
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat sekalian. Macam mana anda semalam ? Berpusu-pusu mengisi petrol di stesen minyak yg berdekatan sebelum harganya melonjak naik sebanyak 0.78 sen kpd RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam tadi ?
Malam tadi juga Shell dan Petronas di tempat sy telah kehabisan bekalan. Ini krn pengguna berebut utk menjadi antara mereka yg terakhir mengisi minyak dengan harga RM1.92 seliter. Siapa yang mencetuskan situasi havoc ini ?
Anda suka minyak naik ke paras yang tinggi macam ni ? Kalau anda orang kaya mungkin kurang kisah, tapi bile anda hanyalah seorang manusia (baca : rakyat Malaysia) yg hanya mampu tunggang honda cup c70 ke tempat kerja anda akan terasa.
Sedikit sebanyak impak dari kenaikan minyak akan dirasai. Bukan sedikit tapi sebanyak. Pasti semasa menunggang ke tempat kerja, anda akan terfikir kenapa minyak boleh naik sebegitu rupa. Apa sebab yang konkrit sehingga mengakibatkan natijah sebegini.
Sebelum sy membebel lebih lanjut, sy ucapkan tahniah kepada mereka yg telah mengundi tempoh hari, ‘terutamanya’ yg telah mengundi pihak yg menjadi kerajaan pusat hari ini. Tangan anda yang memangkah warna biru pekat mungkin tidak terketar-ketar lepas ni agaknya utk bayar duit di kaunter dgn harga yg cukup tinggi.
Sy bukan bias, tapi lihatlah keadaan Malaysia sekarang. Kalau anda perasan, itupun jika perasan, harga petrol melonjak naik sejurus selepas Pilihan Raya umum ke-11 dan ke-12 berlaku. Apa sebabnya ?
Jika anda sudah tahu tidak mengapa, tapi jika anda belum tahu, silalah ke sini dan ke sini untuk mengetahui kebenaran hakiki di sebalik kebenaran.
Jika anda tidak baca apa yang ada di sini dan di sini, mungkin selama-lamanya kesedaran kita kurang tentang isu minyak ini.
Jika kerajaan ambil kira pendapat sy yg kurang bernas ni, sy berpendapat tak perlulah naikkan harga minyak selepas gaji kakitangan awam dinaikkan, anda (kerajaan) cuma perlu tingkatkan tahap pengurusan, elakkan pembaziran dan hapuskan rasuah dalam kalangan anda.
Usah kita sembunyikan fakta ini, usah sy berpura-pura tersenyum sambil kata “tak tahu” kpd anda. Anda lihat saja betapa banyak duit ditaburkan untuk propaganda mereka ketika PRU-12 yg lepas.
Setiap saat dan detik pasti ada iklan macam ni “selamat, aman, makmur” keluar di celah-celah iklan tajaan MecD. Duit siapakah yang digunakan utk membiayai propaganda tersebut ? Duit rakyatkah atau duit parti ?
Akhirnya slogan semacam itu tak menjadi kerana kes adik Nurin dan adik Sharlinie (moga Allah pelihara & rahmati diri mereka) sampai sekarang tak selesai. Yang terbaru, semalam sy dengar berita 5 org wanita disamun pemuda bermotor di STESEN MINYAK ! Oh, stesen minyak pun sudah tak selamat.
Tak mengapa, orang atas (orang pusat) tak risau tentang kenaikan harga minyak ni. Sebab kereta mereka kereta kerajaan. Kereta mereka diisi minyak dgn wang rakyat kerajaan. Sebab tu mereka berani mencanang di sana-sini mengatakan Malaysia ini negara yang ’selamat, aman dan makmur’.
Sebabnya mereka rasa ’selamat’ kalau isu altantuya lenyap mcm tu shj. Mereka akan rasa ‘aman’ walaupun statistik jenayah semakin meningkat. Mereka akan rasa ‘makmur’ kalau harga minyak terus dinaikkan !
Popularity: 15% [?]
- Harga Minyak Terkini
- MINYAK SAPI TIDAK SELAMAT !
- Kemana Hilangnya Duit Petronas Rakyat ?
- Hilangnya Di Sini
- Kenali Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary:Siri 2
« Adakah ini 7 Keajaiban Dunia ?? | Pengumuman:Galeri Testi Boleh Di Access Sekarang »






















salam perjuangan…
ya! isu panas kembali…
baru nak tls entry psl ni ko dh tls, jd komen dl la…
pak lah kata harga minyak yg dinaikkan paling rendah di rantau asean kecuali brunei… TIPU!!!
malaysia RM2.70
indonesia Rp 6000 = RM 2.52!!!
undilah lagi!!!
@badrul…
terima kasih atas info badrul. sgt berguna. kalau sesiapa yg waras, mungkin dia boleh menimbang mana satu yang lebih rendah 2.78 dgn 2.52…
wah bersemangat nuarx ngan badrul…semoga semangat tersebut terus diarahkan dan semoga pencarian fakta2 terus diusahakan agar kita dapat membuat pertimbangan yang sihat dan tak emotional. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan fakta tidak dapat diubah. Kadang-kadang media pun putar belit fakta, so kita agak ketandusan sumber yang boleh dipercayai…
Harapan kita ialah orang-orang yang ikhlas dan jujur dimunculkan untuk meneruskan pengurusan di peringkat atasan agar kita orang-orang yang dibawah tidak teraniaya…tidak kiralah daripada mana-mana pihak pun. Saya lebih suka membuat pertimbangan yang adil dan tidak menyalahkan individu-individu yang memang berusaha keras untuk rakyat. Apa-apa pun, pilihan raya pun dah berlalu, kuasa pun dah diketahui pada tangan siapa, yang penting sekarang ialah kita sendiri melihat apa yang boleh kita buat untuk berhadapan dengan cabaran ini. Dengan kemampuan yang kita ada dan dengan environment yang sedang kita lalui kan.
satu saya nak highlight kan mungkin pendapat peribadi saya, masalahnya bukan pada minyak atau beras, tapi pada jujur dan ikhlas juga pada manusia itu sendiri yang merancang kehancuran. Takde masalah, kita berbincang dengan waras dan tidak emotional tanpa punca, InsyaAllah Allah akan memberikan jalan bagi orang-orang yang ikhlas.
@zulyunus…
terima ksih di atas peringatan anda. Sememangnya kita memerlukan golongan yang jujur dlm menguruskan sesuatu perkara.
Artikel di atas sy tulis bukan kerana emosional ttp ats dasar luahan akibat dari pengurusan yg tidak cekap dan tidak tentu arah.
Caranya santai dan sy tidak mahu terlalu meguar2kannya. siapa yg makan cili dia terasa pedasnya.
Mudah-mudahan mereka yang dipertanggungjawabkan utk memegang amanah tidak mensia-siakan mandat yg diberi. Jika rasa tidak mampu, usah pikul amanah.
Ini bukan kisah politik, ini luahan dari rakyat biasa yang terhimpit dgn kondisi sebegini.
aku capek..
capek menulis panjang2..
aku capek..
capek memberi komenan itu ini tapi harga minyak tetap meningkat…
aku akan capek..
sebab tiada lagi Kembaraku sem depan
jalan kaki ke kuliyah suda~
takpe.
yang penting aku boleh bersenam dan maintain tak-gemok.
amin…
*ala2 tulisan tagihdadih versi indon bole?
@szakif..
Hari ni dengar dalam berita, keuntungan syarikat petrol nasional Malaysia mencatat keuntungan RM 86.8 Bilion tahun lepas. Ke mana perginya duit2 tu ya ?
kalau fikir logiknya, syarikat ini ada pelaburan di luar negara. Bila harga minyak di pasaran dunia naik, keuntungan pun akan naik sama.
Justeru, kenapa tak agihkan keuntungan tu sebagai subsidi ? Rakyat Malaysia yang berkenderaan pun tak sampai 22 juta.
hmm..
mahasiswa patut handal isu ni..
nampaknye saudara anwar sudah mendahului carta..
naik pun sudah…
enggak bisa lakuin apa lagi dong..
ambil langkah untuk urusin belanja ongkos..
len la dapat sponsooorrr JPA..
makcik kaya !!
(^_^)hehe
lps nie ak nk psg gas kat motor ak…
bleh x..?
hehe…
@tezuka87…
ko pakai ngv la. hehe
Erk..nak setup gas pun kos rm2000 da, pokai eden. Hehe.
Bile isu minyak, petrolium nasional berhad naik nama…huu..
Trasa la jugak sebab my father, my cousins, aunts sume keje ngan petronas. My mum also ex-worker. Bile da macam ni, banyak tau ape di sebalik tabir, and frankly speaking, Im sick of this!
Jom naik basikal ramai2 kat UIA. Katakan tidak kpd kenderaan bermotor.
Ubahlah gaya hidup! - menyahut seruan kerajaan selaku rakyat yang baek lagi bersopan (minggu depan turun demo)
@as…
Sekarang bukan lagi Rm2000 as, tapi RM5000+++. Cuma untuk jangka masa panjang mungkin ianya bermanfaat.
@Awan…
Kalau di dalam kampus ok sahaje. Kalau nak keluar kampus macammane ? kongsi kereta atau motor ? tong-tong ramai2. yeepi!
Tambah sket kat motto “Ubahlah gaya hidup !”. Sepatutnya kena macam ni, “Ubahlah gaya Hidup, YB !”.hehehe.
@Humaira’…
Terima kasih kerana komen anti, sememangnya kita perlu ubah cara kita menguruskan duit hari ini dan seterusnya. Nak tunggu 5 tahun lambat lagi. Cume perlu tunggu hingga september ni.
Kalau dulu kita boleh beli Softlan botol besar, tapi kini beli botol kecil sudahlah. Asalkan ada softlan.huhu.
Barakallahufik~
aku nak jalan kaki turun kerja sekarang….kalau lambat sampai pejabat cakap tak mampu beli minyak kereta…..
wakakaka….pubic transport sekarang pun “Canggih” dan “senang” nak guna.
wakkakaka
bkk sem br,ak nk ajk sume dak2 batch kita berkempen nek basikal ramai2 gi kls…
cantek…!!!!
@taukey…
hehe. boleh tu boleh tapi kena keluar awal pagi la kot. supaya tak sampai surat macam ni…”anda dipecat!”.hehe.
@tezuka87…
Orait jugak tu. Sape2 yg ada motor leh jadikan tukun tiruan kat tasik depan tu.hehe.
huhu. nak kena tempuh traffic light lagi utk ke kelas. Balik leh singgah resipi rahsia ye tak ? hehe.
[…] Minyak melonjak naik (creamstudents) […]
[…] bila minyak naik minyak matematis muda kata amik alternatif pakai kenderaan tak guna minyak; berjalan kaki contohnya […]
rasenye x beli dah softlan, cari jenama yang besar tapi ekonomi..
setuju x ngan ana.. ?
p nanti nta kena lama la teman isteri nta gi pasar raya..
sebab kena buat perbandingan harga dulu..
hukhuk..
(^_^)
@Humaira’…
Ooo.Bagus2. Kena berjimat cermat mulai dari sekarang ye tak ?
Oh, itu sememangnya perlu la kan. Dalam mencari barang berkualiti untuk keluarga, kita perlu mancari juga barang2 yg murah dan menjimatkan.
[…] segala luahan isi hati dan kritikan orang lain dalam isu ini. Sepertimana ulasan saudara Anwar di creamstudents.com. Saya setuju dengan mereka dan saya harap suara mereka didengar dan dinilai dengan sebaiknya. Kita […]
hahahaha….tu bukan Donald Trump la…ekekekeke…..hmmm…nak buat bisnes jer bagus….serap kos minyak dalam barang….ekekeke…aku untung atas angin bila berjual nanti…wakakaka
@taukey…
Orait la tu taukey. kalau nak jadi bisnes partner pun ok wat.ehehe. Ni kire Donald Trump yang baik la eh ? tak sampai surat2 mcm nie.hehe.
Minyak naik. Baran naik. Cili pun naik. Susahla aku nak wat sambal belacan pas ni..
@bantingboy…
hehe. alternatifny kenalah tanam cili sendiri. tak payah lagi beli di kedai.
Selamat berkunjung ke creamstudents.com bantingboy. Nice to meet ya ! 
hoho..minyak naik. Harga naik. Tambang bas pun naik. Semua naik. Apa yang turun?
@espoint…
Ada yang menurun espoint, kualiti hidup rakyat menurun.
salam alayk..
yang miskin sudah tidak tahu apa lagi yang mahu dijimatkan..kerana mereka sudah lama berjimat..this condition will make all the poor and “middle” class Malaysians suffer most..
pemimpin terus memegakan projek dan memegakan perut mereka..
mana perginya akauntabiliti petronas?..juga khazanah negara yang lain-lain sumbernya..petronas rakes in billions every year…billion is not satu ringgit..billion..
our corrupted government clearly has “very-very” poor approach in management..there is obviously mismanagement of the funds from the power that be..mungkin, we should call him orang minyak sebab tak pernah dalam sejarah malaysia minyak harganya naik melambung-lambung..
undilah BN utk :
B-eras N-aik
B-arang N-aik
B-ALA N-AIK..
sekadar pertanyaan untuk difikirkan..bukan pendapat..pertanyaan..
harga minyak di pasaran dunia naik..selaku pengeluar,sepatutnya,bukankah kita yang untung dan tak perlu menaikkan harga minyak?sebab orang yang beli dengan kita..kita patut jual kepada yang mengimport dari kita dengan harga mahal, bukan kita jual kepada rakyat kita sendiri dengan harga yang mahal..sebenarnya, petronas nk kaut untung..untuk tampung perbelanjaan dana hasil baziran PRU 12 yang digunakan..
makcik semah buat ketupat dan menjualnya dengan harga rm0.50 sebiji kepada pelanggannya..tiba-tiba harga ketupat sekampung naik kepada rm 3.00..makcik semah menjual ketupat dengan harga rm 3.00 kepada pelanggannya dan pada masa yang sama, menjual ketupat kepada anak-anaknya dengan harga rm 3.00 atau kurang sket daripada tu..huhu..nampaknya, makcik semah yang nak kaut untung..dengan orang lain pun jual mahal, dengan anak pun dia jual mahal..akhirnya, makcik semah kebuncitan menelan duit2 yang dia perolehi..
kita ada bekalan domestik..bekalan domestik tidak perlu dinaikkan harganya..kita bukan pengimport.kita pengeksport..tidak lain dan tidak bukan, petronas nk kaut untung, dan, duit tu disalurkan kepada……MUNGKIN, untuk pemimpin..(tak mahu menuduh)..mungkin…atau projek2 maharaksasa..juga untuk meraksasakan perut anak bini..wallahua’lam…
p/s :
tula,orang suruh undi PKR tak mau budak2 nih..hehehe..aku tak dapat nak undi pos..kerajaan tak bagi peluang dak2 mesir nih..lepas ni kita undi mujahid jadi wakil rakyat..best dengar ceramah yb amar pasal isu minyak+pemimpin bohong..ceramah berjenaka penuh ilmiah..bukan simplistik..walaupun dengar dari jauh jela..nk buat camne..
sekadar pandangan budak yang dah lama tinggalkan maths..
Malaysia spends to the tune of US$14 billion subsidising gasoline, diesel and gas at present each year. [4]Effective June, 5th 2008 gasoline prices increase by 40% to $3.30 a gallon(3.78 litres), from $2.32 a gallon. Diesel prices rise by $1.22 to $3.04 per gallon, a 67% increase. It was announced that price increases were planned to bring fuel prices in line with global market cost, suggesting that it may hit $3.80 per gallon by August. The Malaysian government has also announced to give a yearly cash rebate of $201 per year to owners of cars with an engine capacity of 2,000 cc or less to offset their burden from the massive hike.[5] The government introduced a temporary ban and then the temporary ban was suspended after the price increased on the June 7th 2008. For one or two days, not allowing to buy fuel within 50km of the country border has been lifted in accordance to the fuel prices increase. After a 41-percent hike in petrol prices (41 percent to MYR2.70 ringgit ($0.833) a liter and diesel 63 percent to MYR2.58) by the government that ban has been lifted..
any comments..?
@ex-rumet anwar matrik…
perlu ke id anda di dedahkan dr ? hehe.
betul tu. Sebagai negara pengeluar minyak dan negara yang ada MELABUR dalam usahasama cari gali minyak di luar negara, Tak sepatutnya Malaysia meninggikan harga minyak sebegini rupa. Adat la kalau naik 0.02 atau o.10. Tapi ini tak. kalau boleh nak naik RM 1 kata samy vellu.
Dan analogi dr tentang makcik semah tu memang sepadan dengan PM sekarang dan konco2nya. Sian makcik semah di luar sana. Ini bukan makcik sebenarnya, ini analogi shj makcik.hehe.
saya menyeru semua orang supaya mengundi yb anwar dan yb mujahid..insyaAllah,harga minyak petrol,diesel akan turun..
sekadar berkongsi pengalaman..ada yang ingat, harga minyak yang naik adalah minyak masak..bukan minyak petrol/diesel..hehe..tapi,walaubagaimanpun,mmg ada kesan terhadap barangan mentah lain..dan juga minyak masak..
ini kerana ada yang memberikan komen..”harga minyak dh naik,habisla..takkan nk masak dgn minyak petrol kot..?”..hehe..padahal minyak petrol yg naik..
patutnya,”..camna la nak isi tangki minyak kereta lori bas, takkan nk guna minyak masak kot..”
dunia..dunia..hehe..
@ex-rumet anwar matrik…
ada orang kata hanya diesel yang tidak perlu dinaikkan. sebabnya lori membawa bekalan makanan dan bahan mentah menggunakan diesel sebagai bahan bakar. Ape pendapat dr ?
pada pendapat saya, kedua-duanya tidak boleh dinaikkan mendadak. Aset negara terlalu banyak untuk diterokai.
Apapun, diesel kurang pun dah ok..yang penting, rakyat sedang berdemonstrasi, saya hanya mampu melihatnya dari sini..sedih2..
@ex-rumet anwar matrik…
dr sekarang di mesir ke ? Minyak murah ke di mesir ? dengar certa di Arab Saudi minyak adalah sekitar 0.60-0.80 seliter. betul kah ?
rakyat berdemonstrasi kerana menuntut keadilan. keadilan untuk semua bukan kepada golongan tertentu.
di arab saudi mmg begitu..
Riyal 5 dpt digunakan untuk jarak yang begitu panjang..apa punya sistem kereta pun saya tak tahu..
di mesir, minyak naik dan rakyat demonstrasi juga..barangan mentah dll naik 2kali ganda di sstgh tempat..bukan tmpat saya la yer..huhu..
saya berdemonstrasi juga..demonstrasi hati..
kalau saya jadi PM, saya eksport semua minyak yang ada, kemudian keuntungan tu saya bawa lari ke luar negara..kaya..kaya..!
@dr nik abduh…
Hehehe. wah. Antara satu sebabny adalah minyak di sana adalah murah. tersangat murah. emm.
hehe. mane leh PM macam tu. PM kena bertanggungjawab tau.hehehe.
awak je la jadi pm…..heheheh
@ruslie…
Dah memang ada dalam sejarah orang muda menjadi seorang pemimpin. Nak dengar cerita tak ?
Di zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, Seorang anak muda telah pun menjadi pembesar Hijaz.
Di zaman Khalifah Uthmaniyyah, Sultan Muhammad Al Fateh telah membuka kota Istanbul, dahulunya dikenali sebagai constantinople. Ketika itu beliau berumur hanya 24 tahun !
Zaman Nabi Muhammad SAW, Usamah Bin Zaid ketika itu berusia 19 tahun, telah dipertanggungjawabkan oleh Rasullulah untuk menjadi panglima perang menentang tentera Rom.
Tariq Bin Ziyad, ketika membuka Sepanyol ketika pemerintahan bani Umayyah, masih lagi bergelar seorang pemuda.
John Taylor Hammons, anak muda berusia 19 tahun. Pelajar tahun satu Universiti Okhlahoma dalam jurusan sains politik dan sosial, telah memenangi kerusi datuk bandar Muskagee, Okhlahoma pada pilihan raya yang diadakan pada 1 April 2008.
Persoalannya disini… Siapa kata hanya syuyukh(orang tua) boleh manjadi ketua ?
Orang hari ini sahaja yang berkata ” Dia ni orang muda lagi, masih tak faham sepak terajang politik ni”
Nak tahu sebab apa anak muda Malaysia tak boleh jadi PM ?
Sebab kita disogokkan oleh hiburan yang melampau saudara Ruslie…
Dengan AFnya, Gang stars, Malaysia Idol, jom Heboh, AIM, one in a million, memang la anak muda malaysia yang suka akan hiburan tak matang dari segi pemikiran (memikirkan hala tuju negara).