Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat dan pembaca setia blog creamstudents. Alhamdulillah, exam yang saya hadapi telah berakhir semalam. Jadi hari ini saya dapat pulang ke kampung :D . Rindu pada abah serta emak.

Sepertimana yang kita ketahui, keputusan SPM serta STPM telah diumumkan. Pelajar lepasan matrikulasi juga mungkin sedang menanti keputusan. Mesti berdebar-debarkan?. Saya pasti ramai pelajar yang ingin mencari penaja bagi menyambung pelajaran di peringkat seterusnya.

Hari ini, saya akan sentuh tentang biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Tentunya ramai yang pernah dengar tentang biasiswa ini, tetapi tahukah anda siapa yang layak memohon serta bagaimanakah caranya untuk memohon ?

Untuk lepasan SPM

Lepasan SPM, JPA hanya menaja pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara serta pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di dalam negara.

Bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat matrikulasi atau asasi(cth:UIAM), anda tidak akan ditawarkan biasiswa JPA. Tetapi usah khuatir, anda akan diberikan elaun oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Jumlah elaun yang diterima mungkin berbeza, akan tetapi jumlah kebiasaan adalah sebanyak RM 1000.

Lepasan STPM, matrikulasi, pusat asasi

Untuk lepasan seperti yang disebutkan diatas, JPA menyediakan tawaran kepada anda. Cumanya yang saya ketahui, JPA tidak menyediakan tawaran biasiswa kepada pelajar yang akan mengambil kursus perguruan. Ini kerana, kursus perguruan mempunyai biasiswa sendiri, iaitu daripada Kementerian Pendidikan.

Kepada, pelajar-pelajar yang tidak mengikuti kursus kritikal, anda perlu mencapai gred PNGK/CGPA tidak kurang dari 3.3 atau yang setara untuk layak mendapat biasiswa JPA. Itu nilai minimumnya. Nilai maksimumnya pula adalah 4.0. :mrgreen:

Pelajar yang akan mengikuti kursus kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi serta veterinar. Tawaran dari JPA adalah automatik untuk anda, cuma ianya bukan wajib dan anda boleh menolak tawaran ini jika anda mendapat tawaran dari penaja -penaja lain.

Bilakah tarikh permohonan dibuka ?

Saya nasihatkan anda peka dengan khabar dari pihak JPA. Mengikut pengalaman saya, JPA akan membuka peluang permohonan pada bulan 6-7. Tetapi tempoh sebenar untuk permohonan dibuka ditetapkan oleh JPA sendiri.

Bagi yang online, lawati laman web esila.jpa.gov.my untuk mengetahui update-update terkini dari JPA. Pun begitu, JPA akan tetap mengeluarkan iklan di dalam akhbar-akhbar harian. Bila sudah mengetahui ada iklan dari JPA, jgn lupa untuk sebarkan kepada rakan-rakan yang lain ya. :mrgreen:

Saya rasa itu sahaja ilmu yang saya dapat sampaikan untuk dikongsi bersama. Jikalau ada pertanyaan, bolehlah anda tuliskan di ruangan komen dibawah ini. Saya akan cuba menolong sekadar termampu.

Sekian dahulu dari saya, terima kasih daun keladi, mudah-mudahan berjumpa lagi, :wink:

Anwar a.k.a Saladin

p/s: Jikalau anda rasa artikel ini bermanfaat, tekan ctrl+D untuk bookmark page ini. Ini bagi memudahkan kita berhubung di masa akan datang.

Popularity: 99% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 123 comments. Add your own.
asNo Gravatar - 15 Apr 08 at 13:40:54

ye bagus2. CUma mungkin JPA perlu dapat kesedaran banyak lagi kursus sgat kritikal yang telah establish.

*sangat kritikal bermaksud, tak cukup lagi kakitangan di hospital, nak2 degree holder dalam bidang tersebut.

sekian

btw anwar, bile nak bincang kejenye..isk3…takpe2, take ur time, asal jangan last minute dahle. Hihi.

wassalam

AnwarNo Gravatar - 24 Apr 08 at 09:10:42

insya ALLAH dlm seminggu dua lagi available utk I-Quest 2008.

nhnNo Gravatar - 03 May 08 at 02:43:23

i br kn reject dgn jpa 4 dip jpn n skarang bcadang utk msk asasi uia…lps asasi sy rs nak apply scholar lg…tp adakah plajar asasi msh ada pluang utk ke luar negara??

Anwar to nhnNo Gravatar - 04 May 08 at 15:16:48

lepas asasi nhn ada peluang lagi ke luar negara. sebab ramai rakan2 sy dah berbuat sedemikian. ada yang ke mesir(medic) dan ada yang ke indonesia(medic).

yang penting pointer kena strong (>3.5). :em21:

nhnNo Gravatar - 13 May 08 at 13:21:32

tp diorg akn tgk result spm jgk ka??

AnwarNo Gravatar - 13 May 08 at 14:49:04

kalau selepas matriks/asasi dan setaraf, dia xkan tgk SPM lagi. Dia akan tgk result matriks/asasi kite.

So, nhn just kena score dan buat yang terbaik. jgn lupa untuk sertai aktiviti ko-ko juga ya. :em21:

nhnNo Gravatar - 14 May 08 at 16:44:50

thanz ek…
ok la kalo mcm 2…
sbb fobia kalo tgk result SPM…
diorg ckp mmg ar byk A tp A yg cikai2 ja…
so x bguna sgt…

nhnNo Gravatar - 14 May 08 at 16:51:27

lupa nak tny nie..
apa yg sy phm asasi dgn matriks lbh kurg sma…
so kalo kt plh asasi ada chance x nak p overc???
sbb br kn reject dgn JPA sbb A x ckp strong…
so nak pulun time bt asasi…
blh x???

AnwarNo Gravatar - 14 May 08 at 18:11:39

asasi ngan matriks KPM lebih kurang sama sukatannya. Cuma matriks KPM hanya setahun. asasi 2 tahun.

Sekarang ni pun matriks KPM da offer program 2 tahunkan ? k. ni tgk pade performance students tu sendiri.

Dkat asasi ni. tak boleh anggap enteng. UIA tahap asasinya adalah setaraf A level. Memang boleh ke luar negara kalau cukup strong. Cuma kena prepare channel awal2.

membantu tak ? kalau ya jgn lupa untuk subscribe newslettr creamstudents yek.
takpun, pilih untuk di notify through e-mails.

mudah2an dapat membantu. usah2 malu untuk bertanya yek. wassalam.

MukhlisahNo Gravatar - 17 May 08 at 15:57:30

Assalamualaikum. Saya dlm form 5 skrang. Tawaran ke luar negara drpd jpa..utk TESL overc ada ke? atau drpd KPM saja? JPA hanya mahu result trbaik kn utk bagi bsiswa?..(bingung la..)

miss confiuss yg nak g overcNo Gravatar - 17 May 08 at 23:47:50

seems like u noe all bout matrik an!!!
sy bru masok matrik…melaka..prog 1 tahun..sy dpt hayat…tp sy ni ad prob skit..SY NI STILL NAK MASOK PASUM!!! tp sy xdpt tawran upu…sy da buat rayuan…n maybe peluang nak dpt tu cerah la kot..kot la…bukan pasum je la..sy mmg nak masok asasi ipta..masalah sy…sy kurang yakin ngan matrik..tp sy da xde choice..peluang sy nak ke overc cerah ke kalu masok matrik?? sbb sy mmg nak g overc so damn very much!! HELP ME!!!!!!!!!!
SY XTAU NAK MINX TOLONG SAPA NI!!!!

AnwarNo Gravatar - 18 May 08 at 08:29:29

to Mukhlisah…

saya cuba menjawab soalan anda ye. Kalau cerita pasal TESL, ada seorang rakan saya selepas SPM mendapat TESL. Course TESL pada mulanya ditawarkan kepada rakan saya ni untuk ke luar negara.

Maknanya dia akan buat persediaan dahulu sebelum ke luar negara. Tetapi selepas habis persediaan dalam negara, beliau diberitahu hanya akan melanjutkan pelajaran di Malaysia. No oversea. Itu yang menjadi masalah.

Selalunya yang TESL ni dia under KPM. Jadi, KPM yang akan bayar elaun/biasiswa KPM pd student TESL. Tentang JPA, saya kurang yakin mereka ada beri biasiswa kepada pelajar TESL.

Ok, adik sekarang di form 5 kan ? Adik perlu prepare dari awal lagi. Sebab kalau adik punya result SPM strong and power, adik boleh choose ape2 program yang sesuai. KAdang-kadang kita memang minat pada sesuatu bidang, tapi kebolehan kita sebenarnya pada bidang yang lain. Jadi adik jangan gusar.

Yang penting adik belajar dahulu mase form 5 ni. Adik score betul2 dalam percubaan and time exam sebenar. Pulun betul2. Bila result SPM dah dalam tangan. baru adik perlu decide hendak ke mana. Tapi, jangan tak set langsung impian & cita2. Memang penting cita2 ni, cuma adik kena fokus dahulu dlm SPM yang akan datang.

Ramai rakan2 saya dahulu minat bidang lain, tapi last2 mereka ke bidang lain jugak. Ikhtiar dan tawakal jgn dilupa juga ya dik.

Good luck SPM ! :em21:

AnwarNo Gravatar - 18 May 08 at 11:40:42

to miss confius…

tahniah sy ucapkan krn dapat tawaran matriks ya. ramai lg orang d luar sana yang tak dapat. Kiranya miss confius ni agak bertuah dpt menyambung pelajaran. terutamanya dlm bidang sains hayat. tahniah sekali lg.

kite balik kepada pertanyaan miss confius td. tentang permohonan anda untuk msauk pasum. Pada saya, Pasum tu sama sahaja mcm matriks biasa. Under KPM. Cumanya diletakkan di bawah pentadbiran UM. Secara detailnya sy tidak pasti mengapa terjadi sedemikian.

Seperkara yang miss confius perlu tahu adalah, student PASUM tidak semestinya akan masuk ke UM. Ada banyak contoh mcm tu. ada yang tercampak ke UMS, UNIMAS dan U lain. Ini kerana PASUM tu sendiri bukan kelolaan UM 100%. Tapi memang kebanyakan student PASUM akan ke UM. Orang kate dah jejak sebelah kaki. Yang penting perlu belajar betul2.

Sahabat saya sendiri pernah menuntut di matriks londang. Sekarang di UM. Itu satu contoh bagaimana students matriks biasa boleh ke UM.

Miss confius mahu ke overC selepas matriks ? Memang ada program tajaan JPA selepas matriks yang melanjutkan pelajaran ke overC.Beberapa senior saya ada yang sekarang di India dan Indonesia dalam bidang perubatan. Ada di antara mereka yang graduate dari matriks. Jadi tak mustahil untuk ke luar negara melalui matriks.

Yang penting adalah keinginan untuk belajar serta sikap tak pandang mudah akan sesuatu hal ketika kita berada di menara gading nanti.

Untuk pengetahuan miss confius, agak mudah untuk score semasa di semester satu di matriks. tetapi agak susah untuk score smasa di semester kedua. Kesimpulannya, harap miss confius struggle dlm kedua2 semester.

sebarang pertanyaan bolehlah ditulis disini. Jangan lupa untuk tandakan checkbox dibawah untuk menerima update terbaru tentang comment yang miss confius berikan. :em21:

badrulNo Gravatar - 19 May 08 at 11:39:05

salam perjuangan… :em24:

# nhn says :
May 13th, 2008 at 1:21 pm

tp diorg akn tgk result spm jgk ka??

# Anwar says :
May 13th, 2008 at 2:49 pm

kalau selepas matriks/asasi dan setaraf, dia xkan tgk SPM lagi. Dia akan tgk result matriks/asasi kite.

So, nhn just kena score dan buat yang terbaik. jgn lupa untuk sertai aktiviti ko-ko juga ya. :em21:

ada sedikit pembetulan… :em26:

sebenarnya untuk keluar negara, result matrik memang membantu, tetapi result spm juga diambil kira…

AnwarNo Gravatar - 19 May 08 at 15:35:43

to bad…

terima kasih sebab membantu. baguslah bad, mari kita membantu adik2 disini. hang da ada pengalaman lebih banyakkan. so, kalau ade kesilapan kat sini. jangan lupa untuk membetulkan. toce…toce… :em45: :em36:

badrulNo Gravatar - 19 May 08 at 16:06:20

salam perjuangan… :em24:

aku ade gak join forum iluvislam, ramai gak adik2 tnye

nhnNo Gravatar - 21 May 08 at 16:53:13

kalo tgk result SPM…
requirement sma x mcm nak apply after SPM???

badrulNo Gravatar - 21 May 08 at 17:29:48

tidak la seketat pemilihan selepas spm

badrulNo Gravatar - 22 May 08 at 07:49:19

salam perjuangan…

kpd adik nhn a.k.a. nur hazwani nasruddin:

adik student engineering ke?

terima kasih atas pertanyaan di friendster, link yang diberi ke forum bicara mahasiswa www.iluvislam.com harap membantu…:)

shaNo Gravatar - 22 May 08 at 13:26:18

sya lepasan matrik..
result dah kuar..
tp nape takder pengumuman ttg biasiswa pun buat msa ney??
jpa bila nak kuar??

AnwarNo Gravatar - 22 May 08 at 15:21:55

@adik nhn

“kalo tgk result SPM…
requirement sma x mcm nak apply after SPM???”

adik maksudkan “kalo tgk result STPM” ke ?

AnwarNo Gravatar - 23 May 08 at 09:14:31

@sha…

ok. adik sha kena alert sentiasa dengan pengumuman JPA tentang scholar ni. sekarang dah boleh sgt2 selalu tinjau www.esila.jpa.gov.my . dalam bulan 6 atau 7 mungkin akan keluar. Jadi kena sentiasa alert.

creamstudents.com akan umumkan jikalau tawaran biasiswa ke degree dlm negara da keluar. :)

nhnNo Gravatar - 24 May 08 at 01:26:39

sy rsa try rujuk articles dlm star ari ahd lps…
ada kuar psl scholar JPA…

miss confiuss yg nak g overcNo Gravatar - 24 May 08 at 13:10:51

owh g2!
tp da 2 mggu kt londang..terase bes gak..
duk kt matrik ni pon cam duk kt mrsm gak..so sy leyh cope la duk londang..insyaALLAH…nway..tq ye..sy akan struggle glerrrr!!!! TQ!!!!!

miss confiuss yg nak g overcNo Gravatar - 24 May 08 at 13:41:09

another ques..
awk ckp tawran jpa otomatik utk org yg dpt 4.0 matrik…is dat means yg dak matrik yg dpt 4.0,akan dpt jpa otomatically without having an interview??just curiouss…hee~

AnwarNo Gravatar - 25 May 08 at 09:14:11

@nhn…

mungkin tu pasal entri yg dah sy post tu. sebabny setakat ni belum ada lg berita ttg tawaran JPA utk ke degree dlm negara.

tungguuuuu~~

AnwarNo Gravatar - 25 May 08 at 09:27:34

@miss confuse…

Ok, mungkin agak terkeliru skit ni miss confius ni.

1st…
tawaran biasiswa JPA automatik untuk kos kritikal macam medic, pharmacy, pergigian but tak automatik untuk kos bukan kritikal.

2nd…
kalau yang dapat 4.0 tu bukan dari kos kritikal, dier kena apply biasiswa JPA :) . Kalau tak apply, melepas la JPA~

3rd…
Jika miss confius nnt dpt 4 flat and then diterima masuk ke mane2 satu U tempatan dlm bidang kritikal, miss confius insya ALLAH akan menerima biasiswa secara automatik.

ganbatte ketika di londang ! :) jangan sia-siakna hari anda ya…

wassalam~~

alexNo Gravatar - 29 May 08 at 12:03:09

salam sejahtera…saya baru saje abis matrik 07/08, dan kptsn sy agak baik la..dpt 4.00 utk kedua2 sem, kat cni nk tanya abg ckit, sy dah pilih medic ukm sbg 1st choice, dan hrap2 dpt la, dan sy diberitahu biasiswa jpa yg utk pelajar medic hanya akn ditawarkan pada tahun kedua, btol ke? ataupun dany peluang lg bg sy utk mndpt biasiswa tersebut sejurus selepas sy masuk ku tahun pertama medic

AnwarNo Gravatar - 29 May 08 at 15:13:42

@alex…

pertama kalinya jutaan tahniah kepada alex sbb dapat 4 flat utk dua2 sem. teruskan berusaha ketika di universiti nanti.

maaf jika reply kpd komen alex lambat skit. Buat masa ni, selepas bertanya dgn mereka yg juga mendapat biasiswa JPA sprt abg, jwpn yg boleh abg bg masa ni adalah pelajar perubatan akan dpt biasiswa smasa semester ke-2.

tapi ini belum lagi jawapan mutlak dari abang. Mungkin ada perubahan dari JPA yg abg tak tahu lg.

Jika di UIAM, pelajar perubatan akan dapat biasiswa sbaik shj semester bermula. maknanya semasa semester 1 tahun pertama pengajian.

abg akn cari jwpn yang tepat di masa akan datang. harap adik dpt jenguk kembali blog ini ya. alex boleh subscribe blog ini dgn masukkan email alex di ruangan atas. setiap update akan alex ketahui.

Terima kasih krn bertanya :)

alexNo Gravatar - 29 May 08 at 16:54:46

terima kasih bnyk2 ye abg Anwar…sekiranya sem 2 bru dpt, maka kita terpksa keluar duit utk pendaftaran, btol tak abg?
nak tanya ckit lg…jikalau sy dpt biasiswa jpa,selain yuran pengajian, adakah biasiswa t’sebut merangkumi aspek2 lain spt wang sara diri, yuran penginapan dan lain2?

AnwarNo Gravatar - 29 May 08 at 17:35:43

@alex…

tu cuma jawapan awal dri abg. kalau sem 2 baru dpt scholarship, maknanya terpaksa alex gunakan duit alex dahulu untuk bayar yuran2 yg terbabit.

ye, biasiswa JPA akan tampung yuran pelajaran, penginapan, elaun sara diri, elaun projek dan elaun alat tulis. semua akan ditampung oleh JPA.

Biasiswa utk bidang kritikal adalah lebih tinggi dari bidang2 lain. Kerana yuran yg dikenakan agak tinggi sedikit.

alexNo Gravatar - 30 May 08 at 08:59:57

nak tanya, sekiranya sy dah menerima biasiswa jpa, adakah akan wujudnya contract2 dgn kerajaan spt kena berkerja dgn kerajaan selepas graduate utk bbrape tahun?

alex curious jgak, abg skrang masih study ke? dkat mane?

AnwarNo Gravatar - 30 May 08 at 09:14:02

@alex

yes, alex akan bound dgn government. untuk medic jika tak silap abang 10 years. kalau tak mau bound selepas terima biasiswa pun ok. alex just kena bayar. tapi agk mahal la nak bayar tu.

mengenai abg, alex leh bace kat ruangan “mengenai kami” di atas tu

ikaNo Gravatar - 01 Jun 08 at 04:49:18

salam abg anwar..
sy lpsn mtrx 07/08.
sem 1 sy dpt 3.68 n sem 2 sy dpt 3.9. alhamdulillah.

so nak tny, agak2 pointer mcm sy ade peluang ke utk scholarship for dgree kat overc?
n tajaan jpa utk ke overc utk course2 critical je ke?

sy sbnrnye tlmpau harap sgt utk blaja kt overc sbb sy ank bongsu n nk banggekan mama baba. so i dont rily mind bout what course is given aslkan dpt g overc.

ms spm sy dpt 6A1, 1A2, 1B3, 1B4.n sgt3 kcewe sbb ms spm dah tak dpt. huhu~ n sgt3 envious sbb rmai mmber2 yg dpt.

tu je nk tny. trime kasih. =)

AnwarNo Gravatar - 02 Jun 08 at 18:14:59

@ika…

salam juga kpd ika…

oh, bole sy tahu ika punye final CGPA(PNGK) ?

pointer ika agak baik untuk sambung course critical di Malaysia. Tp masih perlu compete dgn students lain yg dpt pointer yg lebih tinggi.

ada 3 cara yg sy tahu untuk ke overC.

1st…
dpt tajaan JPA utk ke luar negara. maknenye JPA akn tanggung dari awal hingga akhir.

2nd…
Pergi dengan duit sendiri dulu. Then, kite struggle pada tahun pertama(masih pkai duit sendiri) then, kite apply biasiswa dri JPA atau Mara gune keputusan kite di U tempat kite menuntut di OverC.

3rd…
Melalui Agen, slalunya ianya swasta. Agen2 ni bertindak sbg orang tengah dgn pihak di overC. ramai jga yang pergi melalui agen. Selalunya self-sponsored. Tp, kena berhati2 dgn agen ni. sebab ada kisah yang kurang enak didengar dari mereka yang pernah berurusan dgn mereka.

kalau ika tak dapat ke overC time degree pun sebenarnya tak mengapa. Dalam negara pun sama susahny dgn di luar negara. Ika masih ada master dan Phd. Kalau Ika cemerlang smase degree, kebarangkalian adalah tinggi utk sambung master dan Phd di luar sana.

ikaNo Gravatar - 04 Jun 08 at 13:32:24

trime kasih utk info tu abg anwar.
really useful. =)

anyway.. cgpa sy 3.79.

rasenye sy cuba apply jpa nanti.
kalau x dpt jugak, sy further local dulu. sbb sy bkn org berada dan x nak jugak guna agen. mcm abg ckp jugak lah, skrg nie banyak cerita2 yg x brape sdap didgr.

mane lah tahu ade rezeki dpt smbg master kat overC. insyaAllah.

apa pun, trime kasih skali lagi. =)

AnwarNo Gravatar - 04 Jun 08 at 20:13:26

@ika…

tahniah di ats kecemerlangan tu. Teruskan ketika di Universiti nnt. Di universiti, pelajaran semakin mencabar dan memerlukan usaha yang sedikit tinggi dari di matrikulasi.

Jika di matriks ada cuma dua semester. di Universiti nnt ada 8 semester scr averageny. Hopefully U success and all the best. !

badrulNo Gravatar - 04 Jun 08 at 22:17:00

salam perjuangan…

wah nuar relevan lagi post ko ni yek?

AnwarNo Gravatar - 04 Jun 08 at 22:30:42

@badrul…

the power of SEO bad.hehe. teruskan membantu sedaya yg mungkin kpd adik2 yg memerlukan. :)

wanieNo Gravatar - 08 Jun 08 at 14:40:48

salam..abg,nak tumpang tanye ckit.. slalunya ble leh apply biasiswa jpa tuk student yg tgh amik dip sem 2 dan ke atas??

AnwarNo Gravatar - 08 Jun 08 at 15:12:44

@wanie…

Salam perjuangan…wanie boleh alert dari sekarang dengan pengumuman dari JPA.

Selalunya, untuk diploma, wanie boleh apply serentak dengan pengumuman tawaran Biasiswa dlm negara utk pelajar Ijazah. Tawaran ni akan keluar tak lama lagi.

Laman web JPA adalah seperti yg abg dah tuliskan di dalam artikel di atas.

Harap2 dpt membantu wanie. Maaf ats kekurangan ya :)

hazaNo Gravatar - 09 Jun 08 at 06:43:11

Assalamualaikum
terima kasih atas info yg brmanfaat.
tp sy ader satu soalan;
mcm mana untuk pelajar ijazah yg masih belajar di IPTA dalam negara yg ingin memohon untuk biasiswa JPA. adakan JPA menawarkan sbrg biasiswa?
terima kasih

AnwarNo Gravatar - 09 Jun 08 at 13:42:02

@haza…

salam sjahtera haza. Jika anda sekarang adalah mahasiswa tahun 1 dan akan melanjutkan pelajaran ke tahun 2, anda perlukan 3.5 dan ke atas utk mohon biasiswa JPA.

Ada juga sy pernah terserempak dgn senior yg apply biasiswa ketika berada di tahun ke-2 dan mendapat biasiswa ketika di tahun ke-3.

Harap2 dapat membantu. Ilmu sy pun masih sedikit. :)

hazaNo Gravatar - 10 Jun 08 at 04:49:19

terimakaseh sbb reply soalan sy
sy pelajar tahun 2 dan sem depn masuk tahun 3, jd sy ade 2 thun untuk abis degree.
sy mencr2 jg biasiswa utk kes seperti sy tp scr terus terang sy mmg tk pandai nak cr.
jd, saudara ader cadangan selain JPA untuk sy cube mendptkan biasiswa?
terima kasih

AnwarNo Gravatar - 10 Jun 08 at 09:54:33

@haza…

haza boleh juga try apply biasiswa JPA bile ia diumumkan. Just apply, Kelayakan kalau boleh 3.5 and above.

Haza anak kelahiran negeri mana ? Kalau anak kelahiran negeri pahang, Johor, Selangor, Sabah atau negeri2 lain yg ada yayasan, Haza boleh apply melalui Yayasan Negeri.

Dan, haza try search mana2 company yg ada kaitan dgn course Haza diluar sana.

Maaf kalau jawapan sy ni tak seberapa…

faizalNo Gravatar - 10 Jun 08 at 12:08:01

ermm sye nk tanye skit…sye baru tamat pengajuan sye di uitm dlm jurusan diploma perakaunan n cgpa sye utk diploma ialah 3.67..sekarang sye nk melanjutkn pelajaran sye utk degree perakaunan jugak di uitm…..ade ape2 biasiswa yg sye layak memohon tk…mase diploma dulu sye tk apply ape2 biasiswa…tq

AnwarNo Gravatar - 10 Jun 08 at 13:30:01

@faizal…

Firstly, tahniah ke atas Faizal di atas kejayaan semasa mengaji Diploma. Faizal ambil diploma perakaunan di Segamat ye ?

Ok, Faizal boleh pilih di antara pinjaman mara, pinjaman JPA atau biasiswa JPA. Jika berminat dengan biasiswa JPA, Faizal boleh apply.

JPA masih belum membuka permohonan untuk tajaan Ijazah pertama, tapi jika tajaan sudah dibuka, sy akan khabarkan di creamstudents.com .

p/s:

Faizal boleh subscribe blog ini dengan meletakkan e-mail faizal di ruangan subscribe di atas. Ia akan membolehkan Faizal mendapat info terbaru berkenaan biasiswa.

Wassalam~ :)

hazaNo Gravatar - 12 Jun 08 at 03:01:07

saya anak kelahiran selangor.saya ader tgk yayasan selangor, tp kat situ tertulis umur kurang 21 thn. memandangkan sy berumur 24 thn, thn ini jd saya tertanye2 masih ader peluang atau tak untuk mohon biasiswa.
apepun, info yg saudara bg sngt bermanfaat. terima ksih bnyk2..assalamualaikum.

AnwarNo Gravatar - 12 Jun 08 at 06:59:07

@haza…

cube haza try apply di pusat zakat selangor. Ramai juga dikalangan rakan sy yang apply pusat zakat tersebut. Modus operandi walau bagaimanapun kurang sy ketahui.

Wassalam~

hazaNo Gravatar - 12 Jun 08 at 20:08:22

oo
terima kasih atas info
Assalamualaikum

adilNo Gravatar - 12 Jun 08 at 22:09:34

assalamualaikum..
sy lepasan matrikulasi dan kurang arif ngan biasiswa nie..
untuk dapatkan biasiswa perlu ker sy cari universiti dulu xkira la overc atau dalam negara kemudian baru apply biasiswa atau bila saya dapat biasiswa diorg akan bagi u mana untuk saya…
arap saudara dapat membantu sy..
trima kasih..
wasalam

AnwarNo Gravatar - 12 Jun 08 at 22:59:21

@haza…

sama-sama haza, nanti bila dah dapat boleh la kita berkongsi ilmu dengan rakan2 yang lain.

Haza juga boleh search dlm google search yg sy sediakan di atas. Taip keyword biasiswa atau scholarships. Nanti akan keluar senarai berkaitan biasiswa. Selamat mencuba :)

AnwarNo Gravatar - 12 Jun 08 at 23:23:35

@adil…

waalaikumsalam…

adil, tahniah kerana telah lepas matrikulasi dengan jayanya. Sy ada sedikit ilmu yang boleh membantu aidil.Mudah-mudahan.

Macam ni, tak lama selepas aidil mendapat tawaran di universiti nanti, JPA akan membuka permohonan untuk biasiswanya.

Sekarang Aidil belum lagi mendapat keputusan utk kemana-mana lagi kan ?

Semasa Aidil mengisi borang permohonan, Aidil perlu mengisi ruang Universiti mana yang offer dan kursus apa yang Aidil dapat.

So, kat sini kita boleh tahu yang Aidil akan dapat tawaran Universiti dulu baru apply biasiswa.

Aidil perlu alert bermula sekarang ni ya. Nanti sy akan khabarkan jika JPA telah umumkan biasiswanya. Oleh itu, Aidil bolehlah subscribe setiap update yang akan berlaku dlm blog ini.

Jika aidil mahukan biasiswa swasta. Aidil boleh try google search yang berada di atas. Sy telah set kan ia untuk mengeluarkan lebih banyak keputusan berkenaan biasiswa.

Harap dapat membantu Aidil. Semoga berjaya ya ! ;)

wassalam~

alexNo Gravatar - 14 Jun 08 at 11:25:00

salam sejahtera abg, sy nak tanya kat cni, sekiranya kita telah memohon pinjaman ptptn, adakah kita masih berpeluang utk mendapat biasiswa jpa di sem 2 ijazah nanti?

AnwarNo Gravatar - 14 Jun 08 at 12:57:10

@alex…

Salam sejahtera alex. Kisah ini kerap juga berlaku. Ya, alex boleh memohon dahulu ptptn.

Ini kerana jika alex mendapat tajaan lain, alex boleh membatalkan pinjaman yang alex dapat dari ptptn dengan mengisi borang pembatalan yang disediakan di laman web ptptn.

Akan tetapi, alex perlu bersedia utk membayar lebih dari pinjaman yang alex dapat jika alex membatalkan pinjaman tersebut.

Sebagai contoh, jika alex meminjam RM3200, alex perlu bersedia utk membayar RM3500 kepada pihak ptptn sebagai yuran perkhidmatan katanya.

Itu kekurangan yang ada pada ptptn.

syuNo Gravatar - 17 Jun 08 at 17:06:49

abang, ramai org tanya soalan.. saya nak tanya gk..

gni, saya dapat kos veterinar lepas asasi upm , jd otomatik dpt biasiswa kan??
nak tanya, adekah saya kna apply sendiri biasiswa tu ataupun fakulti saya akan uruskan, mmndangkan die atomatik.. saya xtau la.. fkulti pun xberi pjelasan..wlpun dah byk kli tanya..
susah ati saya.. takut tlepas plak

AnwarNo Gravatar - 17 Jun 08 at 23:44:57

@syu…

Assalamualaikum. course yang syu dapat ni adalah course critical. Sambung di UPM jugak ke ? Tahniah ye…

Kalau untuk course critical ni, selalunya fakulti akan uruskan.

Syu betul2 dah tanye di tempat yang betul ? Jika syu belum bertanya di finace department, syu boleh tanye mereka.

Insya ALLAH, nanti bila JPA mengumumkan tawaran Biasiswa, Syu boleh dapat tgk syarat dan perkara2 penting melalui dokumen yang disertakan bersama oleh pihak JPA.

Sy juga akan umumkan di blog ini nanti. Jika syu berminat, syu boleh subscribe blog ini untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Harap dapat membantu. :)

wassalam

syuNo Gravatar - 18 Jun 08 at 02:29:00

ok.. trima kasih!
nanti saya cuba tanya finance dptmt…

yup sambung d upm jgk.. ok.. tq

alexNo Gravatar - 19 Jun 08 at 16:30:51

salam sejahtera abg…

spt yg sy amat mengharapkan, sy telah ditawarkan medic UKM, terima kasih atas info2 yg abg beri dulu.

cam ni, pada surat tawaran yg sy terima, tertulisnye ruang yg menyatakan “kos yang ditanggung oleh pelajar-RM14,155.00 sepanjang tempoh program”…..dan “kos yng ditanggung oleh kerajaan-RM222,235.00″…

nak tanye abg, sekiranye kit dpt biasiswa JPA pd sem 2 spt yg abg bgtau….adakah biasiswa JPA ni membantu kite menjelaskan kos yang kite pelajar tanggung tu (RM14,155.00) , atau pun kos yang ditanggung oleh kerajaan sebenarnya merujuk kpd biasiswa JPA ?

AnwarNo Gravatar - 19 Jun 08 at 19:07:11

@alex…

Tahniah ! atas kejayaan alex. semoga alex terus maju dan belajar dengan besungguh2 utk menjadi seorang doktor yang bertanggungjawab dan hebat ;)

Ok. RM14,155.00 tu adalah sepanjang tempoh alex belajar. Alex akan study 5 tahun kah ?

Biasiswa JPA akan tampung semua yuran yang akan alex bayar.

RM14,155.00 tu adalah bayaran yang students perlu bayar.

RM222,235.00 adalah nilai yang ditampung oleh kerajaan.

Disini, alex sebenarnya perlu berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang membayar cukai. Sebab biasiswa yang abg dapat dan yang bakal alex dapat adalah berpunca dari cukai2 yang dibayar oleh rakyat Malaysia ;)

alexNo Gravatar - 20 Jun 08 at 11:32:16

mcm tu ye….sbb sy terlalu risau….
terima kasih atas pertolongan abg yang sudi berkongsi info dgn sy…sy akan berusaha utk menjadi sorang doctor yang berjaya….

fatinnadiaNo Gravatar - 21 Jun 08 at 21:57:54

salam abg anwar.. sy hrp sgt abg dapat bantu sy..

1) sy nk tnye..
mcm mana sy nk apply tmpat kat u di indonesia dalam course pergigian?

2) ape qualification utk apply dentistry kat indonesia?

3) kalau sy ke sn melalui agen, ade peluang lg ke utk dpt scholarship mara or jpa (kalau ambil kos dentistry)

4) boleh tak abg bagitau pasal agen utk dental student ke indon sbb yg byk sy denga cuma utk medic je..

tiqaNo Gravatar - 22 Jun 08 at 22:23:44

sye pelajar lepasan matrik n bru dapat ofer medic..saye x bpe phm ttg biasiswa dr jpa ni..dalam kes sye ni saye mmg dapt secare automatik k stil kne mohon?

ikaNo Gravatar - 23 Jun 08 at 17:58:11

salam abg anwar..
sekadar makluman buat abg dan semua, permohonan biasiswa jpa utk dalam negara dah dibuka.

http://esilav2.jpa.gov.my/

:)

AnwarNo Gravatar - 24 Jun 08 at 00:47:13

@fatinnadia…

waalaikumsalam. maaf jika terlambat reply mesej yang diberikan.

Jika fatinnadia berminat untuk mengetahui tentang pembelajaran di Indonesia, fatin boleh bertanyakan kepada saudara badrul di www.shoutulhaq.blogspot.com .

Ini kerana beliau lebih berpengalaman daripada abang tentang permohonan untuk menyambung pelajaran di luar negara. Dan saudara badrul juga merupakan classmate abang yang boleh dipercayai.

Secara general yang boleh abang kongsikan adalah jika fatin belajar diluar melalui agen, fatin masih lagi berpeluang untuk memohon tajaan dari JPA. Tapi, fatin perlulah struggle untuk cemerlang dalam tahun pertama agar permohonan fatin nanti diterima JPA.

Maaf andai tidak dapat membantu dengan lebih lanjut, lebih baik kita bertanya kepada yang lebih pakar bukan ? Dalam hal ini, saudara badrul adalah lebih pakar daripada abg. ;)

wassalam~

AnwarNo Gravatar - 24 Jun 08 at 00:55:45

@tiqa…

Salamualaik… tiqa boleh baca syarat2 permohonan di sini ya :

http://esilav2.jpa.gov.my/esila/pdf/2008_PIDN/PIDN200608.pdf

Semasa membaca, highlightkan butiran di nombor 5.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, tiqa boleh hubungi talian JPA–> 03-88853049 .

semoga ianya membantu ;)

AnwarNo Gravatar - 24 Jun 08 at 01:00:37

@ika…

terima kasih ya ika di atas info yang telah diberikan. Abg baru shj pulang dari kursus induksi, jadinya agak terlewat mengetahui update dari pihak JPA.

Ika dah apply ? Jika belum apply sekarang dan isi borang dengan cermat dan berhati2.

Ika ada 3 kali peluang mengisi atau membetulkan butiran yang diletakkan di dalam borang permohonan.

Jika berpeluang mendapat biasiswa nanti, jangan lupa untuk panjatkan kesyukuran kepada Allah dan berjimat cermat dalam berbelanja ya ;)

alexNo Gravatar - 24 Jun 08 at 12:07:04

salam abg, sy nak tanye apabila nak isi pendapatan bapa/ ibu /penjaga….

sy mghadapi masalah ckit, sbb ayah sy pesara buruh, ibu pulak suri rumah….income keluarga dtg dari abg sy yg sedang bekerja di kilang…

sbb tu nak tanya abg anwar, ruang utk pendapatan nak kena isi pendapatan bg ke,ataupun biar kosong kerana parent x ade pendapatan?

sekiranye biarkan kosong? mcm mane dgn slip gaji parent yg kena hantar ke pihak JPA?

badrulNo Gravatar - 25 Jun 08 at 23:19:03

salam perjuangan…

erk, tersedak ana di waktu taaruf week mendengar nama di sebut2x…hehe

takdela expert pon…besa je…

ok, adik fatinnadia:

jwpn: abg tengah contact dgn member2 kt indonesia, insya allah ana akan beritahu sepantas kilat.

sebelum 2 ana nak tahu adik sekarang masih belajar di peringkat mana dan markah adik.

tapi utk bahagian jpa / mara insya allah adik jangan risau.

terima kasih.

p/s: nuar ko jd committee taaruf week lg ke? haha

badrulNo Gravatar - 25 Jun 08 at 23:32:08

nuar, kalu cam kes aku ni kena tunggu result 1st year gak ke?

AnwarNo Gravatar - 25 Jun 08 at 23:32:46

@badrul…

syukran ala nasratuka. tersedak ye ? sape la tolong tepuk belakang kawan ku ni.hehehe.

taklah, aku jd committee untuk iQuest sj. ;)

AnwarNo Gravatar - 25 Jun 08 at 23:35:01

@badrul…

emmm, ni kes complicated ni bad.hehe. cube test tepon hotline JPA. aku pun kurang faham.

AnwarNo Gravatar - 25 Jun 08 at 23:40:03

@badrul…

kalau secara generalnye, memang JPA akan ambil result terkumpul 1st year untuk sesape yg nak apply utk tahun ke 2.

Dan kalau tak silap, sape2 yang dapat cgpa 3.3 utk first year pun leh dapat diasiswa dah sekarang.

alexNo Gravatar - 27 Jun 08 at 12:53:35

T.T……
abg anwar tak jwb pun soalan aku….sedihnye

AnwarNo Gravatar - 27 Jun 08 at 14:21:30

@alex…

maaf ya alex…tak perasan.hehe. aritu ada orang jaga. emmm.

ok. soalan alex tentang apa yang kita nak letak di bahagian pendapatan ibu bapa tu ye ?

Kalau ikut yang abang faham dan ingat, alex letak nilai gaji ayah alex dan kemudian alex sertakan surat yang menunjukkan ayah alex telah pencen.

Untuk pendapatan ibu. Alex cuma letakkan status suri rumah dan nilai 00.00

Ni cuma jawapan yang dapat abang bagi. Tapi, abang kurang pasti syarat2 ketika ini.

Abang nasihatkan alex menelefon hotline JPA ketika alex menghantar borang permohonan.

Hotline JPA :

03-8885 3559
03-8885 3529
03-8885 3550

Abang sarankan alex bertanya dengan hotline JPA sebab jawapan yang alex akan dapat more acccurate with your situation.

Bersemangat ya :)

pengalaman...No Gravatar - 28 Jun 08 at 02:14:35

saja nak kongsi pengalaman…

saya bekas pelajar intec(international education centre,uitm) buat a level bawah tajaan jpa.Masa tu,buat preparation a level medicine,tp takde rezeki result a lvl x ckup mkn nak fly.jd,jpa lepaskan saya tanpa bayaran.Syukur tak kena bayar,sperti kawan sy yg terima nasib yg sama tp dibawah tajaan mara.Dia kena ganti rugi rm30+k….tp lepas dia buat rayuan kat mara,cakap belajar lg,mara consider dilpaskan jgk…nasib baik result dia masa rayuan tu gempak…

slepas tu,saya sambung kat salah satu ipta,buat pra ijazah.then alhamdulilah result ok kat situ(insaf dah) dan try mohon balik jpa untuk tajaan dalam negara.first-first saya isi saya tengok ada ruangan dlm borang ‘Pernah menerima tajaan jpa?’…saya pun tak tau nak pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.Kalau pilih ya,takut kang jpa dah tak bagi,kalau pilih tidak,kang nnt dia check kantoi…
so saya jujurkan pilih ya…

alhamdulillah,rezeki saya kot, saya dapat balik biasiswa jpa untuk dalam negara Ipta&ipts…

dan mmber saya yang lepas foundation(IB,a level,etc) dan dapat sambung degree,dia tak tahan dgn medicine,dia pun keluar.secara automatik melanggar perjanjian dgn jpa.slepas tu dikenakan denda,ganti rugi spanjang dia study adalah sbyk rm100+k,(2 taun preparation dan setaun degree)…..jd saranan saya, belajar la leklok lepas dapat jpa tu….

kalau jpa dlm negara,jpa akan anta surat kepada penjamin anda setiap sem,menyatakan keputusan anda yg terkini….hehe…malu kalau result rendah… :)

gudluck…

taiyo_senseiNo Gravatar - 28 Jun 08 at 09:13:11

salam,
sy nak tanya psl nak pegi overc utk lepasan pusat asasi..hari tuh lps spm sy apply jpa course engineering kat jepun tapi tak dpt, then sy masuk p.asasi uia…
kalau lepas abih kat asasi uia nih, bleh ke sy apply jpa nak pegi jepun gune result sy kat uia tuh?
pastuh brape thn plak persediaan tuk nak pegi jepun tuh?

szakifNo Gravatar - 28 Jun 08 at 14:49:42

wah~ inila rupenye entry yang mendapat komen@reply yang paling ramai ye..

bagus2.. ape jenis scholarship pun, ade pro and cons nye. kena fikir elok2.

yang penting, kalau study da ditaja tu, jangan pulak lalai. duit sape sebenarnye yang digunakan untuk taja korang tuh. so, lu pikir la sendiri! :D

AnwarNo Gravatar - 01 Jul 08 at 17:15:46

@szakif…

duit rakyat yang bayar cukai ! hehe. ;)

hazaNo Gravatar - 04 Jul 08 at 00:20:56

Assalamualaikum
skarang tawaran biasiswa dlm negara dah bermula. terima kaseh atas info…
sekadar bertanye;
adakah faktor gaji ibu bapa memberi kesan kepada permohonan tawaran?sy dan apply tp risau jg bab gaji mak ayah ni…ke ianya hanya melihat pada result yg utamanya…
hehehe terima kasih

nbrNo Gravatar - 09 Jul 08 at 14:15:41

assalamualaikum…
nk tmpg tyr la….
saye pelajar pre-med kolej swasta…
skang ni nak sambung 4 degree…
hope nak pursue kat egypt
ade mtk kat pusat zakat negri 9
tp diorg nak BA tinggi time SPM..
if kite mntk pusat zakat selangor,die nak BA tinggi gak ke ek?
n ad x tau psl penajaan laen?

badrulNo Gravatar - 09 Jul 08 at 18:07:24

saslam perjuangan…

> nbr

cadangan ana nti layari ruangan forum www.iluvislam.com bahagian medik mesir

insya allah ana akan cuba cari info berkaitan soalan ini

wallahu a’lam

sitiNo Gravatar - 10 Jul 08 at 10:25:29

askum… nak tnye ckit berkaitan jpa ni.. sy sblm ni dah dapat jpa masa dip, skang sy ngah further degree plak, cgpa saya 3.54, saya rsau la sebab persaingan bnyak sgt, ramai sgt yang apply… takut tak dapat je…..

AnwarNo Gravatar - 11 Jul 08 at 16:43:31

@siti…

salamualaik. siti dah apply ke JPA ? KAlau dah apply dan siti ada cgpa 3.54, insya ALLAH boleh dapat JPA. Perbanyakkan tawakal ye…

sitiNo Gravatar - 12 Jul 08 at 10:48:54

Assalamualiakum… siti dah apply dah jpa ari 2, baru2 ni pihak jpa anta email kat siti, dia org suh check balik permohonan yang siti apply hari 2, ada masalah dengan tahun pengajian. bukan siti sorg tapi ramai g member2 siti yang kna isi semula. siti student uitm,dulu dip pun kat uitm jgk, so, skang ni siti dah sem 3 la sebab buat credit transfer., masalah skang pihak jpa suh siti anta salinan surat tawaran, slip gaji ibu bapa, result dgan slip permohonan., pihak jpa tak nyatakan pun kat situ srt tawarn ngan result kena sahkan. so, siti just amek yang mana ada je la. result n slip siti dah sahkan sebelum masuk u ari 2. tapi surat tawaran siti tak sahkan, rsau la takut sebab benda 2 jea siti tak dapat biasiswa.

AnwarNo Gravatar - 12 Jul 08 at 11:28:32

@siti…

pihak JPA ade state tak ape yang perlu siti perbetulkan untuk reapply balik ?

Perlu diingat disini, jika siti dah mendapat biasiswa JPA, siti perlu mempunyai sekurang2nya 15 kredit hour untuk setiap semester, tidak boleh kurang dari 15 kredit hour. Itu satu syarat dari JPA.

Semua borang2 yang diperlukan semasa siti apply biasiswa memerlukan pengesahan dari badan2 atau individu yang diiktiraf oleh JPA.

Kalau siti masih dalam dilema, siti boleh call hotline JPA…

03-8885 3559
03-8885 3529
03-8885 3550

Harap saya dapat membantu… ;)

taiyo_senseiNo Gravatar - 13 Jul 08 at 12:02:48

salam…
bro, sy tgh menunggu jwpn bro nih..
kwn2 sy dok tanya bro dah jwb blm soklan sy..
diorang sumer nak tau nih..
hrp bro dpt jwb soklan sy..
heheh

LadyinBlueNo Gravatar - 13 Jul 08 at 16:05:26

salam,
klu sy tnya sket psl jpa schlarship for master leh X?
is it true dat we’ve to work for at least 2 yrs after graduated in order to apply for the scholarship?
tq.

*curious*

sitiNo Gravatar - 14 Jul 08 at 10:17:18

Askum.. thanks sebab sudi jawab soalan siti… siti mmg tak dapat apa2 feedback pun dari jpa berkaitan hal hari tu.. siti dah banyak kali try call tapi talian jpa selalu sibuk. dah tutup dah permohonan untuk jpa ari ni. siti takut kalau siti anta semua 2 skali lagi permohonan siti dah terbatal. berkaitan credit hour tu untuk sem ni jea siti dah amek 23 credit hour, ok la kan ?

hanidaNo Gravatar - 21 Jul 08 at 16:15:13

salam.. bro.. nak tanye.. slalunye kalau scholarship untuk master selection nye lebih tough ke?kalau cg 3.5 je leh dapat ke?isk

tatyNo Gravatar - 23 Jul 08 at 11:15:36

As’kum.. nak tanya camner kita nak tau tawaran biasiswa jpa diluluskan? bile kite perlu check? bila sy buka website jpa, saya sukar mencari dimana perlu saya klik untuk mengetahui keputusan tersebut.. camner ek?

UKM physicsNo Gravatar - 26 Jul 08 at 14:03:49

to siti..
salam,ana nk tnya sikit,recently,ana ada jump junior ana,depa kata nowadays credit hours dah naik,kan?xsilap ana 27 around that for every sem,right?so,u all pnya total credit hours also increased right?if that true,thats mean u are under critical problem bcoz,you must as well full fill the credit hours for each sem to ensure that you can fullfill all the credit hour requirement before you graduate instead of you need to extend your semester field.im the 2nd year student,i always try to fill all the maximum credit hour that i can take every sem in order to reduce my credit hour left at 3rd n 4th year,also to make sure i can concerntrate on studying the core course of physics that more harder.

sitiNo Gravatar - 01 Aug 08 at 13:07:10

salam.. siti dah confirm kan ngan koordinator saya, yang saya mmg amek 23 cerdit hour sem ni. sem dpan maybe 24, for your information uitm student tak leh lebih 24 credit hour dalam 1 sem. lau ada papaer fail or drop sekalipun itu ikut keutamaan paper sekarang.

jorrNo Gravatar - 08 Aug 08 at 13:51:55

abang,sy ada 1 soalan.adakah sume students tesl di ipg konfem akan ke overc?atau cgpa kene tinggi baru bleh g?still confuse…hope abg can give me info…

k.aNo Gravatar - 09 Aug 08 at 13:25:17

salam

hmm.utk prog tesl tu, kalau tak silap sy, siapa yg blaja di IPBA, akan dpt smbg blaja kat overseas.maybe dlm 2 atau 3 tahun. sy ada 2 rakan dlm program itu dan srkg mereka berada di australia dan new zealand.
sepatutnya, semasa mendapat tawaran tersebut kita sudah tahu kita akan pergi luar negara atau tidak..

kemudian, untuk peluang ke luar negara selepas matrikulasi atau pasum. setakat ini yang ada untuk medic dan dental ke india dan indonesia. pointer kena >3.5 dan result spm at least B3 untuk semua subjek. itu semasa tahun saya.maaf kalau sudah berubah.

ada juga program oleh KPM ke luar negara yang mana apabila pulang ke m’sia akan jd pensyarah di pusat2 matrikulasi. ada math,kimia dan physic kalau tak silap. kebanyakan dihantar ke u.k..

harap dapat membantu..

jorrNo Gravatar - 10 Aug 08 at 19:21:51

kwn sy ckp cgpa must >3.0(kakak die tesl).tp x pe,usaha penentu kejayaan.ok bang,thank 4 da info.

ba-eNo Gravatar - 01 Sep 08 at 13:13:14

saya mahu bertanya berkenaan cara membuat rayuan biasiswa jpa???

peningNo Gravatar - 02 Sep 08 at 15:17:33

sape2 tahu how nak buat rayuan jpa? kate dah bukak 2day tapi x jumpe pape pun, ke kena hantar surat to them or how?
tolong! pening dah :(

AnwarNo Gravatar - 02 Sep 08 at 16:13:19

@pening…

selalunya info2 ini boleh kita jumpa di laman web JPA itu sendiri. Saudara dah ke laman web JPA ?

saya sudah cuba untuk access ke laman web JPA iaitu

http://esila.jpa.gov.my
http://esilav2.jpa.gov.my

akan tetapi saya juga tidak dapat access ke laman berkenaan, mungkin disebabkan oleh bandwidth dan trafik yang terlalu ramai ke laman tersebut.

Saya sarankan saudara cuba lagi untuk access dari semasa ke semasa.

peningNo Gravatar - 02 Sep 08 at 23:36:22

dah cuba. banyak kali. alamak, macam mana ni? takut terlepas la :(

anwarNo Gravatar - 03 Sep 08 at 09:50:49

@pening…

mungkin sebab ramai orang access rasenye. saudara dah try hotline JPA ?

missieNo Gravatar - 03 Sep 08 at 20:39:31

saya pun pening. ade rase nak call n tanye tapi takut. tahun lepas kwn saya kena marah, maybe sbb diorang malas nak layan, so takut kena marah pula. adeii..

AnwarNo Gravatar - 03 Sep 08 at 21:46:12

@missie…

sebenarnya orang2 kat JPA takde la garang macam tu kot. Just try telefon and say hello.

Saya rasa teknik rakan anda tu yang tidak kena caranya. Kalau telefon dan terus tanya soalan sape nak layan ?

Cuba telefon, pastu ucap selamat pagi/tghari/petang dulu sebelum buka bicara.

Pastu dahulukan dengan “minta maaf tuan/puan/encik/cik/…boleh saya bertanya…”

Rasa2nya mereka takkan marah. Apalah gunanya hotline kalau mereka salah gunakan. Mungkin kita yang perlu tgk balik diri kita. Dah cukup sopan ke belum ?

Saya sarankan missie telefon dan communicate dgn berhati2 dan sopan. Saya rasa kata2 orang lain hanya benar 40%, nak jadikan 100% kite kena try dulu.

Selamat mencuba ;)

AnwarNo Gravatar - 03 Sep 08 at 21:48:19

@k.a…

terima kasih k.a sebab tolong jawabkan soalan rakan2 kita yang memerlukan. Tak tahu nak balas dgn apa ;)

missieNo Gravatar - 04 Sep 08 at 12:28:10

terima kasih.

sesiapa yang ingin tahu, rayuan sudah dibuka di laman web esila :)

AnwarNo Gravatar - 04 Sep 08 at 12:39:22

@missie…

terima kasih kepada missie sebab inform rakan2 yg lain. :)

jerryNo Gravatar - 04 Sep 08 at 17:31:23

a’kum…
sy student uitm dip.sy nk tnya,bleh x student dip mohon tajaan jpa or mara tuk smbung ijazah kt overc?result sy ok ma….

missieNo Gravatar - 06 Sep 08 at 12:52:32

sama sama :)

tak tahu nak tulis sebab ape untuk rayuan.
:(

akakNo Gravatar - 11 Sep 08 at 11:21:20

salm..
agak menarik juga blog, saya tgh seach biasiswa untuk adik saya.
untuk maklumn, adik saya sekarg berda dlm form 5 dn akan mengambil spm tahun ni..
jd sy ada soalan nk bertanya la, selain dri jpa, ada tak pihak2 lain yg menawarkan biasiswa untuk pelajr lepsn spm n mcm mn nk mohon seterunya nk tahu maklumt lanjut..my b ada link untuk website pihk tersebut..
sekian, tq, jawapn anda amtlh2 dihargai. .

elijahmatinNo Gravatar - 14 Sep 08 at 21:56:05

assalamualaikum.

saya ada masalah besar sangat:
1. saya lepasan spm tahun 2006

2.result saya: fizik A1,kimia a1,math a1,add math a1, bi a1,bm a2,pm a1,sejarh b2.

3. saya tak minat nak smbung belajar sebelum ni.

4. sekarang saya ada azam baru, tapi nak sambung belajar dalm bidang aircraft engineering.

5. ada tempat tapi kat german.

6. boleh ker dengan result saya yang macam “boleh la” ni saya mohon untuk ke u d german?saya tak pernah masuk mana2 institut slps spm….(anggur)

7.jpa terima tak agak? u german pon terima tak hah?

8. apa step pertama yang perlu saya buat…tolong

nurshilaNo Gravatar - 24 Sep 08 at 21:05:30

assalamualaikum…
saya skrg pelajar lower 6.dalam aliran akaun.sy nak minta informasi pasal bagaimana n apa syarat untuk sambung belajar perigkat luar negara untuk lepasan stpm dalam aliran akaun @ perniagaan.

shogun tokuzawaNo Gravatar - 20 Oct 08 at 18:27:23

salam sejahtera everyone.

im currently pursuing my STPM.
started off..very bad. i failed in my sejarah paper esp (altho i love that subject)..but alhamdulillah, my trial result had shown a significant improvement.
well less than a month for preparation now.. all i can do is stay healthy & focus!

~~~

this is rather confusing about the JPA websites & stuff.
im looking around for the app.
but im not too sure whether id miss it or just that haven’t open to public for STPM leavers.

i wanted so badly to pursue degree in archaeology, business or even law.
i don’t mind further my studies within the country or overseas.
after all it is all the same. malaysia ok what… ;p

i have 3 questions here :
1. when will JPA release the scholarship app for STPM leavers?
2. besides JPA, are there any other scholarships that offer for STPM leavers?
3. which universities offer the best archaeology prog in m’sia/overseas? (recommendation pls)

your prompt response will greately appreciated. salam.

AnwarNo Gravatar - 20 Oct 08 at 22:50:19

Assalamualaikum…

dear brother, thank you for visiting this site and dropping by a comment regarding this issue. Hopefully that you can face you STPM exam and pass with flying colours ! Insya ALLAH.

As far as I concern, JPA scholarship application for students from SPM or STPM already ended.

The application for STPM leavers came along side with application for matriculation leavers. This occur about two months ago. You can browse my entry about the release of the application form here:

http://tinyurl.com/biasiswajpa

for scholarship other than JPA, you can try MARA, you can try to go to MARA website

http://mara.gov.my

or

you can contact them by phone through their phone number 03-2691 5111 (extension 1155 or 3620) during office day.

For your third question, I afraid that I can deliver to you the best solution. Instead of archeology, if you are interested in pursuing your studies in Law, I suggest UIAM/IIUM is the best University in Malaysia(perhaps).

you can get more information about UIAM here:

http://www.iiu.edu.my/admission/admission.shtml

That’s all I think that I can help you. Hopefully you are satisfied with this support. Assalamualaikum

shogun tokuzawaNo Gravatar - 21 Oct 08 at 16:40:50

salam..
thanks for the info.
glad to receive your response. :]

but according to my counselor,
JPA scholarship for STPM leavers might be released after the result.
i will check it out again soon anyway.

thanks again. :]
salam…

faraNo Gravatar - 23 Oct 08 at 12:44:22

i just received jpa’s scholarship.tu pon by rayuan.=D very grateful and thank God.and special thanx to jpa 4 giving me this opportunity.wont misuse it.=)

nurul_as89No Gravatar - 26 Oct 08 at 15:12:05

salam…
sy nk tnya..
sy ni pelajar diploma part3 kt uitm..
sy amik kos akaun..
camne sy nk aplly biasiswa mara/jpa tok smbung degree kt luar negara?
sy dah layari laman web mara dan jpa..
sy confius sebab x tahu nk apply cmne..
i really need your help..

H.ANo Gravatar - 05 Nov 08 at 01:00:53

Salam..
bang, sy nk tnye..
sy mmg bermnat utk mlnjutkn plajran ke jpun.
tbe2 rsult SPM x mengizinkan.
skrg ni, blaja kt mtrik..
tp sy msih mngharap utk blaja d jpun.
de pluang lg x?

AnwarNo Gravatar - 05 Nov 08 at 07:52:49

@H.A…

jikalau ikut pada peluang, masih banyak lagi. cuma banyak yang kita tak tahu. dah try buat rayuan di mara atau Jpa ?

Ada rakan sy sambung pengajian dalam course dentistry ketika dah tahun pertama degree biomedical.

selepas tamat matriks, cuma apply lagi ya.

faraNo Gravatar - 12 Nov 08 at 16:35:03

salam..
sy baru dpt surat tawaran dr jpa.
tp x pulak dinyatakan amount yg bakal diberi oleh jpa..
mcmana nak tahu eh?

hafizahNo Gravatar - 12 Nov 08 at 22:30:48

assalamualaikum.. sy stndnt asasi uiam thn akhir, cgpa yg perlu sy dpt 4 apply jpa 3.0 atau 3.5

AnwarNo Gravatar - 15 Nov 08 at 00:41:16

@fara…

Amaun akan diberitahu kemudian. Sepatutnya ada sesi soal jawab antara penerima dan pihak biasiswa. Apa-apapun, saya akan cuba scan salinan yang saya ada utk diberikan kepada anda.

@hafizah…

Saya juga merupakan seorang bekas pelajar di asasi uiam PJ.

cgpa yang perlu anda dapat jika tidak silap adalah 3.30

faraNo Gravatar - 16 Nov 08 at 19:13:27

urm sbb sy dpt yg 2nd intake la bro..so blom ada apa2 taklimat pasal jpa ni..ok,harap bro dpt bantu.:)

AnwarNo Gravatar - 17 Nov 08 at 09:39:34

@fara…

kalau macam tu, anda perlu alert dan selalu ke STAD (Student Activities Department) untuk mengetahui lebih lanjut bilakah proses penerangan antara JPA dan penerima biasiswa dilakukan. Dalam proses penerangan oleh pihak JPA selalunya akan disertakan sekali dengan pemberitahuan tentang biasiswa.