Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Sungguhpun kita berpuasa, saya harap diri saya dan rakan2 yang lain tidak patah semangat dan mengalah pada ujian di bulan mulia ini.

Hari ini niat dihati tidaklah bermaksud untuk menulis artikel yang serius. Cuma mahukan perbincangan santai berteraskan intelektual berkenaan dengan situasi dlm negara kita ini.

16 September 2008 ? Rata-rata masyarakat Malaysia yang mengambil tahu akan hal-hal berkaitan dengan dunia politk mungkin akan tertunggu-tunggu tarikh ini. Ada sebilangan kecil yang mungkin menganggap ianya sebagai tarikh keramat. Ada juga yang menganggapnya sebagai tarikh ‘kiamat’.

Pendapat creamstudents ? Hoho…creamstudents tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berkenaan isu ini. Ianya kami anggap sebagai unpredictable. Apa yang kami ingin bawakan adalah ulasan-ulasan daripada mereka yang berada di dalam ruang lingkup politik Malaysia. Apakah yang telah mereka katakan berkenaan dengan isu 16 September 2008 ini ?

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang :
“Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak dan Sabah bangga berada dalam kerajaan BN yang sudah terbukti mampu membawa pembaharuan dan perubahan di kedua-dua negeri ini.”

Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato’ Tajuddin Abdul Rahman :
“Mana ada, perkara itu(melompat parti) tidak benar.Saya tak pernah ditawarkan untuk melompat parti.”

Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah :
“PKR sanggup berbohong kepada rakyat dengan mendakwa ada wakil rakyat negeri ini mahu melompat parti.”

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said :
“Tiada yang melompat parti, ia tidak mungkin menjadi kenyataan. Selepas Sabah mereka buat cerita di Terengganu pula.”

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong :
“Jangan sangka wakil rakyat kami mudah dibeli dengan wang ringgit. Kedudukan kami ditentukan oleh mandat rakyat dan kami tidak akan sia-siakan kepercayaan yang telah diberikan.”

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali :
“Kita sedia maklum baru-baru ini ada memorandum Akujanji yang kononnya Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak akan terus mendukung kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi tidak semua yang menandatangani perjanjian tersebut.”

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin :
“Pelan sasaran 16 September kekal sebagaimana telah diumumkan dan dalam waktu yang terdekat, sasaran ini akan dicapai.”

Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat :
“Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit.”

Pengerusi KeADILan Kelantan, Aziz Abdul Kadir :
“Rakyat perlukan sebuah kerajaan yang benar-benar dekat dengan jiwa mereka dan sudah sampai masanya menggantikan kerajaan yang begitu banyak penyakit sekarang.”

Pengerusi Perhubungan KeADILan Sarawak, Dominique Ng Kim Ho :
“KeADILan Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.”

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa :
“Selepas 16 September, barulah kita boleh membuat andaian. Saya sendiri tidak boleh memastikan sama ada ia benar-benar akan berlaku atau sebaliknya.”

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa :
“Kita juga lebih yakin dengan senario itu(16 September) kerana daripada sumber-sumber tidak rasmi kini sudah ada seramai 43 Ahli Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk di kalangan MP Terengganu.”

Anda telah lihat tentang apa yang diperkatakan oleh mereka ? Selebihnya terpulang kepada diri anda sendiri untuk mengukur sejauh mana target yang telah ditetapkan ini bakal terlaksana. Adakah ini boleh dikatakan santai ? Ya, pada saya ianya santai, tetapi dalam santai juga kita tidak terlepas dari tidak memikirkan isu-isu kritikal negara.

Wallua’lam. Selamat berhujung minggu ! :)

Popularity: 14% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 13 comments. Add your own.
sardin PenangNo Gravatar - 06 Sep 08 at 07:51:09

ermm..menarik sungguh..saudara admin..jika pakatan rakyat mengambil alih kuasa dari kepimpinan yg sedia ada..adakah AUKU akan dihapuskan?..mungkinkan pelajar diberi peluang untk berdemonstrasi secara aman….?

fahdiNo Gravatar - 06 Sep 08 at 10:31:51

wallahualam….

mmg kalau politik ni, banyak yang x boleh percaya sangat.

kejap yang biru muda kata mcm tu,
kejap yang biru gelap kate begini…

adeh2.. hanya ALLAH tau kebenarannya. siyesly! manusia ni banyak ragam. muka je x leh mencerminkan diri sendiri. dalam tu penting! jangan dengar dier cakap, terus percaya dengan kata-kata manis.

p/s: before undi, wat istikarah dulu k! :D

aklil ayobNo Gravatar - 06 Sep 08 at 18:11:42

akhir zaman kan ZAMAN FITNAH…ape nk diherankan

AdminNo Gravatar - 06 Sep 08 at 18:32:17

@sardin penang…

Mungkin AUKU akan dipinda mengikut kesesuaian zaman atau mungkin ianya dimansuhkan terus. Terpulang kepada mereka yang memerintah ketika itu.

Peluang pelajar untuk berdemonstrasi secara aman itu akan tiba apabila pihak tertentu sedar golongan pelajar adalah golongan yang bertindak sebagai nadi bagi masyarakat marhaen.

AdminNo Gravatar - 06 Sep 08 at 18:33:32

@fahdi…

kita tunggu dan lihat kemudian fikirkan bersama2. ;)

AdminNo Gravatar - 06 Sep 08 at 18:34:45

@aklil…

betul, sebenarnya kita memang sedang berada dlm zaman fitnah. Fitnah dan sumpah menjadi bahan gurauan… :(

szakifNo Gravatar - 07 Sep 08 at 03:00:27

my comment regarding this matter:

“Selepas 16 September, barulah kita boleh membuat andaian. Saya sendiri tidak boleh memastikan sama ada ia benar-benar akan berlaku atau sebaliknya.” (Nasharuddin M. I., 2008)

humaira'No Gravatar - 07 Sep 08 at 11:28:09

salam

emmm..penat la baca tentang isu-isu macamni..

setuju x kalau ana kata politik kampus akan dipengaruhi oleh politikus nasional ?

apa komen nta ?

AnwarNo Gravatar - 07 Sep 08 at 17:28:15

@humaira’…

memang agak penat. Cumanya jika difikirkan semula, sekiranya hal ini benar2 terjadi, Malaysia mungkin akan berdepan dengan satu bentuk transformasi yang mana proses ini akan menyebabkan berlakunya satu pembaharuan ke dalam setiap perkara hatta institusi pendidikan itu sendiri.

Politik kampus ? Mungkin ya, cumanya ana tidak begitu berpengalaman dlm hal sebegini dan ianya memerlukan satu analisis yang mendlam.

Kendatipun, kebarangkalian untuk politik kampus menjadi satu daripada agenda politik nasional mempunyai asas disitu.

azree hanifiahNo Gravatar - 07 Sep 08 at 17:38:00

Sabtu minggu lepas jumpa orang parlimen(PKR). Tanya dia jadi ke idok 16 sept nih. Dia jawab insyaAllah jadi, cuma mungkin sedikit rumit selepas ada akujanji tu…

Pendapat saya…. tatau nak kata pe… samada bermoral atau tidak…

aklil ayobNo Gravatar - 07 Sep 08 at 21:47:01

bukan politik kampus sahaje yg akan dipengaruhi…tapi seluruh sistem yg melibatkan pentadbiran…

pentadbiran sekolah, universiti, pejabat kerajaan, syarikat swasta, pihak industri dsb

sampai camtu sekali pentingnya politik nasional ni..

szakifNo Gravatar - 08 Sep 08 at 05:11:08

okeh. aku da cipta satu survey kat blog aku pasal hal ni. kalo rajin, gi la buat poll tu eh.

TQ :D

As BobNo Gravatar - 09 Sep 08 at 06:11:10

wait and see, pray for the best.