Detik-detik penubuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti pada tahun 1971 hinggalah hari ini mendapat perhatian pelbagai pihak. Suka untuk saya berkongsi pendapat berkaitan isu ini.
Berpandukan bacaan buku “Mahasiswa Menggugat” yang telah ditulis oleh Muhammad Abu Bakar yang merupakan bekas graduan Universiti Malaya yang ketika menulis buku ini giat membuat penyelidikan politik internasional.
Beliau telah menceritakan tentang pergerakan mahasiswa pada awal penubuhan universiti sehingga AUKU dikuatkuasa.Terus terang saya katakan bahawa saya sangat kagum dengan semangat mahasiswa dahulu.
Berdasarkan kepada ketetapan-ketetapan dalam akta ini yang telah beberapa kali dipinda, ternyata pihak kerajaan begitu serius dalam mengawal dan mengawasi aktiviti politik mahasiswa.
Hal ini sudah tentu berpunca daripada pengalaman yang lalu di mana pihak pemerintah seringkali berkonfrontasi dengan para pelajar, manakala demonstrasi yang diadakan oleh mahasiswa seringkali menimbulkan kegelisahan dikalangan ahli politik pemerintah ketika itu.
Konflik antara para mahasiswa dengan kerajaan atas persoalan akta merupakan konflik antara dua jenis falsafah yang dipegang oleh kedua-duanya. Saya amat kagum apabila menghayati pendirian pemimpin mahasiswa dahulu :
1. Bagi mahasiswa, lantaran mereka adalah warga negara dalam sebuah negara demokrasi mereka adalah berhak untuk menyuarakan pendapat dan hendaklah dibenarkan mengambil bahagian dalam proses politik nasional.
2. Bagi mahasiswa, lantaran mereka adalah sebahagian daripada masyarakat dan mendapat pembiayaan daripada pembiayaan rakyat, maka mereka adalah bertanggungjawab untuk memperjuangkan kedudukan rakyat dan membetulkan kepincangan yang terdapat dalam masyarakat. » Read more after the jump →
Popularity: 13% [?]























