Salam sejahtera. Hari ini mari kita berkenalan dengan salah seorang daripada mereka yang terkaya di Malaysia. Anda kenal bukan figura lelaki diatas ini. Beliau adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Saya tahu apa yang sedang bermain-main di fikiran anda sekarang. ;) Ye, tak usah berselindung. Saya tahu. Semestinya berkaitan dengan kemewahan dan kekayaan kan ? kan ?. Tapi tahukah anda walaupun Tan Sri Syed Mokhtar adalah orang kaya, beliau mempunyai prinsip tentang tanggungjawab sosial ?

Jom kita lihat sedikit sebanyak kisah peribadi beliau.

  1. Umur - 53 tahun
  2. Pendidikan - SPM
  3. Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  4. Nilai dirinya -RM1,425 juta
  5. Ke 7 terkaya di Malaysia
  6. Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
  7. Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
  8. Kereta Yang Digunakan - Proton Perdana

Sumbangan sosial:

Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen
untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula ?

Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen
ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Popularity: 29% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 33 comments. Add your own.
badrulNo Gravatar - 15 Jun 08 at 10:16:08

salam perjuangan…

spe tak kenal memang tak tahu le…

semoga lebih ramai tokoh korporat melayu islam yang mencontohi beliau…

humbleandmodestNo Gravatar - 15 Jun 08 at 10:29:29

he is the best businessman ever in malaysia…
tokoh yg pernah bantu aku melalui kelas tuisyen…
hehe…..
thanks..

taukeyNo Gravatar - 15 Jun 08 at 10:53:01

hehehehe….aku tak kenal sangat. hehehe. cuma terbaca kat blog kawan-kawan. Mgkn tak periksa sangat ttg org kaya kot. hehehe

yang aku kenal jutawan kat Malaysia ni Robert Kuok, Ananda Krishnan dan Lim Goh Tong.

Yang lain ingat tak ingat

AnwarNo Gravatar - 15 Jun 08 at 11:18:36

@badrul…

badrul…sememangnya beliau antara yang terkenal. dan semoga ada yang mengikut jejak langkah beliau. Segulung ijazah bukanlah penentu rezeki seseorang. Ini telah terbukti.

AnwarNo Gravatar - 15 Jun 08 at 11:20:19

@humbleandmodest…

jadinya humbleandmodest pernah mengikuti tuisyen al-bukhary lah ye ? sy pun same.huhu. tapi mase tu join subjek biology je. tu pun lepas merayu ngan cikgu tuisyen tu.hehe.

szakifNo Gravatar - 15 Jun 08 at 11:22:48

ah… tak sempat nak komen..kena balik rumah.. argh!

yang penting tiap2 tahun name dia naik dalam top 10 orang terkaya di malaysia. kan?

AnwarNo Gravatar - 15 Jun 08 at 11:27:35

@taukey…

kalau taukey nak tau cerita tentang orang2 terkaya ni. mungkin boleh tengok di sini

http://www.forbes.com/2008/05/21/

yang penting ada usaha untuk mencontohi mereka yang telah berjaya taukey. :)

samdaddycoolNo Gravatar - 15 Jun 08 at 12:53:49

… cool memang patut jadikan dia role model

kakeruNo Gravatar - 15 Jun 08 at 14:04:35

Beliau merupakan salah seorang Melayu yg saya kagum sangat kat Malaysia nih… Hmmm…memang bagus, inilah role model yg patut kita contohi - seorang Muslim yg berjiwa besar!! :)

AnwarNo Gravatar - 15 Jun 08 at 15:02:18

@szakif…

kena balik rumah ? huhu. ada keja ke kat rumah ? betul tu. setiap tahun beliau merupakan salah seorang dari mereka yang terkaya di Malaysia. Top 10.

AnwarNo Gravatar - 15 Jun 08 at 15:04:00

@samdaddycool…

yep, betul tu. dalam urusan niaga dan keusahawanan. Beliau memang patut dijadikan contoh…

AnwarNo Gravatar - 15 Jun 08 at 15:06:28

@kakeru…

Tan Sri juga mennnunjukkan kepada kita walaupun tidak belajar tinggi2, tetap jugak boleh menjadi senang.

Dan kesenangan itu tidak membuatkan beliau seorang yang leka dan mementingkan diri sendiri. Sememangnya satu contoh terbaik :)

taukeyNo Gravatar - 15 Jun 08 at 19:56:50

tak blh buka la nuar link yang ko bagi tu. takper nanti aku cari dari pakcik google. ehehehe. Dengan sejarah dia sekali aku nak baca dari dia jadi petani ke jutawan. tu pun kalau ada la. hehehe.

AnwarNo Gravatar - 15 Jun 08 at 20:07:14

@taukey…

sori taukey, sebenarnye link dier panjang sgt. sampai exceed masuk ke kawasan sebelah.hehehe. cari kat www.forbes.com. pastu pilih asia. taip 40 richest malaysian.

p/s : taukey, sure ke number akaun yg ko bagi ? macam tak cukup 1 number je. ade 11. sepatutny ade 12 kan ? boleh submit sekali lagi ?

humbleandmodestNo Gravatar - 15 Jun 08 at 20:34:47

bnyak gak klas yg aku join…
pon bnyak kali miss…..

hee~

AnwarNo Gravatar - 15 Jun 08 at 21:44:40

@afif…

hehe. ilmu free pun miss ? adei. hehe. sibuk ke mase tu ?

p/s: afif, boleh bagi name penuh yang tertera kat akaun ko tak ? same macam dalam emel ke ? dan satu lagi requirement yang maybank2u nak adalah reg number. nanti email semula ek.

sebabnya kalau interbank ni maybank2u nak detail lebih skit. ok. tq sebab dah submit :)

szakifNo Gravatar - 15 Jun 08 at 23:06:08

i dont think that’s all about syed bukhary ni. anwar takde source lain ke pasal beliau nih? pasal aku cam dahagakan nak tahu tokoh ma’al hijrah yang sorang ni. sangat kagum. maybe boleh ceritakan pasal hidup berkeluarganye (jika ada) pula…

AnwarNo Gravatar - 16 Jun 08 at 00:43:54

@szakif…

ada lagi szakif. nak tau ke ? hehe. ni cuma intro. sebab ianya panjang berjela. siap dengan amanat dari beliau. tunggu ye. memang ada…

AnwarNo Gravatar - 16 Jun 08 at 00:45:01

@kepada semua pelawat…

Sy ingin bertanya kepada semua pelawat, ada tak dikalangan anda yang mahu memberi komen tetapi di salah anggap sebagai SPAM ? Jika ada, sila beritahu sy. Ini disebabkan kami baru shj menukar sistem spam filter kami. Takut2 ia terlampau sensitif terhadap komen yg diberikan. harap maklum. :)

szakifNo Gravatar - 16 Jun 08 at 18:49:07

owh ni kiranya cam nak buat entry bersiri pasal figura ni la ni~ owwwwwhhh……

AnwarNo Gravatar - 17 Jun 08 at 00:03:50

@szakif…

insya ALLAH, jika dipanjangkan umur dan di pertambah kesihatan dan keceriaan. :)

afiqNo Gravatar - 17 Jun 08 at 00:34:42

Nuar, aku penah tulis psl dia,tapi tak detail mcm ni. Bila kenal orang mcm dia ni, rase bangge sbg Muslim dan inspired. Ramai lagi unsung heroes kat luar sana.

AnwarNo Gravatar - 17 Jun 08 at 07:29:36

@afiq…

sepatutnya kita kena tiru macam dia. low profile dan bersahaja. nanti tunggukan satu lagi entri yang ada kaitan dengan amanat dia eh. tunggu yek. ;)

nady nodyNo Gravatar - 17 Jun 08 at 12:17:34

beliau pon ajar tuisyen???

humbleandmodestNo Gravatar - 17 Jun 08 at 12:38:25

membantu manjawab soalan…

beliau tidak mengajar…
beliau memberikan dana untuk mengadakan kelas tuisyen =)

mcm buku latihan..

itu salah satu fungsi yayasan albukhari….

AnwarNo Gravatar - 17 Jun 08 at 15:01:31

@humbleandmodest…

terima kasih ye humbleandmodest. ya, beliau tidak mengajar sebaliknye menubuhkan dana atau yayasan yang dikenali hari ini sebagai yayasan al-bukhary.

Kat KL pun ada satu masjid waran putih. Under yayasan al-Bukhary jugak. Dekat-dekat dgn stesen ktm/monorail/putra lrt. tak pasti tapi memang ada.

humbleandmodestNo Gravatar - 17 Jun 08 at 15:18:55

yeah….
bisa diatur….

hee~

nady nodyNo Gravatar - 17 Jun 08 at 16:36:20

owhh… terima kasih ats penerangan semua.. skrg sy bukan kenal beliau sekadar nama sahaja…

AnwarNo Gravatar - 17 Jun 08 at 17:54:16

@nady nody…

insya ALLAH nanti ada artikel siri kedua berkenaan dengan Tan sri Yed Mokhtar Al-Bukhary. Nantikan ye. ;)

AbuSyNo Gravatar - 18 Jun 08 at 21:44:52

Boleh tahu sikit berkenaan nilai dirinya…(SMB)- kenapa nilai dirinya -RM1,425 juta sahaja …apo makno ee tuu ?

Sape yang nilai tuu…boleh crita sikit.

Kesian Tan Sri … sikit sangat dinilai harga dirinya.

Pada saya nilai diri manusia tuu jangan dinilai dengan wang ringgit. Bila kita nilai dengan wang ringgit akan merosakkan diri kita dan orang lain ( hoo…dalam makno ee tuu… ).

Pengertian MANUSIA secara umum tuu yang di sebut dalam Al Qur’an lebih dari itu.

Tak nak lee crita panjang … rase nye semua tahu tuu..

Kalau sape-sape ada informasi kat mana depa letak nilai diri hanya RM1…juta tu leh le bagi tau koi…

Mcmana pun blog nii very nice , be succes.

AnwarNo Gravatar - 18 Jun 08 at 23:47:31

@Abusy…

hehe. nilaian manusia memang macam tu. tapi yang sebenarnye, nilai dirinya tidak ternilai. Nilaian ni datang dari
pada mereka yang menilai manusia dari sudut perniagaan.

cuma yang Abusy kena tahu, nilaian ni adalah dalam perniagaan, bukannya dalam KEHIDUPAN.

Kalau tanye sy, sy akan jawab nilai diri ini tak ternilai. Sebab siapa yang boleh beli nyawa kita ? siapa yang boleh hidupkan kita dengan RM1425 juta tu ? Orang yang waras akan mengatakan tiada.

Justeru, pada sy, nilaian dirinya adalah tidak ternilai. Cumanya, nilai diri dalam perniagaan itu yang dikira.

Abusy pun usahlah marah sgt ye. Ini lah kelemahan manusia. MElihat hanya pada luaran. ;)

[…] Jika anda ingin membaca siri satu, anda boleh membacanya dengan klik di sini. […]

itaNo Gravatar - 04 Sep 08 at 12:57:52

salam…sesiapa yang ada email tan sri?saya amat memerlukan…terima kasih…