Untuk mengembalikan kegemilangan dunia perguruan sepertimana yang terdapat pada zaman tahun-tahun sebelum perang dan tahun-tahun awal selepas perang bukanlah suatu perkara yang mudah.Ini kerana nilai murni dan norma kehidupan masyarakat sekarang berbeza dengan zaman yang disebutkan sebentar tadi.Kesan pembangunan yang kelihatan tidak seimbang antara aspek kebendaan dengan corak hidup masyarakat telah turut mengheret dunia perguruan kepada suatu keadaan yang hambar fungsinya.
Maksudnya,masyarakat kita yang semakin hari semakin bersifat individualistik telah menjadi penghalang yang ampuh terhadap objektif dan falsafah pendidikan itu sendiri-”ke arah melahirkan manusia berilmu dan memanfaatkan ilmunya”.Hari ini guru tidak dipandang lagi sebagai pemimpin yang bertenaga untuk mendidik masyarakat.Peranan guru hanya menjurus kepada program pendidikan yang dirangka dan tidak melangkaui batasan2 yang telah ditetapkan.
Rasa prejudis masyarakat terhadap kelesuan peranan guru ini semakin meningkat apabila terdapat sesetengah guru yang berkelakuan tidak sesuai dengan kerjaya seorang guru. Sebagai contoh, guru yang terlalu garang sepatutnya menjadi seorang tentara atau pegawai polis. Semua murid hendak ditengking dan ditempelengnya.Samaada yang bersalah atau tidak.Dengan gaya inikah kita dapat melahirkan anak didik yang memiliki pekerti mulia dan mampu menerajui negara kelak.Salah siapakah ini ? Inilah yang dikatakan “disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Guru-guru yang berdedikasi juga akan mendapat tempias dan yang komited akan dipersalahkan. Ada juga yang berminat menjadi guru kerana elaun yang diberikan oleh kerajaan di atas sebab2 tertentu. Tambahan pula baru-baru ini timbalan menteri pelajaran telahpun memberikan kata sepakat untuk meningkatkan elaun guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman untuk meredakan sedikit ketegangan yang berlaku.
Apa ertinya elaun yang tinggi jika sumbangan yang diberikan tidak seberapa dan sambil lewa. Mereka menerima tawaran kerana elaun bukan kerana keinginan mereka untuk mendidik anak bangsa Malaysia. Guru2 yang ditugaskan ke kawasan pedalaman perlu bersyukur terutamanya guru muslim kerana kesusahan mereka telah digantikan dengan ganjaran yang setimpal berupa elaun . Jika tidak setimpal pun, ingatlah bahawa ada ganjaran yang lebih setimpal bagi anda iaitu pahala dari Allah S.W.T.
Bayangkan jika anda berjaya mendidik walaupun hanya seorang anak pedalaman hingga dia berjaya dan menjawat jawatan guru. Jika dia mempraktikkan ilmu dan nilai murni yang di ajar oleh anda kepada anak2 muridnya, nescaya anda berada di kalangan orang2 yang amat beruntung. saham akhirat anda sentiasa meningkat. Kerana apa ? kerana ilmu bemanfaat yang disebarkan olehnya akan bertindak sebagai penjana pahala anda dan sentiasa segar dan berterusan setelah anda mati.Semua ini akan terjadi jika dan hanya jika anda mempunyai niat dan keinginan yang ikhlas.
Penulis berminat untuk menulis artikel ini kerana penulis berasakan profesyen perguruan adalah amat istimewa dan tidak wajar dicemari oleh tangan2 kotor yang mencemarkan bidang ini dari dalam dan luar. Ibu penulis merupakan seorang guru di sebuah sekolah yang majoritinya golongan berbangsa Tiong Hua selama 19 tahun. Cukup lama. Oleh itu penat jerih seorang guru dapat penulis alami sedari kecil. Anda tahu apa yang ibu penulis katakan bilamana kenalan atau kerabat mengajukan saranan bertukar ke sekolah yang majoritinya melayu ? Katanya” Alah,tak apa, yang penting budak yang datang sekolah tu nak belajar bukan nak main2, pahala kita Allah yang tentukan”. Itulah antara rangkap ucapan yang dapat penulis ingat. Luahan rasa dari seorang guru veteran.
Menarik juga untuk diketahui bahawa kebanyakan guru dahulu adalah serba boleh.Pendek kata,mereka boleh menjadi imam,kepala kenduri tahlil,bomoh,ahli silat dan sebagainya.Selain mempunyai keistimewaan tersebut,mereka juga pandai bertukang,bertani,turun ke laut,memburu,dan sebagainya.Tetapi kebanyakkan guru pada hari ini tidak mempunyai banyak keistimewaan dan kebolehan.Selain pakar dalam subjek sendiri, mereka hanya tahu serba sedikit mengenai sukan. kalau pandai main bola tidak mengapa tapi kalau hanya jadi ahli kelab bolasepak macam “fan club” untuk EPL tu, apa faedahnya ? Yang sudah mahir tentang hal berkaitan internet sudah cukup bagus. Banyak perkara yang boleh diaplikasikan dari internet. Tidak usah saya huraikan dengan lebih lebar. Anda sendiri tahu betapa besarnya sumbangan komputer dan internet sekarang dalam bidang pendidikan
Ayuh guru-guru sekalian. Bangkitlah dari lenamu. Anda sebagai seorang pendidik, pengasuh dan pengajar(3P)bukanlah calang-calang orangnya. Jika anda telah sanggup menerima amanah sebagai guru, anda seharusnya menunaikan amanah tersebut jika tidak mahu disoal siasat oleh Rabbul A’lamin di akhirat kelak. Salam takzim dari penulis. Assalamualaikum.
Popularity: 4% [?]






















sekadar memberi respon…
Realiti dunia hari ni terlalu banyak perkara yang telah berubah…
Dari sistem pembelajaran sekolah rendah sehingga di peringkat tertinggi sekalipun…
Semua pihak memainkan peranan…
Semua pihak jua ada kepentingan…
perhatikan..hayati ..dan kaji..
Guru, ibubapa dan pelajar ada memainkan peranan masing2. Jika zaman ktom dulu, guru merupakan seorang yg dihormati dan disanjungi. Mereka member ilmu dan tunjuk ajar kepada kita. Tugas mereka disempurnakan sebaik mungkin. Kalau salah kita didenda, homework mesti kena siap, buat kelas tambahan tanpa caj kpd pelajar.
Tp kini semua dah berubah…kalau buat salah pelajar tidak lagi dirotan. kdg2 pelajar yg menengking guru.
Guru2 pun ada yg sesetengahnya cuma berkhidmat kerana gaji dan elaun saja atau yg tak dpt kerja lain. Langsung tak ada inisiatif. Kalau pelajar nak pandai..dia belajarlah dlm kelas, kalau tak nak belajar..lantaklah…engkau lulus ke, engkau tak lulus ke..engkau punya pasal..aku dpt gaji tiap bulan…
Ibubapa juga memainkan peranan penting dlm hal ini…jika anak kena denda dimarahinya cikgu sampai buat laporan pd kementerian.
Jadi disini…dimana dan siapa yg patut dipersalahkan? Fikir2kan lah