
(sekadar gambar hiasan bagi mereka yang tidak mengetahui)
Heboh satu Malaysia dua hari yang lalu berikutan satu laporan yang dibuat kepada pihak polis berkenaan kes liwat yang membabitkan seorang figura yang ternama di Malaysia dan seorang remaja berusia 23 tahun ini.
Kini isu ini heboh diperkatakan di setiap ceruk Malaysia, dan setiap daripada warga Malaysia yang mampu menilai, pasti akan tertanya2, apakah sebenarnya yang terjadi.
Pun begitu, saya disini bukanlah hendak tampil bercerita dengan gah tentang itu dan ini. Sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga seorang mahasiswa, isu ini dilihat oleh saya sebagai salah satu dari isu yang pernah terjadi dalam sejarah negara suatu ketika dahulu.
Mungkin ada yang tahu pendirian saya dan tidak kurang juga ada yang tidak mengetahuinya. Di sini, di dalam tulisan ini, yang saya akan bongkarkan adalah persoalan-persoalan yang membaluti pemikiran saya selaku seorang mahasiswa, iaitu apa yang logik dan boleh difikirkan oleh mereka yang khususnya bergelar mahasiswa dan secara amnya rakyat Malaysia.
Sungguh pada saya, isu yang mempunyai cerita yang sama dengan peristiwa kaum nabi Lut ini merupakan satu isu yang menjijikkan. Di akhir zaman, isu ini menjadi “halal” untuk dibicarakan dan dijadikan gurau senda sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Untuk apakah semua ini dilakukan ? Tak lain dan tidak bukan ianya adalah berkaitan dengan politik dan periuk nasi.
Disini, anda akan melihat persoalan-persoalan yang bermain-main di fikiran kita (mungkin), iaitu sebaik sahaja isu ini diketahui ramai…
#Persoalan Pertama
Pemuda yang didakwa diliwat ini berkerja sebagai pembantu kepada figura terkenal ini. Ini disokong oleh ramai pihak. Ini membingungkan kepala saya. Mengapakah pemuda yang mendakwa diliwat ini boleh berkerja dengan figura terkenal tersebut ? Sedangkan untuk berkerja, perlulah dinilai kelulusan dan kelayakan yang diperoleh oleh si pemuda tadi.
Apa yang saya ketahui adalah semasa PRU-12 yang lalu, remaja berusia 23 tahun ini kelihatan bersungguh-sungguh berjuang dan dilihat sebagai seorang yang berkaliber dan berpotensi untuk menyerlah. Ada dikalangan mereka yang ‘cair’ dengan kata-katanya dan tidak kurang yang mengatakan dia sebagai ‘complete package’ ! Mungkin ini antara salah satu sebab mengapa figura terkenal ini mengambilnya sebagai seorang pembantu.
#Persoalan Kedua
Mengapa figura terkenal itu ‘melarikan’ diri ke kedutaan Turki ? Ini persoalan yang juga memeningkan kepala sesetengah pihak apabila mengetahui tindakan beliau yang berada di kedutaan Turki.
Ada yang mengatakan beliau pengecut dan takut dengan tindakannya meliwat remaja tersebut… Itu jawapan sesetengah pihak, iaitu mereka yang mungkin kelam akan sejarah lampau ataupun masih blur dengan situasi hari ini.
Antara jawapan yang paling kuat dan paling boleh dipercayai adalah, figura ini perlu menyembunyikan diri kerana kira-kira 10 tahun yang lepas, rumah beliau pernah dicerobohi oleh orang-orang yang tidak dikenali atas alasan mendapat waran penangkapan beliau. 10 tahun yang lepas juga, alasan penangkapan figura ini adalah berkaitan dengan kes liwat. Kes yang sama !
Kawalan keselamatan di kedutaan Turki adalah lebih baik daripada terus berada di rumah figura. Tambahan pula, pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya mencerobohi kedutaan Turki atas alasan mahu menangkap figura ini yang mana tidak mustahil akan berlaku jika figura ini terus menetap di rumah.
#Persoalan Ketiga
Betulkah remaja ini diliwat ? Ini persoalan ketiga yang bermain-main di fikiran saya dan sesetengah orang yang lain. Logikkah ia terjadi dengan satu dakwaan tanpa sebab yang kukuh ? Mari kita lihat…
Pertama, Remaja ini mengakui pernah diliwat terakhir kalinya pada 26 Jun 2008 di Damansara. Ini bermaksud dia diliwat sedari dilahirkan kerana perkataan “terakhir”. Apa yang sepatutnya remaja ini perlu nyatakan adalah tarikh mula diliwat secara anggaraan.
Kedua, 26 Jun 2008 dari jam 1200am hingga 1259pm kerana beliau tidak menyatakan masanya. Adakah remaja ini terlupa kejadian yang penting ini ? Kejadian ini berlaku di kondominium di Damansara yang merupakan kondominium mewah dan kejadian berlaku di bilik atau kamar sewaannya. Adakah remaja ini sememangnya kaya raya ?
Ketiga, figura yang didakwa melakukan berbuatan terkutuk itu berusia 61 tahun, memiliki isteri, anak dan cucu, manakala yang diliwat berusia 23 tahun. Kiralah beza umur mereka dan kirakan sekali kekuatan fizikal yang mereka berdua punyai. Anda akan temui persoalan lanjutan disini. Logikkah pemuda 23 tahun merelakan dirinya diliwat oleh seorang datuk berusia 61 tahun ? Nauzubillahi min zalik.
Keempat, driver figura ini pun pernah memfailkan tuduhan terhadap figura ini berkenaan kes liwat pada tahun 1998. Kemudian, driver ini memohon maaf dan mengatakan bahawa majikannya tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya. Walau bagaimanapun, pihak mahkamah tidak mengambil kira kenyataan yang kedua ini. Ini satu persoalan…
#Persoalan Keempat
Wajar ke remaja ini pergi ke pejabat TPM untuk memohon surat sokongan biasiswa ? Ini persoalan keempat yang wajib untuk diisi dengan fakta yang relevan. Remaja ini merupakan seorang BEKAS pelajar sebuah universiti swasta tempatan yang mana dia merupakan seorang yang drop-out iaitu menjadi bekas pelajar sebelum tempoh yang ditetapkan.
Jika TPM mengatakan bahawa remaja ini ke pejabatnya kerana biasiswa, rasanya dia sudah tersalah masuk pejabat. Mungkin dia ingin ke pejabat kementerian pengajian tinggi atau lain-lain yang berkaitan dengan biasiswa, tapi terkeliru.
Jika persoalan ini ditujukan kepada anda yang membaca artikel ini. Wajarkah dengan pointer 1.6, anda berharap mendapat biasiswa dari seorang TPM, iaitu orang nombor dua negara ?
Lagipun dia sudah memperolehi biasiswa dan dia gagal dalam pengajiannya. Perlukah dia diberi biasiswa lagi ? Ini kerja gila sesetengah pihak kerana orang yang gagal diberi biasiswa lagi. Bagaimana pula nasib rakyat yang lain ?
Semasa dia ke pejabat TPM, dia adalah bekas pemimpin pelajar(TP) yang telah kecundang tapi kenyataan TPM adalah berlainan…remaja terbabit adalah pemimpin pelajar, bukannya bekas pemimpin pelajar. Ini persoalan keempat yang anda perlu fikirkan…
#Persoalan Kelima
Benarkah isu ini diungkitkan semata-mata untuk menutup isu-isu lain ? Persoalan ini telah lama saya fikirkan, adakah kerana isu-isu sensasi terhadap mereka yang memerintah mengakibatkan mereka terpaksa mengkambing-hitamkan seseorang demi menjaga dan menyelamatkan diri mereka ? Antara isu-isu yang belum lagi selesai…
1. isu altantuya…tak selesai lagi.
2. isu komisyen kapal selam scorpene…tak selesai lagi.
3. isu penculikan Nurin dan Syarlinie…tak selesai lagi.
4. isu video tape VK Lingam…tak selesai lagi.
5. isu lompat parti oleh sebahagian wakil rakyat parti memerintah…sangat ditakuti.
6. isu keluarnya mantan PM dari parti berasaskan bangsa…masih merah berdarah.
7. isu kenaikan harga minyak di Malaysia sehingga ke paras tertinggi…rakyat masih marah.
8. isu akuan bersumpah Raja Petra terhadap wanita nombor dua negara…masih baru.
9. isu kenaikan ta’rif elektrik… bermula 1 julai ini.
Mungkinkah isu liwat ini digembar-gemburkan semata-mata untuk menutup isu-isu yang masih baru tapi begitu berbahaya kepada sesetengah pihak yang terbabit ? Kebenaran pasti akan tersingkap dan membuka tirainya. Moga Allah tabahkan hati mereka yang benar.
Inilah antara persoalan-persoalan yang bermain difikiran saya dan mereka yang lain. Jika anda mempunyai pandangan, sila kongsikan bersama-sama dengan pelawat yang lain. Jika anda mempunyai persoalan-persoalan baru untuk dilontarkan, saya akan terimanya dengan hati yang terbuka kerana ianya satu persoalan yang merumitkan.
Yang penting, persoalan-persoalan ini usah dijadikan spekulasi. Sila jadikan intelek sebagai satu medan pemikiran mahasiswa zaman ini.
Wassalam~
Popularity: 29% [?]
- Kenali Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
- Kenapa Remaja Kita Suka Berhibur dan Buang Masa ?
- Jika Aku Menjadi Seorang YB…
- Bagaimana Ingin FOKUS Dalam Kerja ?
- Bidaahkah Membaca Doa Akhir & Awal Tahun ?
« Aneka Siaran TV di creamstudents.com | Top 5 Perubahan SISWA Pasca Cuti »






















salam alayk..
1)menghalang penyertaan DSAI dalam pilihan raya kecil dalam masa terdekat yang mampu membuka ruang kepada beliau utk kembali ke parlimen..
2)menghalang kemasukan 4 MP BN minggu ini..
3)menggagalkan pertemuan DSAI dengan wakil2 MP BN yang ingin lompat parti..
4)menutup kerancuan isu minyak dalam negara..
wassalam..
ehm..macam persoalan yang logik timbul bila aku baca entri nih. entahlah. Susah nak cakap bila main politik nih. Macam-macam boleh berlaku..
er, zaman sekarang memang kita bicara tentang liwat secara terbuka eh?
dia ni idola mahasiswa kedua aku.
idola pertama? mamat yg inginkan manifesto dipenuhi
dua dua memang terbaek!
@dr.nik…
ini merupakan kesan jika agenda konspirasi ini tidak dijalankan ke dr. nik ?
@jaed…
haah, ada satu kes, anak2 murid yang kecil2 ni bertanye kepda cikgu…”cikgu, liwat tu ape ???” dan ciktu tu perlu menerangkan dgn lebih lanjut apa itu LIWAT.
Dulu, tilam boleh diusung ke sana sini dan diberi penghormatan oleh pihak mahkamah.
Remaja yg pada asalnya tidak tahu apa itu liwat, bila tgk tilam tu dan dgr orag bual tntg liwat, bertanya…”apa itu liwat ?”
aku komen sket. hehehe. Nak bagi kita semua fikir-fikirkan. Ni bukan berbentuk jawapan atau apa. Tapi cuma teori yang mgkn tak boleh pakai lansung. eekekekekeke. tapi seronok utk difikirkan
Pertama
Berkenaan gambar tersebut rasanya tiada satu pun gambar secara spyshot yang menangkap gambar mereka secara menteri dan budak tu secara private.
kedua
liwat. hmm ada dua jawapan. Boleh dan tak mgkn terjadi.
Boleh terjadi—kalau ini, teori saya. mmg budak tu muda dan figura tu tua. tapi letak diri kat tempat budak tu.Dia berada di hadapan seseorg yang digeruni ramai.Apakah tindakan kita jika betul dibuat begitu oleh figura terkenal? Mgkn kita membiarkan sahaja.
Selain itu, budak ni no higher education. Harapan dia berpegang dgn figura tu. Jadi desperate utk memberikan apa sahaja yang dia mampu. Tapi mgkn dah penat dengan janji manis, dia repot.
Tak terjadi– bermaksud ada konspirasi di sini. Antara dua. pihak pemerintah atau figura sendiri. Kalau pihak pemerintah mudah sahaja, ingin jatuhkan figura tersebut.
Kalau figura itu sendiri buat konspirasi ini dan budak tu bersubahat dan segalanya hanya lakonan semata-mata, fikir fikirkanlah siapakah yang akan menang diakhirnya dan siapa yang akan kalah teruk?
renung-renungkan.
menutup isu lain? ya mgkn sementara. Walaupun orang terbabit mgkn dah mati bila perbicaraan semula, tapi kita kena ingat sejarah malaysia tetap akan masuk. dan orang sekarang telah mencatit minit seperti ini. Jadi tak hilang sejarah kat malaysia.
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
@jaed…
mamat mana tu yang mahukan manifesto dipenuhi ?
@taukey…
betul..buat masa ini, tiada lagi gambar2 yang didakwa menayangkan ‘aksi’ mereka berdua. kita tunggu dan lihat.
Budak itu pun merupakan susuk yang digeruni ramai taukey. Dia adalah seorang Timbalan Presiden di sebuah universiti tempatan. Selalunya yang menjadi seorang dari Majlis Perwakilan Pelajar ini semestinya seorang yang high education… Apa2pun kita tunggu dan lihat.
Banyak juga persoalan tambahan ek taukey. Yang penting kita usah jadikan ianya satu spekulasi dgn menyebarkan cerita2 yang kurang benar.
Biarkan ianya dalam persoalan
slm…
sian kan kat kwn kte tu..xpsl2 terlibat dgn kejadian yg x kte ingini ni..
hawa ada link utk dikongsi bersama. hawa dpt dpd seorg shbt..
http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari/
aku ni suka jer tambah soalan gitu. Tambah soalan gitu cam tambah nasi jer. hehehe. satu sahaja yang tak aku puas hati, Apa kaitan tunang dia tu? kenapakah perlu ditayangkan?
kesian dia. Kalau jadi awek aku blh jer mesti senang hidup. ekekeke cantik jugak. (buat lawak sikit supaya tak tekanan dgn kejadian sekarang)
@taukey…
tambah nasi goreng ke ? hehe. Betul tu…kenape tunang dia pula mendapat nama ? Biarkan lagi dalam persoalan. Kalau kita buat satu tuduhan yang kurang berasas pun tidak boleh.
Biarkan satu siasatan menyeluruh dijalankan dan…dan kita harap mereka yang menyiasat kes ini benar2 telus dalam usaha mereka. Usah dibayangi oleh kuasa peringkat atasan…
@alif zai mim ra…
terima kasih di atas perkongsian ya. Mari kita renung2kan kejadian yang berlaku kini…
dunia politik..ada dua macam :
1)siasah islam..
2)siasah jahiliyyah..
hal ini boleh dilihat dalam kitab al-imam ibn taimiyyah rahimahullah taala : as-siyasah as-syar’iyyah fi islah al-ra’i wa al-ra’iyyah
siasah sekarang boleh dikategorikan mencampur adukkan antara keduanya demi kepentingan masing-masing..
akhi anwar yassin..
apa yang diutarakan adalah kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh DSAI sendiri..mungkin ia bersifat sementara seperti kemasukan MP BN seramai 4 orang pada minggu ini..apakah relevannya untuk diperbincangankan sekiranya difikir-fikir..tetapi, impak kemasukan MP BN seramai 4 orang ini akan mempengaruhi penghijrahan beramai-ramai MP BN lain..siapa mereka, itu surprise untuk rakyat..
kedua, tentang gambar yang dipersoalkan taukey, persoalan tu ditujukan kepada gambar private DSAI+Saiful atau Saiful+TPM..sebab mentioned there “menteri”..DSAI bukan menteri..sekiranya menteri yang dimaksudkan adalah TPM, apakah logik yang akan ditimbulkan?perlukah ada private photo pertemuan mereka baru boleh ditimbang-timbangkan ada pakatan antara mereka untuk memfitnah DSAI dalam kes liwat..?sekadar bertanya kerana dunia sekarang, jenayah dan pakatan tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi..
kepada semua :
saya begitu bimbang jika ada yang cuba membenarkan statement seperti ini “..ya..memang benar DSAI terlibat dengan liwat..”. Ini kerana, bimbang kita termasuk antara yang memfitnah DSAI atas kes yg sgt berat hukumannya..penzina = 100 sebatan..penuduh = 80 sebatan..sekiranya benar, hak mahkamah dan peguam utk membicarakannya..bukan hak kita..namun, menimbulkan persoalan2 menafikan seperti saudara anwar yassin lakukan itu lebih dituntut Islam..tindakan saudara anwar yassin sudah bertepatan dengan kaedah islam..sebagaimana rasulullah meragukan orang yang sendiri mengaku berzina di hadapannya dengan persoalan2 seperti…adakah beliau gila/lupa/berkucup2 sahaja dll..bukannya kita hendak membendung jenayah, akan tetapi, kita bimbang, hak itu tidak diletakkan pada tempatnya…
apapun, manusia tetap seronok bila memperkatakan tentang politik..
akhi anwar yassin..
some claimed this issue was framed by the Barisan Nasional [barang naik / babi negara - MP Mahfuz] , as to prevent DSAI to become the next “cream” prime minister..setuju atau tak, wait and see..
really hope that the owner of this “cream student” blog will be the next menteri of higher education..cuma, kene bersedia awal..silap2 kena tendang dan didakwa atas kes yg sama mcm DSAI kena..the time has come for all of commenters to stand up..ya, reform..!!
BN = BE END
wassalam..
once bitten twice shy…
kepada dr.nik, terima kasih atas komen. Berikut utk renungan anda.
bagi saya dan pandangan serta prinsip saya sendiri gambar sebegitu boleh diambil sesiapa sahaja dan nampak kerelaan mereka bergambar tersebut. Saya dan anda boleh bergambar dengan mana-mana pun menteri.
Perpindahan ahli parti politik samada dari pemerintah ke pembangkang atau sebaliknya = mereka tunjukkan tiada prinsip dalam kerjaya politik mereka= hanya utk keuntungan peribadi = wajarkah undi org sedemikian?
saya bukan ingin berdebat cuma tertarik dengan apa yang diberikan oleh pihak creamstudent yang memberikan post yang membuka minda supaya tak berfikir di satu pihak sahaja. Jadi saya tambah “nasi” sikit.
@taukey…
saya suka kalau kite berdebat dgn suasana yang harmoni… mudah2an ianya dapat membuka mata mereka yang masih tertutup.
Perpindahan tersebut mungkin juga bersifat ke arah ingin menuntut hak. Mungkin juga bersifat peribadi…MUNGKIN…
Apa-apapun, jika perpindahan mereka adalah demi rakyat, maksud saya untuk berkhidmat demi rakyat yang mengundi mereka, itu tidak salah.
Mungkin selama mereka berada di dalam parti yang menjadi platform mereka ketika bertanding, mereka tidak dapat berkhidmat dngan sebetul2nya kepada rakyat.
Jadi, perpindahan mereka itu tidak salah. Perpindahan mereka adalah salah jika mereka hanya mahu menjaga ‘periuk nasi’ mereka shj.
tak nak la bro. hehehe. aku sokong 100 %. ekekeke.
die kembali! Hehe
@taukey…
Takpe taukey. Manusia ini memang dijadikan untuk berfikir dengan banyak cabang pemikiran.
Cuma bila diberikan bukti alibi yang cukup kuat untuk mengiyakan dan menerima kenyataan, seharusnya ia diterima dengan hati terbuka. Apa yang penting, kita perlu menilai dari segi keperibadian dan kisah lalu. itu klu yang sy dpat berikan…
@As…
siapa yang kembali tu ?
rakyat sudah menimbang tara apa yang berlaku dalam senario politik malaysia..
PERPINDAHAN BN KE PR
sekiranya berlaku perpindahan MP atas sebab apa sekalipun, ianya adalah utk maslahah sekarang, kerana dalam keadaan sekarang, rakyat memerlukan PR untuk memerintah negara..biarlah ada yang terpaksa bergadai prinsip sendiri untuk kepentingan rakyat..saya tidak bermaksud semua orang PR itu dijamin baik, tetapi, kuantiti orang yang berkualiti dalam PR dilihat lebih banyak berbanding yang tidak berkualiti..kualiti ini perlu utk menjamin masa depan negara..
mungkin ramai mempersoalkan :
1)..mana boleh pindah2 ni..mcm tak ada prinsip je..
2)..mana boleh pindah2 ni..sebab rakyat kawasan dh bg mandate..khianat undi..
3)..mana boleh pindah2 ni..mcm ada kepentingan politik je..
atas alasan apa sekalipun, perpindahan ini perlu untuk saat dan tika ini kerana rakyat sedang ditekan oleh kerajaan..perpindahan ini akan mencetus satu era baru pemerintahan yang “mungkin” lebih bersih daripada yang ada sekarang..
ini bukanlah bermaksud matlamat menghalalkan cara..tetapi, ia lebih kepada kaedah fiqhiyyah iaitu :
“..meninggalkan keburukan yang lebih besar diutamakan daripada mengambil faedah yang sedikit..”
maksudnya, kita meninggalkan pemerintahan sekarang yang penuh dengan kerancuan dan mulakan satu momentum baru kepada rakyat malaysia..tinggalkan mudharat yang terlalu banyak ditabur oleh BN..
SEBAGAI MUSLIM, jangan kita lupa kepada kaedah-kaedah Islam apabila kita bertutur..kerana selalunya kita melebihkan pandangan sendiri berbanding merujuk kepada perkara yang lebih asal..
sebab itulah, soal liwat sekalipun, JIKA BENAR pun DSAI terlibat dlm kes liwat ini, KITA MASIH TIDAK BERHAK memperkatakan tentangnya. Islam begitu memelihara adab-adab ini..apatah lagi kes ini masih di bawah siasatan polis, kita sudah menimbulkan kemungkinan-kemungkinan yang DSAI semacam bersalah..kononnya untuk orang ramai kritis dalam berfikir dan tidak berat sebelah..this is really nonsense..saya bimbang, kita terjerumus sama mengubah minda rakyat menjadi “DSAI peliwat bersiri” / “DSAI al-juburi” seperti yang tertera di mana-mana ruangan komen youtube dll..sekiranya kemungkinan yang kita timbulkan itu boleh mengubah zhon rakyat, kita akan menjadi pelakon paling hebat asia kerana disebat 80 kali di hadapan ribuan manusia tanpa perlukan tiket untuk menontonnya..
tentang gambar..kita mempunyai pandangan berbeza yang perlu diraikan..bagi kes ini, saya tidak merasakan perlunya ada private photo barulah dikira boleh kita katakan ada pakatan antara saiful dan TPM..
dan saya katakan jugak kita tidak boleh bersikap simplistik dengan hanya mengambil kira satu photo kemudian mewar-warkan ada berlakunya pakatan antara saiful dan TPM..
gambar photo tersebut merupakan salah satu daripada bukti-bukti yang akan dibawa ke perbicaraan nanti. ianya hanya sekadar sokongan dalam kes ini..jadi, tidak perlu kita perpanjangkan dan mempersoalkan nya melebihi bidang kuasa kita..we are not the jugdes and the lawyers..we are all listeners…
ya, sebagai mahasiswa kita berhak berfikiran kritis,analitik dan mengeluarkan pendapat..tetapi, biarlah ruang fikir kita masih dalam relung agama..kita berhak bersuara, tetapi, biarlah bersuara itu ada batasnya..
wallahulmustaa’an..’ala ma tasifun..
aku macam kurang setuju dengan pengistilahan “remaja” untuk menggantikan diri saiful bukhari. tidak. dia bukan remaja, tapi sudah tahap pemuda.
i read the news about this hot thing in yahoo mail, i mean once i opened the account the first thing that i usually did was to read real-time updated news. news about this sodomy thingy was highlighted many times with there.
as a person who is observing the news each and everyday, what i hope is that - FOR THE TRUTH TO SHOW ITSELF.
sekadar menambah..kita perlu melihat setiap kesan pertuturan kita kepada para pembaca..mahupun kepada para pendengar..terlajak perahu boleh diundur..terlajak bicara, badan binasa..
saya : tidak menafikan hak bersuara…tetapi, berfikir sebelum bersuara itu adalah menjadi keutamaan..
smile..
@szakif…
remaja itu tidak samakah dengan pemuda ?
Adakah kerana istilah remaja itu terlalu general berbanding istilah pemuda yang menumpukan kepada seorang lelaki yang berusia awal 20an menyebabkan anda lebih menyukai istilah pemuda ?
Daripada penulis entri ini. Antara remaja atau pemuda ia tidaklah menjadi masalah sangat. Kerana, ramai dikalangan kita yang sudah mengetahui cerita ini.
Yang penting adalah keperluan untuk menimbang tara sesuatu perkara itu dengan berpandukan Al-Qur’an, As-Sunnah dan kemudian integratekan bersama-sama dengan logik akal serta pemikiran.
@dr nik…
sememangnya sy setuju dengan pandangan dr nik. “Meninggalkan sesuatu perkara yang bermasalah besar adalah lebih baik daripada meninggalkan sesuatu perkara yang berfaedah sedikit”.
Kadang2, manusia itu jika dilontarkan dengan persoalan, barulah mindanya akan terbuka. Ada juga yang walau bagaimana sekalipun “klu2″ dilontarkan, pendirian mereka masih lagi keras seperti batu. Dalam hal ini, hanya ALLAH jua maha memberi hidayah.
Ketika entri ini ditulis, antara aspek yang dititikberatkan adalah kebolehan mad’u itu menafsir persoalan yang timbul. Jika ianya terlalu tinggi, kemungkinan mereka yang berada dibawah tidak dapat mancapai maksud.
Jika ianya terlalu bawah. Besar kemungkinan yang berada di atas akan berasa entri ini keanak-anakan. Jadi, ianya diolah seperti yang dibaca pada hari ini. Agar semua mendapat maksud yang sama. Jika tidak sama sekalipun, penulis akan berusaha untuk menyamakan.
Sebab itu di permulaan entri, penulis menegaskan “mungkin ada yang tidak tahu pendirian penulis dan mungkin ada yang tahu”. Kepada yang sudah tahu…syabas saya ucapkan
Antara persoalan baru yang ingin ditimbulkan…
Mengapakah ketika kes pemuda (ubah sikit penggunaan ayat) yang didakwa diliwat ini dihebahkan, rata2 pihak bersungguh-sungguh ingin menyiasat hingga ke lubang cacing…Akan tetapi ketika wanita nombor dua negara didakwa, golongan yang sepatutnya menyiasat ini seolah2 seperti ‘lemah gemalai’ dalam melakukan tugas. Adakah ini wajar dinamakan DOUBLE STANDARD ?
double standard dalam kerajaan yang harus ditukar..
strive for the ummah..
komen di atas sekadar berbincang dengan saudara taukey..
insyaAllah,perbincangan,bukan perdebatan..bimbang ana yang fikir ianya satu perdebatan yang tidak “sihat”..
isu ini meletup di seluruh dunia..kita, sebaiknya mendoakan sekiranya benar kes ini, semoga DSAI dihukumi Allah..jika tidak benar, semoga Allah menghukumi mereka yang terlibat dalam konspirasi jahat ini..
ini adalah konspirasi politik malaysia yg pnuh dgn tipu helah… ada duit, mcm2 boleh buat.. emm.. bila akan selesai semua ni.. penindasan demi penindasan berlaku.. seolah-olah undang2 malaysia terlalu rapuh.. emm.. benar ke saudara anwar??
nuar, pasal tu aku tak cakap banyak sangat pasal istilah tu. satu perenggan je. hu~
dan kurang brsetuju dengan apa yang dinyatakan oleh taukey mengenai teori beliau. boleh menimbulkan fitnah jika teori itu semata-mata teori dan tidak disandarkan kepada bukti yang kukuh.
pada aku, jangan membuat statement jika belom pasti dengan apa yang diperkatakan.
tahu apa itu beza teori dan hypothesis?
@nady nody…
Jika apa yang dipredict oleh rakyat Malaysia adalah benar, maka benarlah apa yang diramalkan - politik malaysia malaysia memerlukan perubahan.
@szakif…
baik2…sila jangan menangis..huhu.
jadi, jika kita tidak boleh membuat statement dengan sesuatu perkara yang kurang pasti, adakah kita masih boleh menimbulkan persoalan2 di dalam diri kita ?
jika ikut pemahaman diri yang tidak seberapa ni…
teori =
idea awal, idea yang belum pasti kesahihannya iaitu perlu diuji.
hypothesis =
kesimpulan awal.
nuar, boleh je menimbulkan persoalan tetapi perlu dibataskan kepada satu tahap yang tidak dianggap seperti menabur fitnah. cara yang terbaik ialah dengan tidak mengeluarkan sebarang statement dan simpan dalam hati je. takpun kalo tak tahan sangat, banyak sangat persoalan dalam diri, berbincang lah (baca: bincang) dengan orang2 yang terdekat dengan kita. malah lebih baik jika kita berbincang dengan orang yang terbabit secara langsung which is almost impossible considering who we are. kan?
hu hu hu glamer nyer saya. hehehehe. tak lama lagi jadi artis arr nih.
saudara skazif , nak tau teori mana yang saudara kata itu statement?
Ini pendapat saya yg tak seberapa jugak lah dan setuju dengan komen saudara Anwar. Rasanya teori itu bukan statement. Statement adalah sesuatu yang berasakan bukti yang sah. Dan saya rasa teori tidak.
Hypothesis waktu saya belajar dulu ada Ho dan H1. Jadi Hypothesis adalah kebarangkalian sesuatu perkara terjadi dan belum dibuktikan lagi. Lebih hampir sama dengan teori. Jadi masih bukan statement.
Kalau ikut wikipedia, statement bererti declarative sentence that is either true or false. Saya rasanya tak pernah declare apa apa.
Mungkin gaya menulis kat ruangan komen terhad ini yang menyebabkan nya terjadi begitu. Maaf semua jika ada yang sakit hati dengan teori saya yang tak seberapa itu. hu hu hu hu
sama jaed sokong itu mahasiswa
mahasiswa (or shud i say ex-mahasiswa) ini sangat hebat
idola aku
nuar, mahasiswa yg xdpat keje gi saman k’jaan s’gor sbb kata tertipu dek manifesto
haha
aku harap org2 politik ni berbaik laaa
sebab saham jatuh teruk. stress aku tgk warna merah kat board saham tu
@szakif…
betul kata szakif. Timbulkan persoalan akan tetapi jangan sampai kita menabur fitnah. Sememangnya penaburan fitnah itu satu dosa yang besar…
@matematis muda…
hehe…orait, cuma nak tahu dulu, memang ade ke dlm manifesto die dulu ? tak pasti…
Salam,
Kenyataan pertama dan kedua TPM ttg Saiful sgt pelik bagi saya.
Dengar khabar,Saiful tu pergi ke bangunan TPM sebab nak minta biasiswa utk melanjutkan pelajaran keluar negara.Pelik-pelik,belajar di IPTS di M’sia iaitu UNITEN pun terkandas..Inikan pula nak belajar ke luar negara.Nak mohon pakai SPM? boleh lagi ke?Bukankah SPM cuma boleh digunakan di dlm tempoh tak lebih 3 tahun? Nak mohon guna ijazah? tak ada pula…Saiful-saiful,paling tinggi kita boleh jumpa utk mohon biasiswa ialah menteri pelajaran tinggi atau pendidikan.Melainkan ada kes2 istimewa… cth: SPM dpt 17 A1 tapi masih tak dpt sambung belajar dan sewaktu dgnnya .Ataupun,si Saiful mmg tak dpt bezakan pejabat kementrian pelajaran tinggi dengan pejabat TPM.Erm, lagi sekali…ADA KE ORANG MOHON BIASISWA DI PEJABAT TPM???
Kenyataan kedua,
baru TPM mengaku Saiful ada berjumpa dengannya sebelum buat laporan polis ttg kononnya dia diliwat.WAH! Hebat si Saiful ni! Boleh ada kemudahan sampai boleh tanya pendapat TPM sebelum buat laporan polis… rakyat mcm kita ni kalau kene rogol atau liwat tak boleh pun tanya pendapat TPM sebelum buat laporan polis…pelik-pelik.Kalau nak buat laporan polis dan rasa kita benar KENAPA PERLU TANYA TPM UNTUK TANYA PENDAPAT SEBELUM BUAT LAPORAN POLIS?
Wallahu’alam
lama sudah tak ke sini…
huhuhh…..
politik????
no comment…
unpredictable..
@humbleandmodest…
selamat kembali mengaji afif. masuk tahun ke dua kan ? ganbatte !
politik yang tak berteraskan kepada agama islam yang syumul sememangnya kan sentiasa kacau bilau.
Akan tetapi, jika benar2 ianya dalam batasan siasah syar’iyyah, insya ALLAH semuanya telah dipredict dan segala urusan akan berjalan dengan lancar
uh..xtau apa cite diorang sekarang. Dah boring aku dengar..
@bantingboy…
Doakan kebenaran dan keadilan kekal tertegak di Bumi Malaysia…