Oleh: Humaira’ Az-Zahra

Sebuah pengalaman yang mengasyikkan. Akan saya nukilkan sebagai rasa jiwa dan gerak nadi. Bercerita dalam “bahasa” lebih sentimental. Saya suka bertemu dengan manusia. Suka mendengar luahan, suka melihat kegembiraan, tekad untuk semester ini untuk belajar dan menghayati gelagat manusia sekeliling, dan meletakkan misi dakwah sebagai yang utama, di samping tidak mungkin menjatuhkan pelajaran ke tempat yang kedua. Membina kekuatan diri melalui insan lain dan mengatasi kelemahan diri melalui alam dan manusia yang memberi pengajaran tentang kehidupan.

Bangun seawal 5 pagi lalu bersiap-siap untuk solat subuh berjemaah, hari ini saya akan mengorak langkah ke Seremban. Saya telah dijemput untuk memberi penerangan tentang hala tuju ke universiti kepada pelajar sekolah menengah. Projek nasional di bawah Jawatankuasa Akademik dan Intelektual iaitu Projek Seminar Pendidikan kebangsaan membawa pelajar Universiti Malaya seramai 30 orang ke sekolah-sekolah seluruh negeri di Malaysia.

Mengumpulkan pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 atas serta mendedahkan tentang mengapa mereka perlu belajar bersungguh-sungguh, apakah matlamat dan target yang perlu mereka letakkan untuk dicapai, apakah peluang-peluang yang ada bagi mereka yang berjaya kelak, dan laluan mana yang seharusnya mereka lalui. Semua ini merupakan persoalan yang sering saya persoalkan ketika dibangku sekolah dahulu. Dan saya gembira kerana Allah kurniakan kesempatan ini.

Saya sangat bersemangat dan teruja. Tambahan, hari nya adalah merupakan hari Assyura, saya bimbang sekiranya akan kepenatan sepanjang hari kerana berpuasa. Setiba di Sekolah Menengah King George ke-5, Seremban semakin lama kerusi semakin dipenuhi. Ada pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Port Dickson sehingga SMAP Labu. Kira-kira 200 orang pelajar memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan.

Otak mula mencari-cari idea, pendekatan yang bagaimanakah harus saya gunakan supaya penerangan yang akan saya sampaikan mudah difahami. Melihat, tayangan slide dan mula berkira-kira, seandainya salah maklumat yang saya sampaikan, adik-adik inilah yang akan menjadi mangsa. Saya tersenyum.. mula mencari ketenangan. Saya berdiri dan cuba duduk disebelah adik kecil yang memakai baju asrama bewarna biru.

“ Adik tingkatan berapa ya ?” saya memulakan bicara. Adik ini menjawab dalam keadaan teragak-agak

“ Err..tingkatan satu kak…” saya tergelak.

”Aik, bagaimana adik boleh berada di sini, ni pasti abang-abang yang buli adik minta gantikan tempat mereka kan ?, Akak tengok baju yang adik pakai ni pun besar lain macam je dik,” adik tadi melebarkan senyumannya.

“Memangpun, geram betul saya, tapi saya rasa seronok kak”. Namanya Ikhwan, pelajar tingkatan satu, diakhir slot saya, saya ambil kesempatan memanggil beberapa nama yang telah saya catitkan ketika pendaftaran pelajar. Dengan yakin Ikhwan memberitahu cita-citanya adalah untuk menjadi seorang general tentera mengikut jejak langkah ayahnya.

Subhanallah..Saya sangat kagum..gembira..Saya berfikiran bahawa setiap dari manusia yang ada dimuka bumi ini adalah sangat istimewa. Dan saya yakinkan kepada pelajar bahawa setiap dari mereka adalah sangat berharga, dan sebelum mereka mengambil melakukan sesuatu dalam hidup, mereka perlu percaya pada kebolehan diri sendiri. Kerana Tuhan tidak akan menciptakan manusia dengan sia-sia seperti dalam ayatNYA yang suci :

· “Maka apakah kalian mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kalian secara main-main dan bahwa kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al Mu’minun: 115)

· ”Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.” (Ad Dukhan: 38)

· “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku.”(Adz Dzariat:56) )

Sedar dalam penerangan berkaitan tentang Pinjaman dan Biasiswa tadi, banyak perkara tambahan dan maklumat terkini yang perlu saya kuasai. Sempat juga merujuk sahabat-sahabat yang memegang biasiswa tertentu. Apabila saya memandang salah seorang dari mereka, hati saya berkata “ dulu, aku juga pernah duduk di kerusi sepertinya dan mendengar penerangan seperti ini.”

Saya berusaha membawa adik-adik ini bersama-sama dengan cerita, saya selitkan pertemuan saya dan rakan-rakan pimpinan universiti dengan Tun Mahathir, juga Dr. Syeikh Muzaffar secara lebih dekat. Saya selitkan fakta-fakta sains ringkas untuk merangsang rasa ingin tahu mereka terhadap bidang sains itu sendiri. Tidak lupa juga menghulurkan mikrofon kepada adik-adik sehingga membuatkan mereka tersipu malu.

Terima kasih Ya Allah.. Hari ini saya telah banyak mempelajari erti memberi kepada yang memerlukan. Rasa puas apabila niat dihati hanya kerana Allah. Sebelum pulang, adik-adik bersalaman, dan mengerumuni minta bergambar. Pengalaman yang indah. Saya sukakan mereka !! Pulang ke kampus dengan tanggungjawab yang lebih berat, pada sebelah malamnya, saya perlu penuhi jemputan sebagai moderator Forum Pengurusan Stres. Dunia mengajarku erti kebergantungan pada Ilahi. Segalanya indah kerana Allah.

Saya coretkan buat tatapan bersama, jurnal ringkas dari Universiti Malaya. Bayangkan jika anda seorang bakal guru:mrgreen:

~Humaira’ Az Zahra~ ~Universiti Malaya~

Popularity: 4% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 2 comments. Add your own.
superbugNo Gravatar - 01 Feb 08 at 03:34:38

:twisted: :twisted:

ibnuAbasNo Gravatar - 20 Feb 08 at 17:10:07

yeah
it’s really nice and satisfying
if we did something for the sake of ALLAH..
spend our times for others..
insyALLAH HE will rewards us with more time
to spend :cool: