Archive for July 2008

Aku dalam pertempuran pengakhiran
Kiri dan kananku sayap seperjuangan
Benteng sumpah yang digenggam bersama
Tiada bahtera untuk berundur dari mundur

Saudaraku bermandi keringat berperisai kudrat
Dalam percikan darah, mereka mengerah
Udara keras berdebu melukai wajah nan lesu
Bertahun dalam pertempuran dipagar sekatan

Akan tetapi yakinlah ianya pemangkin
Bila kota itu ditakhluk dan syura dibentuk
Baru kami tenang bukan dalam kesenangan
Berarak menuju al-Quds mengepalai rindu

Panji digenggam lalu tunggangan mendekam
Dalam pegangan ianya bercorengan
Darah beradik, saudara silih tercarik
Syahid mereka berpaling tertawa bahagia

Aku cemburu mereka diangkat dahulu
Dijunjung jadi tamu pada bidadari ayu
Bumi lahad jadi taman bermalam
Baju lusuh jadi teman dalam qiam

Panglima mencatur penuh strategi
Perajurit taat tingkatlah prestasi
Tembok timur kota matlamat kami
Mudah ditembusi amanah disepakati

Hari ini hari akhir seorang pejuang
Sungguh wahai saudara lihatlah diriku
Dalam kesamaran darah bergenang
Dari tubuhku tempat azam membeku

Teruskan saudara, teruskan berdagang
Dengan kematian menjadi matawang
Rupawan syahid dicanai membentuk lambang
Berdaganglah, sampai kau beli “Syair Dari Pejuang”

Popularity: 9% [?]

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, creamstudents.com kini telah berjaya menyediakan satu lagi perkhidmatan kepada para pelawat melalui wujudnya page RADIO ONLINE di sini.

Insya ALLAH, beberapa penambahan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Anda boleh layari dan mendengar radio online 24 jam tak kira di mana anda berada.

Semoga manfaatnya kita beroleh bersama. Dan harapan dari warga creamstudents.com agar anda yang membaca entri ringkas ini berada dalam keadaan yang sihat walafiat.

Jemput datang dan mendengar halwa telinga ya.(^_^).

Salam sejahtera ke atas anda…

Popularity: 7% [?]

Sememangnya massa hari ini mempunyai satu peranan yang cukup luas dalam membentuk peribadi masyarakat sesebuah negara. Segala apa yang diperkatakan oleh massa boleh dipercayai bulat-bulat oleh mereka yang tidak mahu menlakukan penyiasatan serta penyelidikan tersendiri.

Media hari ini juga boleh dikatakan mempunyai saluran dan jumlah pengikut yang ramai. Masakan tidak, cerita tahyul seperti bawang merah bawang putih mendapat tempat di hati peminat2nya sungguhpun ianya tidaklah mempunyai ilmu yang seberapa.

Bahkan menggunakan pendekatan yang bercampur aduk antara kepercayaan tahyul dan agama. Sememangnya ia jarum yang sangat halus dalam memporak perandakan akidah generasi muda !

Pun begitu, entry saya kali ini bukanlah hendak memperkatakan tentang cerita yang asyik diulang-ulang itu. Ia akan saya sentuh pada entri yang akan datang insya ALLAH. Apa yang saya ingin khabarkan adalah berkenaan dengan iklan sebuah syarikat berkaitan bahan pencuci yang terkenal iaitu seperti yang boleh anda lihat pada tajuk di atas.

Saya ke kedai menggunting rambut pada hari sabtu yang lepas setelah dipelawa oleh seorang rakan. Tatkala kepala saya ‘dibelek’ oleh penggunting rambut, sempat saya menjeling ke arah televisyen yang terpasang. Secara kebetulan, iklan yang tertera ketika itu adalah iklan pencuci yang saya maksudkan.

Tahukah anda sinopsis iklan tersebut sehingga saya ‘terpaksa’ menggelarnya sebagai satu iklan negatif ? » Read more after the jump →

Popularity: 10% [?]

Salam sejahtera dan salam muhibbah kepada pelawat creamstudents.com. Apa khabar ? saya harap anda semua ceria disamping dapat menjalani kehidupan seharian yang berbagai ragamnya.

Jika anda seorang pelajar sekolah atau seorang penuntut IPT, adakah anda pernah mendengar satu ungkapan yang mengatakan “Anak-anak murid…kalau nak vitamin D, anda boleh berjemur bawah matahari” atau “mat…matahari pagi2 ni baik sikit, ada vitamin D”. Adakah anda pernah terserempak dengan fenomena seperti yang saya sebutkan di atas ?

Jika anda pernah mendengar ungkapan di atas, tahukah anda bahawasanya, matahari atau cahayanya tidak memiliki sama sekali vitamin D seperti yang didakwa oleh mereka yang berada disekeliling anda. Mahukah anda tahu apakah sumber sebenar vitamin D ? » Read more after the jump →

Popularity: 14% [?]

  • Iklan

Lebih Banyak Tawaran Biasiswa Dengan Google Search!