Assalamualaikum WBT.
. apa khabar pembaca yang budiman ? semoga sihat2 selalu hendaknya
. insya-ALLAH pada hari ini sy akn membincangkan tentang sumber hukum yang sah disisi Islam… Ini krn, sy pernah terbaca buku bertajuk perubatan Islam dan keserasiannya dengan penemuan sains moden. Dan ia berkait rapat dengan bidang usul Fiqh. Dlm buku ini juga diterangkan bagaimana hukum Islam beserta bukti saintifik diguna pakai dalam menentukan kaedah rawatan terhadap pesakit
. Jangan lupa beli ya…
Secara dasarnya, sumber hukum bagi perubatan Islam ialah Al-Qur’an dan as-Sunnah, disokong oleh pendekatan yg diizinkan oleh kedua2ny seperti ijmak, kias dan ijtihad. Berhubung dengan al-Quran dan Sunnah, menurut al-Muwatta Imam Malik, Nabi Muhammad berkata, “Aku tinggalkan kepadamu dua perkata andai kata kamu berpegang teguh dengannya kamu tidak akan sesat selamanya; iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Ijmak bermaksud kesepakatan hukum di kalangan ulama berhubung dengan sesuatu isu ataupun masalah. Berhubung dengan ini, Abu Zahrah di dalam Usul al Fiqh berkata, ” Ijmak adalah kesepakatan hukum samaada yang berkaitan dengan keharusan ataupun larangan sesuatu perkara. Ijmak tidak wujud wujud secara sendiri sprt yg difikirkan oleh sebahagian pemikir di barat, sebaliknya ia berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.”
Kias bermaksud perbandingan dan di dalam konteks pembinaan hukum, ia bermaksud mengeluarkan sesuatu hukum dengan cara membandingkan perkara yang belum pasti hukumnya dengan sesuatu hukum yang sudah pasti berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Sebagai contoh, dalil yang terdapat di dalam hadis mewajibkan seseorang mengeluarkan zakat gandum. Di Malaysia, zakat padi diwajibkan kerana terdapat banyak persamaan atau illat di antara padi dengan gandum selepas perbandingan atau kias dilakukan.
Keputusan utk menerima kias sebagai salah satu landasan mengeluarkan hukum dibuat oleh jumhur ulama berdasarkan beberapa dalil, sebagai contoh firman ALLAH SWT dalam surah al-Hasyr ayat 2 yang bermaksud, “Ambillah iktibar wahai mereka yang mempunyai pandangan.” Salah satu maksud ‘ambillah iktibar’ ialah kiaslah keadaanmu dengan apa yang telah berlaku.
» Read more after the jump →
Popularity: 5% [?]








