Dalam artikel terdahulu, disebutkan bahawa wang petronas rakyat mengalir di banyak tempat. Di dalam artikel kali ini, saya cuba menyatakan secara terperinci di mana wang itu disalahgunakan. Persoalan-persoalan juga telah ditimbulkan agar kita dapat sama-sama berfikir mengapakah perkara seperti ketidakcekapan pemerintah boleh terjadi….
Antara tempat-tempat yang pernah disuntik dana oleh Petronas:
Bail-out Bank Bumiputera(kini CIMB) dua kali bernilai RM4.86 bilion akibat pengurusan yang tidak mempunyai integriti, salah urus dan pelonggaran syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak membayar balik.
Siapa yang menguruskan bank tersebut ?
Membeli bon kerajaan sendri bernilai RM3.8 bilion.
Siapa yang membeli bon tersebut ?
Membina gelanggang Formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan, Petronas membelanjakan berbilion ringgit sebagai maintenance. Petronas juga pernah menjadi penaja rasmi bagi kumpulan sauber dan dikenali sebagai sauber-petronas.
Mana-mana rakyat yang hendak menonton perlumbaan formula 1 terpaksa membayar harga tiket sehingga beratus-ratus ringgit. Sehingga seat yang open space pun rakyat perlu bayar dengan harga yang tinggi. Fikirkan sejenak, adakah mereka ataupun keluarga-keluarga yang pernah muncul di dalam rancangan BERSAMAMU berkemampuan untuk melihat perlumbaan ini ?
Siapakah yang suatu ketika dahulu mengumumkan bahawa projek formula 1 ini merupakan PROJEK RAKYAT ? siapakah…
Wang dari Petronas digunakan untuk membeli Hicom(Proton) berharga RM999.4 juta dan selesaikan hutang RM1,299.6 juta.
Banyak atau sedikit wang yang digunakan?
Membangunkan putrajaya dan MSC berharga RM 22 bilion.
Sedikitkah nilai RM 22 bilion itu ?
Bail-out MAS sebanyak RM 668.8 juta. ini kerana suatu ketika dahulu pengurusan MAS agak kelam-kabut dan ia hampir-hampir tergadai. Persoalannya…
Bukankah mereka yang mentadbir itu perlu mempunyai ijazah setidak-tidaknya…apakah yang kurangnya disini ?
Duit Petronas hilang lagi ketika penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak RM4.56 bilion.
Banyak atau sedikit wang yang digunakan?
Adakah anda tahu ? KLCC dibina menggunakan wang Petronas. KLCC atau dikenali sebagai menara berkembar petronas suatu ketika dahulu PERNAH menjadi binaan tertinggi didunia. tetapi sekarang tidak lagi. Hanya dimasukkan ke dalam lipatan sejarah sebagai bekas bangunan tertinggi di dunia. Harapan Kerajaan untuk melihat KLCC sebagai binaan tertinggi selama-lamanya tidak kesampaian.ini kerana banyak negara lain sudah mempunyai binaan yang lebih tinggi dari KLCC.
Disebalik kos tadbir KLCC…tahukah anda ?
Pembinaan KLCC sahaja menelan belanja berharga RM 1.8 bilion. Maintenance sebulan bernilai RM 95,000!. Jika dihitung selama setahun, nilainya akan meningkat kepada RM108 juta. Bayangkan jika wang dengan nilai yang tinggi ini diinfakkan sebagai biasiswa pelajar di IPTA atau IPTS, pasti pihak PTPTN sekarang tidak perlu bersusah payah lagi menggaru kepala menanti pembayaran semula wang yang dipinjam oleh pelajar.
Salah siapakah ini semua tejadi ?
Wang Petronas juga mengalir dicelah-celah landasan kapal terbang KLIA. KLIA dibina dengan harga RM 9 bilion. Bayangkan…RM 9 bilion. Untuk apa RM 9 bilion ini? Jawapan yang pasti kedengaran adalah supaya Malaysia gah di mata dunia. Lupakan sahaja… membina sesuatu sekadar untuk menunjuk-nunjuk akan hanya membawa kepada kekosongan amalan di akhirat.
Itu baru kos pembinaan, belum kos pentadbiran dan penyelenggaraan. Tahukah anda berapa kos penyelenggaraan KLIA ? Jangan terkejut jika jawapannya RM 75 juta sebulan dan mencecah RM 900 juta setahun.
Pasti ada yang berkata ini semua tipu belaka…bohong…dusta dan sebagainya. Tapi inilah hakikatnya. Sebagai analogi, Ahmad membeli kereta mercedes Benz compressor berharga RM 150 000. Adakah kos penyelenggaraannya akan menjadi kecil sepertimana kos penyelenggaraan sebuah kereta kancil ?
Adakah amaun minyak petrol yang digunakan sama seperti sebuah kereta mini cooper ?Anda tahu jawapannya. Jawapan sebenar pasti bermain-main di fikiran anda, sekalipun yang terucap dibibir berlawanan dengannya.
Ada pihak yang berkata ini dilakukan adalah atas dasar pembangunan… Pembangunan memerlukan peruntukan yang banyak…
Persoalannya…Adakah pembangunan ini 100% berfaedah kepada rakyat ?
Apabila dikatakan Malaysia akan muflis jika dijadikan negara kebajikan, ianya seolah-olah seperti meludah ke langit kerana ungkapan negara kebajikan ini sudah kedengaran di negara-negara bukan Islam seperti Britain, Norway, Sweden, Finland serta Denmark.
Adakah negara-negara ini muflis ? Fikir-fikirkan…
Popularity: 5% [?]










