Archive for July 2007

Rosli Dhoby telah ditahan di Sibu, Sarawak pada 3 Disember 1949 atas tuduhan membunuh Gabenor Sir Duncan Stewart dan seterusnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 Mac 1950. Beliau ditahan dan menjalani hukuman tersebut bersama-sama Morshidi Sidek.

Kedua-kedua mereka merupakan anggota Kumpulan rukun 13, sebuah pertubuhan sulit yang di asaskan oleh Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS). Rukun 13 diketuai oleh Awang Rambli dan penubuhan kumpulan ini adalah untuk menentang dan menghapuskan sesiapa sahaja yang menyokong penyerahan pentadbiran Sarawak kepada Inggeris.

Peristiwa pembunuhan Sir Duncan Stewart dan penangkapan Rosli Dhoby serta penahanan beberapa orang lagi anggota kumpulan 13 telah dianggap sebagai kemuncak perjuangan nasionalisme di Sarawak dalam menentang penjajahan Inggeris.

Sarawak berada dalam gelora gerakan anti penyerahan sejak Vyner Brooke mengisyhtiharkan untuk menjadikan Sarawak sebagai Crown Colony, sekaligus memperakukan bermulanya penjajahan Inggeris di negeri itu.

Ekoran daripada pengumuman yang dibuat pada 8 Februari 1946 ini, lahirlah beberapa pertubuhan anti penyerahan termasuklah PPMS. Pertubuhan ini dikatakan mempunyai 30 ribu orang ahli dan turut bekerjasama dengan pergerakan2 anti penyerahan Sarawak yang lain seperti Barisan Pemuda Sarawak yang berpusat di Kuching dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.

Rukun 13 ditubuhkan di saat2 kegiatan pergerakan anti penyerahan mulai lemah oleh tindakan dan penindasan Inggeris. Kumpulan ini pada mulanya merancang ingin membunuh Sir Arden Clark, Gabenor pertama Inggeris di Sarawak. Rancangan ini gagal kerana Gabenor itu telah ditukarkan ke Nigeria.

Perhatian Rukun 13 kini beralih pula kepada pengganti Arden clark iaitu Duncan Stewart. Rosli Dhoby, seorang pelajar yang baru berusia 19 tahun pada ketika itu, telah ditugaskan untuk menikam Duncan Stewart dengan sebilah pisau. Gabenor yang malang itu mati seminggu kemudian.

Popularity: 5% [?]

IMAM MUSLIM BIN HAJJAJ AL QUSYAIRY AN NISABURY, lahir pada tahun 204 H. (820 M) di Nisabur, sebuah kota terbesar ketika itu di kawasan Khurasan, Iran, dan meninggal di kota kelahirannya itu pada hari Ahad, 24 Rejab 261H.(875)

Semenjak kanak2 lagi beliau telah rajin menuntut ilmu, di dukung dengan kecerdasan yang luar biasa, kekuatan ingatan, kemahuan yang teguh dan ketekunan yang mengkagumkan. Pada usia 10 tahun beliau telah menghafal Al-Qur’an serta ribuan hadith beserta sanadnya.

Ketika mudanya, beliau berkelana ke negeri-negeri Islam, terutama ke pusat2 ilmu ketika itu seperti di Iraq, Hijaz, Syam, Mesir dan lain-lain, untuk berguru kepada ulama2 besar dan ahli2 hadith yang terkemuka. Di Khurasan, antara lain dia belajar kepada Yahya bin Yahya dan Ishaq bin Rahawi. Di Iraq, antara guru2 beliau ialah Imam Ahmad Bin Hambal(Imam Hambali) dan Abdullah Ibnu Maslamah. Di Hijaz, beliau berguru pula dengan Sa’id Bin Manshu, Abu Mush’ab dan lain2. Di Mesir, guru beliau adalah Amru Bin Sawwad dan Harmalah Bin Yahya, serta banyak lagi yang lain2. Bahkan ketika Imam Bukhari datang ke Nisabur pada akhir masa kegiatan beliau, Imam Muslim sentiasa mendampinginya.

Imam Muslim memikul nama besar sebagai ulama dan ahli Hadith yang sangat mashyur dan terkemuka dengan gelaran “Imam”, tidak sahaja kerana sifat2 peribadi yang dimilikinya sejak kecil, seperti cerdas, kuat daya ingatan, tekun dan berkemahuan keras, tetapi yang paling utama adalah sifat taqwa, shalih, dan wara’ (selalu menjauhkan diri dari dosa). Kemudian berkat karya2 besar yabg dihasilkan olehnya, nama beliau semakin dikenali ramai dan menimbulkan hormat bagi setiap ahli ilmu.

Sebagai seorang ahli hadis, dia berhasil mengumpulkan sejumlah 300,000 hadith. Kemudiannya dengan sangat cermat dan teliti hadith sebanyak itu diperiksanya satu persatu dengan suatu sistem yang amat ketat, yang sekarang dapt kita pelajari dalam “Ilmu Mushthalah Hadith”. Dari hasil penelitiannya itu, sebanyak 7275 hadith yang termasuk dalam kategori sahih. Tetapi yang dimuatkan didalam kitabnya-Sahih Muslim hanya lebih kurang 4000 hadith. Ini adalah kerana 3000 di antaranya berulang. Imam Nawawi mengatakan, bahawa Imam Muslim telah mengambil cara yang sangat teliti dan cermat bagi kitab Sahihnya.

Di samping itu, Imam Nawawi juga mengatakan, “Para ulama sepakat mengakui kebesarannya. Siapa yang mendalamkan pandangan terhadap Sahih Muslim, akan tahulah dia bahawa Imam Muslim ialah seorang pemuka yang tiada bandingannya. Tidak sedikit ahli2 hadith yang bergelar imam meriwayatkan hadith daripadanya. Antara yang terkenal ialah seperti Imam Tarmidzhi, Imam Ibnu Khuzaimah, Abdul Wahhab Al Farra’, Ibnu Ishak Al Asfarainy dan lain2 lagi.

Sekalipun dia pernah mendampingi dan belajar kepada Imam Bukhari, tetapi namanya selalu diangkat sebaris dengan nama Imam Bukhari. Sering kita dapati sebuah hadith mengatakan sebegini: Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. Bahkan Imam Nawawi mengatakan pula didalam syarahannya; “Para ulama sepakat mengatakan bahawa Sahih Muslim adalah kitab hadith yang paling dipercayai di samping Sahih Bukhari.”

Sebagai seorang yang pernah mendampingi dan belajar dengan Imam Bukhari, tidak hairanlah jika dalam sesetengah perkara, terdapat pengaruh sepertimana yang ditonjolkan oleh Imam Bukhari di dalam karya-karya Imam Muslim. Bahkan hadith yang diterimanya dari Imam Bukhari dimuatkan di dalam kitab-kitabnya. Namun, ini tidak bermakna Imam Muslim adalah peniru hadith, kerana terdapat banyak hadith2 yang wujud di dalam Sahih Muslim tetapi tiada di dalam Sahih Bukhari.

Di samping itu, terdapat pula beberapa perbezaan dasar di antara kedua2nya dalam meriwayatkan hadith seperti kaedah penyusunan bab, syarat2 perawi hadith, ruang lingkup ilmu fiqh dan sebagainya.

Antara lain2 karya besar Imam Muslim adalah seperti Al Musnad Al Kabir, Al Jami’, Al Asma’ Wal Kaniya, Al Afrad wal Wihdan, Al Aqran, Masyaikh Ats Tsauri, Tasmiyatu Syuyukhi Malik, Kitabul Mukhdarimin, Kitab Auladish Shahabah, At Thabaqat, Auhamul Muhaddithin, Afradus Syamiyin, At Tamyiz serta Al ‘Ilal.

Popularity: 3% [?]

Assalamualaikum dan salam sejahtera…saye harap para pembaca dan pelawat laman blog ini sihat sejahtera hendaknya walau di mana anda berada.

tiada apa2 rasanya topik yang saya hendak tulis pada hari ini melainkan detikan hati memberikan kata2 tentang POLL yang telah saya jalankan beberapa ketika itu.

POLL yang saya buat ini seperti yang boleh pembaca lihat adalah pada side sebelah kiri blog ini. tajuk poll ini ialah “siapakah yang paling rapat dengan anda ?”. jawapan yang saya letakkan adalah bapa, ibu, adik beradik, serta rakan2. Dan daripada 16 undian…16 sahaja ? Alhamdulillah daripada tiada undian langsung kan ? (^_^). Daripada 16 undian, kaum ibulah yang mendapat rating tertinggi sebagai seorang insan yang rapat dengan anak2. tahniah saya ucapkan kepada kaum ibu.

saya teringat pepatah yang berbunyi “tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia” mungkin lain skit dari pepatah yang kite slalu dengar, iaitu dari segi struktur ayatnya…tapi tidak mengapalah ye… saya jadikan ianya bervariasi tetapi dalam masa yang sama membawa erti yang serupa.

memang jika kita fikirkan logik, takkan tangan manusia yang kecil itu dapat menggegarkan dunia…pelik juga ye… tapi itu sebenarnya hanya mainan sastera shj. bak kata sasterawan2, ungkapan yang menggunakan ciri2 hyperbola. yang kita mahu lihat adalah erti maksud yang sebenar.

maksud pepatah ini adalah…daripada ibulah… ramai pemimpin dunia dihasilkan. tidak kira lelaki mahupun wanita. Bahkan tidak mustahil juga ibu yang menghayun buaian anaknya di rumah, merupakan seseorang yang disegani tika berada di luar rumahnya. tidak mustahil bukan ? kita lihat shaja pemimpin pro-demokrasi myanmar Aun Suu Kyi. Jikalau dilihat sekali imbas, nampak seperti tiada apa2 yang istimewa. tapi mengapa beliau mempunyai ramai pengikut ? disegani dan di hormati ? fikir2kan…

justeru, tidak syak lagi pepatah ini mempunyai kebenarannya yang tersendiri…yang tidak lapuk untuk diguna pakai. mesej saya sebenarnya adalah…

walaupun dia ayah, walaupun dia ibu, walaupun dia sesiapa shj yang rapat dengan kita…hormatilah mereka dan berbuat baiklah kepada mereka…~Saladin@Za’faran~

Popularity: 4% [?]

Pengenalan

Jika diteliti salah satu daripada Protocols of the Learned Elders of Zion, kita akan mendapati salah satu usaha mereka untuk memisahkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar adalah dengan melaghokan kita dengan hiburan-hiburan yang melalaikan. Pada artikel kali ini ana akan menyentuh mengenai permainan video games tidak kira apa platform yang digunakan (PC, PS I/II/III, MICROSOFT XBOX, Game Boy Advance, NINTENDO GAMECUBE dll).

Sebelum ana meneruskan artikel ini, ana ingin mendefinisikan maksud video games terlebih dahulu. Menurut Merriam Webster Dictionary and Thesaurus, video game is an electronic game played by means of images on a video screen and often emphasizing fast action.

Manakala menurut Encyclopaedia Britannica 2007 Ultimate Reference Suite, video game is any interactive game operated by computer circuitry. The machines, or platforms, on which electronic games are played include general-purpose shared and personal computers, arcade consoles, video consoles connected to home television sets, and handheld game machines. The term video game can be used to represent the totality of these formats, or it can refer more specifically only to games played on devices with video displays: television and arcade consoles.

Jika dirujuk kepada Microsoft Encarta Premium 2006 pula, video games is interactive hardware or software played for entertainment, challenge, or educational purposes. There are two broad classes of electronic games: video games, which are designed for specific video-game systems, handheld devices, and coin-operated arcade consoles; and computer games, which are played on personal computers.
Kesan bermain video games
Di antara kesan - kesan negatif permainan video games ini adalah seseorang gamers itu akan rosak akhlaknya. Kerana pemikirannya akan mudah terpengaruh dengan aksi - aksi ganas, lucah dan lain - lain akibat ketagihan. Berikut adalah kesan - kesan ketagihan permainan video games yang ana petik dari Encarta Encyclopaedia :

Studies have shown that, increasingly, the majority of gamers are age 18 or older. In response, many software companies and game studios have focused on developing more advanced games aimed at late teenage and adult audiences. This in turn has sparked concerns by some parents groups that younger teens and children are being exposed to graphic violence, drugs, and even sexual imagery in popular games. Most game developers now follow an established rating system much like the movie industry that includes the designations E (Everyone), T (Teen), M (Mature), and AO (Adults Only).”

Violent video games got an unexpected endorsement when the journal Nature published one of the first studies to document the benefits of playing video games. The research showed that experienced first-person shooter players were 30% better than non players when it came to noticing things that happened around them by means such as peripheral vision and rapidly switching attention.”

Grand Theft Auto: San Andreas, the latest in a series of controversial video games known for their casual attitude toward violence, had its rating changed from mature to adults only after a controversy erupted over sexually oriented material that was found hidden in the game’s code. (Games rated mature could be purchased by those 17 or older; games rated adults only could be purchased only by persons 18 or older.) Hackers discovered they could unlock hidden animated sex scenes that had been part of the game during its development but had been eliminated before the game was introduced by its creator, Rockstar Games. The hackers then used the Internet to distribute the code that unlocked the sex scenes. The code was widely downloaded, which created an outcry in Congress and prompted the Entertainment Software Rating Board to change the rating of the game. As a result, many retailers removed the game from their shelves, which dealt a financial blow to Rockstar, whose Grand Theft Auto series of video games had collectively sold more than 21 million copies over four years. Rockstar later offered a software patch for the game that disabled the code for the sex scenes, and it also released a new mature-rated version of the game.
Selain itu, syarikat - syarikat pereka permainan video games ini juga menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk memerangi umat islam pula.
Gamers in the UK spent £1.35 billion on games in 2001 -PC GAMER MALAYSIA-

Nintendo sold an astonishing 120 million Game Boys from 1989 to 2001

Sony dominated the console market after 1995, selling more than 90 million PlayStations worldwide by 2002

Xbox Live had attracted about 2 million paid subscribers by the end of 2005

Sega growth accelerated with the video-arcade industry boom that began in the late 1970s, increasing sales from $37 million in 1978 to $215 million in 1982
Sales of computer and video games, including hardware and accessories, exceeded $10 billion in 2001 in the United States alone; in comparison, box office receipts for the American movie industry were about $8.35 billion. Global sales of hardware and software were expected to exceed $30 billion in 2002. The publishers of Half-Life: Counterstrike, the most popular multiplayer game, reported some 3.4 billion player-minutes per month in mid-2002, exceeding viewership for even the highest-rated American television shows. Statistics such as these are often cited to demonstrate the rapidly growing importance of computer games as an entertainment medium.”
“Electronic game sales (hardware and software) were estimated at about $10 billion in the United States in 2004, with worldwide totals exceeding $20 billion. ”
- Microsoft Encarta 2006-
Petikan di atas adalah laporan ringkas berkenaan keuntungan industri games sedunia. Umat Islam yang terpengaruh dengan permainan ini asyik leka bermain video games sedangkan duit yang mereka gunakan untuk membeli video games tersebut digunakan oleh musuh - musuh Islam untuk MEMBANTAI umat Islam lain di seluruh dunia.
Di samping itu, syarikat - syarikat tersebut memasukkan unsur - unsur propaganda ke dalam permainan video games mereka. Sebagai contoh, jika para pembaca pernah bermain permainan video games siri Rome : Total Wars, Medieval War II, gamers diminta untuk menyebarkan dakyah kristian di dalam empayar mereka. Ana sudah try untuk tidak menyebarkan dakyah kristian tetapi tidak berjaya.Contoh lain, age of empires III, gamers terpaksa menentang empayar Turki Utsmaniah. Begitu juga siri Command and Conquer : red alert I,II, Tiberium Sun, Generals dan lain - lain lagi.Mungkin ada di kalangan gamers yang akan mengatakan begini “alah, rileks la…tu kan video games je…kita main nk enjoy je…” Tapi sedarkah anda bahawa anda sebenarnya sudah termakan propaganda musuh - musuh Islam tersebut??? Di manakah sifat ghirah anda apabila anda terus bermain permainan video games tersebut???
Kesimpulannya,ini baru laporan kesan - kesan bermain video games yang ana temui dalam Encarta Encyclopaedia sahaja. Jika para pembaca mencari maklumat tentang kesan - kesan ini di dalam kajian yang lain sudah tentu lebih banyak fakta - fakta mengejutkan yang bakal ditemui. Sedarlah wahai umat Islam!!! jangan biarkan diri kita lena diulit mimpi - mimpi indah setelah didodoi oleh musuh - musuh Islam lagi!!!

 Oleh

Badrul Aini Syaari

International Islamic University Malaysia

Popularity: 6% [?]

  • Iklan

Lebih Banyak Tawaran Biasiswa Dengan Google Search!