Archive for September 2008

Penceramah : Ustaz Zahazan

Tajuk : Tafsir Surah Al-Falaq

Sumber : IKIM.fm

Intisari :
Merupakan surah Makkiyah, surah ini diturunkan bersama-sama dengan surah an-Nas kepada Rasullullah SAW. Al-Falaq bererti waktu subuh iaitu waktu sebelum fajar. Surah ini diturunkan ketika saat-saat Rasullullah SAW diuji dengan cubaan disihir oleh tukang sihir. Dalam tafsir kali ini juga, ustaz menceritakan kaedah-kaedah menghindarkan diri daripada sihir menurut perspektif Islam.

Popularity: 12% [?]

Sep 25

Who Am I ?

1 comment - Post a comment

I am your constant companion. I am your helper or heaviest burden. I will push you onward or drag you down to failure. I am completely at your command.

Half the things you do you might just as well as turn over to me, and I will be able to do them quickly, correctly. I am easily managed - you must merely be firm with me. » Read more after the jump →

Popularity: 10% [?]

Penceramah : Ustaz Zahazan

Tajuk : Tafsir Surah An-Nas

Sumber : IKIM.fm

Intisari :
Surah Al-Nas merupakan surah yang terakhir daripada Al-Qur’an. Surah ini merupakan surah yang dikategorikan sebagai surah Makkiyah(diturunkan seblum berlakunya hijrah). Surah ini dengan surah sebelumnya diturunkan oleh Allah SWT untuk mengajar Rasullullah SAW cara-cara berlindung daripada kejahatan makhluk yang dicipta oleh ALLAH. Terdapat juga hadith-hadith berkenaan dengan godaan dan hasutan syaitan dilampirkan bersama-sama dengan tafsir kali ini.

Popularity: 14% [?]

Ramadhan menjanjikan seribu satu kemanisan yang tidak akan dirasa oleh mereka yang tidak menjalaninya. Ia juga tidak mendatangkan satu kenikmatan selagi mereka yang menjalaninya tidak sampai timbul bekas pada hatinya.

Ramadhan, satu bulan dugaan bagi mereka yang tidak menyukainya, satu bulan biasa bagi yang tidak mengetahuinya serta satu bulan yang lain dari yang lain bagi ‘peminatnya’.

Dalam bulan ini dijanjikan oleh Allah SWT, satu suasana yang tidak bisa dilihat pada bulan-bulan sebelum atau sesudahnya.

Tiada bulan yang dapat menandingi bulan mulia ini dari pelbagai aspek. Hinggakan Rasullullah sendiri pernah bersabda dengan penuh harapan, yang bermaksud :

“Ya Allah, Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaa’ban, dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan”

Ini menunjukkan bahawa Ramadhan itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Dalam bulan ini, pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Syaitan dirantai bagi memudahkan umat Islam beribadah dengan tenang dan penuh dengan keharmonian.

Banyak peristiwa penting berlaku di dalam bulan Ramadhan ini. Antaranya adalah seperti peperangan Badar Kubra, yang berlaku pada 13 Ramadhan. Dalam peperangan ini, umat Islam seramai 313 terpaksa berdepan dengan musyrikin Makkah yang terdiri daripada 970 orang, 3 kali ganda melebihi pasukan Islam. » Read more after the jump →

Popularity: 12% [?]

  • Iklan

Lebih Banyak Tawaran Biasiswa Dengan Google Search!