“..pihak DBP perlulah melakukan pengajian untuk..er, maafkan saya, ” kata pelajar kepada mata-mata yang memandangnya. “..pihak DBP perlulah melakukan pengkajian untuk..” Si pelajar cuba membetulkan tetapi menyedari masih terdapat kesalahan.
“..pihak DBP perlu mengkaji..” Kata guru menegur.
“Ye betul, cikgu Fuziah. Maafkan saya.”
Begitulah pembentangan diteruskan. Sesi dialog di atas dialami diri saya sendiri pada kelas Bahasa Melayu Lanjutan minggu lepas, semasa pembentangan mengenai isu bahasa yang terkini.
Heboh di televisyen dan akhbar beberapa minggu yang lepas, mengenai seorang ahli parlimen, Dr. Wan Hashim Wan Teh yang mengatakan bahawa » Read more after the jump →
Popularity: 4% [?]








