Salam sejahtera. Ape khabar anda semua ? sihat ? Hari ni sepatutnya sy tulis artikel untuk esok tapi sy rase wajar di post jugak pd hari ni sebab permintaan rakan blogger sy iaitu saudara minyak jerung (baca : shakroil) berkenaan dengan tag yg datang dari beliau. Ini tag kedua yg sy dapat setelah setahun bergelar blogger. Sgt sikit kan ? hehe.
Baik terus ke point kita hari ni, dibawah adalah content kepada tag yg sy perlu isi.hehe :
1. 7 FAKTA TENTANG SAYA
2. 7 PERKARA MENAKUTKAN SAYA
3. 7 LAGU BUAT MASA SEKARANG
4. 7 PERKATAAN YANG SAYA SELALU SEBUT
5. 7 PERKARA AMAT BERNILAI
6. 7 ‘PERTAMA KALI’ DALAM HIDUP SAYA
7. 7 BLOG YANG DIPILIH
7 FAKTA TENTANG SAYA
1. Anak sulung dari 4 adik beradik
2. Pernah bersekolah rendah dan menengah.hehe. (ni fakta kan ?)
3. Sekarang menyambung pelajaran di UIAM kampus Kuantan
4. Ada lesung pipit yang boleh tadah air.huhu.
5. Pernah mewakili sekolah dalam sukan hoki, bola sepak & memanah
6. Ada kamera kodak 7.0 mp yg baru dibeli.
7. Ada lesen kereta dan motor (dah dapat lesen penuh
)
7 PERKARA MENAKUTKAN SAYA
1. Allah SWT (takut yg memberi maksud Taqwa)
2. Neraka (takut terjerumus ke dalamnya)
3. Ibu Bapa (takut dapat gelaran anak derhaka)
4. Berseorangan dalam hutan hujan tropika pada waktu malam yang gelap tanpa arah dan panduan
5. Tengok cerita seram (khuatir ia akan menghilangkan keberanian yg dibina selama ni)
6. Badut.(Waktu kecil sy paling takut badut@clown)
7. Berkawan dengan mereka yg suka akan jenayah. (takut diri serikut2 dgn perangai mereka)
7 LAGU BUAT MASA SEKARANG
1.Layar Keinsafan
2.Puteriku Sayang
3.Demi Cinta Zainab
4.Desinasi Cinta
5.Salahuddin Ayubi
6.Umpama mimpi dalam mimpi
7.Sesak - UKs
7 PERKATAAN YANG SELALU SAYA SEBUT
1.Allahu Akbar… (Moga Allah tambah dari hari ke sehari perkataan ni dlm hidup sy)
2.Assalamualaikum
3.Bismillah
4.Terbaek !!!
5.Astade (anak sdare sepupu umur 6 thn selalu sebut, da terikut-ikut pulak.hehe)
6.cesss
7.Alamak !
7 PERKARA AMAT BERNILAI
1.Iman
2.Ibu Bapa
3.Ilmu
4.Akal
5.Adik-adik
6.Sahabat
7.Blog creamstudents.com
7 ‘PERTAMA KALI’ DALAM HIDUP SAYA
1.Dapat nombor 1 dalam kelas masa darjah 4
2.Pertama kali jatuh motor mase form 4
3.Pertama kali ada handphone sendiri - selepas SPM
4.Ada motor sendiri (KRISS) - Semester pertama tahun satu degree
5.Kenal komputer semasa tahun dua.
6.Wakil sekolah dalam hoki - form 2
7.Pertama kali kena sebat dengan abah - tak ingat, tp mase tu kecik lagi.hehe.
7 BLOG YANG DIPILIH
1.szakif
2.shoutulhaq
3.Zulyunus
4.tagihdadihl
5.Nurilahi
6.Mujahid
7.Readercircle
Akhirnya…sy telah lunaskan hutang dgn sahabat sy minyak jerung (baca : shakroil) tadi. Kepada yang telah di tag, mohon ampun dan maaf kirany tag ni melukakan hati anda.aceceh.
wassalam~
Popularity: 26% [?]
- Pengalaman Di Kedai Runcit
- Maafkan Saya Andai Tidak Sempurna
- Adakah Anda Tahu ?
- Glücklicher Muttertag von den creamstudents
- Alhamdulillah
« Cerita Seorang Pendayung Sampan | Minyak Yang NAIK MINYAK ! »






















Statement paling tak boleh blah:
Ada lesung pipit yang boleh tadah air.huhu.
dan ni the ultimate tak bleh blah:
7 BLOG YANG DIPILIH
1.szakif
…baek~
salam perjuangan…
ade lagi szakif yg xleh blah…
5.Jatuh cinta - rahsia ! hehe.
maksudnya akan ada yg kedua dan yg ketiga kalinya…:P
ah, nyampah aku!
@szakif…
itu satu fakta szakif. terpulang la nak jawab ke tak.hehehe.
@badrul…
alahai badrul, usah menyempitkan skop cinta yg ada dlm kamus hidup anda. Ianya subjektigf bukan ? Anda tahu ke kepada ape/siape cinta ku itu ? hehehe.
@jaed…
haha.ko memang cepat nor nyampehnye jaed…jaed…
wah, blog aku pun termasuk dalam pilihan…ni yang terharu ni…makaceh ye nuarx. blog creamstudents pun tetap di hati.huhu
salam perjuangan…
aik? aku plk yg kne???hehe…
@zulyunus…
hehe. same2. kalau sudi jawab lah ye tag ni. saje sebagai bahan santai dan menguatkan ukhwah antr kita semua.
@badrul…
aik ? tadi tak perasan ke anda di tag ? ini satu kemusykilan neh.hehe.
ehem.. bab jatuh cinta tu, kita borak kat YM eh.. muahaha~
*matila pasni kalo aku buzz nuar langsung dia takmo balas.. takut tanye sapakah chentanya katanya~
tanya soalan sikit boleh? tag tu untuk ape? benda ape sebenarnya tu?huhu
@szakif…
seperti yang telah sy katakan di atas. usah sempitkan cinta itu kepada manusia. kepada benda pun boleh dikategorikan cinta bukan ? hehe.
@zulyunus…
tag tu sebenarnye keyword bagi blog post atau keyword bagi kesuruhan isi blog. boleh jadi satu tajuk atau kategori.
tag jugak boleh increase back link ke blog kite. dan SE sukakan site yang ada banyak back link.
Ooo…gitu..thank you la nuarx
amboi.. sensitip nye dia bila bukak bab chenta~ hehe
@zul yunus…
same2 zul…kalau ade persoalan tanye la yer. tak tanye maka tak tahu.hehe.
@szakif…
haah, agak sensitip, sebab ade seorang senior tu dah nak masuk tahun ke empat. pas grade nnt dier melangkah ke gerbang perkahwinan la. dier anak jati banting.hehe.
amin ya rabbal ‘alamin…
*sume tolong aminkan doa nuar eh..
@szakif…
baik. szakif pun anak jati banting kan ? tak kenal ke senior tu ?
no komen…
@Humaira’…
tapi humaira’ dah tulis satu komen.hehe
entah la nuar. aku rase cam kenal mamat tu. dia yang hensem2 tu kan? pergh (baca:per-ge-he)… ramai gadis jatuh cinta katenye~
larrriiiikkkkkkkk
*tu ah, sape soh buang chatbox~
@szakif…
szakif puji diri sendiri ke ? hehehe. dah tau dah…
larriiiiiikkkkkkk hehe.
dalam masa seminggu dua kali kena tag..uisk..maaf lambat balas tag, sebabnya akan diceritakan kemudian.
By the way, midnite ni jengah2 la ke my blog
Seronok sebab dua tag yang boleh dijawab dalam satu post
hihi
Thanks atas ingatan, blog creamstudents juga di hati..ececeh ;P
@as…
terima kasih ya krn menjawab tag yg diberi.
aku sudah menjawab tag ko. puas hati?! *sambil mata terbeliak dan mulut menyeringai.
bro.. bukan sharkoil le.. shakroil.. haha.. ko silap taip..
@shakroil…
adey…senang buat org tesilap ler. okeh2. bukan minyak jerung ek ? ehehe.
@szakif…
ni jawab tag ikhlas ke tak ? hehehe.
baru betul shakroil.. bukan sharkoil.. betulkan balik.. huhu..!!
@shakroil….
Ja Sir ! hehe.
Uhh…readercircle.com ade jugak ke? Abislah, tag sblm ni ada tak jawab lagi, hoho…
Akan dijawab, Insya-Allah…
@kakeru…
tag ni tak di pkasa kakeru. terpulang samaada mahu dijawab atau tidak.hehe.
da lame x mnjenguk kat sni…
bkn xde mase.. tp wat2 xde mase…
well.. well done!
@nady nody…
terima kasih kerana melawat. Jika ada kesempata, silalah datang melawat lagi ya.