IMAM MUSLIM BIN HAJJAJ AL QUSYAIRY AN NISABURY, lahir pada tahun 204 H. (820 M) di Nisabur, sebuah kota terbesar ketika itu di kawasan Khurasan, Iran, dan meninggal di kota kelahirannya itu pada hari Ahad, 24 Rejab 261H.(875)

Semenjak kanak2 lagi beliau telah rajin menuntut ilmu, di dukung dengan kecerdasan yang luar biasa, kekuatan ingatan, kemahuan yang teguh dan ketekunan yang mengkagumkan. Pada usia 10 tahun beliau telah menghafal Al-Qur’an serta ribuan hadith beserta sanadnya.

Ketika mudanya, beliau berkelana ke negeri-negeri Islam, terutama ke pusat2 ilmu ketika itu seperti di Iraq, Hijaz, Syam, Mesir dan lain-lain, untuk berguru kepada ulama2 besar dan ahli2 hadith yang terkemuka. Di Khurasan, antara lain dia belajar kepada Yahya bin Yahya dan Ishaq bin Rahawi. Di Iraq, antara guru2 beliau ialah Imam Ahmad Bin Hambal(Imam Hambali) dan Abdullah Ibnu Maslamah. Di Hijaz, beliau berguru pula dengan Sa’id Bin Manshu, Abu Mush’ab dan lain2. Di Mesir, guru beliau adalah Amru Bin Sawwad dan Harmalah Bin Yahya, serta banyak lagi yang lain2. Bahkan ketika Imam Bukhari datang ke Nisabur pada akhir masa kegiatan beliau, Imam Muslim sentiasa mendampinginya.

Imam Muslim memikul nama besar sebagai ulama dan ahli Hadith yang sangat mashyur dan terkemuka dengan gelaran “Imam”, tidak sahaja kerana sifat2 peribadi yang dimilikinya sejak kecil, seperti cerdas, kuat daya ingatan, tekun dan berkemahuan keras, tetapi yang paling utama adalah sifat taqwa, shalih, dan wara’ (selalu menjauhkan diri dari dosa). Kemudian berkat karya2 besar yabg dihasilkan olehnya, nama beliau semakin dikenali ramai dan menimbulkan hormat bagi setiap ahli ilmu.

Sebagai seorang ahli hadis, dia berhasil mengumpulkan sejumlah 300,000 hadith. Kemudiannya dengan sangat cermat dan teliti hadith sebanyak itu diperiksanya satu persatu dengan suatu sistem yang amat ketat, yang sekarang dapt kita pelajari dalam “Ilmu Mushthalah Hadith”. Dari hasil penelitiannya itu, sebanyak 7275 hadith yang termasuk dalam kategori sahih. Tetapi yang dimuatkan didalam kitabnya-Sahih Muslim hanya lebih kurang 4000 hadith. Ini adalah kerana 3000 di antaranya berulang. Imam Nawawi mengatakan, bahawa Imam Muslim telah mengambil cara yang sangat teliti dan cermat bagi kitab Sahihnya.

Di samping itu, Imam Nawawi juga mengatakan, “Para ulama sepakat mengakui kebesarannya. Siapa yang mendalamkan pandangan terhadap Sahih Muslim, akan tahulah dia bahawa Imam Muslim ialah seorang pemuka yang tiada bandingannya. Tidak sedikit ahli2 hadith yang bergelar imam meriwayatkan hadith daripadanya. Antara yang terkenal ialah seperti Imam Tarmidzhi, Imam Ibnu Khuzaimah, Abdul Wahhab Al Farra’, Ibnu Ishak Al Asfarainy dan lain2 lagi.

Sekalipun dia pernah mendampingi dan belajar kepada Imam Bukhari, tetapi namanya selalu diangkat sebaris dengan nama Imam Bukhari. Sering kita dapati sebuah hadith mengatakan sebegini: Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. Bahkan Imam Nawawi mengatakan pula didalam syarahannya; “Para ulama sepakat mengatakan bahawa Sahih Muslim adalah kitab hadith yang paling dipercayai di samping Sahih Bukhari.”

Sebagai seorang yang pernah mendampingi dan belajar dengan Imam Bukhari, tidak hairanlah jika dalam sesetengah perkara, terdapat pengaruh sepertimana yang ditonjolkan oleh Imam Bukhari di dalam karya-karya Imam Muslim. Bahkan hadith yang diterimanya dari Imam Bukhari dimuatkan di dalam kitab-kitabnya. Namun, ini tidak bermakna Imam Muslim adalah peniru hadith, kerana terdapat banyak hadith2 yang wujud di dalam Sahih Muslim tetapi tiada di dalam Sahih Bukhari.

Di samping itu, terdapat pula beberapa perbezaan dasar di antara kedua2nya dalam meriwayatkan hadith seperti kaedah penyusunan bab, syarat2 perawi hadith, ruang lingkup ilmu fiqh dan sebagainya.

Antara lain2 karya besar Imam Muslim adalah seperti Al Musnad Al Kabir, Al Jami’, Al Asma’ Wal Kaniya, Al Afrad wal Wihdan, Al Aqran, Masyaikh Ats Tsauri, Tasmiyatu Syuyukhi Malik, Kitabul Mukhdarimin, Kitab Auladish Shahabah, At Thabaqat, Auhamul Muhaddithin, Afradus Syamiyin, At Tamyiz serta Al ‘Ilal.

Popularity: 3% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has No comment. Add your own.