Terdapat pelajar yang beranggapan mereka tidak boleh berjaya kerana tidak dianugerahkan dengan kebolehan hebat seperti rakan-rakan lain. Ada yang beranggapan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan mempunyai kebijaksanaan semula jadi yang tersendiri.Mungkin sudah takdir mereka dilahirkan dengan serba kekurangan. Pernahkah anda mengeluh dengan kata-kata berikut?
Saya tidak pandai-sejak dulu lagi saya lemah Bahasa Arab Tinggi.
Kawan saya memang pandai, baca sedikit pun boleh dapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan.
Kenapa saya tidak pandai berpidato? Saya selalu berasa takut apabila berucap dikhalayak ramai.
Mungkin kita sentiasa mengeluh.Kita menyesali dengan pelbagai kekurangan yang ada pada diri kita berbanding dengan rakan-rakan yang lain.Selalunya kita akan berpuas hati dengan apa yang kita dapat.Memang sifat bersyukur dengan apa yang ada itu merupakan sifat yang baik, tetapi dalam konteks ilmu pengetahuan, tidak tidak boleh sama sekali beranggapan itulah sahaja kemampuan yang dapat dijana oleh tubuh badan kita. jangan cepat mengaku kalah. Pernahkah anda berkata kepada diri anda seperti yang berikut?
Bagaimanakah caranya saya boleh pandai dalam Bahasa Arab Tinggi?
Bagaimana kawan saya belajar hingga dia selalu mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan ?
Bagaimanakah caranya untuk kita hilangkan gemuruh dalam diri kita apabila berucap ?
Sebenarnya, tiada siapa yang dapat mengubah tingkah laku, keupayaan atau kebolehan seseorang kecuali orang itu sendiri mahu berubah. Ibu bapa, guru dan rakan-rakan hanya boleh membimbing dan menunjuk ajar, dan diri kita sendiri yang menentukan samaada kita mahu berjaya atau tidak.
|
Al-Qur’an, 008.053 (Al-Anfal [Spoils of War, Booty])
Text Copied from DivineIslam’s Qur’an Viewer software v2.910
setiap orang boleh berjaya dalam bidang yang ingin diceburinya. Manusia tidak dilahirkan dengan kebolehan tertentu. Mungkin ada orang yang bernasib baik keran mempunyai kecerdasan yang luar biasa. tetapi jumlahnya tidaklah terlalu ramai. Cuma 1 dalam 50 atau 100. Jadi jangan anda cemburu kerana kepintarannya, tapi cemburu dengan kejayaannya. kerana apa ya ? kerana kepintaran manusia itu tidak sama, tapi kejayaan yang dicapai itu itu mungkin sama. :)Kecerdasan yang luar biasa juga akan hilang mengikut masa. Kalau pada tahun 80an dahulu kita pernah dengar cerita budak yang boleh membaca seawal umur tiga tahun, tapi ke mana hilangnya bakat dan kebolehan anak itu ? Jika ianya tidak dijaga dengan baik, Allah akan menarik kembali nikmatnya itu. Tidak mustahil.Kalau kita membaca sejarah orang-orang terkenal yang telah berjaya, kebanyakan dari mereka hanyalah pelajar biasa-seperti kita juga. Bahkan ada yang lebih teruk lagi. Tahukah anda Albert Einstein semasa di zaman persekolahannya merupakan pelajar tercorot di dalam kelas ? Dia sering diketawakan rakan sekelasnya kerana kebodohan dan kepelikannya. Tapi lihatlah “performance”nya selepas itu. Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary, orang melayu yang terkaya. Bermula dengan langkah-langkah sederhana dan berkat kegigihan dan kesungguhannya, beliau boleh berjaya sehingga ke hari ini. Pokok pangkalnya adalah semangat untuk berjaya.
Aspek yang terbesar yang diperlukan untuk berjaya adalah datangnya dari peribadi pelajar itu sendiri. Bukan dari orang lain. Insya Allah saya akan nyatakan satu persatu ciri2 tersebut dalam tips kejayaan pada masa akan datang. Sehingga bersua lagi. Salam Ta’zim dari saya, Assalamualaikum W.B.T ![]()
Popularity: 3% [?]
- Wajar Ke ada Hari Pensyarah ?
- Alhamdulillah
- Apa Ertinya success ? Dengan straight A ?
- Dah Semak Status Permohonan Anda Ke IPTA ?
- Mana Satu Yang Lebih Bermakna, Kejayaan atau Kegagalan ?
« Kismis Sebagai Makanan Minda & Kesihatan..TERBUKTI ! | Al Quran dan Sains, Secocok atau Tidak ? »





















