Dengan nama Tuhanku aku bernyawa….

Kadang kita impikan untuk jadi sempurna…

Melihat keindahan dari mata kurniaanNya…

Memikul amanah itu bukanlah semudah menganggukkan kepala..

Beban amanah inilah penentu syurga neraka…

Berkata-kata memang mudah…

Namun tanpa sedar amalan tidak seindah kata..

Menerima kritikan itu ibarat menelan bara api panas…

Tanpa sedar dengan bara itulah manusia lebih mengenal penciptaNya…

Hari ini hati merintih berkata penat….

Namun penat itulah yang menyambung titik-titik kehidupan….

Hati katakana mahu dekat dengan Tuhan…

Namun diri semakin jauh semakin sepi….

Tanyalah pada diri untuk apa ia jadikan?

Yang asalnya ia dari tempat yang paling hina….

Tanyalah hati mengapa ia selalu sakit?

Sakit melihat insan yang lemah, menolak kelebihan insan yang istimewa….

Mengapa perlu ada rasa marah?

Yang Tuhan telah gantikan dengan sabar sebagai tanda cintaNya…

Dengan nama Tuhanku aku bernyawa….

Popularity: 3% [?]

Boomark artikel ini jika ianya bermanfaatThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • Reddit
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
This post has No comment. Add your own.