Archive for March 2008

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Selamat berhujung minggu Saladin ucapkan kepada pembaca dan pelawat creamstudents. Semalam blog ini tidak diupdate kerana saya berdepan dengan peperiksaan akhir. Subjek yang diambil adalah Molecular Biology.

Hari ini tiada exam, jadi saya ambil kesempatan ini untuk menulis sedikit. Dapat dua tiga perenggan pun jadilah :wink: .

 

Keputusan SPM dan STPM dan pun diumumkan, tahniah kepada adik2 yang telah berjaya dengan cemerlang. Jikalau yang kurang berjaya tu, usah gentar dan gelisah. Usaha perlu dilipat gandakan. Jalan menuju ke depan masih terbuka luas untuk anda harungi.”Toleh ke belakang bukan untuk mengulangi semula kesilapan tetapi untuk ambil pengajaran”.

Mungkin ada yang berkata, “Saya telah pulun semua usaha, tapi masih tak dapat juga keputusan yang baik.” Nasihat saya adalah, kita lihat balik usaha-usaha yang kita katakan telah banyak itu. Mungkin pada pandangan kita sudah mencukupi, ataupun terlebih cukup, tetapi sebenarnya belum lagi sampai pada aras yang betul-betul dikatakan cukup. Minta tolong sesiapa yang anda percaya untuk menilai diri anda. Jika belum mampu lagi untuk menilai dari dalam :mrgreen: .

Kepada yang berjaya, usah terlalu gembira dengan keputusan anda. Kejayaan itu merupakan satu ujian dan dugaan untuk anda. Jangan anda sangka kejayaan akan bergolek kepada anda selama-lamanya. Jika diajukan persoalan tentang mana satukah dugaan yang besar, kejayaan atau kegagalan, saya akan katakan kejayaan. Ini kerana, dengan kejayaan, manusia akan mudah lupa dan lalai.

Berbanding dengan kegagalan, walaupun ianya pahit, tetapi ia selalunya akan membangunkan jiwa manusia. Kegagalan akan membangkitkan sifat ingin terus mencuba dan berusaha. Sifat ingin bangun dari tempat jatuh ke puncak kejayaan.

Walaupun ramai yang membenci kegagalan, ia jarang-jarang sekali menyebabkan manusia leka dan lalai. Ia selalunya akan menjadi pendorong untuk berhadapan dengan masalah pada masa depan. Pepatah ada mengatakan “Guru yang paling baik adalah kegagalan dan pengalaman.

Lumrah bagi manusia yang berjaya, kejayaan akan diraikan dan dikenang saban waktu sehingga kadang-kadang mereka terleka untuk mengulangi serta memperbaharui kejayaan tersebut. Saya berpendapat kejayaan itu lebih besar dugaannya berbanding kegagalan kerana saya telah berhadapan dengan situsi tersebut.

Situasi ini benar-benar tejadi dalam hidup saya. Tetapi ianya rahsia :wink: Mungkin di lain kali saya akan ceritakan.hehe.

Saya rasa sampai disini dahulu saya menulis untuk hari ahad yang ceria ni. Sudah terlebihpun perenggannya. Sebenarnya, semasa menulis, rakan mengajak saya untuk bersarapan di luar. Dapat la pekena roti sardin dan kopi radix. :mrgreen: Sedap juga.

Sambil bersarapan sambil berbual tentang exam yang akan datang. Ada dua lagi exam yang menanti; biochemistry 2 serta physiology. Fuh… :???: Hanya yang telah belajar tahu kesusahannya.

Selamat berhujung minggu :mrgreen: kalau ada masa dan kesempatan, boleh la beri pandangan tentang post ini. Mungkin pendapat saya dan pembaca berlainan.Nanti bolehlah kita bincangkan bersama. Salam sejahtera dari Kuantan. Wassalam.

Popularity: 5% [?]

Beberapa hari lepas, saya berkunjung ke bilik sahabat saya bagi membincangkan sedikit urusan pelajaran dan projek bagi subjek Molecular Biology kami. Setelah tiba di biliknya, saya melihat sahabat saya itu sedang membuat semakan terakhir ke atas borang pinjaman PTPTNnya.

Kami berbincang tentang isu-isu yang perlu dimasukkan ke dalam projek kami itu dan sedang perbincangan kami berlangsung, saya ternampak sekeping pamplet biru berdekatan dengannya. Ditanya mengenai pamplet biru tersebut, rakan saya memberitahu bahawa ia adalah pamplet tentang Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

Saya lihat banyak input-input menarik yang boleh dikongsi bersama dengan para pembaca terutamanya mereka yang berkeinginan untuk membuat pinjaman PTPTN/SSPN ataupun ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil. Walaupun anak-anak anda masih kecil, ia tetap mempunyai faedah kepada anda dan si comel tersayang kelak. :wink:

Saya telah menulis sedikit butiran mengenai SSPN ini. Mari kita baca butiran selanjutnya. Jom :mrgreen:
» Read more after the jump →

Popularity: 18% [?]

UMNO biadap !

News on TV3’s Buletin Utama, 23 March 2008 casted about demonstration made by those who were not agree with the action of Terengganu’s palace authorities in appointing the new Chief Minister of Terengganu.

Palace authorities have agreed that the new Chief Minister of Terengganu will be YB Ahmad Said instead of YB Idris Jusoh, former CM of that state.

Several supporters of YB Idris Jusoh were casted on the television carrying and presenting several banners that support the former CM.

However, on that day, one self-made banner has been observed stating a word of “Kami Nak Idris, Natang“.
» Read more after the jump →

Popularity: 4% [?]

bersumber dari laman idealis-mahasiswa

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mahu memastikan semua kursus yang ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menepati pasaran kerja.

Namun demikian, PKPIM berpandangan, dengan menukar semua kursus supaya menepati pasaran kerja bukan suatu keputusan yang tepat.

Menurut Presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli situasi hari ini bukanlah disebabkan masalah kursus yang tidak relevan dengan pasaran semasa, akan tetapi program pembangunan sahsiah dan ketrampilan mahasiswa yang memerlukan suntikan segera.
» Read more after the jump →

Popularity: 4% [?]

  • Iklan

Lebih Banyak Tawaran Biasiswa Dengan Google Search!