Selepas hujan di moscow berakhir, datang pula lepas ni kemarau ke Austria-Switzerland. Dan yang pasti, kemarau ni bukan sebarang kemarau. Lain dari yg lain. Tak same dengan kesan akibat taufan mahupun gempa bumi.

Di moscow, sume dah tahu yang si merah telah memenangiskan si biru. Terduduk si biru sehingga menangis teresak-esak. Perlawanan memang sengit, sebabnya pertarungan berlarutan hingga ke sepakan penalti penentuan. Dan, kisah tergelincir sebelum menyepak bola menjadi bualan ramai. Siapa yang tergelincir ? anda tahu. Sebab anda penyokong kelab bola yang tegar.hehe.

Berbaloi ke jadi penyokong kelab bola sepak ni ?

Oh, bola itu bulat(tiada kena mengena)… Dan sy rasa tak berbaloi kalau kite manjadi penyokong kelab bola sepak ni. Nak tahu sebab yang menyumbang kpd pendirian sy ni ?

1. Menyokong sesebuah kelab bola sepak mengikut kelab yang digemari ni mengingatkan sy kepada kisah kecil2 dulu. Kalau ultraman tu ada 8 ‘ekor’, sibuk masing-masing nak pilih yang paling hebat. Yang paling bergaya. Yang ada mate paling besar.hehe. Adakah tu genetik manusia ? Atau genetik kite orang Malaysia ? Dari kecil hingga ke besar, mesti ada niat nak bersaing dlm hal yang kurang penting ni. Tak boleh kah kite just tengok perlawanan dan ucapkan tahniah pada sape2 je yang menang ?

2. Menyokong kelab bola sepak secara fanatik ni boleh meregangkan suasana yang damai. Masekan tidak, kalau satu kelab tu kalah, akan disorak sorailah kumpulan yang kalah tu dengan jeritan serta kata perli. Panaslah telinga kumpulan yang kalah tu. Bile kepanasan tu membakar utk jadi super saiya, bertengkar la nnt dua golongan tu.

3. Ada pihak kata berbaloi jadi penyokong kelab tegar ni. Ada kepuasan yang akan diperoleh. Tetapi, adakah jika pasukan kita kalah, ia dinamakan kepuasan ? Adakah kepuasan tu akan hadir tatkala pasukan kita mati kutu di tengah padang ? Atau kepuasan itu datangnya apabila skil serta teknik pemain menjadi ?

4. Menjadi penyokong sesebuah kelab ni kurang menjana pendapatan sampingan atau tidak langsung. Kecuali la kalau kite import jersi dari luar negara dan jualkan untuk mendapat untung. Ataupun ada yang bawa jersi dari golok untuk di jual di negara ini.

5. Menjadi penyokong kelab bola sepak yang tegar jugak akan membuang masa jer. Sebab ape membuang mase ? Sebab bila pasukan kite main jer, mesti kena tengok. Kalau tak tengok confirm kena ketawekan dgn orang lain. Tak kisah la walaupun pukul 3 pagi dan esok kite ada kuliah penting. Ataupun perlu berurusan dengan klien tepat pukul 8 pagi. Masih tinggikah nnt komitmen kite pada tugasan terpenting kita ?

6. Ramai penyokong kelab bola sepak tegar ni menyokong kelab dari piala Inggeris. Kenapa tidak menyokong kelab bola sepak bundes liga dari Jerman atau lain2 yang datang dari Amerika Selatan ? England bukannya masuk Euro pun. Yang memeriahkan bola sepak Inggeris pun datangnya dari Ivory Coast, Belanda, Portugal dan Argentina. Adakah kite menyokong sebab kite faham ape yang komenter cakap dalam bahasa Inggeris ?

7. Tak berbaloi sokong ! sebabnya kita masih memartabatkan kelab-kelab dari negara yang pernah menjajah kita dulu. Cebisan kagum kepada ketuanan Inggeris muntah dalam bentuk kawalan mental terhadap bola sepak pula. OH… adakah bola sepak malaysia kian lenyap ?

Tujuh sebab di atas menyebabkan sy kurang menjadi penyokong kepada mana-mana kelab lebih-lebih lagi kepada pasukan dari negara yang pernah menjajah Malaysia dulu. Kalau nak tengok boleh saje. Tapi atas dasar ianya adalah sukan yang bernama bola sepak.

Bola sepak adalah satu sukan yang memerlukan skill & stamina yang tinggi serta teamwork yang padu. Sukan bagi almarhum Mokhtar Dahari a.k.a super Mokh serta sukan kegemaran Misbun Sidek suatu ketika dahulu.

Sy juga adalah penyokong bola sepak, tapi bukannya penyokong kelab bola sepak…Dan, oh lupe…adakah sy mem’bakar’ anda ? :D

Popularity: 23% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 62 comments. Add your own.
badrulNo Gravatar - 26 May 08 at 11:56:13

salam perjuangan…

aku dah cakap, buang mase je tengok bola 2,3 pagi ni…

baik solat tahajud then study….

aku bkn anti bola sepak, tapi anti orang yang gila main bola samapai tak ingat dunia…

nak main boleh, take it as a riadhah…:)

AnwarNo Gravatar - 26 May 08 at 12:08:27

@badrul

wah, marah nampaknye saudara badrul ni. berbaloi ke bad jadi die hard fan untuk kelab bola ni ?

humaira'No Gravatar - 26 May 08 at 12:46:08

setuju !!!
kalau nak cari calon suami..
baik cari yang x gila bola atau “peminat bol a sepak tegar” ni..
banyak masa berkualiti dapat diberikan kepada isteri yang x minat tengok bola..hehe
p minat suami men bola x pe..
ehem-ehem..
oh..ana belajar lg ya.

zulyunusNo Gravatar - 26 May 08 at 13:11:07

Komentar anwar ni saya lihat bersifat rasional dan logik. Itulah realiti yang sedang berlaku sekarang. Mahu tidak mahu, pasti ada yang terbakar dengan artikel ini. Hehe…tidak pasti pembakaran sempurna atau tidak sempurna. semoga pembakaran tadi tidak mencemarkan suasana perbincangan..hehe

Dari sudut yang positif, main bola dapat menyihatkan badan. Tetapi menyokong kelab bola sepak dan berjaga malam-malam mendatangkan mudarat…hm, mudah bukan konsepnya?

Satu lagi, kita selalu memperleceh kebolehan pemain negara kita dan menyanjung tinggi pemain-pemain luar. Janganlah macam tu, at least kita sedang menuju ke tahap yang lebih baik. Kalau kita sendiri diletak kat tengah-tengah padang suruh main bola pun belum tentu kita dapat main dengan hebat. Mungkn jugak memang kekurangan fizikal kita sebagai orang asia…hehe.

So, bagi saya takdak masalah menyokong orang main bola dan kelab bola sepak sekalipun selagimana tidak mendatangkan mudarat kepada kita. Jangan fanatik sangat ek…hehe. Ibadat wajib jangan tinggal juge..hihi

zulyunusNo Gravatar - 26 May 08 at 13:16:05

Kalau pada Humaira tu, saya nasihatkan jangan la resistant sangat pada suami yang gila bola…hehe, kebanyakan lelaki memang minat bola…so, ramai le yang tak kawin kalau semua pompuan tak pilih diorang.huhu

AnwarNo Gravatar - 26 May 08 at 13:35:10

@humaira’

humaira setuju untuk berbaloi menjadi penyokong kelab bola sepak ke tu ? :) Oh ni dah kes bagi yang dah berkahwin ye humaira’. -Boleh bagi masa berkualiti kepada isteri yang tak minat bola–

memang kalau orang yang dah berkahwin dan fanatik kpd kelab bola ni akan memberikan masa yang kurang kualiti kpd isteri mereka ke Humaira’ ? :)

AnwarNo Gravatar - 26 May 08 at 13:43:32

@zulyunus…

zulyunus berfikiran terbuka. komen yg diberikan anda ada menyebut…

“Kalau kita sendiri diletak kat tengah-tengah padang suruh main bola pun belum tentu kita dapat main dengan hebat.”

pernah ke zul bermain bola di tengah padang ? Memang terasa eh dia punye cuaknye ?

humaira'No Gravatar - 26 May 08 at 16:00:20

maksud ana..”kualiti masa ” yang sepatutnya diberikan kepada isteri ( x minat bola) kurang la..

secara teori nya memang nampak seperti tidak mengganggu kualiti masa bersama keluarga..p secara praktikalnya dan emosinya

aceceh..
ana pun x bole cakap banyak sangat..
belum ada pengalaman dong…

humaira'No Gravatar - 26 May 08 at 16:05:12

ana selalu berebut nak tengok channel tv ngan ayah dan adik ana..
bila mereka dan tengok bola..
ayah ana akan menggunakan kuasa vetonya..
huuu..

AnwarNo Gravatar - 26 May 08 at 21:40:50

@Humaira’…

maksudnya Humaira’ berpendapat mereka yang menyokong kelab bola ni bakal menurunkan kualiti bersama keluarga la am nya ? Kalau isteri dan anak2 pun minat bola macam mane tu humaira’ ? hehehe.

Oh. Ayah anti pun minat bola ye ? boleh bagi tau dier minat team mane ? Boleh la mencontohinye esok lusa. :)

szakifNo Gravatar - 27 May 08 at 00:39:05

pada aku, minat orang lain2, jadi takleh la nak meletakkan satu standard bahawa menyokong mane2 pasukan bola sepak tu tak berbaloi. pada aku lagi, ia terpulang la kepada sejauh mana minat seseorang itu boleh membawa dia kepada satu tahap yang lain, sama ada tahap yang lebih baik atau lebih buruk.

sebagai contoh, kalau seseorang tu minat satu pasukan bola sepak pasal semangat yang ditunjukkan dalam pasukan dan leadership yang ditonjolkan oleh ketua pasukan tersebut dan daripada situ dia belajar secara tidak langsung akan nilai2 yang terdapat di dalamnya, apa salahnya kan?

namun, jika tahap yang dimaksudkan membawa kepada perubahan negatif, seperti terlalu taksub hingga menidakkan dan merendah2kan mana2 orang yang tidak berkongsi minat dengannya, jadi itu satu tindakan dan perilaku yang sepatutnya tidak dilakukan oleh orang yang waras dan rasional, malah mereka yang sebegini sebenarnye berfikiran tidak terbuka.

berkata pula tentang point terakhir yang ko utarakan nuar, pada aku.. erm.. tak perlu la.. pasalnye kalao semua orang fikir macam tu, dalam apa jua bidang, tak kira bola sepak ke, perdagangan, hubungan luar ke, politik ke, maksudnya tiada keterbukaan dalam menjalinkan hubungan dengan dunia luar, dunia yang lebih besar.

memang betul suatu masa dulu negara mereka pernah menjajah tanah Melayu. tapi jika kita menutup secara total apa sahaja yang bekas penjajah bawa masuk ke dalam negara ini, negara ini tidak akan berkembang. malah, berani aku katakan, impak jajahan dulu tanah Melayu boleh membangun lebih cepat oleh sebab teknologi dan ilmu yang dibawa masuk ke dalam negara sewaktu zaman mereka mempergunakan dan mengorek segala hasil tanah kita dulu.

tetapi itu tidak bermaksud aku pro-penjajah. tapi berbalik kpd point ko yang mengatakan “memartabatkan kelab-kelab dari negara yang pernah menjajah kita dulu”, bukanlah kita sampai ke tahap memartabatkan atau yang seumpamanya, tetapi kita hanya menyokong, mungkin hingga satu tahap menyokong dengan sepenuh hati. apa salahnya mahu menyokong sesuatu yang kita dah suka kan?

suka untuk aku berikan analogi. bayangkan dalam pertandingan mewarna yang melibatkan adik2 kecil. takde sorang pun adik ko yang masuk. tapi dalam ramai2 tu ko tengok ade sorang budak tu yang pandai betul mewarna. cantek lukisan yang diwarnakannya. so ko rase dan meletakkan harapan supaya dia menang, dan dalam tidak sedar ko menyokong hasil lukisan dia. ko yakin dia boleh menang. tapi di luar pengetahun ko, sebenarnye budak kecil tu la yang pernah buat adik ko menangis dua hari lepas.

tapi oleh sebab ko tak tahu, ataupun tidak terlibat dengan pertengkaran adik ko dengan budak tu, so ko tak tertanam rase marah, benci atau pun paling kurang tidak puas hati dalam diri ko, that’s why ko dengan tidak segan silu menyokong hasil lukisan dia.

letakkan pula dalam situasi yang dibincangkan. memang benar negara asal kelab bola sepak yang gah sekarang ni pernah menjajah tanah melayu. tapi itu cerita dulu. sekarang Tanah melayu tidak lagi dijajah, malah semakin membangun dan masih sedang membangun dengan sangat pesat. itulah malaysia. kita da maafkan dengan apa yang penjajah dulu lakukan. tak perlu la oleh sebab negara mereka pernah menjajah negara ini, kita tolak mereka secara total. bola adalah bola, cerita sekarang. penjajahan itu cerita lama. mari kita pandang ke depan. siapalah Malaysia yang kecil untuk menyisihkan mereka kan?

*mak aih.. serius panjang. heh

szakifNo Gravatar - 27 May 08 at 00:43:44

by the way people, for your information, aku bukanlah penyokong tegar bola sepak sehingga sanggup bangun malam tengok match diorang ok~ tido lagi elok.

tapi faktanya ialah, aku penyokong MU dan Selangor, pasal dua2 merah kuning. boleh? huhu..

yang biasa aku buat, kalau malam tu ade match, siangnya sama ade aku tanye sape2, especially budak hypoadiposia ataupun tengok berita kat TV je.. sekang da de internet, takyah da tunggu berita kol 1. hu~

AnwarNo Gravatar - 27 May 08 at 00:59:12

@szakif…

berbaloi ke rasenye kalau tgk MU menang aritu ? kalau MU kalah je memanjang musim yang akan datang ni. adakah szakif akan menyokong MU lagi ?

abra_alakazamNo Gravatar - 27 May 08 at 02:17:29

salam..
wow topik yg menarik dibincangkan.kat cni sy cuma nk mencelah ttg kepuasan jela yek.bg sy inila punca utama kenape org rs berbalaoi mnjd penyokong kelab bola sepak..

dalam kehidupan ini manusia adalah sesuatu yg subjektif.tindakan mereka tidak dpt diduga.apabila ‘puas’ dipersoalkan ianya bergantung kpd individu utk menilainya..
apabila pasukan disokong kalah mereka akan tetap puas kerana dpt menyaksikan perlawanan tersebut secara ‘LIVE’..apetah lg kalu mng betul x?ini pendapat sy n sy dpt feel tu..

bila di sentuh bab kesihatan ni,sy kureng ckitla.tp ape yg sy tahu,psychology manusia ni akan teransang bila mereka puas.mereka akan rs segar apabila puas.they will be more eager utk melakukan sesuatu..
jd bg sy berbaloi atau tak 2 bergntung pd individu.kalu org dah xminat semestinye jwpnnye tidak..x begitu saudara anwar?

AnwarNo Gravatar - 27 May 08 at 08:28:45

@szakif…

nice comment wah, panjangnye…takpe2.huhu. memang benar mereka tidak lagi menjajah mereka. tapi ‘ideologi’ mereka masih menjajah kita lagi wahai szakif.

Ok saya lontarkan persoalan la kpd szakif, memang la tak semua yang dibawa oleh barat tu tak baik. ada baiknya. Cuma adakah yang BAIK itu di ambil contoh oleh rakyat Malaysia amnya serta pemain bola Malaysia khususnya ?

Adakah ada inisiatif dalam diri rakyat malaysia untuk menjadikan piala Malaysia sama seperti piala-piala di eropah sana ?

Ok kalau kite tgk euro 2008 yang akan datang ni. Berapa tinggi publisiti yang kite berikan kepada mereka jika dibandingkan dengan publisiti kepada COPA AMERICA ? walhal, negara2 yang hebat yang mana kerap kali menjuarai piala dunia bukanlah datang dari eropah(itali pun nasib jer), sebaliknya dari Amerika selatan. Kenapa ini terjadi ? Kenapa MU lebih dipilih dari BOCA Junior ? Sedangkan Boca Junior tidak kurang hebat berbanding MU ?

*Adakah gara2 media massa yang menyebabkan publisiti kelab2 eropah meningkat ? Entahla…

taukeyNo Gravatar - 27 May 08 at 08:53:24

hehehehe…….Paul scholes dapat 1.5 juta, kita dapat mata mengantok. ekekeke

saya minat bola tapi jarang tgk siaran lansung. g tgk result kat TV, newspaper dan lain-lain media massa. hehehe

AnwarNo Gravatar - 27 May 08 at 09:07:10

@abra_alakazam…

Name ni macam pernah dilihat lah…hehe. Bab kepuasan ni memang sungguh subjektif. Sy setuju dgn anda. Memang ianya bergantung kepada setiap individu. Tetapi jika dibandingkan kepuasan menonton dengan kepuasan bermain sendiri bola sepak ini di perlawanan akhir MSSD sekolah menengah. tentulah kepuasan bermain itu lebih tinggi. :) Tak boleh la komen lebih2 sebab ianya subjektif.

Cuma jika berkaitan psykologi tu, anda mengatakan psikologi kita akan terangsang jika kita bersa puas. Adakah rangsangan itu akan kekal lama ?

Jika perlawanan secara LIVE adalah pada pukul 3 pagi dan tamat pada pukul 6 pagi, adakah rangsangan itu akan bertahan hingga pukul 8 pagi ? 10 pagi ? lebih2 lg jika waktu tersebut ada kuliah penting tapi membosankan. adakah kita masih terangsang dengan kuliah tersebut? atau kite syahid dalam senyuman ?

Dari sudut kesihatan pula (ini jika perlawanan larut malam). Ia akan mengganggu aliran hormon melatonin. Hormon melatonin ni selalunya berguna untuk mengelakkan insomnia terjadi. Jadi bila aliran ni terganggu dengan keterujaan melihat perlawanan secara LIVE. Ketidakseimbangan hormon antara cortisol dan melatonin akan berlaku.

Kekurangan tidur (akibat tgk perlawanan) jugak akan menyebabkan memory kita hilang 20 %. Jadi salah satu faktor yang menyebabkan kita mudah lupa adalah sebab tidur yang tak menentu. Bukankah itu keburukan menyokong KELAB bola sepak ? Perlu tgk secara live bile2 mase ?

Walaupun sy tak sokong mana KELAB bola sepak, sy still bermain bola dan tgk match. Cumanya berpada2 dan tidak sampai menganggu memori sy.

*Sy adalah penyokong bola sepak, bukannya penyokong KELAB bola sepak.

AnwarNo Gravatar - 27 May 08 at 09:14:04

@taukey…

dan juga kurang komitmen terhadap kerja lain.hehe.

Soalan sy, adakah taukey rase berbaloi menjadi penyokong kelab bola sepak dan terpakse berjaga malam atau skip kerja pada waktu siang smate2 nak tgk perlawanan ? Ape2 kelab bola la…

szakifNo Gravatar - 27 May 08 at 13:47:42

dua persoalan basic ye nuar. meh aku jawab dengan ilmu aku yang tak seberapa pasal bola sepak ni. huhu~

Satu: Cuma adakah yang BAIK itu di ambil contoh oleh rakyat Malaysia amnya serta pemain bola Malaysia khususnya ?
Jawapan: dalam kehidupan ini manusia adalah sesuatu yg subjektif.tindakan mereka tidak dpt diduga. (abra_alakazam, 2008) :p

Dua: pasal publisiti tu…
Jawapan: pada aku, media memberikan liputan tentang apa yang orang nak tengok, apa yang orang minat. soal kualiti permainan ataupun kekuatan sesuatu pasukan itu, dan boleh juga dimasukkan kemenangan yang pernah dicipta mana2 pasukan, itu bukanlah soal utama pasal kepuasan atau keminatan peminat bola bukan semata-mata kualiti permainan mereka. banyak faktor lain seperti nilai komersial yang terdapat pada pemain2 bola pasukan yang mendapat liputan meluas. analoginya: kenapa mawi masih menjadi bintang paling popular walhal dia bukanlah penyanyi yang paling kualitinya? sebab ramai orang yang nakkan dia lagi untuk muncul di muka depan media2.

kalau minta aku berkata tentang pasukan mana yang paling kuat, paling berkulaiti memang bukan aku yang paling sesuai pasal aku pun bukanlah penyokong fanatik sangat. setakat tahu pasukan mana yang menang, bape gol, itu da cukup bagi aku. kalau MU kalah pun, i just.. owh.. MU kalah.. takpe la.. bukan rezeki diorang kot kali ni nak menang. biarlah diorang belajar drpd kekalahan tu..

dan ini boleh dikaitkan dengan soalan satu di atas. secara peribadi, itulah yang aku fikirkan apabila mengetahui kekalahan pasukan yang aku minat. aku tak pasti bagaimana orang lain mengambil kekalahan pasukan yang mereka minati. dan pokoknya, sepatutnya itulah nilai yang boleh diterapkan kepada peminat2 bola. tandakan satu titik di atas bola. kemudian guling kan ia. ada saat titik itu berada di atas. ada saat titik tu kat bawah. kadang kala pula berada di tengah2. bola itu bulat. fakta. jadi bagaimana orang melihat sifat bulat itu sebagai suatu yang boleh mendatangkan nilai dan fikrah?

PeCoNo Gravatar - 27 May 08 at 16:18:08

Salam..
tak salah nak join group penyokong mana2 pasukan
tp yang fanatik ni yg boleh timbul sumtink wrong dlm bdn mreka
aku pn minat bola but takde lah jaga smpai 3 4 pagi nk tonton
tak salah hendak menjadi penyokong cuma janganlah fanatik sampai kutuk mengutuk, dan dan dan jangan sampai mengantuk esok paginya :D

AnwarNo Gravatar - 27 May 08 at 16:32:39

@szakif…

hehe. adakah begitu subjektif hingga semua penyokong bola di Malaysia kebanyakannya beralih arah ? Adakah begitu subjektif bila KEBANYAKAN (baca: hampir semua) warga Malaysia bersependapat mengatakan bola sepak Malaysia hambar ?

AnwarNo Gravatar - 27 May 08 at 16:40:03

@peco…

maaflah, en akismet ni sokmo tgk komen2 sbg satu spam. :)

betul peco…artikel di atas juga ditujukan untuk mereka yang fanatik. Yang bg mrk kutuk mengutuk ni adalah perkara biasa.

bagi peco, mana satu yang unik dan jarang-jarang dengar…

1. main bola setiap petang, wakil persatuan tapi tak sokong mane2 kelab bola sepak.

2. tak main bola, tak wakil persatuan, tapi penyokong kuat kelab bola sepak.

mane satu yang agak unik ? :)

adib.No Gravatar - 27 May 08 at 17:27:39

amat berbaloi…tapi kalau kau penyokong setia..pergi mampos dengan bola..majukan bola dalam negeri dulu..CTH kedah..aku sokong kedah..tiap kali ada game aku tunggu depan tv..mana laa tau ada luck dapat tgk free..menjimatkan..

pecoNo Gravatar - 27 May 08 at 17:45:29

ahaa..dedua agak unik..tp yg plng unik no2 ..yelah,x main x ape tp pnyokong fanatik, mreka ni ckp je lbyh..

tetarik ngn ayat ni
“6. Ramai penyokong kelab bola sepak tegar ni menyokong kelab dari piala Inggeris. Kenapa tidak menyokong kelab bola sepak bundes liga dari Jerman atau lain2 yang datang dari Amerika Selatan ? England bukannya masuk Euro pun. Yang memeriahkan bola sepak Inggeris pun datangnya dari Ivory Coast, Belanda, Portugal dan Argentina. Adakah kite menyokong sebab kite faham ape yang komenter cakap dalam bahasa Inggeris ?”

mgikut pndgn aku yg agak tepat, cara pemasaran bola english ni lebih meluas kt malaysia, ni kira bisnes gak la…publisit amat meluas, sbb tu bola sepak inggeris lby dpt liputan meluas d malaysia ni…

szakifNo Gravatar - 27 May 08 at 18:46:11

perkara subjektif itu memang subjektif untuk dibicarakan.. huhu~

yang itu, aku pas kepada sape2 yang follow piala malaysia ataupun yang sewaktu dengannya la. as i said aku takde la mengikuti sangat perkembangan bola ni nuar, tapi apa sahaja yang aku utarakan kat atas adalah didasarkan daripada pandangan seorang peminat bola yang tak-berapa-kisah-MU-kalah-ke-menang. hu~

tapi kehambaran perlawanan bola sepak malaysia ialah satu fakta, secara perbandingan dengan piala inggeris yang baru lepas.

AnwarNo Gravatar - 27 May 08 at 20:04:27

@adib…

kedah main memang best. tapi pada pandangan ko kan adib, adakah hati ko hanya terpaut pada kedah or adakah bila ada pasukan lain yang main dengan skil dan cara yang bagus pon ko suke tgk ?

AnwarNo Gravatar - 27 May 08 at 20:09:07

@peco…

tu sebabnya aku melontarkan persoalan, adakah kerana kita faham bahasa inggeris membuatkan ada di antara kita menyokong kuat kelab inggeris. dan mungkin, penyokong kuat pasukan england ?

Jika kita buat satu soalan kebarangkalian ttg masa depan, agak2nya kalau media massa tiba2 menunjukkan HANYA perlawanan dari amerika latin, afrika dan asia. Adakah publisiti atau sambutan yang diberikan meluas seperti sambutan yang diberikan kepada kelab-kelab dari eropah ?

AnwarNo Gravatar - 27 May 08 at 20:13:14

@szakif…

ya, subjektif itu sungguh sofistikated maksudnya. Biarlah hanya mereka yang merasakan ianya subjektif mendefinisikannya…hehe.

ye ke ni ?…macam agak terbakar je bile bagi komentar tuh.hehehe. betul ke tak kisah ni ? :D

abra_alakazamNo Gravatar - 27 May 08 at 20:32:50

sebenarnye gangguan waktu tidur ni bkn sbb menyasikan perlawanan bola sepak jekan?main games,wat assignment pon jd faktor gk..

isu ni mmg sgt rasional utk dibincangkan.lbih2 lg euro yg akn bermula xlme lg nih.ape pon yg dibincangkan sy bpegang teguh dgn pndpt sy yg kepuasan adalah faktor utama.

sy bukan nak ubah topik tp kita lihat sj rncangan realiti tv skng ni cm af,mentor,n so on lakan.berbaloi ke pengundi2 bintang realiti tv ni?dan berbaloi atau tak sumenye teletak kat tgn peminat.manusia akan melakukan sesuatu utk mendapatkan kepuasan.betulkan anwar?

yelah bak kt sy sblm ni,sy mmg kurang arif mengenai kesihatan ni.tp apa yg sy katekn sblm ni adalah berpandukan pengalaman sy…

AnwarNo Gravatar - 27 May 08 at 20:54:24

@abra_alakazam…

hoho. betul2. tak lame lagi euro 2008 dah nak mule. Hanya di astro. ;)

dan, oh…af dan mentor. memang tak berbaloi mengundi bintang2 realiti ni. sebabnya ?

1.
Kepuasan hanya sementara. Dari sudut sekularnya, tak ramai (baca : hanya segelintir) artis menyerlah selepas peminat bertungkus lumus mengundi mereka.

2.
Mengundi hanya memberi untung kepada pihak media. Macam astro, bile dah kaya dengan duit sms pengudi AF, yuran bulanan astro pula dinaikkan. Penonton yang tidak sedar terus mengundi dan mengundi. Ada income kepada penonton ?

(Entri pasal AF pulak perlu dibuat ni.hehe)

taukeyNo Gravatar - 27 May 08 at 22:39:27

nak aku kata berbaloi tak juga….nak kata tak berbaloi tak juga. sebab sekadar hiburan. Kalau mmg free aku rasa no problem. Lainla kalau esok kerja ke, ada appointment ke….aha jangan harap aku nak tgk bola.

baik tidur…hgaha

szakifNo Gravatar - 27 May 08 at 22:50:56

huhu nuar.. maybe ko tak kenal lagi zaki yang sebenarnye kot? haha.. serius MU kalah pun, biaq pi la situ.. tapi kalau MU menang, aku suka aku suka… ;p

AnwarNo Gravatar - 28 May 08 at 00:04:43

@taukey…

maknanya taukey ni mgkn mcm sy la jugak eh. kalau terserempak dgn match tgk la. kalau tak terserempak, buat keje lain la.hehe.

@szakif…

macammane ni szakif, kite kena bersama2 dgn kelab ketika susah mahupun senang. betul x ? hehe.

zulyunusNo Gravatar - 28 May 08 at 00:38:18

hehe anuar..memang cuak

taukeyNo Gravatar - 28 May 08 at 07:38:14

hahahahaha….ada kerja mmg tak dapat nak tgk…kalau takder boleh jer…tapi jarang je lar…hehehe

AnwarNo Gravatar - 28 May 08 at 10:10:35

@zulyunus….

cuak ? kenape cuak zul ?

@taukey…

tapi ada orang walaupun ada kerja, dier tetap nak tgk, sanggup skip kerja tuh.huhu. mcmana tuh ?

taukeyNo Gravatar - 28 May 08 at 12:35:24

erkkk mgkn memang dah fanatik kot……….. paul scholes dapat 1.5 juta , “saya dapat ribu ringgit”. hehehehe.

tu cuma pandangan “luar biasa”

AnwarNo Gravatar - 28 May 08 at 13:22:01

@taukey…

hehe. dan mungkin akan ada suara begini…”gaji awak dipotong bulan ni”…semasa akhir bulan nnt. :)

szakifNo Gravatar - 28 May 08 at 14:07:49

saye dahagakan entry baru!! *atau aku yang perlu menulis utk creamstudents? hm.. tengok ah.. :p

szakifNo Gravatar - 28 May 08 at 14:11:25

ko memang da remove chatbox eh nuar? apsal dalam browser aku tak muncul eh?

AnwarNo Gravatar - 28 May 08 at 14:45:17

@szakif…

esok ! segalanya kan TERBONGKAR !.hehehe. ada2. patutnya post arini. dah siapkan semalam. just saje nak post esok. :)

taukeyNo Gravatar - 28 May 08 at 16:25:10

hahahaha…..gaji dipotong yer…..hahaha…

AsNo Gravatar - 28 May 08 at 17:46:16

tujuh fakta

1. Erk..otomen ade 8 ke??
2. Nuar neh, kat entry die membakar, kat komen pun die membakar jugak ;P
3. Buhla smula shoutbox tu, hentikan eksperimen. Hehe. Tapi jikalau ia untuk kebaikan rakyat tengku, silakan.
4. Sokong bola bagi kepuasan, diri sendiri je faham
5. As antara orang yang bahaya kalo da start tgk 1st match
6. tapi kini tamau da memenatkan diri, baek wat benda len yang lagi best. (nota: ni kata2 bekas die hard fan bola)
7. Papepun, terpulang pada diri masing2. tepuk dada tanya Iman.
Moga setiap sesuatu perbuatan kita ade berkahnye (even sesetgah benda yang nampak cam tah pape), inshaAllah, ameen.

wallahu’alam

AwanNo Gravatar - 28 May 08 at 18:08:55

Isu yang subjektif.
Ruang demokrasi membenarkan anda menyatakan pendapat tanpa diganggu-gugat oleh akta-akta drakonian kerana pendapat anda tidak mengancam keselamatan negara (kononnya)

Tak berbaloi bagi Anwar (dan konco-konconya)
Berbaloi bagi orang lain - seperti saya :) (dan konco-konco saya)

Kenapa?

Anwar ada 7 sebab tersendiri.
Saya (dan konco-konco saya) ada sebab tersendiri.

Anda tak keseorangan dalam pendapat anda.
Saya yakin, saya pun tak keseorangan dalam pendapat saya.

Anda rasa anda betul dengan pendapatnya - dan saya tidak mengatakan anda salah
Saya pun rasa saya betul dengan pendapat saya

You’ll never walk alone! (motto Liverpool)

Perkara furu’, tak payah gadoh-gadoh :)

AnwarNo Gravatar - 28 May 08 at 18:23:46

@awan…

memang komentar dari saudara awan ni menyengat dan dinanti2kan.huhu.

sy tiada konco.uhuhu. maaflah. ini pengakuan sendri. memang tiada niat bergaduh saudara awan. sekadar bertanya pendapat dan memberikan pendapat.

cuma entry kali ni menyengat dan membakar. jika ada yang nak ‘pusing’kan pendapat sy memanglah bagus.hehe. sy mengalu2kannya.

sebenarnya…hehe. takpelah. esok ada entry baru untuk semua. dan anda akan tahu kenapa ia nya begini…

I know that we’ll never walk alone.

badrulNo Gravatar - 29 May 08 at 00:03:42

salam perjuangan…

haha…nuar, entry ko ni memang menyengat…habis terbakar semua golongan yg ade kene mngene dgn bola…:P

sokong as dan szakif:

letak la blk shoutbox2…experimen pe lg ko wt ni? huhu…

AnwarNo Gravatar - 29 May 08 at 00:12:06

@badrul…

abis la aku kena ‘belasah’ naik ni bad…hehe. kate hidup sebagai blogger. kena try cari risiko…:)

korang merindui shoutbox aku ke ? hehehe.

dauzNo Gravatar - 29 May 08 at 07:48:03

Nak cakap berbaloi tu tak la…
Tetapi kalau tyme final ke yang best2 je tengok..tak yah pun mana2 nak sokong..sedangkan kelab@negeri tempatan lagi aku tak minat..huhu…Mana perginya bola sepak Malaysia??tak kan hanya sebagai tuan rumah yang gempak??Mana perginya superhero seperti super mokh dan lain2:??

AnwarNo Gravatar - 29 May 08 at 08:27:31

@dauz…

betul tu dauz, ini la yg sy cube ketengahkan sebenarnya dlm isu kali ni. kite jadi insan yg bermain serta minat bola, tetapi usah sokong mana2 kelab bola terutamanya kelab dari luar negara.

Kalau orang kate ianya seperti tak berpendirian, go on and say it. pada sy ianya adalah satu pendirian. Buat apa kita sokong mana2 kelab. tengok shj cukuplah. Kalau sekadar sokong kelab bola tapi tak main bola itu bukanlah betul.

Kalau benar kita sokong kelab bola, turun main bola petang2 utk buktikan bhw kita juga minat pada bola.

Sekadar menjadi penyokong kejantanan orang lain belum memadai untuk menjadikan kelab bola dalam negara kukuh dan disegani ramai.

p/s: apa yang sy nak promotekan sebenarnya –> jom turun beriadah dengan bermain bola sepak atau apa2 sukan pun. jgn rosakkan sistem badan dengan kerap menonton hingga lewat malam. Itu yang sy cuba tonjolkan dlm artikel HANGIT ni. hehehe.

AsNo Gravatar - 29 May 08 at 09:43:17

betul2, daripada sekadar tonton perlawanan (cam as salu wat kat tingkap bilik, tgk si matematis muda dan deep thinker maen volley) baeklah sama2 pergi turun maen. Erk, tp ikut jantina la ye.
Hehe.

p/s: tapi as pun kerap turun men dan berlari kat taman dua pusingan even kaki da corrupt ;P

AnwarNo Gravatar - 29 May 08 at 13:13:57

@as…

ni kire skodeng deepthinker dan matematis muda main volley la ni ? ish3x… :)

AsNo Gravatar - 29 May 08 at 19:37:09

haha, ke situ lak die. Gi lah men volley, bleh as skodeng nuar lak :P

Takdelah, as minat sangat sport, one of them volley la. Since keadaan as macam ni, as takleh maen teruk2. So nak lepaskan kepingin nak maen tuh, as tgk la mereka2 ni maen.

Dan satu lagi sebab as nak usha time bile brothers turun, so that as leh turun awal sket untuk men tennis or volley and bile dekat2 depa nak mai, as leh naik bilik dulu.

Harap sangat kat IMC ade court khas for sisters..huu..

Master JNo Gravatar - 30 May 08 at 19:31:56

xkira sapa kata apa..aku akan sntiasa sokong Man Utd smpi ke akhir hayatku!!

GLORY GLORY MAN UTD!!

MatematisMudaNo Gravatar - 01 Jun 08 at 00:10:35

1st day article ni ditulis
aku dah try nak bg komen
tp apa punya masalah tadapat plak nak komen
aku tgk bnyk2 komen mcm xde je komen peminta tegar (xbaca smua komen)

pendapat aku
tegar itu salah
minat itu tidak

apa jua benda
baik bola
dotA
cz
mahupun berblog (apakah?)
bg aku
bola juga dijadikan salah satu penyelamat
dikala ketiadaan idea untuk menghapdet blog
hehe

abdfatahNo Gravatar - 01 Jun 08 at 12:39:55

berbaloi laa kalo ada insurans penyokong bolasepak…

kalo nak fikirkan memang tak berbaloi… hanya menang sorak aje laa tak dapat apa-apa ngan sorakan kita tu…

seandainya sorakan gemuruh kita itu dibayar berapa ramai yang akan ke stadium dan menjadi peminat bolasepak sepenuh masa…

aminNo Gravatar - 01 Jun 08 at 12:45:18

saya bersetuju sgt dengan idea saudara yang bernas ini. Mungkin sbb hobi saya & saudara hampir2 sama iaitu tidak meminati bola…..

sorakan emosi euro - 01 Jun 08 at 12:51:02

[…] sorakan emosi yang cukup menarik perhatian ramai tersebut apakah ia berbaloi dengan sorakan emosi yang sungguh menarik perhatian tersebut. pelbagai kisah dan ragam peminat dan penyokong bolasepak […]

AnwarNo Gravatar - 02 Jun 08 at 17:23:23

@master J…

dah rase itu jawapan master J. hehe. pandangan di atas itu cuma sekadar pandangan. anda bebas menulis pandangan anda di komen. Glory MU ! hehe.

@Matematis Muda…

da dapat bagi komen nih matematis muda. sy tertarik dgn entri berkenaan pertanyaan anda dan jaed berkenaan MU lawan Barcelona tuh. Agak simple dan unik. Suit dgn gaya anda.hehe.

AnwarNo Gravatar - 02 Jun 08 at 17:25:15

@Amin…

terima kasih saudara amin. sy bukannya tidak meminati bola, cuma kurang meminati KELAB bola. Dan, alasan2 di atas adalah alasan sy semata2. hehe. :)

AnwarNo Gravatar - 02 Jun 08 at 17:26:46

@Abdfatah…

hehe. betul, sekadar kepuasan sj tak memadai. Kalau dapat tiket free macam perlawanan pasukan kedah aritu ok jugak. Ramai boleh pergi tgk.hehe.

tezuka87No Gravatar - 06 Jun 08 at 20:48:10

sib baik la euro 2008 nie waktu cuti 3 bulan…so xder la skip,fly kls esok harinye…hehe…

AnwarNo Gravatar - 07 Jun 08 at 07:21:33

@tezuka87…

betul tu, kurang skit problem nya. tapi masih ada problem kalau diri tak diurus dgn betul2. tp kalau ad disiplin sume ok :)