Archive for the 'BlogMaster' Category

Detik-detik penubuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti pada tahun 1971 hinggalah hari ini mendapat perhatian pelbagai pihak. Suka untuk saya berkongsi pendapat berkaitan isu ini.

Berpandukan bacaan buku “Mahasiswa Menggugat” yang telah ditulis oleh Muhammad Abu Bakar yang merupakan bekas graduan Universiti Malaya yang ketika menulis buku ini giat membuat penyelidikan politik internasional.

Beliau telah menceritakan tentang pergerakan mahasiswa pada awal penubuhan universiti sehingga AUKU dikuatkuasa.Terus terang saya katakan bahawa saya sangat kagum dengan semangat mahasiswa dahulu.

Berdasarkan kepada ketetapan-ketetapan dalam akta ini yang telah beberapa kali dipinda, ternyata pihak kerajaan begitu serius dalam mengawal dan mengawasi aktiviti politik mahasiswa.

Hal ini sudah tentu berpunca daripada pengalaman yang lalu di mana pihak pemerintah seringkali berkonfrontasi dengan para pelajar, manakala demonstrasi yang diadakan oleh mahasiswa seringkali menimbulkan kegelisahan dikalangan ahli politik pemerintah ketika itu.

Konflik antara para mahasiswa dengan kerajaan atas persoalan akta merupakan konflik antara dua jenis falsafah yang dipegang oleh kedua-duanya. Saya amat kagum apabila menghayati pendirian pemimpin mahasiswa dahulu :

1. Bagi mahasiswa, lantaran mereka adalah warga negara dalam sebuah negara demokrasi mereka adalah berhak untuk menyuarakan pendapat dan hendaklah dibenarkan mengambil bahagian dalam proses politik nasional.

2. Bagi mahasiswa, lantaran mereka adalah sebahagian daripada masyarakat dan mendapat pembiayaan daripada pembiayaan rakyat, maka mereka adalah bertanggungjawab untuk memperjuangkan kedudukan rakyat dan membetulkan kepincangan yang terdapat dalam masyarakat. » Read more after the jump →

Popularity: 13% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Diharapkan semua yang berkunjung ke blog yang tidak seberapa ini berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Hari ini update blog ini adalah berkenaan dengan e-card versi Ramadhan.

Semua sudah mengetahui umunya kita akan menyambut bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi, jadi dalam kesempatan ini, anda boleh menghantar dedikasi dan ucapan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan kepada insan-insan yang anda ingati dengan e-card yang disediakan oleh kami.

Antara yang sempat pihak creamstudents.com siapkan adalah e-card seperti dibawah ini…


serta satu lagi e-card yang tidak kurang cantik yang dihasilkan oleh warga creamstudents.com, iaitu e-card » Read more after the jump →

Popularity: 20% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

I left my English writing skills quite a long time ago, and perhaps I forgot some of the terms and styles in English writing. But it doesn’t mean that I left it all. Sometimes I also write in English, but of course in the exams, mainly in the essay papers. ;)

I didn’t know what exactly drove me to write using this-Robin Hood-language. Is it to perform practices or to write about something happens today ? Emm… I chose both of them ! To practice and in the mean time to write about one event which can be categorized into a rare and exotic event happen in my lovely country - Malaysia.

Malaysia’s politic have been classified by some social-politics specialists as “unpredictable and unthinkable” nowadays. Every incidents formed by fast actions and replaced by others in a split second.

Some political writers said : “it is a hard time from our side to make a book (read: generate money) about politics and have a nice market on them, if we talk about Malaysia’s politic.”

Others might said that Permatang Pauh (PP) election day to be a big and hectic one, but how big and how hectic the conditions that you think you can imagine ? You can’t classified it as BIG AND HECTIC unless you have viewed these photos… » Read more after the jump →

Popularity: 11% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Salam sejahtera kepada pelawat cremstudents.com, hari ini adalah hari yang agak meletihkan bagi saya. Ya agak meletihkan sampai rasa tak larat nak bangun dari tidur.hehe.

3 hari lepas, iaitu bermula pada hari jumaat, sabtu dan ahad, majlis perwakilan pelajar UIAM Kuantan mengadakan festival UIAM Kuantan dalam gerak kerja memberitahu warga Kuantan bahawa UIAM wujud di bandar palma ini.

Ya, memang ramai yang tak tahu kewujudan kami kat kuantan ni (dengan nada merajuk). Di kuantan ini, umum mengetahui bahawa UIAM hanya ada berdekatan dengan Kuantan Parade. Tapi tak ramai yang tahu UIAM juga berada di Indera Mahkota.

Jadi ketika kami mengedar poster2, pamplet berkaitan dengan UIAM Kuantan ni, ramai warga kota bertanya kembali, “ni yang dekat dengan Kuantan Parade tu ke ?”

Persoalan seperti inilah yang menyedarkan MPP untuk mempromosi UIAM Kuantan sebagai sebuah universiti yang berpaksikan kepada sains kesihatan serta Islam sebagai teras utama kewujudan universiti ini.

Pengalaman 3 hari ini sememangnya amat penat untuk ditulis dalam entri ini. Akan tetapi, penat ini bukan hadir bersendirian tapi bersama-sama dengan perasaan puas terhadap apa yang telah warga i-quest 2008 kecapi.

Segala penat lelah kami, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kolej luar terasa berbayar apabila dikunjungi oleh begitu ramai warga kuantan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang boleh mereka temui di UIAM ini.

Apa yang menarik di UIAM Kuantan kali ini ? Emm…walaupun banyak pameran yang ada di UIAM ini, jika diberi peluang untuk saya katakan yang paling banyak inputnya, Muzium Perubatan UIAM akan mengungguli carta saya.

Ini kerana, muzium perubatan ini memberi gambaran awal berkenaan tugasan seorang doktor, cabaran yang akan dihadapi doktor2, Spesimen organ sebenar yang telah diawet serta gambar2 ‘real’ berkenaan dengan profession seorang doktor. Kalau gambar2 tentang bedah siasat tu, boleh saja dijumpai di muzium ini.

Sungguhpun pada siang harinya cuaca agak cerah, menjelang malam merupakan satu cabaran buat kami warga i-quest 2008 ini. Ini kerana 3 hari berturut-turut bumi UIAM ini dibasahi oleh hujan rahmat.

Ketika hujan mencurah2 turun, saya mengingatkan diri saya dan juga rakan2 berhampiran, “Jangan salahkan hujan, ada efek kat akidah kite nanti…” Memang ianya satu dugaan untuk orang2 yang berusaha. Ada hikmahnya yang tersembunyi disebalik setiap ujian yang menimpa.

Jika ditanya tentang trafik, pada saya kunjungan warga kuantan agak memberangsangkan. Kehadiran para pelawat yang tidak putus menggembirakan hati kami.

Sungguhpun program ini bertembung dengan PC Fair yang berlangsung di Kuantan Megamall, ia tetap menerima sambutan yang menggalakkan, terutamanya bagi ibu-bapa yang sedar akan kepentingan pendedahan akademik terhadap anak2 mereka.

Popularity: 6% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Iklan

Lebih Banyak Tawaran Biasiswa Dengan Google Search!