Adakah anda percaya bahawa Sains dan Al Qur’an mempunyai pertalian ? Mungkin ada di antara kita yang kurang percaya dan tidak yakin. Lebih2 lagi terdapat dakwaan dari pihak tertentu yang mengatakan Al-Qur’an sudah ketinggalan zaman dan perlu diterjemah semula.Nauzubillah.

Dalam dunia yang membangun seiiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Al-Qur’an sebagai kitab suci umat Islam sekali lagi membuktikan bahawa ianya adalah mukjizat yang agung dari Allah S.W.T kepada umat manusia. Jika Al-Qur’an diturunkan pada 1400 tahun yang lalu dan menjadi benteng kekuatan & kesusasteraan umat Islam dalam memerangi kafir Quraish yang “handal” dalam berpuisi,bersyair dan berpidato, kini Al-Qur’an sekali lagi menjadi tunjang kekuatan umat Islam dalam membuktikan kesyumulan Islam melalui SAINS. Ini bukanlah bermaksud Al-Qur’an sebagai sebuah buku sains tetapi ia adalah sebuah kitab “signs” atau “aa’yah” iaitu kitab petunjuk yang benar.

Benarkah begitu ?

Sebelum itu mari kita sama-sama melihat pada suatu gambar yang “cantik” dan InsyaAllah dapat meyakinkan kita bahawa Al-Qur’an adalah suatu petunjuk yang nyata meskipun ianya telah diturunkan pada 1400 tahun yang lampau. Mari kita sama-sama lihat :

Sila Klik Di Sini

Imej yang anda lihat merupakan gambar “Cat’s Eye Nebula” iaitu bintang meletup yang diambil dari teleskop angkasa Hubble. Ianya mempunyai jarak 3000 tahun cahaya dari bumi. Imej ini diambil oleh NASA pada 31 Oktober 1999.

Apa kaitannya dengan Al Qur’an ?

Mari kita teliti ayat 37-38 dari Surah Al-Rahman seperti yang berikut:






055.037 فَإِذَا انْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ
055.037 فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
055.037 When the sky is rent asunder, and it becomes red like ointment:
055.038 Then which of the favours of your Lord will ye deny?
Al-Qur’an, 055.037-038 (Ar-Rahman [The Beneficent, The Mercy Giving])

Text Copied from
DivineIslam’s Qur’an Viewer software v2.910

Perkataan “wardah” didalam bahasa arab merujuk kepada bunga ros dan imej yang anda lihat sebentar tadi adalah berbentk seperti bunga ros. Benar bukan ? :)

Itulah antara salah satu dari keajaiban Al-Qur’an yang dapat saya tulis buat masa ini.Untuk pengetahuan anda, daripada 6000 “signs” yang terdapt di dalam Al-Qur’an, lebih dari 1000 adalah berkaitan dengan sains. Maha suci Allah, Tuhan yang menjadikan alam semesta ini dan menjadikan manusia itu khalifah di buminya. Tiada yang lebih berkuasa melainkan Engkau. Insya-Allah saya akan menulis lagi artikel berkaitan Al-Qur’an dan Sains dalam usaha mengembalikan kesucian Islam dan Al-Qur’an. Doakan perjuangan saya wahai ikhwah dan akhawat, muslimeen dan muslimah. Salam Ta’zim dari penulis. Assalamualaikum. :)

Popularity: 3% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 1 comment. Add your own.
JebatNo Gravatar - 25 Mar 07 at 01:53:13

Tahniah saladin dapat juga menghasilkan blog ini. Ok blog saladin nie.. kemas dan teratur. Selalu buat post baik untuk mendapatkan ranking. Header pun lawa sesuai dengan tema yang dipilih. :-)