Biasiswa Sukan ini adalah ditawarkan kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian dalam kursus-kursus yang diiktiraf di IPTA dan IPTS dalam negara dalam semua bidang pengajian. Walaubagaimanapun bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran Biasiswa hanya untuk pengajian di IPTA sahaja.
Program Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta empunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi. Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan.
Walaubagaimanapun keutamaan adalah diberikan kepada 8 Sukan Teras iaitu bola sepak, tenpin bowling, badminton, renang, squasy, gimnastik, hoki dan olahraga. Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai ikatan kontrak perkhidmatan dengan kerajaan.
Walaubagaimanapun mereka adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila menamatkan pengajian kelak.
KRITERIA PEMILIHAN :
Antara kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam pemilihan penerima Biasiswa Sukan Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:-
- Atlet yang masih bergiat aktif dalam bidang sukan dengan mendapat pencapaian cemerlang sekurang- kurangnya sukan peringkat kebangsaan yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara atau MASUM.
- Bagi pengajian di peringkat diploma, permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang telah berjaya mendapat tempat di IPT/ Politeknik dan Kolej Komuniti bagi pengajian sepenuh masa.
- Bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama, permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi, Pra-Universiti, STPM dan diploma yang telah berjaya mendapat tempat di IPT tempatan. Pemohon hendaklah berumur sekurang-kurangnya 19 tahun.
- Bagi pengajian peringkat Ijazah Lanjutan, permohonan terbuka kepada lulusan Ijazah Sarjana Muda tempatan atau luar negara yang telah berjaya mendapat tempat di IPT tempatan. Pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun.
ELAUN / KEMUDAHAN :
Antara elaun dan kemudahan yang akan diterima oleh penerima Biasiswa Sukan Kementerian Pengajian Tinggi adalah:-
- Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
- Elaun sara hidup :
Diploma/ Ijazah Pertama – RM 500 sebulan
Ijazah lanjutan – RM 600 sebulan - Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan:
Kategori Senior Antarabangsa – RM1000 sebulan
Kategori Kebangsaan/ Negeri – RM 500 sebulan
Kategori Atlet Junior (Remaja) – RM 250 sebulan - Elaun peralatan sukan – RM1000 setahun
- Elaun-elaun lain seperti elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, dan elaun latihan amali/ kertas projek mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;
1) UNIT BIASISWA
BAHAGIAN BIASISWA,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Presint 2,
62100, PUTRAJAYA
Telefon : 03 - 8884 4600
Fax : 03 - 8884 4701
untuk keterangan lanjut, sila ke : www.mohe.gov.my
Popularity: 5% [?]
- Biasiswa JPA 2008, Siapa & Bila ?
- Permohonan Biasiswa JPA 2008 Telah Dibuka !
- Biasiswa@Scholarship dari Chemical Company of Malaysia(CCM)
- Dah Semak Status Permohonan Anda Ke IPTA ?
- Semakan Keputusan Tawaran Biasiswa
« Tafsir Qur’an : Surah al-Kafirun | Scholarship for International Students in Malaysia »






















sayangnya saya dah habis belajar. Ehm..terlepas nak apply dulu.
@appleblogger…
hehe. takpe, kite bagi peluang pulak pada adik2 atau sape2 yang lebih memerlukan.
ble result permohonan untuk tahun nie keluar