Archive for May 2008

Berkata Anas bin Malik r.a:

Sesungguhnya setiap hari bumi akan menyeru kepada manusia dengan 10 perkara…

  1. Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tapi ingat! Engkau akan masuk ke dalamnya kelak!!!
  2. Hai anak Adam! Engkau melakukan maksiat di atas belakang ku, tapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perut ku!!!
  3. Hai anak Adam! Engkau ketawa di atas perut ku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perut ku!!!
  4. Hai anak Adam! Engkau bergembira di atas belakang ku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perut ku!!!
  5. Hai anak Adam! Engkau mengumpul harta di belakang ku, tapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perut ku!!!
  6. Hai anak Adam! Engkau makan benda yang haram di atas belakang ku, tapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perut ku!!!
  7. Hai anak Adam! Engkau angkuh di atas belakang ku,tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perut ku!!!
  8. Hai anak Adam! Engkau berlari dengan riangnya di atas belakang ku, tapi ingatlah! Engkau akan jatuh ke dalam perut ku dalam keadaan dukacita!!!
  9. Hai anak Adam! Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakang ku, tetapi ingatlah! engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perut ku!!!
  10. Hai anak Adam! Engkau hidup di atas belakang ku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perut ku!!!

Popularity: 7% [?]


Salam sejahtera dan salam perjuangan kepada semua pelawat. Hari ini entri sy adalah berkaitan dengan kesilapan sy sendiri. Kesilapan sendiri ?? Ya, kesilapan umum sy sebagai seorang blogger sejak setahun yg lalu. Kesilapan ini sy rasa mungkin bersifat umum atau dengan kata lainnya mempunyai kaitan dengan orang lain, tetapi di sini anggaplah ianya sebagai kesilapan sy.

Kesilapan Pertama::

Jarang bertanya khabar dengan blogger lain. Dalam 1 tahun ni, sy agak kurang melawat rakan blogger yang lain dan ini menyebabkan kuantiti pelawat yang melawat blog ini adalah sedikit. Sepatutnya sebagai seorang blogger, kita sendiri perlu memulakan lawatan serta ziarah ke blog-blog guru atau mereka yang handal dalam dunia blog.

Jangan dilupakan juga pada mereka yang masih newbie dalam arena blog ini. Kerana suatu ketika dulu, kita juga adalah newbie. Kita juga dulu berdepan dengan masalah seperti mereka. Jadi, Tunjukkan kredibiliti kita sebagai seorang blogger dengan melawat blog-blog lain serta membantu mereka yang memerlukan.
» Read more after the jump →

Popularity: 14% [?]


Selepas hujan di moscow berakhir, datang pula lepas ni kemarau ke Austria-Switzerland. Dan yang pasti, kemarau ni bukan sebarang kemarau. Lain dari yg lain. Tak same dengan kesan akibat taufan mahupun gempa bumi.

Di moscow, sume dah tahu yang si merah telah memenangiskan si biru. Terduduk si biru sehingga menangis teresak-esak. Perlawanan memang sengit, sebabnya pertarungan berlarutan hingga ke sepakan penalti penentuan. Dan, kisah tergelincir sebelum menyepak bola menjadi bualan ramai. Siapa yang tergelincir ? anda tahu. Sebab anda penyokong kelab bola yang tegar.hehe.

Berbaloi ke jadi penyokong kelab bola sepak ni ?

Oh, bola itu bulat(tiada kena mengena)… Dan sy rasa tak berbaloi kalau kite manjadi penyokong kelab bola sepak ni. Nak tahu sebab yang menyumbang kpd pendirian sy ni ?
» Read more after the jump →

Popularity: 23% [?]


Assalamualaikum & salam sejahtera ! selamat bercuti kepada adik2 yang bercuti sekolah. Selamat bersedia untuk kembali ke kuliah kepada para siswa sekalian.hehe. exercise skit. Jangan nanti sambung kuliah tembam semacam saye. Salam hujung minggu kepada mereka yang bertungkus lumus berkerja pada weekday.

Update terbaru yang saya buat adalah tentang page Akhbar Malaysia. Minggu ni memang agak banyak update yang dilakukan. Hati pun asyik gelisah dan gelabah sikit. Tak tahu kenape. Mungkin sebab keadaan rumah yang sedikit jadi tongkang pecah ni rasenye buatkan hati tidak keruan.aceh.hehe.

Sy telah siapkan satu page untuk kemudahan anda semua. Mudah ke ? Mungkin ya mungkin tidak… Ianya adalah page tentang summary akhbar-akhbar utama di Malaysia. Senang kate RSS feed. Feed tu macam suap ke ? Alamak, tak sempat raseny nak bagitau ape itu feed dlm entri kali ni. Takpe kan ? :D

Cumanya saya nak bertanye sikit ni. Wajar ke Akhabar Arus Perdana ni di letakkan bersama-sama dengan Akhbar Alternatif ?. Adakah isi mereka begitu kontra hingga tak leh letak bersama-sama dalam satu page ? Orang pasar kate tak ngam la. Boleh tak lontarkan pendapat yang sebernas boleh ?

Oh dan lagi satu, tentang isu batu putih. Semua sudah maklum bukan yang Malaysia kalah dalam usaha merebut pulau batu putih dari Singapura. Ada pihak yang kate Malaysia kalah di mahkamah keadilan antarabangsa tu sebab kata “keinginan untuk memiliki batu putih adalah kehendak rakyat.” Sebaliknya Singapura menang sebab kata “pulau batu putih ni dikehendaki oleh kerajaan.” Betul ke dakwaan ni ?

Tapi dengar berita tadi, ada habuan untuk Malaysia, bukan tidak ade. ada… habuannya adalah terumbu karang ke batu karang ke kurang pasti. Yang penting ada karang karang.hehe. Dan yang pastinya bukannya karang esei.

Update terbaru :
Anda boleh mengetahui berita terkini tentang middle rocks di sini : Utusan Malaysia

Insya-ALLAH minggu depan akan ada artikel yang agak serius akan diketengahkan. Entry kali ni sebagai penyedap rasa hati. Tolong sy dengan memberi komen tentang pertanyaan sy tadi ya. Terima kasih daun keladi, lepas komen satu, komenlah satu lagi.wahhehe.

~wassalam~

Popularity: 11% [?]

  • Iklan

Lebih Banyak Tawaran Biasiswa Dengan Google Search!