PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai Universiti Apex pertama, mengetepikan beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk universiti tertua negara, Universiti Malaya (UM).

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) selepas mendapati USM memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkannya berkata, USM mengatasi universiti saingan lain berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.

Penilaian yang kita gunakan untuk memilih USM adalah berasaskan sudut kuantitatif dan kualitatif yang masing-masing bersandarkan kepada tahap kesediaan untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik,” katanya pada sidang media di kementeriannya, semalam. Hadir sama, kedua-dua Timbalannya, Datuk Idris Haron dan Datuk Dr Hou Kok Chung.

Selain USM dan UM, lima lagi institusi pengajian tinggi awam yang mengemukakan permohonan untuk menjadi Universiti Apex adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dua institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), turut mengemukakan permohonan. Universiti Apex akan diberi autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

Mohamed Khaled berkata, sepanjang tempoh pemilihan sebagai Universiti Apex, USM perlu berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020.

“Kita perlu lihat dan menilai pencapaian USM dengan kertas cadangannya bertema ‘Perubahan Pengajian Tinggi Untuk Kestabilan Hari Esok’. Dalam tempoh berkenaan dan selepas itu barulah keputusan akan dibuat sama ada perlu pemilihan Universiti Apex lain atau tidak,” katanya.

Ditanya kenapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata, pemilihan bukan berdasarkan usia tetapi keupayaan membawa perubahan dalam sistem pendidikan tinggi sehingga mencapai tahap dunia.

“Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain dipinggirkan, sebaliknya akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia,” katanya.

Mengenai aspek pembiayaan, Mohamed Khaled berkata, perkara itu akan dimasukkan dalam setiap bajet tahunan yang akan diumumkan kerajaan dalam merangka pelan transformasi selama lima tahun.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah, dalam kenyataannya berkata pemilihan universiti itu sebagai Universiti Apex akan menjadi pendorong utama untuk memartabatkan pengajian tinggi ke peringkat dunia.

Beliau berkata, USM mahu melonjakkan usaha mentransformasikan pengajian tinggi bagi mewujudkan dunia yang sejahtera berteraskan pembangunan lestari.

“USM menjadi pusat kepakaran serantau bagi pendidikan lestari dengan adanya Pusat Latihan Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 2005. Ini adalah pengiktirafan yang besar kepada USM dan ia kejayaan seluruh warga kampus, apalagi dalam sambutan 40 tahun universiti,” katanya.

sumber asal : Berita Harian

Popularity: 13% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 8 comments. Add your own.
IM 2/89No Gravatar - 04 Sep 08 at 21:58:19

iium bile lagi?

szakifNo Gravatar - 05 Sep 08 at 01:11:50

Mari kita berusaha untuk bangunkan UIAM sama-sama, menuju ke aras Universiti Apex!

*walhal banyak lagi tak settle…. mahallah.. kami mahu mahallah…!!

AnwarNo Gravatar - 05 Sep 08 at 09:38:07

@IM 2/89…

IIUM dlm proses.hehe.

AnwarNo Gravatar - 05 Sep 08 at 09:39:25

@szakif…

betul tu… mahallah sekarang depan litar lumba mat rempit. aduh, terseksanya…

*tapi ada orang tu best mahallah dier, dekat je ngan kuliyyah.hoho.

abra_alakazamNo Gravatar - 06 Sep 08 at 00:55:22

uitm kt mne ea??=\

badrulNo Gravatar - 06 Sep 08 at 02:10:21

salam perjuangan…

tahniah diucapkan kepada USM! harap universiti2 lain pun akan turut teransang…

p/s: pasal isu mahallah kat kuantan, aku dah berbuih dah mulut kritik pasal benda ni sejak aku masuk uia kuantan, g makassar, masuk balik uia gombak tak wat pape pun lagi, kulliyyah of pharmacy2 pn tak siap2 gak lagi… tat tau priority la diowg ni… :(

aklil ayobNo Gravatar - 06 Sep 08 at 18:00:04

ADA APA DENGAN APEX???

1. kuasa penuh atau autonomi pd U=takdelah naib canselor jd ‘kerbau dicucuk hidung’
2. admin kawal sendiri kewangan U=tak perlu tgg bajet KPT, U boleh cari sendiri
3. kuasa pelantikan profesor based on kelayakan=bukan ideologi @ fahaman
4. kuasa pemilihan pelajar=eg. takdelah pelajar ‘haprak’ pun boleh amek medik
5. boleh buat kursus sendiri tanpa akreditasi kerajaan=boleh establish industry-based-course dgn cepat

SO, WHAT WE’RE WAITING FOR???
“FIGHT FOR THE APEX!!!”

humaira'No Gravatar - 07 Sep 08 at 11:25:44

memang kalau tengok dari segi research pun USM bagus..