firman Allah SWT (yang bermaksud) :
“Wahai orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan barang yang tidak kamu amalkan?”
(Surah As-Saf : 2)
Ketahuilah bahawasanya manusia di dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga keadaan :
Pertama ialah orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan di negeri akhirat maka dia tidak berniat untuk mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat. Maka orang ini akan termasuk di dalam golongan orang yang beruntung .
Kedua ialah orang yang mencari ilmu untuk mencari keuntungan yang segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan, pangkat dan harta benda, maka orang ini adalah berada di dalam keadaan bahaya. Bahkan boleh diibaratkan telur dihujung tanduk. Jikalau dia mati sebelum sempat bertaubat, maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan ”su-ul khatimah” kemudian urusannya terserahlah kepada kehendak Allah SWT. Akan tetapi jika beliau sempat bertaubat sebelum berpindah ke alam baqa’, Insya ALLAH dia adalah dikalangan orang2 yang memperoleh hidayah ALLah SWT.
Ketiga ialah orang yang telah dikuasai oleh syaiatan maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya itu sebagai alat menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia menggunakan ilmu yang dituntutnya itu untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut segala keuntungan dunia.
Konklusinya, jadikanlah diri kita bersama dengan golongan yang pertama dan berhati-hatilah supaya kita tidak berada di dalam golongan yang kedua kerana banyak sekali orang yang lalai yang telah diragut oleh kematian sebelum dia sempat bertaubat maka rugilah ia. Dan jangan sama sekali kita meletakkan diri kita dalam golongan yang ketiga maka kita akan terjerumus ke jurang kebinasaan yang tidak mungkin dapat diselamatkan lagi.
c.c : La Tansa Article 27 Aug 2007
Popularity: 2% [?]
Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
« The Importance of Study Group | Raw or Boiled Eggs ? »