Assalamualaikum dan salam sejahtera…saye harap para pembaca dan pelawat laman blog ini sihat sejahtera hendaknya walau di mana anda berada.
tiada apa2 rasanya topik yang saya hendak tulis pada hari ini melainkan detikan hati memberikan kata2 tentang POLL yang telah saya jalankan beberapa ketika itu.
POLL yang saya buat ini seperti yang boleh pembaca lihat adalah pada side sebelah kiri blog ini. tajuk poll ini ialah “siapakah yang paling rapat dengan anda ?”. jawapan yang saya letakkan adalah bapa, ibu, adik beradik, serta rakan2. Dan daripada 16 undian…16 sahaja ? Alhamdulillah daripada tiada undian langsung kan ? (^_^). Daripada 16 undian, kaum ibulah yang mendapat rating tertinggi sebagai seorang insan yang rapat dengan anak2. tahniah saya ucapkan kepada kaum ibu.
saya teringat pepatah yang berbunyi “tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia” mungkin lain skit dari pepatah yang kite slalu dengar, iaitu dari segi struktur ayatnya…tapi tidak mengapalah ye… saya jadikan ianya bervariasi tetapi dalam masa yang sama membawa erti yang serupa.
memang jika kita fikirkan logik, takkan tangan manusia yang kecil itu dapat menggegarkan dunia…pelik juga ye… tapi itu sebenarnya hanya mainan sastera shj. bak kata sasterawan2, ungkapan yang menggunakan ciri2 hyperbola. yang kita mahu lihat adalah erti maksud yang sebenar.
maksud pepatah ini adalah…daripada ibulah… ramai pemimpin dunia dihasilkan. tidak kira lelaki mahupun wanita. Bahkan tidak mustahil juga ibu yang menghayun buaian anaknya di rumah, merupakan seseorang yang disegani tika berada di luar rumahnya. tidak mustahil bukan ? kita lihat shaja pemimpin pro-demokrasi myanmar Aun Suu Kyi. Jikalau dilihat sekali imbas, nampak seperti tiada apa2 yang istimewa. tapi mengapa beliau mempunyai ramai pengikut ? disegani dan di hormati ? fikir2kan…
justeru, tidak syak lagi pepatah ini mempunyai kebenarannya yang tersendiri…yang tidak lapuk untuk diguna pakai. mesej saya sebenarnya adalah…
walaupun dia ayah, walaupun dia ibu, walaupun dia sesiapa shj yang rapat dengan kita…hormatilah mereka dan berbuat baiklah kepada mereka…~Saladin@Za’faran~
Popularity: 4% [?]
- Mana Satu Yang Lebih Bermakna, Kejayaan atau Kegagalan ?
- selamatkan telefon tangan anda
- Kenali Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary:Siri 2
- Jalan Dakwahku Yang Berliku
- Penjual Burger di kaki lima
« Pendedahan Gempar Tentang Computer Games | Imam Muslim dan Sahih Hadithnya »






















“tidak ada suatupon yang paling berharga yg dimiliki ssorg insan slps nikmat islam selain teman yg soleh.. apabila kamu dapati wujud kasih syg pdnya, maka peganglah ia dgn sungguh2″.. umar ra