Mengenai
Blog creamstudents.com ini telah didaftarkan setahun yang lalu oleh seorang siswa berkaca mata yang bernama Mohd Anwar Bin Md Yassin seperti yang tertera di dalam IC beliau. Kalau tidak percaya boleh ambil IC beliau dan lihat sendiri pada nama beliau. Beliau sekarang menuntut di sebuah universiti di pantai timur semenanjung Malaysia dalam jurusan sains bio-perubatan.
Nama blog ini merupakan satu ilham yang datangnya dari adik beliau yang kini menuntut di Pulau Pinang. Istilah ‘cream’ itu sendiri datangnya dari ungkapan bahasa Inggeris ‘cream of the crop’ yang bermaksud boleh tahan pintarlah. Atau bermaksud ‘lain dari yang lain’. ‘Lain dari yang lain ini’ bukanlah bererti spastik, sarkastik atau down syndrome, tetapi ianya lebih kepada kreatif serta inovatif.
’students’ di dalam bahasa Perancis adalah ‘étudiants‘. Di dalam bahasa Jerman pula adalah ‘Kursteilnehmer(peserta kursus)/student(pelajar U)/Schüler(budak sekolah)‘ dan ianya adalah ‘студенты‘ di dalam bahasa Rusia. Sangat pelik bahasa Rusia ini.
Pun begitu, istilah ’students’ lebih diguna pakai kerana ianya lebih difahami oleh berbilion orang di dunia yang fana ini. Bahasa Rusia tidak digunakan kerana ianya sedikit sadis kepada rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak faham akan bahasa ini.
Blog ini direka pada asalnya untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar di luar sana. Khususnya bagi membina semangat a.k.a membina keyakinan dari dalam. Membina di sini bukanlah bermaksud membina dengan batu bata, sebaliknya membina dengan kata-kata.
Akan tetapi, setelah blog ini melalui usia kecilnya yang baru setahun jagung ini, beliau (Anwar) berhasrat untuk menyediakan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan blog, internet, biasiswa, pinjaman, perniagaan, kesihatan serta teknologi kepada pelawat-pelawat yang menjejakkan kaki ke sini di samping menu utama iaitu motivasi serta tazkirah.
Melalui pendedahan tentang semua yang beliau nyatakan di atas, beliau yakin semangat atau motivasi itu dapat hadir secara semulajadi apabila seseorang itu menunjukkan minat terhadap sesuatu yang sesuai dengan jiwanya.
Blog ini kini mempunyai beberapa orang author sambilan yang berkaliber. Mereka ini datangnya dari berbagai bidang. Sungguhpun mereka mempunyai blog sendiri, mereka tetap memberi sumbangan terhadap blog creamstudents.com secara langsung ataupun tidak. Kami di creamstudents mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang telah mereka berikan.
Kepada sesiapa yang berminat untuk memetik bunga di taman Pak Abu menghantar artikel ke blog ini, anda bolehlah berbuat sedemikian dengan
- menghantar artikel ke saladeen87[at]yahoo.com.
- Nyatakan sekali nama serta nama pena anda.
- Juga letakkan tajuk bagi e-mail tersebut ‘entri untuk creamstudents.com‘.
- Pastikan artikel anda bermanfaat serta memberi info kepada orang ramai.
- Pastikan artikel anda berkualiti dan menyengat !
Apa yang anda boleh dapat dengan menghantar artikel ke blog ini ?
- Anda akan mendapat pahala dengan memberi ilmu kepada orang yang memerlukan.
- Anda akan mendapat trafik percuma ke blog atau website anda dengan menyertakan URL anda.
- Anda mungkin mendapat saguhati dari pihak admin. Akan tetapi, hadiah saguhati ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor yang akan diberitahu kemudian.
Semoga bertemu di puncak kejayaan !
Popularity: 4% [?]









Salam..
What an attractive blog!!Best of luck, then.
Take Care..
proud to hav u as one of science student! keep it up bro