Archive for March 2007

Pesanan LUkmanul Hakim kepada anaknya:

“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu sabda mereka:

1. Apabila kamu sedang solat, jagalah betul-betul fikiranmu

2. Apabila kamu berada di rumah orang lain, jagalah matamu.

3. Apabila kamu berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu

4. Apabila kamu menghadiri jamuan makan, jaga perangaimu

5. Ingat kepada Allah S.W.T

6. Ingatilah mati (buat persediaan sebelum mati)

7. Lupakan budi baik kamu kepada orang lain

8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap kamu.

Popularity: 4% [?]

” Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya.”
[Al Baqarah : 216]

Alhamdulillah.junior2ku menerima baik kedatangan ku. gembira ku lihat wajah2 mereka. wajah yang sihat dan ceria. yang aktif bersukan dan mempunyai insipasi diri yang kukuh. ku tatap wajah2 mereka satu persatu. sambil ku ramal apa kata lubuk hati mereka. jikalau ada kelakuanku yang menyakiti mereka tiga tahun lalu. Inginku pohon maaf dan menyuruh mereka membalasnya semula. Tapi rasa2nya tiada yang berat muka untuk menatap wajahku. Alhamdulilah sekali lagi aku ucapkan.

Tugasku di sini hanya satu. Diminta oleh cikgu Jalis yang menguruskan pasukan hoki SMKA Maahad MUar agar dapat menjulang semula nama sekolah kami dan mengembalikan semula kejuaraan ke tangan kami,Satu satunya SMKA yang menyertai kejohanan hoki MSSD muar. Mula-mula berat juga terasa hendak melatih pasukan tersebut memandangkan telah lama aku tinggalkan tempat aku menuntut ilmu ini dan tidak pernah menyentuh “stick” hoki selama beberapa tahun. Namun memandangkan tiada jurulatih yang akan memantau mereka, aku merelakan diriku mengendali mereka.
» Read more after the jump →

Popularity: 4% [?]

Rokok beradioaktif?…macam tak boleh percaya,tapi inilah kenyataan dan suatu kajian telah dijalankan ke atas seorang perokok. NIKOTINA merupakan elemen berbahaya kepada tubuh badan.Kita selalu dengar Tak Nak! di media dan papan-papan tanda jalan raya,namun segelintir masyarakat tidak dapat mengubah tabiat yang telah lama berakar-umbi di hati.Fuuuuhhhh….asap dikeluarkan menandakan nikmat dari rokok yang sedang membakar,tetapi ingat bekas ejen KGB,Alexender Litvinenko mengalami keracunan yang sama dengan kuantiti racun di dalam rokok.Kematian beliau dikatakan berkait rapat dengan Arsenik dan ianya merupakan salah satu dari bahan aktif yang dijumpai didalam rokok. Rokok juga mengandungi paras POLONIUM…Apa itu Polonium ?

Penyelidik di Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati perokok menyedut purata kira-kira 0.04 picocurie polonium 210 bagi setiap sebatang rokok.[1 picocurie adalah pecahan daripada trilion curie.Curie adlah nama unit radiasi bagi penemu polonium,Marie dan Piere Curie].Adakah kalian pernah mempelajari Fizik bab akhir Form 5?.Konsepnya sama apabila Polonium 210 mempunyai separu hayat kira-kira 138 hari….bermakna ia adalah beribu-ribu kali lebih radioaktif berbanding bahan api nuklear yang digunakan dalam bom atom yang awal.Hebat juga ya ROKOK anda…bahannya sudah cukup untuk mencairkan sel-sel peparu.

Setiap batang rokok yang disedut oleh anda mengandungi suku curie yang merupakan salah satu daripada radioaktif paling beracun di dunia selain Tar,Nikotina,dan Sianida.Jadi jika ada diantara kalian yang menghisap rokok atau membaca artikel sambil menyedut rokok bermakna jasad anda terdedah kepada dos yang bersamaan kira-kira 300 kali x-ray anda.Toksin di dalam batang rokok ini telah menyebabkan banyak kematian akibat merokok yang boleh dikaitkan dengan polonium.Apabila sudah gentar dengan berita sedemikian pelbagai syarikat pengedar dan pembuat rokok telah melakukan operasi secara sistemetik dan dalam pelbagai cara untuk mengelakkan dari diketahui seluruh masyarakat dunia.

Terbaru,syarikat tembakau tidak hanya meningkatkan paras nikotina tetapi mengubah suai beberapa ciri batang rokok untuk meningkatkan bilangan hembusan bagi setiap rokok.Perkara ini telah didedahkan oleh penyelidik yang melakukan kajian di Sekolah Kesihatan Awam Harvard [HSPH],yang diketuai oleh Howard Koh dan beberapa orang pegawai. beliau telah menggelar rokok sebagai “direka khusus,untuk mengekalkan wabak tembakau”.Syarikat tembakau telah meningkatkan dadah nikotina tahun demi tahun dalam rokok mereka,tanpa memberi amaran kepada penggunanya. Tanpa diketahui, anda sebagai perokok telah digunakan sebagai pihak yang mengayakan “tukang buat rokok”. Mereka membuat keuntungan dengan menyebabkan kesusahan dan penderitaan kepada orang lain. Sedarkah anda ? :)

Firman Allah S.W.T dalam ayat 195 surah Al-Baqarah yang bermaksud :
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

*sumber dari persatuan pengguna pulau pinang
Diolah oleh:
Muhd Sadiqin @ Mumtazi

Popularity: 5% [?]

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

FAKTA MENARIK TENTANG KURMA :

KESIHATAN

a. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)

b. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
» Read more after the jump →

Popularity: 7% [?]

  • Iklan

Lebih Banyak Tawaran Biasiswa Dengan Google Search!