Archive for the 'Tafakkur' Category

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
“Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta”, katanya.
“Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”, kata Rasulullah SAW.
“Ia tidak mampu”, kata perempuan itu.
“Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”.
“Ia tidak mampu”.
Para sahabat yang berada di situ berkata,
“bukankah unta itu juga anak unta?”

————————–
» Read more after the jump →

Popularity: 6% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Artikel ini pada asalnya merupakan sebuah komen yang diletakkan didalam blog, akan tetapi, saya kutip kembali untuk letakkan ia ditempat yang seadanya… Moga pembaca menghayati dan mengambil iktibar.
———————–
Jika ada sesuatu yang berlaku, anggaplah ianya mempunyai hikmah… Jika hikmah itu lambat tibanya, percayalah…diri ini dalam ujian Allah.

Diwajibkan di atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui“(Al-Baqarah:216)

Percayalah, setiap dari orang yang menggelar dirinya Islam pasti akan diuji...

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji oran-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta“(Al-Ankabut:2-3)

Jika kita melepasi ujian-ujian berkenaan dengan iman kita yang padu…

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad dijalan Allah, mereka itu mengharap rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang“(Al-Baqarah:218)

akan tetapi, jika tidak berjaya dalam mengenal pasti dimana letaknya iman…

Mereka dalam keadaan ragu-ragu (antara iman dan kufur), tidak termasuk kepada golongan ini(beriman) dan tidak pula kepada golongan itu (kafir)“(Al-Nisa’:143)

dan jika perasaan sakit atau hilang semangat menyengat diri…

Jangan kamu merasa hina(nilang semangat) memburu musuh, kerana jika kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya, sedangkan kamu pula berharapkan kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan“(An-Nisa’:104)

Ketahuilah bahawa dalam hati orang-orang yang beriman…

“”…dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka..“(Al-Anfal:2)

Moga Allah tunjukkan daku jalan..
Moga Allah merahmati kita semua.
Ayaatul Qur’an… Suria Buat Langit Hati Yang Mendung…

Popularity: 6% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bukanlah satu institusi yang baru untuk diperkatakan tentang darjah kestabilan dalam kewujudannya.

Setelah diperkenalkan pada tahun 2004, PLKN telah dipertanggungjawab melatih dan memupuk sifat perpaduan, peduli pada jati diri serta sifat berdikari dalam diri anak-anak muda remaja Malaysia.

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, terutamanya kepada mereka yang masih berada di alam persekolahan, khususnya pelajar tingkatan 5, apakah faedah yang akan diperolehi bilamana mereka menyertai PLKN ini?

Antara faedah-faedah yang boleh diperolehi apabila seseorang itu menyertai program ini adalah mereka dapat memupuk perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum, dengan bercampur dan bergaul dengan mereka yang berasal dari latar belakang, bahasa, serta budaya yang berbeza.

Mereka juga dapat mempelajari satu pengalaman yang tidak mungkin dapat mereka rasai ketika mereka berada di alam persekolahan. Sebagai contoh, pengalaman mengendalikan senjata seperti M16 dan lain-lain, pengalaman merasai kehidupan ala tentera dan juga pengalaman melakukan servis untuk komuniti setempat. » Read more after the jump →

Popularity: 6% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Ramadhan menjanjikan seribu satu kemanisan yang tidak akan dirasa oleh mereka yang tidak menjalaninya. Ia juga tidak mendatangkan satu kenikmatan selagi mereka yang menjalaninya tidak sampai timbul bekas pada hatinya.

Ramadhan, satu bulan dugaan bagi mereka yang tidak menyukainya, satu bulan biasa bagi yang tidak mengetahuinya serta satu bulan yang lain dari yang lain bagi ‘peminatnya’.

Dalam bulan ini dijanjikan oleh Allah SWT, satu suasana yang tidak bisa dilihat pada bulan-bulan sebelum atau sesudahnya.

Tiada bulan yang dapat menandingi bulan mulia ini dari pelbagai aspek. Hinggakan Rasullullah sendiri pernah bersabda dengan penuh harapan, yang bermaksud :

“Ya Allah, Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaa’ban, dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan”

Ini menunjukkan bahawa Ramadhan itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Dalam bulan ini, pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Syaitan dirantai bagi memudahkan umat Islam beribadah dengan tenang dan penuh dengan keharmonian.

Banyak peristiwa penting berlaku di dalam bulan Ramadhan ini. Antaranya adalah seperti peperangan Badar Kubra, yang berlaku pada 13 Ramadhan. Dalam peperangan ini, umat Islam seramai 313 terpaksa berdepan dengan musyrikin Makkah yang terdiri daripada 970 orang, 3 kali ganda melebihi pasukan Islam. » Read more after the jump →

Popularity: 12% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Iklan

Lebih Banyak Tawaran Biasiswa Dengan Google Search!