Isnin,28.4.2008 merupakan detik bersejarah negara ini apabila parlimen secara rasminya akan memulakan persidangan pertamanya selepas pemilihan ahli-ahli parlimen dijalankan pada Pilihan Raya 8 Mac yang lalu.
Mesyuarat pertama ini akan berlangsung sehingga 27 Mei atau melibatkan 16 hari. Mesyuarat kedua pula dijadualkan pada 23 Jun hingga 15 Julai selama 14 hari dan ketiga mulai 18 Ogos hingga 11 Disember melibatkan 41 hari. Setiap minggu mesyuarat akan berlangsung mulai hari Isnin hingga Khamis iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang dan disambung semula mulai pukul 2.30 hingga 5.30 petang.
Sebanyak 99 anggota Parlimen merupakan muka baru. Sebanyak 82 anggota pula daripada pembangkang manakala seramai 140 anggota dari Barisan Nasional. Persidangan Dewan Rakyat ini bakal mencipta sejarah tersendiri sejak pilihan raya umum pertama Malaysia pada 1959.
Dengan lebih 45 peratus anggota Dewan Rakyat terdiri daripada anggota Parlimen yang baru dan jumlah anggota pembangkang pula lebih empat kali ganda sejak pilihan raya umum 2004, ramai menjangkakan mesyuarat pertama persidangan ke-12 Dewan Rakyat, yang bermula pada hari ini, akan “menggegarkan” parlimen.
Hakikat kepimpinan adalah suatu tanggungjawab dan amanah daripada Allah SWT. Menjadi seorang pemimpin bukan untuk bermegah atau mengejar populariti semata-mata, akan tetapi ianya adalah satu bebanan yang harus dipikul samada dalam keadaan rela ataupun tidak.
Dengan jumlah anggota Parlimen yang lebih ramai pada penggal kali ini, Pakatan Rakyat dijangka akan terus membangkitkan isu tahanan ISA dalam setiap sesi persidangan Parlimen yang akan diadakan kelak.
“Usaha untuk menentang akta yang zalim ini akan kita teruskan tanpa henti sehinggalah semua tahanan ini diberi hak untuk membela diri di Mahkamah atau akta ini dimansuhkan sama sekali,” kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.
Buat kali pertama dalam sejarah juga, kita selaku penduduk Malaysia akan berpeluang mengikuti sesi soal jawab di Parlimen apabila RTM menyiarkan secara langsung sesi itu selama 30 minit bermula Rabu ini.
Popularity: 5% [?]
- Senarai Rasmi Keputusan Pilihan Raya ke-12
- Jika Aku Menjadi Seorang YB…
- 16 September 2008 - Mungkinkah Direalisasikan ?
- jangan abaikan daku!
- Top 5 Perubahan SISWA Pasca Cuti
« 13 Tips Menjadi Isteri Idaman | Pengalaman Di Kedai Runcit »






















i watched the sedutan of sidang parlimen today in the TV. in the very first day, i was already hot! but yet bad words were spelled. hm.. MPs MPs… ape nak jadi ni..?
ntah la. mungkin mereka tak dapat kawal emosi kot. :em28: ataupun mereka mmg macam tu. :em21:
Macam pasar daa :em32:
radiographer die suke compare n contrast.
Kalau compare pasar dengan sidang parlimen, rasenya sidang parlimen yang menang.. :em21:
ye ke ? :em49: macam mane leh tau ni ? hehe.
kejap2, nak survey. dkt screen anda semua, smiley ni cukup2 dlm post atau ade terlebih masuk ke part lain ? :em39:
[…] debat parlimen semakin hangat […]