Adakah Kegagalan mengajarku erti kehidupan ?
Jika persoalan ini kita masukkan ke dalam renungan tafakkur kita, ada benarnya jika ia dijadikan sebagai kata-kata madah yang berguna dalam meningkatkan keyakinan diri, seterusnya menjadi motivasi di dalam lubuk jiwa yang boleh dikatakan berubah-ubah nadanya. Tidak tetap dan tiada istiqamah kekuatannya.
Dalam kehidupan pasti akan berlaku kegagalan. Setiap manusia yang berjaya, pasti akan mengalami kesulitan di suatu masa semasa ia mendaki puncak kejayaan. Jika kita ibaratkan kejayaan adalah seperti puncak gunung yang berjaya ditawan, maka kegagalan adalah liku-liku perjalanan menuju puncaknya. Kegagalan adalah ranjau yang menunggu di tepi laluan, yang mana mahu tidak mahu perlu kita hadapi dalam usaha untuk sampai ke puncak.
Cuma yang membezakan betapa manisnya kejayaan itu adalah usaha serta ketentuan Ilahi. Kadar usaha yang dicurahkan dapat menjadi kayu pengukur dalam menyukat betapa manisnya kejayaan yang dikecap. Ianya bukan dongengan. Berfikir tentang ketentuan Ilahi akan membuatkan hati kita tenteram, pasrah serta akan terus menanam usaha bersulamkan kesungguhan.
Sebagai contoh, kita ambil situasi semasa keputusan peperiksaan diumumkan. Ada individu yang bersahaja selepas keputusan diumumkan, ada yang meleleh-leleh air matanya kerana gembira. Katanya dialah manusia yang paling bertuah pada hari itu. Ada yang bermuram durja. Masam mukanya melebihi masam asam jawa yang dijual di pasar. Ada juga yang berseri-berseri mukanya laksan bulan mengambang sahaja.
Semua contoh di atas jika kita teliti dengan lebih mendalam, akan membawa diri kita kepada pertanyaan-pertanyaan yang melibatkan sejauh mana kekuatan usaha yang dicurahkan dan sejauh mana tawakal yang dipautkan oleh mereka sebelum keputusan diumumkan. Allah itu Ar-Rahman serta Ar-Raheem.
Adakah aku akan gagal selamanya ?
Kegagalan hari ini tidak bermakna esok dan hari seterusnya akan gagal juga. Tiada manusia mahukan perkara seperti ini berlaku. Tetapi ada sesetengahnya berpendapat perkara ini benar-benar berlaku. Mereka adalah golongan yang menganggap kehidupan ini adalah sempurna tanpa ada cacat celanya.
Mental mereka beranggapan tiada maknanya kegagalan diperlukan dalam pembelajaran hidup. Tanpa mereka sedari, kegagalan juga merupakan guru yang amat hebat dalam membuatkan kehidupan lebih bermakna. Kegagalan boleh menyedarkan seseorang dari terus menerus bergelumang dalam kelekaan dan keseronokan. Kegagalan akan menyatakan bahawa seseorang itu mempunyai nilai yang tersendiri.
Menginsafi diri tujuan utama,
Mohd Anwar a.k.a Saladin
Popularity: 4% [?]
- Mana Satu Yang Lebih Bermakna, Kejayaan atau Kegagalan ?
- Terus Mara Ke Hadapan
- Siapalah Aku
- Pesanan ini untuk kita
- Bolehkah kita berjaya ?
« Biasiswa JPA 2008, Siapa & Bila ? | selamatkan telefon tangan anda »






















kena lalui detik2 kegagalan baru boleh berjaya… takder kegagalan takkan timbul kejayaan… kegagalan adalah perlu untuk menimba kemanisan satu2 kejayaan…
aku ada beberapa kawan yang pernah buat statement macam ni:
“aku rase macam bersalah pulak pasal dapat result camtu (result dia agak baik) walhal aku study pun ntah macam ape ntah”
kat sini ada situasi di mana orang yang kurang usahanya tapi mendapat kejayaan. namun begitu, in the end dia tidak merasa suatu kenikmatan atau kepuasan daripada kejayaan yang dia telah capai. kerana apa? kerana dia tidak memberikan usaha yang sepatutnya yang setimpal dengan kejayaan yang telah dikecapi.
jadi pokoknya di sini ialah: perlu ada usaha yang setimpal untuk memastikan kejayaan tercapai, dengan izin Allah, supaya kita merasa nikmat dan kepuasan daripada hasil titik peluh dan keringat yang telah dilelehkan sebelum mencapai kejayaan itu.
to abd fatah…
betul tu… bayangkan la kalau kejayaan itu dekecapi tanpa kegagalan atau halangan. terasa manis ke ?
to szakif…
sebab tu la time exam ni bersengkang mate skit ok la. burn the midnite oil. kalau dapat result pon pueh ati.hehe
*sambungan..
jadi tak pelik la kalau ade yang sampai menanes2 bila dapat result tu walhal result diorang bagus pasal diorang dapat rasekan bahawa segala usaha jerih perit yang telah dilakukan berbaloi dengan end result.
dan jugak tak pelik la kalau ade yang yang dapat result yang agak bagus tapi takde perasaan ape2.. hehe..
berdasarkan pengalaman,
kejayaan yang tidak seberapa
tetap bermakna
jika usaha yang dicurahkan
adalah yang terbaik dan termampu
“apa pun result nya nanti, aku dh berikan yg terbaik,”
sdikit kecewa
tapi kepuasan tetap ada
kerana kita telah berikan yg terbaik
maknanya kita dah curahkan yang terbaik untuk apa2 perkara yang kita buat. pun begitu, jikalau halangan yang dihadapi terlalu mudah. kemungkinan tak teras kejayaan itu.
[…] Tidak putus asa walaupun gagal […]
[…] Jangan Takut Gagal Posted by admin in Sunday, April 20th 2008 under: Tips Kejayaan Tags: gagal “Dalam kehidupan pasti akan berlaku kegagalan. Setiap manusia yang berjaya, pasti akan mengalami kesulitan di suatu masa semasa ia mendaki puncak kejayaan. Jika kita ibaratkan kejayaan adalah seperti puncak gunung yang berjaya ditawan, maka kegagalan adalah liku-liku perjalanan menuju puncaknya. Kegagalan adalah ranjau yang menunggu di tepi laluan, yang mana mahu tidak mahu perlu kita hadapi dalam usaha untuk sampai ke puncak.” sumber:http://www.creamstudents.com […]
salam..tertarik betol bce blog nie..sy blank time jwp exm smlm..sy tak penah camnie..mungkin sy sedang diuji..ap yg penting skrg tawakal..sy harap sy tak kene repeat coz sy student final year!!pape pon..sy sedeh……..huhhhhhuhu