Sisipan : artikel ini perlu dibaca dengan tenang serta tidak terburu-buru. Ini kerana, jika ianya dibaca dengan satu nafas, nescaya tiada apa yang dapat anda ekstrak daripadanya. Terima Kasih daun keladi dari kami untuk anda -[admin]-
Oleh : Ummu Haikal
Semestinya setiap dari kita yang mempunyai kesedaran tentang Islam dan fikrah mengenai kepentingan dakwah, sentiasa berusaha dalam mencegah yang mungkar dan mengajak kepada yang makruf.
Ana pasti ramai sahabat-sahabiah yang kini sedang bercuti. Moga masa dan kesempatan yang ada diisi dengan manfaat dan mendapat barakah. Ana ingin bawakan fenomena dakwah kampus yang dipasakkan di bawah kesatuan jemaah yang mana bersama-sama menelusuri matlamat dakwah. Dakwah pula membawa kepada kesedaran kepada keagungan Tuhan.
Di kampus yang sentiasa hangat dan penuh dengan cabaran. Ana pernah juga bertanyakan kepada sahabat-sahabat ana tentang perkembangan dakwah di kampus-kampus lain dan ana dapati terdapat keseragaman dari segi sistem ( itu sudah pasti jika manhaj jemaah adalah sehati sejiwa ) namun berbeza dari segi bi’ah (suasana).
Ana tinggal di kolej kediaman, mempunyai kapasiti seramai hampir 700 pelajar yang terdiri daripada pelbagai bidang seperti sastera dan sains sosial, sains, pengajian melayu, kejuruteraan, perakaunan dan perniagaan serta ekonomi. Pelbagai ragam dan pemikiran yang pastinya menduga. Dakwah amat sukar untuk dinilai secara objektf dan dalam perjuangan dakwah, kesedaran yang sedikit walaupun usaha dakwah itu amat memenatkan, ianya adalah kepuasan.
Ana ingin berkongsi pengalaman, rasa penat dan ketakutan. Terus terang ana ceritakan, bagi pelajar yang pulang ke kolej pada jam 3 pagi dan ke atas adalah biasa. Tambahan kolej ana terdiri daripada pelajar pelbagai kaum, gaya hidup mahasiswa ”bebas” menjadi trend. Solat jumaat di bilik juga menjadi kelaziman.
Jika saf solat jemaah melebihi 3 saf, ianya adalah sesuatu yang mengkagumkan, Keluar menonton midnight movie di Kompleks Beli Belah Terbesar di Ibu Kota ketika hujung minggu adalah kewajipan. Dakwah yang bagaimana harus ana gunakan kepada mereka?
Ana pasti dan yakin, jika di UIA contohnya, ana bertembung dengan seorang muslimin dan menyapanya, ana akan dikatakan tidak menjaga malu sebagai seorang muslimah. Namun, di tempat ana, jika ana tidak lakukan perubahan dari segi method, dakwah ana tidak akan berjaya.
Ana pernah tertanya-tanya, ke mana perginya senior-senior bertudung labuh atau akak-akak yang dapat membantu ana ketika di awal minggu orientasi untuk dijadikan rujukan ? Namun kini ana fahami, bahawa muslimah yang membawa Islam dan terang-terang tidak menyokong pentadbiran kolej akan ’dibersihkan’.
Sukar dan menduga. Ana bencikan sistem yang sanggup memperkotak-katikkan agama semata-mata bagi memastikan keinginan dipenuhi sehingga sanggup menukar tajuk pengisian kepada yang lebih ’diva’ supaya tidak nampak terlalu Islamik. Ana bimbangkan sikap tidak pedulisme sahabat-sahabat seperjuangan ana yang meremehkan tanggungjawab berdakwah dan kepentingan mengamalkannya.
Ana sedih melihat ada di antara pendakwah yang berputus asa dengan keputusan peperiksaan dan mengambil keputusan untuk tidak lagi sibuk berdakwah. Inilah fenomena sebenar, belum lagi berhadapan dengan dunia luar yang pastinya lebih hebat tentangannya.
Ana ingin mengajak kepada sahabat-sahabat yang ada supaya meletakkan matlamat dakwah seiiringan dengan misi dan target kehidupan. Ini kerana, baginda kehidupan Rasulullah hanyalah dakwah. Dengan berdakwah, manusia dekat dengan Tuhan yang Esa, membawa segalanya bersatu dibawah kalimah yang satu.
Disini, harapan ana adalah apabila kita melakukan sesuatu perkara yang baik, lakukan dengan menyelitkan keinginan mencari redha ALLAH. Bukan hanya semata-semata mengejar kemewahan serta kesenangan duniawi. Dunia sekarang sememangnya mencabar. Mereka mahu kita terus menerus mengejar mereka.
Mereka menabur propaganda yang mengakui bahawa mereka adalah matlamat terakhir seseorang yang bergelar manusia. Sedangkan kita mengerti, matlamat terakhir itu bukanlah datangnya dari satu ruang yang penuh dengan noda di dalamnya. Ianya perlu benar-benar bebas dari apa yang kita lihat pada hari ini.
Sebagai contoh dunia hari ini, kita lihat sahaja pada perniagaan online di Malaysia yang semakin maju serta rancak bergerak. Ianya boleh diibaratkan seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Dengan kadar pertumbuhan ekonomi buat masa ini. Ramai usahawan-usahawan muda mula beralih arah dari bidang-bidang lama dan mula menceburkan diri ke dalam bidang ini. Ramai dari mereka yang beragama Islam serta berbangsa melayu. Tidak kurang juga dari golongan terpelajar.
Disini, pujian ana melangit untuk mereka kerana mereka telah menyahut seruan Rasullullah SAW berkenaan dengan isu pencarian rezeki. Mereka telah mencari 9/10 rezeki yang ada di dalam hidup mereka dengan tangan mereka sendiri. Inilah antara contoh dari umat yang terbaik.
Cumanya, aksesori mereka masih belum mencukupi. Bekalan mereka masih belum memadai. Adakah dengan memisahkan agama dari perniagaan, mereka akan selamat di dunia serta akhirat ? Ramai yang beranggapan agama serta perniagaan perlu di asingkan. Agama itu perlu dikesampingkan kerana ianya tidak mendatangkan keuntungan.
Tiada istilah ’syukur alhamdulillah’ ketika mereka mendapat rezeki serta ’innalillah’ ketika berdepan dengan musibah. Ucapan yang selalunya terpacul adalah ’aku kaya..!!!’ ketika memperoleh income serta kata-kata kesat sepeti ’bedebah…!’ ketika timpa masalah.
Inilah yang kurang di dalam diri kita. Ini lah yang perlu diperbetulkan. Jangan sangka agama itu tidak penting kerana tiada keuntungan ’yang kita nampak’. Tetapi keuntungannya adalah lebih besar dan lebih memberikan impak dalam hidup kita. Tanyalah kepada mereka yang telah menerima keuntungan itu. Pada mereka wang ringgit itu hanyalah setaraf dengan gelaran naib johan bukannya juara.
Juara itu sendiri adalah agama. Bukannya mereka tidak memerlukan wang ringgit itu. Mereka memerlukan tetapi mereka sedar serta tahu nilai sebenar wang tersebut. Jika kita manusia biasa ini, tentunya kita berfikir nilai wang yang sebenar adalah mampu membeli segala-galanya. Itulah kesilapan kita. Terlalu mementingkan diri.
Rahsia mereka yang memperoleh keuntungan besar itu adalah mereka menjadikan wang ringgit serta keuntungan peribadi sebagai jambatan menuju hari selepas kematian. Semakin banyak yang mereka sumbangkan, semakin banyak yang mereka dapat. Ini satu peristiwa yang benar-benar terjadi
Itu adalah salah satu contoh terbaik buat masa ini. Masih ada banyak lagi contoh-contoh yang boleh disediakan. Cumanya adakah setelah contoh-contoh ini diletakkan di dalam artikel ini, kita akan berubah. ? Adakah kita mampu menjadikan agama di depan ? Adakah kita mampu berdakwah walau dalam apa jua situasi yang kita lalui ?
Ana tinggalkan persoalan itu untuk antum semua….
Popularity: 7% [?]
- Tip Keselamatan Ketika Syawal
- Usah Harapkan Sangat Keistimewaan Melayu !
- Kemana Hilangnya Duit Petronas Rakyat ?
- Hilangnya Di Sini
- Pengorbanan Malaysia Yang Terkorban
« Semakan Keputusan Tawaran Biasiswa | update 2 : Akhbar Malaysia »






















jika kita mengambil skop sebagai seorang pelajar, belajar itu nombor satu, tetapi berdakwah bukan nombor dua, atau seterusnya.
jika kita mengambil skop seorang peniaga, berniaga itu perkara nombor satu, tetapi tetap dakwah bukan nombor dua, mahupun nombor2 seterusnya.
maksudnya, usaha dakwah itu perlu seiring dengan “topeng” apa yang dipakai oleh seseorang itu. dan usaha dakwah bukanlah hanya semata-mata untuk menyeru yang bukan Islam untuk menganut jalan hidup ini, tetapi juga untuk mengingatkan yang seagama untuk melakukan kebaikan dan kebajikan dan menghindarkan kejahatan dan maksiat!
@szakif…
terima kasih. pendapat yang bernas ! tapi macammane pulak kalau kite nak mendekati dan tarbiyyah orang yang berfikiran bahawa agama itu nombor 2 ?
salam, nice post!
p/s: spe ummu haikal2?
jika persoalan itu timbul, kita perlukan lebih masa. kita perlu menyedarkan bahawa sebenarnya agama itu sebenarnye jalan hidup, tidak kira apa agama yang dianuti, lebih2 lagi agama Islam. belajar itu sebenarnya tuntutan agama. berniaga juga adalah salah atu tuntutan agama. belajar dan berniaga kedua-dua mendapat fokusan khusus dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan anda lebih tahu mana satu hadis yang saya maksudkan.
setelah kesedaran tentang agama itu sebenarnya jalan hidup, insya Allah orang itu akan sedar dan lebih tahu bahawa apa yang dilakukannya sebenarnya merupakan tuntutan agam, bukan hanya tuntutan diri sendiri, ibu bapa, malah sesiapa…
pokoknya, kesedaran tentang kepentingan beragama itu lebih penting untuk ditekankan. barulah agama tidak diletakkan sebagai perkara nombor 2 dalam kehidupan.
@badrul…
terima kasih dari sy sebagai wakil dari ummu haikal. kalau nak diberi rate untuk artikel ni bad, 1-10, berape rate yang en.bad akan beri ?
p/s: ummu haikal tu ibu haikal la.hehe. namenye dirahsiakan bad, atas permintaan empunya diri. terima kasih kerana bertanye.
@szakif…
terima kasih szakif. satu idea yang baik dari szakif. Anda ade menyebut tentang perlunya kesedaran yang agama itu jalan hidup. tetapi, apekah pulak careny untuk kite timbulkan kesedaran tu ?
setuju dengan szakif..
p masalah zaman kini..
mahasiswa x de kesedaran tentang pentingnya meletakkan agama sebagai tunjang dalam setiap amalan..
sebab tu hidup sebagai mahasiswa x digunakan dengan sebaiknya..
cara nak timbulkan kesedaran ye…
pendpat ana..
pendakwah muda ni kena masuk ke dalam organisasi sekular..
supaya mereka boleh beri kesedaran secara x langsung..
p kena hati2 la..
zaman sekarang..
kita kena kuasai semua bidang..
contoh mcm internet bisnes ni kan..
kalau pemuda2 islam yang ceburi..
alangkah bagusnya untuk dakwah..,
tambahan alam maya kini dah jadi medium komunikasi terbaik…
gunakan dengan sebaiknya
dakwah ! dakwah !
@Humaira’…
kalau mahasiswa join organisasi sekular, adakah ada kebarangkalian yg tinggi mahasiswa tersebut dpt memberi kesdaran secara x langsung ? Ada kisah yang menceritakan bila mahasiswa ini memasuki arena sekular, tak lame dalam berdakwah sudah ditinggalkannya.
persoalan sy, adakah pendakwah ini sepatutnya berteman dalam perjuangan ni ?
bagi pendapat ana..
muslimat perlukan teman..
yang paling penting keterikatan kita pada jemaah dan wala’nya kita pada pimpinan..
sukar juga ni..
anwar,
dalam usaha join organisasi sekular yang paling penting ialah metod dan strategi..
ana rasa perlua ada insan dibelakang yang sentiasa jadi pengkritik, pemberi semangat dan pemberi nasihat..
dan pendakwah ni kena sentiasa berlapang dada..
x gitu..ana percaya nta pun akan hadapi kerenah mad’u yang pelbagai ragamnya kan?
@humaira’…
pada ana semuanya perlukan teman, bukan hanya muslimat shj. Bahkan muslimin juga berdepan cabaran hari ini.
Semamangnya pendakwah itu perlukan seorang yang sentiasa jadi pengkritik, pemberi semangat dan pemberi nasihat, dan ia perlukan satu sifat berlapang dada.
Dai’e juga tak boleh cepat mengalah dlm menangani kerenah mad’u. Kerana yang beri hidayah tu bukannya manusia tetapi ALLAH SWT.