Assalamu’alaikum wbt.
Disebabkan melihat ramai kawan menghadapi masalah ini-telefon tangan terendam di dalam air–>>kemudian menangis tak berlagu. Isk3..maka..
Mari lihat apa yang boleh dilakukan.
Pertama, jangan sesekali menghidupkan telefon tangan kamu yang telah meninggal dunia tersebut. Kalau dihidupkan, alamatye kebarangkalian untuk boleh digunakan kembali menjadi semakin tipis. Kalauia masih gagah perkasa, masih hidup, sila tamatkan nyawanya untuk proses seterusnya.
Kedua, bukak telefon tangan kamu satu persatu, ceraikan anggota badannya. Kemudian lap.
Ketiga, ambil beras (nasik yang belum dimasak), diletakkan di dalam bekas, kemudian rendamkan telefon tangan kamu ke dalam timbunan beras tersebut. Lagi senang kalau letak dalam guni beras terus. Beras adalah pengering semulajadi yang boleh menyedut air atau kelembapan.
Keempat, tunggu dengan sabar selama 24 jam. Sabar ye. Selepas 24 jam, buatlah apa sahaja yang kamu suka pada telefon tangan kamu. Yang penting cubalah memberi nyawa kembali pada ia, inshAllah kamu boleh gunakan ia kembali seperti biasa.
Cara lain, sama dengan langkah pertama dan kedua, cuma cara seterusnya adalah mengeringkan ia di bawah sinaran matahari yang terik selama secukup rasa. Kemudian cuba hidupkan. Kalau kemalangan terjadi pada waktu malam, almatnye tunggu tengah hari esok lah ye.
Begitulah sekian dulu, jika ada sesiapa yang mempunyai pengalaman yang sama boleh berkongsi melalui talian bebas tol kami seperti di bawah. Terima kasih.
Wassalamu
Popularity: 4% [?]






















hasanah, post ini telah saya pindahkan dari categori blogmaster ke Kopitiam…