawapan yang anda berikan, anda buat masa ini tentunya tercari-cari dengan satu kaedah pembelajaran bahasa Inggeris yang mudah, cepat dan berkesan. Betul ?

Jika anda masih tidak tahu apakah cara yang paling sesuai untuk fasih dan berpengetahuan tinggi dalam bahasa Inggeris, saya akan perkenalkan satu cara yang mudah dan berkesan untuk anda. Jom kita kupas isi seterusnya…

Adakah anda tahu kelebihan-kelebihan yang akan kita perolehi jika kita mahir dalam bahasa Inggeris ?

  1. Lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan pelanggan dan mereka yang berpangkat lebih tinggi daripada anda.
  2. Mendapatkan pekerjaan pertama anda setelah sekian lama menganggur.
  3. Mendapat kenaikan pangkat dan menjawat jawatan dengan ganjaran yang lebih lumayan.
  4. Menulis buku, artikel, blog peringkat antarabangsa.

Banyak lagi faedah-faedah yang anda akan dapat jika anda belajar bahasa ibunda Frank Lampard, Steven Gerrard serta Wayne Rooney ini.

Masalah besar bagi mereka yang ingin mendalami Bahasa Inggeris hari ini di antaranya adalah kekurangan waktu lapang. Jika ada waktu senggang pun berkemungkinan besar adalah pada waktu malam. Akan tetapi, bagi kebanyakan orang, waktu lapang itulah waktu untuk mereka berada di rumah dan berkumpul dengan keluarga.

Jadi usaha untuk mendalami Bahasa Inggeris adalah amat sukar terutamanya jika ia membabitkan keperluan untuk keluar dari rumah dan menuju ke tempat tuisyen bahasa Inggeris terutamanya pada waktu malam.

Tambahan pula, kos sara diri serta kos pengangkutan yang tinggi turut sama membantutkan usaha mempelajari bahasa Inggeris ini. Yuran tuisyen yang dikenakan oleh guru tuisyen juga mungkin agak mahal terutamanya bagi mereka yang tinggal di ibu kota. Ohhh…ini merupakan satu halangan yang besar !

Jika anda sebagai mereka yang mengalami situasi seperti diatas, adakah anda mahu membiarkan diri anda terus menerus berada dalam dilema atau anda akan mencari jalan keluar bagi memenuhi keperluan untuk belajar dan menguasai Bahasa Inggeris, walaupun ketika itu anda tidak mahu…

1.berpakaian formal
2.berjauhan dengan keluarga
3.menghabiskan minyak kereta yang agak mahal
4.mendengar bebelan guru tuisyen
5.Diganggu rakan tuisyen yang juga rakan sekerja anda

Adakah anda mahu belajar Bahasa Inggeris tanpa halangan daripada faktor-faktor di atas ?

Ketahuilah bahawa kini anda tidak perlu lagi untuk berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini, khususnya bagi mereka yang sudah berkeluarga dan bekerjaya


KelasEnglish.Com: Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris

Program ini adalah program yang diberi nama Program Easy English. Ianya adalah program latihan 48 minggu yang dipecahkan kepada 4 level (peringkat). Dalam setiap level, terdapat 12 lesson di mana anda akan diberikan 1 lesson setiap minggu.

Level yang ada dalam program ini terbahagi kepada 4 jenis level iaitu beginner, elementary, pre-intermediate serta upper intermediate. Anda boleh rujuk disini jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan program ini.

Saya telahpun menyertai program ini dan sememangnya apa yang ditawarkan adalah seperti yang diceritakan. Saya juga dapat berkenalan dengan lebih ramai students yang belajar bersama.

Tiada apa yang perlu dimalukan jika anda sudah berusia. Ini kerana ramai rakan-rakan yang belajar bersama-sama dengan saya mempunyai usia yang berkali-kali ganda. Lagipun, ianya satu program virtual, jadi tiada sebab untuk anda berasa malu dengan usia dan personaliti anda.

Program ini juga menyediakan ruangan forum yang membolehkan peserta-peserta program berdiskusi sesama mereka dan berkenalan antara satu sama lain. Forum juga membolehkan anda bertanya soalan-soalan samaada yang berkaitan dengan program ini ataupun perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris.

Jika anda berminat untuk turut sama menyertai program ini, sila layari laman web program ini di KelasEnglish.com.

Selamat bertemu dipuncak kejayaan ! :)

Popularity: 13% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has No comment. Add your own.

Comments are closed.