Perniagaan adalah urusan yang melibatkan jualan, manakala pembelian merupakan aktiviti memiliki produk atau perkhidmatan tertentu setelah beberapa transaksi yang melibatkan wang ringgit dilakukan.

Perniagaan secara online sama sahaja dengan perniagaan di alam realiti, cumanya perniagaan di alam siber ini memerlukan internet sebagai medium utama dan beberapa peralatan seperti autoresponder, surat jualan, web jualan serta blog sebagai pengganti diri.

Kebanyakan orang tahu bahawa berniaga secara online memerlukan tapak jualan atau laman web, akan tetapi, logikkah jikalau kita tidak mempunyai laman web untuk melakukan perniagaan.

Jawapannya adalah logik !

Sebagai contoh, anda merupakan pemilik kepada sesebuah produk sama ada produk digital atau bukan digital. Anda boleh menjalankan perniagaan anda di laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan menjual produk seperti di ebay.com, mudah.com.my, lelong.com.my serta di clickbank.com.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara perkhidmatan iaitu seperti menulis, membuat design dan lain-lain, anda boleh menjalankan perniagaan anda di elance.com, sonsoredreviews.com serta di shvoong.com.

**********************************************************************
Entri di atas ditulis untuk memberitahu pengguna-pengguna internet yang kurang mengetahui bahawa peluang perniagaan internet adalah luas. Kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan yang lebih berkenaan dengan perniagaan online, bolehlah di kongsikan disini bersama-sama rakan lain. ;)

Popularity: 12% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 8 comments. Add your own.
zulyunusNo Gravatar - 29 Aug 08 at 10:52:09

Bagus Anwar mengulas pasal isu ni…Boleh memberikan gambaran kepada orang lain tentang perniagaan di internet.

Untuk sesiapa yang berminat, saya juga ada menyediakan ebook panduan percuma untuk memulakan perniagaan internet.

Jika benar-benar berminat dan tidak tahu caranya bagaimana, dapatkan ebook percuma ini di:

http://kedaiinternet.zulyunus.com

sordiqinNo Gravatar - 29 Aug 08 at 19:40:56

ho…klau tapak dah ade…mcm mane nak menggunakan/menggunapakai tapak tersebut..apakah asas dalam pembangunan tapak?

AnwarNo Gravatar - 29 Aug 08 at 21:13:42

@sordikin…

tapak yang dah ada tu akan digunakan untuk membina ‘rumah’. ‘rumah’ disini adalah sistem yang dibina atas tapak tu. Sistem ni menetukan sama ada ia akan jadi blog atau website biasa.

Kalau rumah, mesti ada alamat rumahkan ? Sama lajuga macam website, alamatnya adalah seperti creamstudents.com, zulyunus.com dan lain2 lagi.

szakifNo Gravatar - 29 Aug 08 at 22:48:34

bagus! teruskan menulis tentang perniagaan internet. macam pendek plak ko tulis ni nuar..

aku dahagakan lebih lagi :D

AnwarNo Gravatar - 29 Aug 08 at 23:17:47

@szakif…

insya ALLAH, akan digunakan pengalaman setahun ini lebih ini jika tiada aral melintang ;)

szakifNo Gravatar - 01 Sep 08 at 01:25:05

anwar mantop!

aklil ayobNo Gravatar - 01 Sep 08 at 08:36:40

salam merdeka & ramadan.

sy rase perniagaan internet mampu manambah pendptn bg sesiapa yg terkesan dgn trend kenaikan harga brg sejak 6 bulan kebelkangan ini.

tapi ada byk isu yg perlu dijelaskan terlebih dahulu yg bersgkut paut dgn urusan e-biznes ini spt:

1. transactional security-urusan pindah wang online dgn selamat amat pntg supaya mengelakkan penipuan

2. hukum halal haram-sy tak kata haram, cuma ada beberapa syarat dlm muamalah yg perlu dpatuhi bg menjamin hak pembeli dan juga hak penjual.

hrp anwar atau zul (yg dh berpengalaman) dpt komen sket…hehe

AnwarNo Gravatar - 02 Sep 08 at 07:11:22

@aklil…

untuk proses transaksi pemindahan wang di internet ni, anda boleh baca e-book yg telah saya sediakan di ruang muat turun.

untuk hukum muamalahnya, pada saya, jika ia tidak melibatkan sistem riba’ dan lain2 yang Islam haramkan, ia dibolehkan. Dua2 pihak memainkan peranan. Pembeli dan penjual.

Pembeli tidak boleh SPAM dan minta apa2 yang tidak ditawarkan oleh penjual.

Penjual tidak boleh menipu pembeli, bilamana pembeli melakukan transaksi, wajib ditunaikan apa yang telah dijanjikan dalam perjanjian sebelum urusan berlangsung.