Tuhan….
Janganlah ibadahku merosakkan aku
Begitu juga
Janganlah kebaikanku
Aku derhaka denganMu
Ya ALLAH…
Jadikanlah kekuranganku
Menyelamatkan aku,
Kelemahanku,
Aku merendah diri denganMu
Dari itulah yang menjadikan
ENGKAU cintakan aku
YA ALLAH….
Jadikanlah seluruh kebaikanku
Untuk keredhaanMU
Bukan hendakkan
syurgaMU
Jadikanlah setiap
Amal kebajikan
Yang aku buat,
Aku sedih
Dengan kekurangannya
Janganlah kebaikan itu
Menjadi aku senang dan tenang
Dan hilang takutku dengan MU
Aku berlindung
Kepada ENGKAU
Ibadahku menghijab
Di antara ENGKAU danku
Ia jadi bala bagiku
Tanpa kusedari
Dan tanpa aku tahu
Tuhan…
Janganlah ibadah
Dan kebaikan aku
Aku menjadi muflis
Ketika bertemu dengan MU
Ya ALLAH….
Janglah kepujian
Cercaan orang kepadaku
Aku jadi berdosa
Tapi jadikanlah
Keduanya pahala bagiku
Bukan jadi bala kepadaku
TUHAN….
ENGKAU
Rasakanlah kepadaku
Setiap kali membuat
Baik aku rasa membuat dosa
Agar aku tidak lagi
Bangga dengan kebaikanku
Bahkan aku lupakan
Sahaja kebaikan itu
Seolah-olah aku tidak
pernah membuat kebaikan
Tuhan….
Selamatkan aku
Daripada membuat dosa
Yang memang berdosa
Juga janganlah kebaikanku
Juga jadi dosa dan derhaka…
Popularity: 17% [?]
- 10 Peringatan Bumi Kepada Keturunan Adam
- Antara Peristiwa Dalam Bulan Syaaban
- Siapalah Aku
- Dengan Nama Tuhanku aku bernyawa
- Bersegera ke arah mungkar tanda munafik…
« Kenali Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary:Siri 2 | Aneka Siaran TV di creamstudents.com »






















isk.. tumpang lalu eh.
just nak bagitahu nuar. ade satu scholarsip baru drpd maybank. follow this link: http://www.maybank2u.com.my/corporate/scholarship.shtml
jangan lupa tukar link blogmenjerit.blogspot.com kepada blogmenjerit.com dengan segera ya. terima kasih saya sudah membeli domain
bagus nukilan ni…boleh masuk dalam arena puisi (http://arenapuisi.zulyunus.com) ni..hehe. kalau berminat nak hantar karya jangan segan-segan, bagitau dekat email ok. Nak register sendiri pun boleh, nak aku register kan pun boleh
@szakif…
baik szakif. terima kasih sebab memberi info yang sgt berguna.
@blogmenjerit…
sy sudah tukar kepada blogmenjerit.com . semoga sentiasa sukses ya
@zulyunus…
hehe. boleh masuk ye zul ? terima kasih di atas jemputan.
bila anwar nak join iiumbloggers.com? :->
@szakif…
insya ALLAH tak lama lagi. Cuma beberapa hari ni kepenatan skit.
aah boleh…no problem punyer…
@zulyunus…
kalau ada masa, leh tgk tv secara online di creamstudents.com
Nuar..lama tak jenguk. Bak kata Tn Hj Azmi semalam, “cream of the cream”.
hehe..best. ni sajak ke puisi..