Untuk tip sukses kali ini, saye ingin mgajak diri saye dan pembace untuk same2 merenung diri, mencari jawapn tentang apa itu sukses ? Sukses atau kejayaaan bukanlah boleh didefinisikan dengan satu definisi shj bahkan sukses itu mempunyai definisi yang berlainan bagi individu yg berlainan.

Acapkali kite dengar skrg ramai murid medapat straight A dlm peperiksaan samaada UPSR, PMR mahupun SPM. Tetapi adakah dengan straight A kita boleh dikatakan telah sukses ? Maafkan saye jikalau perkara yang saye ingin bincangkan ini mrupakn perkara kontroversi, tetapi inilah hakikatnya. kita boleh lihat skrg orang yang mendapat straight A iaitu yang mempunyai IQ yang tinggi begitu disanjung dan perlumbaan untuk mendapatkan jumlah A terbanyak adalah begitu ketara sejak beberapa tahun kbelakangan ini.

Apakah tujuan mendapatkan A yang begitu banyak ini ? untuk membuktikan murid malaysia semakin “power” ? untuk membuktikan diri kite lebih excellent dari member2 yang lain ? Mencari publisiti semata-mata ? atau sekadar mencari kepuasan diri ? Tidak dinafikan memang perlu bagi kita mendapat A dlm situasi pembelajaran di negara kita ini.

kalau sy diberi pilihan antr A atau B mestilah sy pun nak A jugak :) . penat tuuu usaha sepanjang tahun tapi tak dapat pun A. pastu tak dapat offer letter dari mane2 U pulak tu.Pasti sy akan sedih nanti :) . Tetapi sedarkah kite bhw kite hanya megejar A bukan mengejar ILMU. Ya… tentang ilmu inilah yang mbuatkan sy teruja untk menulis artikel ini. Ilmu…mungkin rmai orang tak sedar tapi sy rase para pembaca adlah org yang sedar kpentingan ilmu. sebab itulah pembaca msh bace lagi artikel ini :D . Saidina Ali pernah berkata :” tuntut lah kamu ilmu kerana ilmu itu lebih berkuasa dari harta. Manusia adalah penjaga bagi harta tetapi ILMU pula adalah penjaga bagi manusia”.

Berbalik kepada soal ilmu dan straight A. persoalan yang ligat berputar dlm diri saye ini ialah adakah orang yang mendapat banyak A itu akan menggunakan semua A nya untuk d’gunekan dlm hdupnya ? Adakah dia akan ingat semua subjek yang telah diambilny setelah dia melangkah ke menara gading ?

Tidak ! tak mungkin ingt kesemuanya. manusia yang genius pun hanya handal dlm satu2 perkara. mcm adik Adi Putra tu. Hebat dalam matematik ttp untuk subjek lain, die kna blaja mcm kanak2 lain. Ataupun mcm Stephen Hawking, seorang physicsts yang popular dengan teori “Big Bang”nya(betulkan sye jika tersilap), Dia tidak pakar ilmu Ekonomi . Tidak mustahil jika pemilik straight A itu akn termangu2 ketika belajar di IPT. Tetapi janganlah pembace ingat yang sy ni anti orang yang straight A sbb sy pun pernah termasuk dikalangan mereka :) .

Tapi nie cerita dlu2 ye. yang sy tekankan adalah adakah orang yang dapat straight A itu akn dapt input@ ilmu yang berkekalan, yang berguna dalam khidupannya kelak. Itulah yang penting. dengan ilmu yang berpanjangan itulah kite akn sukses. bukan dengan straight A. Jadi mcmane care kire mewacanakan sukses itu ? kan sy sudah katakan tadi yang sukses itu adalah berbeza bagi setiap orang.

Sebagai contoh, Ahmad(tidak ada kena mengena dengan sesiape :) ) tidak dapt skor lebih dari 2 A pun dlm SPM nya. Dier ad 2 gred 9 dalm result tu tapi dier mahir dalam perkomputeran. Memang tererlah. jadi dier start bekerja di pusat jualan komputer. Selang beberape ketika dier bukak company kecil dan berusaha mengembangkannya. Dier memang baik hati dan ad rmai kwn, jadi company dier trus berkembang dan menjadi salah satu syarikat gergasi di malaysia. hah, itulah kejayaan bagi dirinya yang dapt result SPM tahap “hidung” ajer. tak semestinya yang straight A akan terus berjaya dan tak semestinya yang x dpt A langsung tak berjaya. Disini bukan IQ yang memainkan peranan tapi EQ.

Saye bukan provok anda untuk JANGAN skor banyak A. Skorlah sebanyak mane yang anda mampu tetapi ingat, jangan lupekan ILMU yang anda dpt.Sebab dgn ilmu yang benar2 dfahami dan berpanjangan anda akan berjaya, bukan dengan straight A !Eh ? dimana tip nya ? tipnya telah sy boldkan. :) Senyum sokmo selalu ! wassalam.

Popularity: 2% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has No comment. Add your own.