Beberapa hari lagi, mahasiswa di IPTA & IPTS seluruh Malaysia akan menyambung kembali sesi pembelajaran baru iaitu sesi 2008/2009. Bagaimana dengan keputusan anda ? Mesti gempak2 semuanye… Tahniah saya ucapkan.

Baik…kita terus ke tajuk seperti yang anda baca di atas. Emmm. Betul ke siswa pun ada perubahan selepas cuti semester berakhir ? Betul… kalau tak percaya. Selepas anda baca entri ni, cuba periksa diri anda atau rakan2 anda selepas sesi baru bermula.

Mungkin terdapat banyak persamaan dengan apa yang saya tulis di sini atau setidak2nya satu point yang kena pun jadilah… ;)

#Perubahan Pertama

Saya rasa mesti ramai yang tertunggu akan jawapan saya ini. Perubahan pertama yang menjadi pilihan saya adalah perubahan pada azam & tekad.

Boleh dikatakan setiap dari mereka yang belajar di menara gading pasti mempunyai azam serta tekad. Dan, ianya akan diperbaharui setiap kali sem baru bermula.

Disini, saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada sesiapa yang memiliki azam dan tekad baru yang lebih baik dari semester terdahulu. Juga buat mereka yang masih belum memasang azam, sila sematkan azam baru dan berusaha agar azam baru dapat dilaksanakan.

Kepada yang mempunyai azam yang kurang baik atau tiada azam langsung, ingatlah perjuangan sebagai seorang pengembara ilmu itu tidak akan berhasil tanpa ada usaha yang berterusan. Jika anda sekadar ‘mendaki menara gading hanya untuk memuaskan hati penonton’, anda disarankan agar tidak meneruskan usaha-usaha anda. Usaha anda itu tidak akan mempunyai kualiti yang tinggi.

#Perubahan Kedua

Perubahan fizikal. Ini perubahan yang agak ketara terhadap siswa hari ini. Jika sebelum cuti semester, ramai yang cengkung shj mukanya, selepas cuti pula ramai yang semakin montel. Boleh dikatakan nutrisi yang sempurna adalah bermula dari rumah. ;)

Jika dahulu berat badan mungkin sedikit ringan, kini bertambah-tambah beratnya. Tapi, tak mustahil jugak ada yang berjaya menurunkan berat badan sejak kembali ke rumah untuk bercuti. Mungkin semasa berada di dalam kuliah, masa yang diperuntukkan untuk menjaga ‘keseimbangan’ tubuh badan kurang berbanding ketika berada di rumah.

#Perubahan Ketiga

Untuk perubahan ketiga, saya memilih perubahan dari segi kewangan atau dengan kata lainnya kadar aliran tunai di dalam tangan. Boleh dikatakan ramai yang berkerja semasa cuti ini dan semestinya aliran tunai di dalam tangan meningkat.

Tidak kurang juga ada di kalangan siswa yang mempunyai nilai kewangan yang menyusut. Mungkin ini disebabkan oleh penggunaan berterusan tanpa ada penjanaan semula wang tersebut.

Perubahan ini saya letakkan di dalam urutan yang keketiga kerana ianya melibatkan kebanyakan siswa atau lebih tepatnya semua mahasiswa yang berada di bumi Malaysia ini.

#Perubahan Keempat

Perubahan yang keempat, pada hemat saya adalah berkaitan dengan penukaran atau pembaharuan gadjet yang dipunyai oleh siswa siswi di Malaysia.

Mungkin ini akibat dari aliran tunai yang tinggi di dalam tangan mahasiswa selepas cuti, perubahan terhadap gadget kecil menjadi pilihan.

Saya bukan mahu membuat andaian kasar, tetapi setujukah jika saya katakan siswi lebih cenderung untuk melakukan perubahan pada gadget mereka atau menukar dari yang lama kepada yang baru ? Saya tahu mesti ramai yang bersetuju. Akan tetapi awas… siswa juga tidak terlepas sama. ;)

#Perubahan Kelima

Untuk perubahan yang kelima, saya memilih perubahan status. Mengapa ianya termasuk dalam senarai saya ? Ini kerana semakin ramai mahasiswa dasawarsa ini memilih untuk menjadi YB ketika masih berada di pusat pengajian tinggi.

YB yang saya maksudkan bukanlah Yang Berhormat atau Yang Berkhidmat, tetapi ia bermaksud Yang Berpunya. Ya, yang berpunya… dan ianya bukanlah coupling atau dating dan seumpamanya, tetapi ianya lebih kepada perhubungan yang sah disisi agama. Saya letakkan ia di tangga kelima kerana ianya masih lagi tidak mampu mencapai darjat di tanga pertama. ;)

Ini adalah senarai top 5 perubahan SISWA pasca cuti. Adakah anda mempunyai top 5 perubahan siswa yang lain ? Jika ada, anda dialu-alukan untuk berkongsi dengan saya disini. Manalah tahu jika perubahan yang ada di dalam list anda ada kaitannya dengan saya. ;)

Popularity: 23% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 26 comments. Add your own.
szakifNo Gravatar - 05 Jul 08 at 11:53:50

Perubahan2 aku:

1. Perubahan Fikrah - the way i think.
Many things happened during this 3 month that have changed the way i think a lil bit. the people around me, the happenings in malaysia and many more!

2. Perubahan Gadget.
Sekarang da de Digi Internet, internet sentiasa berada di tangan aku as long as laptop dan henset bersama2 dengan ku.. huhu~ owh ya. sekang da de kamera juga. boleh amik gambar banyak2 kat mane2.. huhu~ tapi mind you, all those bapak aku yang belanje kan~ mane la ade mase nak keje time buat praktikal kan~

3. Perubahan Hubungan dengan Manusia Sekeliling
Setelah mengenali lebih ramai manusia, lebih2 lagi di tempat praktikal, lebih2 lagi dengan orang2 India, i think i am more Malaysian now. All these while i have this bad perception in my mind but yet after knowing some of them, now i know i shouldn’t have that perception in the first hand. isk isk isk~

Yang tak berubah: Berat badan! yey! :p

zaidiNo Gravatar - 05 Jul 08 at 17:54:27

arghhh..berat badan makin berubah…lagi bertambah la szaktif!

nady nodyNo Gravatar - 05 Jul 08 at 23:03:14

sy fikir sy punyai semua perubahan..
1. sy sudah tekad mau tingkatkan prestasi dari masa ke masa… insyaALLAH..
2.. perubahan fizikal tidak begitu ketara sbb sy rajin ke gym. hehe..
3.. dari segi kewangan sy masih ternanti elaun guru ganti sy.. waa.. ble mau dapat.. sem da bukak.. sedih skali..
4.. tiada sbrg perubahan gadget.. kekal dgn apa yg ada.. huhu..
.. apa yg penting cuti 3 bln ni byk perubahan berlaku terutamanya pembawaan diri dalam menyesuaikan diri di kalangan mereka yg lebih dewasa… selama lebih krg 1 bln lbih mnjawat sbgi guru ganti byk yg sy belajar di samping mengajar murid2…
sy kira satu pengalaman yg tidak ada gantinye..

fahdiNo Gravatar - 06 Jul 08 at 15:30:41

aku setuju tentang post perubahan2 ini. biaselah, kita kan remaja mahasiswa dan mahasiswi yang rata2 tidak membuat apa2 semasa cuti panjang. just duduk rumah sambil woohhooo.. besarkan badan!

tapi ada beberapa perubahan yang dapat aku buat sepanjang cuti.

1. memiliki blog aku sendiri

2. menghadiri seminar2 perniagaan

3. menganjurkan seminar untuk adik2 sekolah lama.

4. dan coming soon, career summit for malaysian leaders yg bertempat di pan pacific klia. insyaALLAH..

kesimpulan, alhamdulillah, so far masa cuti tidak terbuang

pecoNo Gravatar - 06 Jul 08 at 16:11:21

aku alamai perubahan fizikal
haha
kawanku kata, aik..dah montel..hahah.
:D
aku sambung belajar mgu hadapan
oh tidaak

taukeyNo Gravatar - 06 Jul 08 at 16:43:22

buat jer aper aper perubahan asalkan tak menyusahkan org wakakakaa

humaira'No Gravatar - 08 Jul 08 at 10:56:42

ana x bape nak paham yang perubahan gadget tu yang macamne la….hukhuk..
maaf

AnwarNo Gravatar - 08 Jul 08 at 11:18:40

@fahdi…

hoho…berapa besar ek badan anda sekarang ? hehe.

wah, yang best tu dapat menganjurkan seminar untuk adik2 kat sekolah lama. best tu…tahniah di atas perubahan yg anda dpt lakukan ;)

fahdiNo Gravatar - 08 Jul 08 at 16:51:23

@anwar

brape besar badan sekarang? adeh2, itu soklan yg cukup pedih. kata2 itu juga pedih ketika balik ke sekolah hari tu. hoho.. tapi x pe. azam tahun ni nk kuruskan. still ade 5 bulan. insyaALLAH.. doakan aku nuar!
http://creamstudents.com/wp-includes/images/smilies/icon_wink.gif

AnwarNo Gravatar - 08 Jul 08 at 18:21:59

@fahdi…

sorry fahdi kalau ko terase…aku tau ko maintain jer. dari dulu sampai sekarang.hehe.

aku pun montel skit ape…hehe. tapi start2 ni da kena banyak bersukan dah.

Dulu time cuti boleh la kite tambah nasik kalau tak cukup, dis time, kena ikat perut la sikit. lagipun da nak puase da neh.hehe. ganbatte !

zulyunusNo Gravatar - 09 Jul 08 at 16:13:08

hehe anwar…perubahan kenderaan..daripada modenas kepada myvi

AnwarNo Gravatar - 09 Jul 08 at 16:41:36

@zulyunus…

masih lagi modenas zul, myvi tu emak sy yg punya. Just pinjam ;)

badrulNo Gravatar - 09 Jul 08 at 18:17:05

salam perjuangan…

ya! saya mau berubah…

ada beberapa perubahan juga pada diri ana.

kalau d makassar dulu member2 dr malaysia dan indonesia

sekarang di uia gombak dh makin ramai member dr yemen,saudi,indonesia,maldives etc

kalau d makassar dulu pakai 2 bahasa (indonesia dan melayu)

sekarang di uia gombak dh pakai 4 channel (arab,inggeris,indonesia dan melayu)

setiap manusia pasti berubah, cuma pilihan untuk berubah di tangan anda…

AnwarNo Gravatar - 09 Jul 08 at 23:58:23

@ustaz badrul…

ada lagi kah perubahannya ustaz ? macam kesungguhan ke, nasihat ke, boleh kongsikan bersama-sama ;)

humbleandmodestNo Gravatar - 10 Jul 08 at 00:19:50

juga perubahan dari segi mentaliti…..
hohohohh….

(apakah yg aku luah kan ini????)

AnwarNo Gravatar - 10 Jul 08 at 00:32:05

@afif…

mentaliti yang macammane tu fif ? kongsi la skit ngan rakan2 pelawat… ;)

szakifNo Gravatar - 10 Jul 08 at 01:28:23

ok. dia ni tengah sebok. jangan kacau dia.

reply komen orang pun pendek2 je. adakah telahan aku bahawa apabila sudah start semester susah nak komited dengan blog itu benar?

harap tidak.

anwar kena terus blogging!

*uiks. tadikan ade orang tak puas hati aku advertise blog link aku mase briefing. muahahha~

AnwarNo Gravatar - 10 Jul 08 at 06:50:52

@szakif…

hehe…boleh sebenarnya komited dengan blog, cumanya bile sudah naik semester baru, ditambah pula dgn tugas yg agak payah…membuatkan komitmen terhadap blog itu akan berkurangan.

Ohoho. komen yang pendek tidak bermaksud komitmen yang rendah. Kena tgk jugak pada jenis2 entri yang dihasilkan. ;)

Yang pasal adevertise blog link tu…ada orang lain yang cakap jangan terpedaya dengan link tu yek.hehehe.

szakifNo Gravatar - 10 Jul 08 at 13:15:23

tu la pasal nuar. aku risau jerk, ramai antara kite ni yang susah nak bahagikan masa antara blog dengan urusan2 lain pasal semester dah start. afiq dammit da sah2 tulis tajuk entry yang memberi bayangan sebegitu. hu~

harap masing2 boleh meneruskan perkongsian fikrah tak kira bila2 masa pun. kan?

AnwarNo Gravatar - 11 Jul 08 at 16:41:33

@szakif…

ni aku ade buat entri baru, tapi belum siap lagi. Entri ni untuk orang2 yang pegang kuasa, bukan bermaksud kita sebagai warga kampus, tetapi orang dewasa d luar sane yang memegang tampuk pemerintahan. tungguuuu… :)

szakifNo Gravatar - 13 Jul 08 at 02:35:04

amboi2.. bilanye nak siap entry tu nuar? tak sabo2 aku nak bace :p

humbleandmodestNo Gravatar - 13 Jul 08 at 12:54:44

mentaliti ape ekk???
hurmm….

pk dulu..

haha…..

razifmustaphaNo Gravatar - 14 Jul 08 at 14:48:07

point-point yang anda beri memang ada sedikit sebanyak ada kaitan dengan hidup aku… hahaha nice nice article

AnwarNo Gravatar - 15 Jul 08 at 11:42:52

@razifmustapha…

adakah kesemua point2 ini ada dlm list anda ? huhu…

ZeghieNo Gravatar - 03 Aug 08 at 16:06:27

Perubahan yg pertama 2 agk sukar dilakukan, sbb biasanya ramai plajar suka mengitar semula azam & tekad yg x kesampaian. Tp, perubahan taktik perlu dijana mengikut keperluan & keadaan persekitaran (facultative tactic)(^_^)

~First time bg comment kt blog.huhuhu

AnwarNo Gravatar - 04 Aug 08 at 21:26:45

@Zeghie…

tapi saudara zeghie mesti ada pada perubahan ke 3 dan ke 4. sebab ada hp baru.hehe. dan juga student JPA …