Kadang-kadang kita lihat penjual burger membuka gerai di tepi-tepi bahu jalan. Menjual burger kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya. Kadang-kadang burger mereka laris, kadang-kadang tidak. Kadang-kadang kita lihat suram sahaja gerai mereka.

Apakah yang kita akan fikirkan bila melihat orang yang menjual burger ? Selekeh ? Tiada pendapatan tetap ? Mat Rempit ? Pekerja Industri ?

Tapi pernahkah kita terfikir bahawa yang menjual burger itu adalah pelajar jurusan perubatan ? Pernahkah kita terfikir orang yang menjual burger itu adalah jurutera yang berpangkat IR ? Pernahkah terlintas yang penjual burger itu bakal seorang ahli forensik ? Pernahkah kita terfikir sedemikan ???

Mungkin ada yang pernah bertanya atau terfikir tentang latar belakang sebenar seorang penjual burger. mungkin ramai yang memperlekehkan mereka…mungkin mereka bekerja sambilan kerana minat dan suka berniaga…

Tetapi sedarkah kita ???

Mereka sekurang kurangnya mencari rezeki yang halal. Mereka tidak menerima rasuah. Jarang kita dengar penjual burger menerima rasuah… pernahkah anda dengar ? Jarang atau tidak pernah bukan ?

Mereka tidak bergaduh sesama mereka kerana jawatan. pernahkah kita dengar ?

Yang penting, mereka sebenarnya telah mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dengan berniaga.

Tahukah anda 9/10 daripada rezeki itu datangnya dari berniaga ? manakala 1/10 lagi dari makan gaji ?

Dan tahukah anda seburuk-buruk rezeki yang halal itu adalah dari meminta sedekah ? Dan antara sumber rezeki yang haram itu adalah dari memakan rasuah ?

Renung-renungkan…

-Saladin-

Popularity: 5% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 4 comments. Add your own.
humaira'No Gravatar - 23 Apr 07 at 09:02:12

setuju la..
nape perlu ada mind set sebegitu?
Kita ada kawan amik law ngan biotech yang keje kat kedai mak sdare die…Jadi cashier..
Slalu orang yang mamam kt kedai 2 mara2 dia..
dia da kire betul2 bil dorang 2(dia ckap)..
p orang nye mind set ingat orng yang keje kt kedai, warung2 tepi jalan ni..macamg2..
Kita teringin nak jual rojak buah..
sedapnye…
Bila kita berada dlm situasi tu baru kita hargai mereka yang berniaga ni…
yang penting kehidupan kita dalam perancangan..
Penat lelah dalam mencari rezeki yang halal pasti akan dinilai oleh ALLAH sebagai ibadah padaNYA..
Wallahu’alam..

SaladinNo Gravatar - 24 Apr 07 at 11:46:02

first impression orang rasenye. manusia memang ade perasaan sebegitu. kadng2 kite akan judge pada first sight kite pd orang tersebut. itu sebabnye pepatah inggeris ada mengatakan ” don’t judge a book by its cover”.

wah. bagus tu. rojak buah…mesti secukup rase manisnya.hehe.

JimieRayNo Gravatar - 28 May 07 at 20:16:02

Bercerita ttg jual burger saya ada satu kisah benar ttg kawan saya yg jual burger dah hampir 18 thn. Mula2 dulu memang dia jual burger dekat kaki lima jalan jer. Tu pun dekat 5..6 tahun gak. Tapi skrg ni dah dapat masuk kat dalam kaw astaka makanan. Kira ok la siki.

Katanya masa mula2 dulu memang la perit sbb org akan pandang serong jer kat mamat jual burger ni. Bole katakan setiap minggu ada jer polis akan datang geledah stor burger dia cari ‘barang’. Biasa la, selalunyer tmpat jual burger ni tempat anak antu (panggillan org penang kat kaki lepak) melepak. Tapi nasib baik la kwn saya tak jenis mcm tu.

Berkat kesabaran beliau berniaga skrg ni bole di kata agak berjaya juga sbb jualan beliau skrang di antara RM700 ke RM1000 “SEMALAM”. Bayangkan, cuma jual burger saja. Sapa kata jual burger tak bole kaya, kalau kena caranya.

Beliau pun pernah masuk tv juga sblum ni dalam rancangan ‘benar tapi pelik’ dengan ‘burger lambungnya’. Jadi saper2 datang Penang lepas ni jgn lupa kontek saya nanti saya belajer ‘burger lambung’. :)

SaladinNo Gravatar - 17 Jun 07 at 02:53:06

Alhamdulillah…betul tu jimie. :D saye pun jual beger time2 cuti ni. dah nak naik study balik da pun. adat orang berniaga…ada naik ada turunnya…langit tak selalu cerah bukan… berger lambung ? macam best jer dengar. berger saye pulak namenyer burger banjir…pelik betul manusia kan ? hehehe :D