Semoga semuanya dalam rahmat ALLAH. Hari ini, ana ingin berkongsi pengalaman ana yang baru-baru ini melawat ke negara jiran kita iaitu Indonesia. Selama lawatan ilmiah, delegasi mahasiswa mengadakan ziarah teman-teman di dua buah universiti, yang pertama di Bandung, iaitu Universiti Padjadjaran juga Universiti Indonesia, Jakarta.
Sepanjang 5 hari 4 malam terlalu banyak kenangan malah fikiran ana sarat dengan pengalaman dan input yang ana rasakan perlu dikongsi bersama para pembaca sekalian. Yang pertama ana sangat kagum dengan kelembutan dan sopan santun masyarakat Bandung.
Pernah ana singgah di kedai busana, menjual pakaian muslimah seperti telekung, jubah dan pakaian lain, mereka tidak keberatan membuka setiap bungkusan kain, malah menawarkan minuman botol untuk ana. Perkataan yang keluar sentiasa ramah. Ana pula terpikat, dan hasilnya sepanjang perjalanan di Bandung dan Jakarta hampir 1 juta ana belanjakan. 1 juta rupiah ya..hehe (bersamaan RM 352) » Read the rest of the entry..
Popularity: 27% [?]
Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.