Assalamualaikum W.B.T

*Artikel ini ditulis sebagai satu peringatan kepada diri saya sendiri dan kepada sesiapa yang sayangkan agama dan bangsanya.

Saban hari negara kita melangkah maju kehadapan seiring dengan perkembangan dan kemajuan tamadun dunia. Boleh dikatakan bahawasanya negara kita adalah merupakan salah satu dari negara dunia ketiga yang sedang rancak membangun terutamanya dalam bidang perindustrian, pertanian, keusahawanan dan penyiaran media. Penguasaan dalam bidang2 ini, jika kita telusuri, banyak melibatkan golongan muda dan jika diperhatikan, keadaan ini akan sentiasa berubah. Yang segar dan berkeupayaan akan menggantikan yang sudah uzur dan mencapai umur emas. Kitaran ini pasti berlaku dan pewaris kepada kitaran ini semestinya golongan muda belia.

Bidang penyiaran media sering kali diperlihatkan dengan berbagai2 kerenah remaja sekarang. Dan, salah satu dari program yang hebat diperkatakan sekarang adalah program realiti televisyen. Nah, jika sebut saja program ini, berapa ramai remaja kita yang sanggup mencuba nasib, meramal tuah dengan menyertai program sebegini. Berapa ramai pula yang terlibat dalam proses “pilihan raya” dalam menentukan “adun”nya :) . Masakan tidaknya, program2 sebegini mampu meledakkan publisiti seseorang itu dalam suatu jangka masa pendek sahaja. Kalah adun di Malaysia. :)

Tidak perlu bersusah payah bertahun2 untuk menjadi manusia “berwang” dan tidak perlu bersusah payah berfikir hingga luruh rambut dikepala mencari sesuap rezeki. Bagi pihak yang mengundi, kita akan dapat kepuasan. Benar bukan ? atau ada sebarang tambahan lagi ?. Kepuasan jika calon yang di undi menang dan berdiri gah di podium menerima “ijazah” yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia(Mungkin tidak lama lagi bangsa kita boleh ramai2 menghantar anak untuk menuntut di akademi berkenaan) :) . Lepas itu boleh la kita beritahu rakan2, calon yang kita undi dah menang. Itu sahaja ke manfaatnya ? Jika orang lain yang menang, mulalah kita akan tidak puas hati. Lepas itu kita akan buat “ketupat” bawang yang tidak laku kerana bukan di musim perayaan. kutuk itu, kutuk ini, marah itu marah ini. Hai, banyak benar ragam manusia sekarang. Dosa percuma kita semaikan.
Apabila menyaksikan rancangan yang disiarkan di kaca tv, kadang kala kita akan menarik nafas panjang bagaikan hendak beristighfar kerana melihat adegan2 yang tidak menunjukkan sama sekali keperibadian melayu dan Islam hatta kita berada di sebuah negara yang majoritinya beragama Islam. Jika diletakkan dua orang yang berlainan agama disitu. Saya pasti kita hanya akan melihat dua orang yang mempunyai satu agama dan dan satu budaya. Budaya barat…

Mungkin ada yang berkata ” Alah, jangan la engkau ni jumud sangat, kita kena bergerak seiiring dengan perubahan zaman. Hiburan itu penting”… Benar, memang kita kena bergerak sejajar dengan perkembangan zaman, tapi kita kena lihat juga apa yang kita perlu seiiringkan, apa yang tidak perlu .Adakah dengan program realiti tv berkonsepkan hiburan kita dapat melahirkan pereka cipta ? Adakah dengan hiburan setiap minggu dapt membersihkan isu “murtad sementara” yang kian hangat diperkatakan sekarang? Adakah dengan pergaulan yang hampir tiada batasnya dalam program realiti tv ini kita dapat mengurangkan kes buang bayi yang tidak pernah menurun jumlahnya?. Kalau ada pun, soal belia dengan dadah. Belia bencikan dadah. tapi masih disebut2kah lagi slogan “belia anti dadah !” di program tersebut? Masih istiqamahkah slogan ini di laungkan ?

Apa maksudnya jumud itu ? Adakah kerana kita tidak meniru orang barat kita akan berada dalam kezulumatan ? Adakah kita akan dipandang dengan darjat yang lebih tinggi jika kita ikut telunjuk mereka ? fikir-fikirkan… Sudah 50 tahun kita merdeka. sepatutnya kita sudah mempunyai ketamadunan sendiri yang menjadi contoh bagi negara lain. Lihat sahaja negara jepun, hanya selepas 20 tahun di timpa malapetaka besar, mereka sudah bangkit dari kekalahan dan sedang mendominasi dunia dari sudut teknologi. Jika diteliti lagi, mereka sedang sibuk membangunkan kembali anak2 muda mereka dari keruntuhan moral dan akhlak yang dipelopori pihak barat. Mereka menggunakan sepenuhnya media massa mereka dalam membetulkan institusi keremajaan di negara mereka. Tapi kita ?

Satu lagi persoalan saya, adakah Amerika akan berhenti dari menekan saudara kita di Iran jika kita berkata “Encik Bush, saya mengikut adat istiadat negara awak. We have same “Idols” as yours and we dance and sing like your people “…Adakah syaitan rakus itu akan menghentikan usahanya menceroboh satu persatu negara Islam selepas kita berkata sedemikian ? Fikir2kanlah tentang hal ini wahai saudara seagama dan sebangsa dengan saya.

Allah S.W.T berfirman dalam ayat 28 surah Al-Kahfi yang bermaksud :

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di waktu pagi, tengahari, petang dan malam, dengan mengharapkan keredhaanNya, dan janganlah kamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah di lalaikan dari mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya, dan adalah urusan mereka itu melampaui batas.”

Semoga dengan artikel ini. saya dapat mengingatkan diri saya dan sahabat2 yang lain tentang kebobrokan program yang berunsurkan hiburan ini. Fikir2kan persoalan yang saya kemukakan sebentar tadi. Hanya sebagai renungan dari melukut di tepi gantang ini agar kita tidak termasuk dalam golongan YANG MELAMPAUI BATAS !

p/s: Sila beritahu saya jika stesen tv yang mempunyai parabola kecil ini menghadiahkan RANCANGAN KEAGAMAAN kepada subscriber2nya… :) Boleh juga saya menjadi salah seorang subscribernya…

Popularity: 4% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has 1 comment. Add your own.
humaira'No Gravatar - 26 Mar 07 at 10:54:35

sangat setuju !!!
remaja hari ni macam da diberi ubat psikik…
Dok ikut aje ….
Emm..
Bila da jadi kelaziman yang baik 2 pulak org nampak pelik..Betul la sabda Rasulullah tentang..Islam ni asal pelik dan akhir nanti akan pelik jugak..Saudara admin bole tolong bg full text..
Tu yang penting tarbiyah dari kecik…
bila kita yang muda remaja di hidangkan dengan hiburan tanpa landasan syarak..
kita akan mula kaji dan tafsir…
Kembali semula segalanya pada ALLAH…