Archive for April 2008

Salam sejahtera kepada semua pelawat dan pembaca weblog creamstudents. Apa khabar anda disana ? Diharapkan anda semua sihat serta ceria selalu.

Apa yang saya ingin coretkan pada hari ini mungkin tidak membawa informasi yang anda perlukan, sebaliknya ia hanyalah sekadar tulisan berkenaan dengan hari-hari yang saya lalui semasa sedang bercuti. Harap-haraplah tulisan saya ini santai saje dan tidak skema.hehe. :mrgreen:

Jurnal ringkas ini saya coretkan ketika sedang menanti customer datang ke kedai runcit yang saya uruskan buat sementara waktu. Menjaga kedai runcit ni memang best kalau ramai customer yang datang.

Kita boleh berbual dengan mereka serta bertanya khabar tentang kehidupan. Ini akan membuatkan kita menjadi segar serta bersemangat untuk bekerja sehingga kedai ditutup. Sebaliknya kita akan mudah mengantuk jika tidak dapat berbual dengan sesiapa, asyik termenung serta apabila kadar jualan barang adalah 1 brg/60 minit.

Untuk mengelakkan diri dari mengantuk,saya tulis sedikit perkataan yang termampu. Biasalah pada waktu awal pagi ni, belum ramai customer yang datang. Jadi saya terasa hendak beli sendiri je barang-barang yang dijual.hehe. :lol:

Kalau ada customer terawal yang datang pun, ianya dari spesis burung pipit yang terbang mencari sisa-sisa beras yang jatuh di atas lantai. Kadang-kadang mulut berbunyi juga menghalau mereka, tetapi jika difikirkan balik, itulah rezeki yang Allah tentukan untuk mereka pada hari itu. Jadi, saya biarkan mereka makan sisa-sisa yang ada sampai mereka kenyang dan terbang ke tempat lain.

Haa, ada customer yang telah masuk ke kedai. Jadi saya rasa saya akan pen off dulu disini. Hingga bertemu lagi di lain masa. Jikalau ada masa terluang, silalah melawat kembali creamstudents.com. Moga kewujudan blog ini memberi sedikit manfaat kepada anda. Wassalam.

Popularity: 7% [?]

Isnin,28.4.2008 merupakan detik bersejarah negara ini apabila parlimen secara rasminya akan memulakan persidangan pertamanya selepas pemilihan ahli-ahli parlimen dijalankan pada Pilihan Raya 8 Mac yang lalu.

Mesyuarat pertama ini akan berlangsung sehingga 27 Mei atau melibatkan 16 hari. Mesyuarat kedua pula dijadualkan pada 23 Jun hingga 15 Julai selama 14 hari dan ketiga mulai 18 Ogos hingga 11 Disember melibatkan 41 hari. Setiap minggu mesyuarat akan berlangsung mulai hari Isnin hingga Khamis iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang dan disambung semula mulai pukul 2.30 hingga 5.30 petang.

Sebanyak 99 anggota Parlimen merupakan muka baru. Sebanyak 82 anggota pula daripada pembangkang manakala seramai 140 anggota dari Barisan Nasional. Persidangan Dewan Rakyat ini bakal mencipta sejarah tersendiri sejak pilihan raya umum pertama Malaysia pada 1959.

Dengan lebih 45 peratus anggota Dewan Rakyat terdiri daripada anggota Parlimen yang baru dan jumlah anggota pembangkang pula lebih empat kali ganda sejak pilihan raya umum 2004, ramai menjangkakan mesyuarat pertama persidangan ke-12 Dewan Rakyat, yang bermula pada hari ini, akan “menggegarkan” parlimen.

Hakikat kepimpinan adalah suatu tanggungjawab dan amanah daripada Allah SWT. Menjadi seorang pemimpin bukan untuk bermegah atau mengejar populariti semata-mata, akan tetapi ianya adalah satu bebanan yang harus dipikul samada dalam keadaan rela ataupun tidak.

Dengan jumlah anggota Parlimen yang lebih ramai pada penggal kali ini, Pakatan Rakyat dijangka akan terus membangkitkan isu tahanan ISA dalam setiap sesi persidangan Parlimen yang akan diadakan kelak.

“Usaha untuk menentang akta yang zalim ini akan kita teruskan tanpa henti sehinggalah semua tahanan ini diberi hak untuk membela diri di Mahkamah atau akta ini dimansuhkan sama sekali,” kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Buat kali pertama dalam sejarah juga, kita selaku penduduk Malaysia akan berpeluang mengikuti sesi soal jawab di Parlimen apabila RTM menyiarkan secara langsung sesi itu selama 30 minit bermula Rabu ini.

Popularity: 5% [?]

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada pelawat creamstudents.com. Pada hari ini, insya-Allah beberapa tips ringkas dapat saya sajikan untuk tatapan para pelawat sekalian agar kita dapat sama-sama bermuhasabah tentang diri kita.

Saya bukanlah seorang yang sudah berkahwin. Bukan juga seorang yang pakar dalam urusan rumah tangga. Akan tetapi setidak-tidaknya saya ambil peringatan ini dari mereka yang pakar tentangnya. Buat mereka yang hendak ataupun sudah berumahtangga, ini seakan resepi terbaik untuk anda.

Pun begitu, resepi ini tidak sesuai kepada pasangan KEKASIH yang sibuk berkepit kesana-sini. Jikalau mahu resepi ini mengharumkan rumahtangga anda, Kahwin Dulu Baru Boleh Dating (motto saya).insya-ALLAH bahagia.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:“wanita itu perhiasan dunia, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah”(HR Muslim)

Berikut adalah sedikit tips yang ingin saya kongsikan bersama. Buat pembaca yang ingin menjadi isteri idaman.ehem… :wink: Tidak lupa juga kepada mereka yang mahu menjadikan isteri mereka isteri idaman. :cool:

1.Taqwa kepada Allah dan jauhi maksiat.
2.Elakkan dari keluar menuju ke pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram.
3.Tidak membiarkan suami di dalam kemaksiatan.
4.Berupaya mengenal dan memahami suami.
5.Bersikap qanaah(berasa cukup dengan apa yang ada).
6.Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak, menjaga kebersihan rumah, menghiasnya dengan baik dan menyiapkan makanan pada waktunya.
7.Membelanjakan harta suaminya pada tempat yang sepatutnya serta tidak berlebih-lebih dalam membelanjakan harta kearah perhiasan diri dan alat-alat kecantikan.
8.Bergaul dengan penuh kemesraan kepada keluarga suami serta kerabat-kerabatnya. Khususnya kepada ibu suami selaku orang yang paling hampir dengannya.
9.Wajib menunjukkan kecintaan kepada suami, bersikap lemah lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan mentaati segal perintahnya selagi tidak mendatangkan maksiat kepada Allah.
10.Menyertai suami dalam perasaannya serta turut merasakan dukacita serta kesedihannya.
11.Berterima kasih kepada suami diatas kebaikannya serta tidak melupakan keutamaannya.
12.Menyimpan rahsia suami serta menutup aibnya kerana isteri adalah orang yang paling hampir dengan suami.
13.Meminimakan diri dari mengulangi kesilapan.

Popularity: 7% [?]

Assalamualaikum WBT. Akhirnya dapat juga saya menulis setelah sekian lama mengalami kesuntukan masa dari menulis di blog ini. Apa khabar semua ? Saya harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat disisi keluarga tercinta.

Post saya pada kali ini adalah satu kesinambungan terhadap post sebelumnya yang bertajuk “Gagal Bukan Selamanya”. Jika post “gagal bukan selamanya” berkata tentang motivasi untuk berhadapan dengan kegagalan, post kali ini lebih kepada penggunaan motto dalam berhadapan dengan situasi sukar atau dalam erti kata yang lain, kegagalan.

Adakah anda pernah menonton filem animasi yang bertajuk “Meet the Robinsons”? Filem animasi ini merupakan sebuah filem yang dihasilkan oleh Walt Disney serta dikategorikan sebagai sebuah animasi sains fiksyen.Ia menceritakan tentang pengembaraan seorang saintis muda (mcm saya), masa depannya serta liku-liku hidup yang dilalui olehnya.

Disini, bukannya plot filem ini yang mahu saya ceritakan, atau sinopsis cerita ini yang mahu saya ekstrakkan, tetapi ianya adalah berkenaan dengan tema dari filem ini.

Salah satu tema yang paling dominan di dalam animasi ini adalah “Keep Moving Forward” atau di dalam bahasa ibunda kita “Terus Mara Kehadapan”. Mara disini, bukanlah bererti Majlis Amanah Rakyat (MARA), tetapi ianya bermaksud maju, bergerak atau terus melangkah.

Terus mara kehadapan, merupakan satu motto yang diperlukan bilamana kita berhadapan dengan ujian dan tribulasi. Tidak dinafikan cabaran serta kegagalan boleh membantutkan usaha serta keazaman.

Justeru, penggunaan motto sebagai satu trademark diri boleh menjadi pemangkin ke arah kejayaan. Setidak-tidaknya sebagai satu muhasabah kepada diri ketika berdepan dgn kesusahan.

p/s: penggunaan motto adalah salah satu contoh teknik meningkatkan semangat diri, banyak cara lain yang tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan teknik ini. Antara yang paling mujarab adalah dengan membaca Al-Qur’an serta beristighfar.

Popularity: 5% [?]

  • Iklan

Lebih Banyak Tawaran Biasiswa Dengan Google Search!