Salam sejahtera kepada semua pelawat dan pembaca weblog creamstudents. Apa khabar anda disana ? Diharapkan anda semua sihat serta ceria selalu.
Apa yang saya ingin coretkan pada hari ini mungkin tidak membawa informasi yang anda perlukan, sebaliknya ia hanyalah sekadar tulisan berkenaan dengan hari-hari yang saya lalui semasa sedang bercuti. Harap-haraplah tulisan saya ini santai saje dan tidak skema.hehe.
Jurnal ringkas ini saya coretkan ketika sedang menanti customer datang ke kedai runcit yang saya uruskan buat sementara waktu. Menjaga kedai runcit ni memang best kalau ramai customer yang datang.
Kita boleh berbual dengan mereka serta bertanya khabar tentang kehidupan. Ini akan membuatkan kita menjadi segar serta bersemangat untuk bekerja sehingga kedai ditutup. Sebaliknya kita akan mudah mengantuk jika tidak dapat berbual dengan sesiapa, asyik termenung serta apabila kadar jualan barang adalah 1 brg/60 minit.
Untuk mengelakkan diri dari mengantuk,saya tulis sedikit perkataan yang termampu. Biasalah pada waktu awal pagi ni, belum ramai customer yang datang. Jadi saya terasa hendak beli sendiri je barang-barang yang dijual.hehe.
Kalau ada customer terawal yang datang pun, ianya dari spesis burung pipit yang terbang mencari sisa-sisa beras yang jatuh di atas lantai. Kadang-kadang mulut berbunyi juga menghalau mereka, tetapi jika difikirkan balik, itulah rezeki yang Allah tentukan untuk mereka pada hari itu. Jadi, saya biarkan mereka makan sisa-sisa yang ada sampai mereka kenyang dan terbang ke tempat lain.
Haa, ada customer yang telah masuk ke kedai. Jadi saya rasa saya akan pen off dulu disini. Hingga bertemu lagi di lain masa. Jikalau ada masa terluang, silalah melawat kembali creamstudents.com. Moga kewujudan blog ini memberi sedikit manfaat kepada anda. Wassalam.
Popularity: 7% [?]
- Mana Satu Yang Lebih Bermakna, Kejayaan atau Kegagalan ?
- Adakah ini 7 Keajaiban Dunia ??
- Adakah Anda Pantas Menaip ?
- Wajar Ke ada Hari Pensyarah ?
- Sehari Bersama RK Training & Management
« Parlimen Bakal Bergegar | 10 Pesanan Allah Kepada Nabi Musa »






















(nice layout..ceria)
Hari ni cuti hari pekerja tak..? :em47:
jangan salah kira duit ye.. :em24:
sambil jaga kedai tu.. :em51: tutup peti ais aiskrim supaya x menjaga sambil mamam asikrim.. :em32:
insya ALLAH setiap rekod duit keluar dan masuk dicatat.
tentang aiskrim tu, hatta peniaga nak mamam sendiri pun kena bayar pakai duit sendiri. barulah bisnes boleh maju. :em32:
sye skg tgh cari kedai2 runcit yang nak dijual lah.ade pape brite leh tak emel kat sy.